Thursday, May 31, 2012

Hidayah: Mencari atau goyang kaki?

Dengan nama Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Teringat kata-kata Dr Rubiyah,

‎'Rasalah setiap nafas turun naik kamu, kerana ianya dipegang Allah.'

ALLAH. Tuhan yang kita tak nampak, tapi kita meminta dariNya. Tuhan yang kita tak nampak, tapi kita mengadu padanNya. Tuhan yang kita tak nampak, tapi hati kita merasai kehadiranNya.

Dulu, masa sekolah menengah, adalah belajar dalam subjek PI tentang 'Hidayah Milik Allah'. Selalu jugak dengar orang sebut ayat tu. Faham apa maksudnya, tapi sebab tak pernah rasa dan tak pernah nak ambil tahu, so faham setakat nak jawab exam jelah. Heeee.


Ingat lagi, masa bulan ramadhan tahun 2009, tu kali pertama saya rasa hebatnya jadi seorang muslim, dan betapa besarnya tanggungjawab yang saya kena galas sebagai seorang muslim. Walaupun dekat MRSM Taiping pakai stoking tu wajib, tudung mesti berjahit, setiap malam ada bacaan, setiap hari wajib solat jemaah, setiap jumaat ada usrah, setiap maghrib ada tazkirah, setiap ahad ada kuliah subuh, secara jujurnya tak pernah sekali pun saya betul-betul paham apa erti saya menganut islam.

Tapi setelah beberapa bulan belajar di KY, walaupun suasananya tak seislamik di MRSM, dengan senangnya saya boleh terima hidayah dari Allah. Subhanallah. Betullah orang kata, hidayah tu datang tak mengira tempat, masa atau orang.

Saya ingat lagi, masa saya tengah lepak-lepak dekat surau, ada seorang kakak ni approach saya dan tanya kalau kalau saya nak ikut dia pergi keluar jalan-jalan waktu weekend nanti. Free jek. Makan, transport semua disediakan. Dengar ilmu dia kata tapi dalam suasana lepak-lepak. Nak duduk lunjur kaki ke semua boleh. Hah. Disebabkan kakak tu pandai pujuk, saya pun dengan berbesar hati joinlah dia weekend tu. Dan weekend tu menjadi weekend yang tak akan saya lupa sepanjang hidup.

ISK. Program yang sangat mengetuk pintu hati saya untuk berubah. Walaupun ramai yang pernah join program ni, tapi tak semua boleh terus cair. Mungkin kakak yang menyampaikan ISK masa saya pergi tu hebat. Hehe.

sebahagian dari isi ISK yang cool

Ok, berbalik pada cerita hidayah. Tak, bukan hidayah nama orang tu, tapi hidayah petunjuk dari Allah yang Maha Baik. Saya mengaku, hidayah kena cari. Tapi, mungkin jugak ada kes-kes tertentu yang mana Allah bagi hidayah tanpa kita duga, secara tiba-tiba. Seolah-olah satu cahaya yang tiba-tiba ada dekat depan kita masa kita tengah lalu dekat lorong gelap yang ramai orang. Disebabkan ramainya orang dekat lorong gelap tu, kita tak rasa takut untuk lalu lorong tu. Tapi bila tiba-tiba datangnya cahaya, kita tersedar yang sebenarnya orang ramai yang ada dekat lorong gelap tu hakikatnya sedang makan tahi. Dan kita tengok tangan kita pun rupa-rupanya sedang memegang tahi jugak. Dan apa yang kita lakukan bila dah tersedar perkara jijik tu? Mestilah kita nak lari dan tinggalkan tempat jijik dan berbau busuk tu. Taktaulah pulak kalau ada yang cakap, 'ehhh aku tengah pegang tahilah. gila cool aku'.

Begitulah yang saya rasa bila tiba-tiba diberi cahaya petunjuk oleh Allah. Saya baru sedar yang selama ni saya hakikatnya sedang duduk di dalam kejahilan dan kegelapan. Yang takjubnya, saya boleh rasa sangat selesa dalam kejahilan saya itu disebabkan ramainya orang yang turut berada dalam kejahilan yang sama.  Pada saat ini, saya mempunyai dua pilihan. Hidayah sudah menyapa saya tanpa saya berusaha nak pergi kaji satu al-quran etc. Saya untung. Allah sayang saya. Masa saya tengah seronok dengan kejahilan, Allah sudi sedarkan saya. Tak seperti sesetengah orang yang setiap hari berdoa agar Allah membukakan pintu hati untuk berubah. Pada saat itu, sama ada saya terima atau buat tak peduli dengan hidayah yang datang tu.

Alhamdulillah, Allah sangat sayang saya. Bila tersedar bahawa kejahilan itu menjijikkan, saya terus ingin berlari dan berlari meninggalkan 'lorong gelap' itu. Hebatnya perasaan menerima hidayah Allah.



Betul orang cakap, nak dapat hidayah itu susah. Tapi, nak 'jaga' hidayah yang dah dapat tu berjuta-juta-juta-juta lemon lagi susah. T__T

Sebulan, dua bulan, tiga bulan. empat bulan, lima bulan mungkin saya dapat istiqamah dengan perubahan. Kerana perasaan hebat, perasaan manis menerima hidayah Allah tu masih segar dalam hati saya. Tapi, masuk bulan keenam, saya mula rebel. Saya rimas. Saya nak berubah, tapi kenapa ramai orang kritik saya? Saya bosan dilabel budak baik. Sedikit demi sedikit, saya mula menjauhkan diri dari kakak-kakak usrah saya. Lama-kelamaan saya mula bagi alasan taknak pergi daurah.

Saya ingat lagi, setiap kali join mana-mana daurah atau usrah, mesti naqibah akan bagi 'opening speech' dengan ayat ni,

'Alhamdulillah, bersyukur pada Allah sebab kita TERPILIH untuk .....' *sila isi sendiri tempat kosong*





Pergilah mana-mana majlis ilmu, mesti perkataan TERPILIH tu wajib sebut. Tapi, taklah terkesan sangat mula-mula. Bagi saya, 'elehhh, biasalah tu ayat mesti kena bergaya habis.' -.- Tak pernah sekalipun dalam hati saya menyesal setiap kali saya skip daurah. Tak pernah pun terlintas rasa sedih dalam hati saya bila saya bukan antara yang terpilih oleh Allah untuk terima ilmu dia. Never.

Pernah satu kali saya buat kakak naqibah saya menangis sebab saya taknak pergi daurah. Pernah jugak saya buat adik-beradik saya menangis sebab saya tak hargai pengisian yang diorang kongsi dari daurah yang saya skip. Tipulah saya tak terkesan langsung bila diorang menangis, tapi saya cuma tak paham kenapa diorang sampai menangis. Padahal, tak pergi daurah je pun. Bukannya saya cakap saya nak free hair ke apa. -.-



Itu cerita dulu. Masa saya buat A Level. Mungkin saya kurang hargai sebab saya tak rasa susahnya mencari hidayah. Sebab hidayah diberi tanpa saya minta. Tapi, bila jek saya dapat keputusan yang saya tak dapat fly ke UK, dan dicampak ke kolej ala Hong Kong ni, saya mula rasa kosong. Saya rasa sedih sebab dah takde adik-beradik usrah yang nak nasihatkan saya bila datang perangai jahat saya, dah takde kakak naqibah yang nak pujuk saya pergi usrah dan daurah.

Hari-hari saya di HELP University terasa sangat kosong. Saya mula menyesal sebab dulu masa Allah bagi hidayah, saya tak jaga elok-elok. T__T

Satu hari, saya mesej kakak naqibah saya yang dulu, saya mintak dia carikan kakak naqibah yang baru untuk saya dekat HELP ni. Dan, Allah tu Maha Penyayang. Tak disangka-sangka, di tengah-tengah kesosialan pelajar HELP ni, rupanya ada satu group usrah. Dan, saya dengan muka tak malunya, mesej kakak yang handle usrah dekat HELP ni dan cakap yang saya nak join usrah dia. Heeee. Dan sejak hari tu, saya mula merasa kembali 'manisnya' hidayah Allah tu. Malah, perasaan kali ni lebih manis lagi macam melebih-lebih gulanya. Sebab kali ni hidayah Allah tu saya cari, bukan diberi macam mula-mula dulu. Saya rasa betapa susahnya nak dapat hidayah tu, sebab tu saya sangat sangat sangat 'jaga' bila dah dapat supaya tak hilang manisnya macam dulu.



Hidayah yang dicari tak sama macam hidayah yang diberi. Dulu, saya selalu skip usrah dan daurah. Tapi kali ni, bila tak dapat pergi daurah atau usrah, saya rasa macam nak menangis kuat-kuat sambil hentak-hentak kaki sebab sedih. Saya mula paham kenapa adik-beradik usrah saya menangis dulu bila saya taknak join daurah. Sebab diorang paham apa maksud 'terpilih' tu. Diorang sedar betapa sedihnya perasaan bila tak terpilih oleh Allah untuk terima ilmuNya. Apa dosa, apa kesalahan yang membuatkan Allah tak pilih?

Ukhwah saya dengan adik-beradik usrah saya jugak sangat kuat. Setiap hari, kitorang akan makan sama-sama. Bergelak sama-sama, bercerita sama-sama. Kalau sorang takde, rasa macam tak lengkap. Cewahhh. Macam couple youuu. :P Rasa happy setiap kali semua orang dapat kumpul ramai-ramai masa usrah. Rasa kecewa setiap kali ada antara kitorang yang tak dapat join daurah.

Mungkin orang boleh cakap, 'alaaaa, Allah tak bagi lagi hidayah.' Tapi alangkah bahagianya perasaan mendapat hidayah bila kita yang berusah mencari daripada tiba-tiba dapat hidayah masa kita tengah goyang kaki. Tak. Perasaannya tak sama. Berbeza. Macam perasaan dapat 100 markah untuk subjek Further Mathematics atas usaha sendiri dengan dapat 100 markah sebab meniru. Sama ke perasaannya? Tak kan?

Sebab tu orang selalu pesan, hidayah tu tak datang bergolek. Kena usaha cari. Ada hikmahnya di situ. Supaya kemanisannya berpanjangan. Hidayah tu hak milik Allah. Benda yang baik. Benda yang infinity. Kalau Allah bagi dekat seluruh makhluk dekat bumi ni pun comfirm cukup dan tak kurang. Tapi, ada sebab kenapa Allah bagi pada orang tertentu jek.



Paling penting hidayah itu diberi tak mengira warna kulit, tak kira orang tu cantik ke tak, tak kira orang kaya ke orang miskin, tak kira orang tu dapat fly ke tak, siapa nak orang tu yang dapat. Allah tak rugi apa-apa pun kalau kita taknak. Tapi padanlah muka kita kalau nanti semua orang masuk syurga kita terjerit-jerit suruh orang selamatkan kita dari neraka.

'Hidayah ibarat cahaya; ia tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya' -Faisal Tehrani-



Di saat saya paham apa itu ukhwah, adik-beradik saya yang dulu sudah pun jauh di mata. Kalaulah saya diberi peluang, saya nak kumpul dengan diorang walaupun hanya sekali dan merasa manisnya hidayah yang dicari. :(



Sunday, May 27, 2012

Tawakal di hati bukan hanya di mulut!

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Mendengar doa hamba-hambaNya, Maha Melihat usaha hamba-hambaNya dan Maha Mengetahui keinginan hamba-hambaNya.

'Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.' [3:160]

Lumrah setiap manusia, kalau nak sesuatu tu, mesti nak kena dapatkan jugak! Kalau tak rasa macam sedih sangatttt. Rasa kecewa, rasa loser pon ada jugak. Kadang-kadang, usaha beria, tup-tup tak dapat. Kadang-kadang doa siang malam, tapi keputusannya tetap sama, apa yang diingini tak kunjung tiba. Penat kita cari, mana salahnya?

Teringat satu cerita, Ustaz Hasrizal rasanya pernah cerita masa Muslim Youth Camp dulu. Kisah pak Abu dengan Ah Chong.

*masuk cerita karangan versi budak tadika*





Pak Abu dan Ah Chong masing-masing mempunyai kebun tanaman. Pak Abu merupakan seorang yang sangat taat beribadah. Siang malam Pak Abu berdoa supaya tanamannya tumbuh subur. Ah Chong pula merupakan seorang yang sangat rajin. Setiap hari, Ah Chong akan membaja, menyiram, dan mengusahakan tanamannya. Yang membezakan Pak Abu dan Ah Chong adalah Pak Abu sentiasa berdoa dan berdoa kepada Allah supaya tanamannya tumbuh subur tetapi Pak Abu sedikit malas untuk membaja, menyiram dan mengusahakan tanamannya. Manakala Ah Chong pula seorang yang sangat rajinnnnnn tetapi Ah Chong tidak pernah berdoa kepada Tuhan. Kamonnn, Ah Chong cina kotttt.

Soalan; hasilnya tanaman siapa yang tumbuh subur?

Sebelum kita pergi kepada jawapannya, suka saya nak kongsi sebuah cerita tentang tawakal.

'Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki lalu bertanya; "Ya Rasulullah, apakah patut aku melepaskan unta aku begitu sahaja tanpa menambatnya terlebih dahulu dan hanya bertawakal pada Allah? Atau adakah perlu aku menambatkan unta aku terlebih dahulu dan kemudian barulah bertawakal pada Allah?" Rasulullah menjawab; "Tambatlah untamu terlebih dahulu kemudian bertawakallah."

Cerita dekat atas ni menunjukkan betapa pentingnya kita berusaha untuk mencapai sesuatu, dan dalam masa yang sama betapa pentingnya untuk kita bertawakal pada Allah. Tapi mana lebih penting? Usaha atau tawakal? Macam mana kalau kita tawakal jek tapi tak usaha? Atau kita usaha jek tapi tak tawakal?



Berbalik pada cerita Pak Abu dan Ah Chong tadi. Jawapannya, kebun tanaman Ah Chong tumbuh lebih subur dari kebun tanaman Pak Abu.

Whattttttt? So sekarang ni usaha lebih pentinglah yeeee?

Nanti dulu. Sabar. Ada sebab kenapa saya guna nama Ah Chong dan Pak Abu, bukan Ahmad dan Pak Abu. Ah Chong itu non-muslim. So, logiklah walaupun dia berusaha tanpa tawakal, hasil tanamannya tetap subur. Sebab balasan bagi usaha non-muslim Allah akan balas di dunia. Pernah tahu kenapa non-muslim beria-ia berusaha nak kayalah, nak pandailah dekat dunia ni? Sebab bagi mereka, dunia inilah akhirat mereka.

Tapi tidak bagi diri seorang muslim. Kita, setiap usaha kita Allah ganjarkan pahala yang boleh menyebabkan kita menapak selangkah ke syurga. Bayangkan, sepanjang kita berusaha tu, dah berapa banyak pahala kita kutip. Selalu dengar kan yang Allah tak tengok hasil, tapi usaha? Haaaa. Sebab tu usaha tu penting. Lagipun, Allah dah pesan yang Allah tak akan ubah nasib kita kalau kita tak berusaha nak ubah nasib kita sendiri kan kan?



Tapiiiiiiii, kalaulah dah penat-penat kita berusaha, hasilnya sama jek macam tak usaha. Macam mana pulak tu?

Haaa, di sinilah gunanya konsep tawakal. Dah berusaha, kita dah dijamin diberi ganjaran pahala yang dapat beratkan timbangan kita dekat akhirat nanti. Tapi, hasilnya, sama ada baik atau tidak bergantung pada keyakinan kita pada Allah. Kalau kita tawakal, kita wajib percaya dan yakin apa saja keputusan yang Allah beri nanti adalah yang terbaik untuk kita, untuk keluarga kita, untuk agama kita, dan untuk ummah.

Ok, katakanlah, kita dah berusaha, kita doa dan kita tawakal. Tapi masa kita doa tu kita macam nak sangat sangat Allah kabulkan. Kalau Allah tak kabulkan, kita akan rasa macam hancurlah seluruh jiwa dan raga kita. Masa kita doa tu kita rasa takut sangattttt kalau kalau Allah tak kabulkan. Masa kita doa tu, kita terfikir-fikir apa akan jadi kalau Allah tak kabulkan doa kita.

Allah Taala berfirman di dalam hadith qudsi,

'Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu'



Sangat penting untuk kita yakin bahawa Allah akan kabulkan doa kita. Wajib! Sebab Allah Tuhan yang Maha Penyayang, Maha Pengasih. Sedangkan ibu kita pun akan belikan apa saja yang kita nak masa kita kecik sebab kasih sayang dia pada kita, apatah lagi Tuhan yang menciptakan kita.

Tapi, bila timbul rasa ragu-ragu dengan takdir kita kalau Allah tak kabulkan doa kita, bila timbul rasa sedih kalau kita tak dapat apa yang kita doa, cuba reflect balik diri kita. Betul ke kita ni dah bertawakal dengan sebenar-benar tawakal?

Dulu masa saya buat A Level, saya selalu cakap saya bertawakal pada Allah dengan keputusan A Level saya. Tapi bila tak lepas point untuk fly ke UK, saya rasa sedihhhh sangat sampai saya lupa bahawa saya pernah cakap saya bertawakal pada Allah. Bila masuk HELP, baru saya sedar bahawa selama ni saya hanya bertawakal di mulut tapi tidak di hati. Saya cakap saya yakin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk saya, tapi terkeluar jugak dari mulut saya pertanyaan kenapa Allah tak kabulkan doa saya. Saya malu. Saya malu dengan diri sendiri, saya malu dengan Allah. Sebab dunia masih lagi ada di hati saya. T__T


video ni cam takde kaitan, tapi nak letak jugak -.-

Usaha mungkin adalah sesuatu yang senang nak dilakukan. Sebab tu kita untung jadi orang islam. Usaha jek, dapat pahala. Tak kiralahh hasilnya macam mana pon. Hasil manusia jek yang tengok tapi Allah sikit pon tak pandang hasil. Tapi, tawakal adalah sesuatu yang sangat susah nak dikotakan. Mungkin senang di mulut tapi tidak di hati. Sebab tu setiap hari kita kena refresh niat, reflect diri, jangan sampai kecintaan pada dunia menyebabkan kita hilang yakin pada takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Ingatlah, kalau apa yang terjadi tak seperti apa yang kita harapkan, manusia lain mungkin boleh ketawakan kita, manusia lain mungkin boleh mengejek kita, tapi semua itu tidak akan dapat melawan kasih sayang Allah pada kita. Percayalah, bukan Allah tak nampak kita berdoa, bukan Allah tak nampak kita berharap, tapi Allah telah sediakan satu jalan cerita yang terindah buat kita. Walaupun jalan cerita tu mungkin tak sama yang macam kita bayangkan, yakinlah bahawa itu adalah yang terbaik! Sebab Allah kan Tuhan yang mencintai kita? ^^


saya rindu adila hadi :D

this is an entry upon request. sori akak. ini jek yang saya mampu. :(



Friday, May 11, 2012

Sabar Dan Ikhlas Itulah ISLAM.

'Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.' [20:25-28]

Hari ni, masa tengah scroll down news feed facebook, tertengoklah satu album kawan ni. Dia dah ada dekat US study. So, comfirmlah gambar-gambar dia dekat US kan, takkan gambar-gambar dia dekat besout pulak. -.-

Macam biasalah, setiap kali tengok gambar kawan dekat overseas, mulalah nak buat drama hindustan. Sedihlahhhh rasanya hati ni. Yelah, mana tak sedih. 2 tahun kot berusaha untuk fly. *ambik tisu sapu air oren tumpah kat karpet*

Masa tengah khusyuk buat drama hindustan tu, scroll down lagi terbaca pulak satu status ni;

Seorang lelaki masuk ke sebuah syarikat milik Microsoft untuk memohon kerja sebagai pengelap lantai. Setelah selesai temuduga, pegawai syarikat tersebut memberitahu kepadanya bahawa keputusan temuduga akan dihantar melalui email. Lelaki itu berterus terang mengatakan bahawa dia tidak tahu menggunakan email. Pegawai tersebut merasa pelik dan menjawab; 'Kalau sesiapa yang tidak memiliki email maka seolah-olah dia tidak wujud. Orang yang tidak wujud tidak layak untuk berkerja di syarikat ini.'

Lelaki itu keluar dari bangunan syarikat milik Microsoft dengan perasaan hampa. Dia masukan tangannya ke dalam kocek, lalu dikeluarkan satu note USD 10. Sambil itu dia berfikir, apalah yang boleh dia lakukan dengan nilai duit USD 10. Dalam perjalanan, dia lalu di kawasan pasar sayuran. Dia tergerak untuk membeli sekotak tomato dengan duit yang dia ada.

Kemudian lelaki itu berhenti di suatu sudut dan mula menjual tomatonya. Nasibnya baik. Tomatonya habis dijual. Esoknya dia menggunakan modal yang ada untuk membeli dua kotak tomato. Hari bersilih ganti. Akhirnya lelaki itu menjadi saudagar ekspot import makanan dalam tempoh lima tahun.

Bila syarikatnya telah berkembang maju, dia ingin menggunakan polisi insuran bagi melindungi perniagaannya. Dia pergi ke sebuah syarikat Insuran. Setelah selesai perbincangan dengan pegawai Insuran, pegawai itu memintanya alamat email bagi memudahkan urusan. Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak memiliki sebarang email. Dengan rasa hairan pegawai Insuran berkata; 'Anda memiliki syarikat perniagaan yang besar sedangkan anda tidak memiliki kemudahan email. Cuba anda bayangkan apa akan berlaku kalau anda tahu menggunakan email?'

Lelaki itu diam sebentar, kemudian dia menjawab; 'Mungkin saya masih menjadi pengelap lantai di salah sebuah syarikat Microsoft.'

Lepas tu baca pulak komen kawan tu, dia cakap; 'Jangan bersedih dengan apa yang anda tidak miliki. Mungkin anda lebih berasa sedih dengan memilikinya.'


Dari cerita hindustan tadi, terus bertukar jadi cerita ayat-ayat cinta. Rasa macam Allah tengah pujuk. Cepat sangat Allah sedapkan hati ni. Terngiang-ngiang dialog dalam ayat-ayat cinta tu,

'Allah sedang berbicara dengan kamu tentang sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas itulah islam.'




Bulan ni bulan cinta exam. Ingat tak saya cerita, saya ni belajar dekat kolej ala hong kong. Majoriti cina. Dalam dewan exam yang besar gedabak tu, saya sorang pakai tudung. *pengawas periksa excludedlah kan.*

Setiap kali habis paper, mesti akan dengar kawan cakap camni, 'Hayyoo. Comfirm fail lah. No hope already.' Setiap kali dengar, saya senyap dan senyum jek.

Ada satu hari tu, sebelum paper Mathematics, saya bersembang dengan seorang classmate saya ni. Dia cina. Tapi, dia muslim. Dia cakap dekat saya, 'Harap-harap mathematics senanglah. Statistics comfirm dah kena repeat.' Saya tanya dia, 'Ehh, macam mana tahu?' *sambil buat muka tak bersalah*. Dia cakap, 'Mesti punyalah. Teruk kottt.'

Sebabkan dia muslim, dia percaya pada tuhan yang sama yang saya percaya, so saya beranikan diri untuk pujuk dia. Saya cakap, 'Alaahhh, kan dah usaha. Jangan putus asa. Banyak-banyak doa, Allah akan tolong.' Lepas tu dia senyum dan balas, 'Allah mesti tolong kan?'. Saya senyum dan cakap dalam hati, 'Allah always will.'


Best kan jadik muslim? Kita ada Tuhan yang boleh kita mohon pertolongan. Kita ada Tuhan yang kita yakin di tangan Dialah takdir kita terletak. Kita ada Tuhan yang kita mengaku Dialah sebaik-baik perancang. Cuba bayang kalau kita hidup tak bertuhan? Saya selalu fikir, kalaulah saya takde Allah, saya rasa dah lama saya mati sakit jiwa sebab exam. Tapi sebab saya tahu adanya Tuhan yang memberi pahala pada usaha, baru saya rasa kewujudan saya dekat dunia ni berguna.




Masa usrah minggu lepas, kitorang tadabbur surah al-baqarah ayat 152-163. Rasa terjatuh cinta dengan dua ayat ni.


'Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.' [2:152-153]


Allah cakap, 'ya ayyuhal lazi na amanu', bukan 'ya ayyuhannas'. Allah seru orang-oran yang beriman, bukan seru semua manusia. Beza. Kalau kita termasuk dalam kalangan yang beriman, mesti kita akan rasa macam special dan macam nak jawab, 'ya Tuhanku.' Allah suruh kita ingat dekat Dia, dan ganjarannya Allah akan ingat dekat kita. What do you expect?

Bayangkan kita pergi konsert opick, dan di tengah lautan manusia yang banyak tu, kita adalah cakap 'hai opick'. Agak-agak, Opick akan ingat tak dekat kita lepas konsert tu? Cam tak kita? Walupun kita berusaha  share video youtube Opick dekat FB, dekat blog, belum tentu Opick akan ingat pada kita. Tapi Allah? Once kita ingat pada Dia, automatik Allah akan ingat balik pada kita. Tawaran mana yang lebih hebat dari tawaran Allah ni wahai diri yang sering lupa? T__T

Dan, Allah ajarkan kita, untuk memohon pertolongan dariNya, maka solatlah. Dan bersabarlah. Dan sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.


Mungkin kalau saya fly saya tinggalkan agama Allah? Nau'dzubillah. Dan sungguh, Allah tahu sedang kamu tidak tahu.





Sunday, May 6, 2012

[Al-Hadid, 57:12-15]


Perkongsian usrah yang menyentap ulu hati. *kena panah petirrrrrrr* T__T

'Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan kepada mereka), "pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung."

Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang yang beriman, "tunggulah kami! kami ingin mengambil cahayamu." (kepada mereka) dikatakan, "kembalilah kamu ke belakang dan carilah cahaya (untukmu)." Lalu di antara mereka di pasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan di luarnya hanya ada azab.

Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin,"bukankah kami dahulu bersama-sama kamu?" Mereka menjawab, "benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah; dan penipu (setan) datang memperdaya kamu tentang Allah.

Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan dari kamu mahupun dari orang-orang kafir. Tempat kamu di NERAKA. Itulah tempat berlindungmu dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." '

[Al-Hadid, 57:12-15]