Thursday, May 31, 2012

Hidayah: Mencari atau goyang kaki?

Dengan nama Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Teringat kata-kata Dr Rubiyah,

‎'Rasalah setiap nafas turun naik kamu, kerana ianya dipegang Allah.'

ALLAH. Tuhan yang kita tak nampak, tapi kita meminta dariNya. Tuhan yang kita tak nampak, tapi kita mengadu padanNya. Tuhan yang kita tak nampak, tapi hati kita merasai kehadiranNya.

Dulu, masa sekolah menengah, adalah belajar dalam subjek PI tentang 'Hidayah Milik Allah'. Selalu jugak dengar orang sebut ayat tu. Faham apa maksudnya, tapi sebab tak pernah rasa dan tak pernah nak ambil tahu, so faham setakat nak jawab exam jelah. Heeee.


Ingat lagi, masa bulan ramadhan tahun 2009, tu kali pertama saya rasa hebatnya jadi seorang muslim, dan betapa besarnya tanggungjawab yang saya kena galas sebagai seorang muslim. Walaupun dekat MRSM Taiping pakai stoking tu wajib, tudung mesti berjahit, setiap malam ada bacaan, setiap hari wajib solat jemaah, setiap jumaat ada usrah, setiap maghrib ada tazkirah, setiap ahad ada kuliah subuh, secara jujurnya tak pernah sekali pun saya betul-betul paham apa erti saya menganut islam.

Tapi setelah beberapa bulan belajar di KY, walaupun suasananya tak seislamik di MRSM, dengan senangnya saya boleh terima hidayah dari Allah. Subhanallah. Betullah orang kata, hidayah tu datang tak mengira tempat, masa atau orang.

Saya ingat lagi, masa saya tengah lepak-lepak dekat surau, ada seorang kakak ni approach saya dan tanya kalau kalau saya nak ikut dia pergi keluar jalan-jalan waktu weekend nanti. Free jek. Makan, transport semua disediakan. Dengar ilmu dia kata tapi dalam suasana lepak-lepak. Nak duduk lunjur kaki ke semua boleh. Hah. Disebabkan kakak tu pandai pujuk, saya pun dengan berbesar hati joinlah dia weekend tu. Dan weekend tu menjadi weekend yang tak akan saya lupa sepanjang hidup.

ISK. Program yang sangat mengetuk pintu hati saya untuk berubah. Walaupun ramai yang pernah join program ni, tapi tak semua boleh terus cair. Mungkin kakak yang menyampaikan ISK masa saya pergi tu hebat. Hehe.

sebahagian dari isi ISK yang cool

Ok, berbalik pada cerita hidayah. Tak, bukan hidayah nama orang tu, tapi hidayah petunjuk dari Allah yang Maha Baik. Saya mengaku, hidayah kena cari. Tapi, mungkin jugak ada kes-kes tertentu yang mana Allah bagi hidayah tanpa kita duga, secara tiba-tiba. Seolah-olah satu cahaya yang tiba-tiba ada dekat depan kita masa kita tengah lalu dekat lorong gelap yang ramai orang. Disebabkan ramainya orang dekat lorong gelap tu, kita tak rasa takut untuk lalu lorong tu. Tapi bila tiba-tiba datangnya cahaya, kita tersedar yang sebenarnya orang ramai yang ada dekat lorong gelap tu hakikatnya sedang makan tahi. Dan kita tengok tangan kita pun rupa-rupanya sedang memegang tahi jugak. Dan apa yang kita lakukan bila dah tersedar perkara jijik tu? Mestilah kita nak lari dan tinggalkan tempat jijik dan berbau busuk tu. Taktaulah pulak kalau ada yang cakap, 'ehhh aku tengah pegang tahilah. gila cool aku'.

Begitulah yang saya rasa bila tiba-tiba diberi cahaya petunjuk oleh Allah. Saya baru sedar yang selama ni saya hakikatnya sedang duduk di dalam kejahilan dan kegelapan. Yang takjubnya, saya boleh rasa sangat selesa dalam kejahilan saya itu disebabkan ramainya orang yang turut berada dalam kejahilan yang sama.  Pada saat ini, saya mempunyai dua pilihan. Hidayah sudah menyapa saya tanpa saya berusaha nak pergi kaji satu al-quran etc. Saya untung. Allah sayang saya. Masa saya tengah seronok dengan kejahilan, Allah sudi sedarkan saya. Tak seperti sesetengah orang yang setiap hari berdoa agar Allah membukakan pintu hati untuk berubah. Pada saat itu, sama ada saya terima atau buat tak peduli dengan hidayah yang datang tu.

Alhamdulillah, Allah sangat sayang saya. Bila tersedar bahawa kejahilan itu menjijikkan, saya terus ingin berlari dan berlari meninggalkan 'lorong gelap' itu. Hebatnya perasaan menerima hidayah Allah.



Betul orang cakap, nak dapat hidayah itu susah. Tapi, nak 'jaga' hidayah yang dah dapat tu berjuta-juta-juta-juta lemon lagi susah. T__T

Sebulan, dua bulan, tiga bulan. empat bulan, lima bulan mungkin saya dapat istiqamah dengan perubahan. Kerana perasaan hebat, perasaan manis menerima hidayah Allah tu masih segar dalam hati saya. Tapi, masuk bulan keenam, saya mula rebel. Saya rimas. Saya nak berubah, tapi kenapa ramai orang kritik saya? Saya bosan dilabel budak baik. Sedikit demi sedikit, saya mula menjauhkan diri dari kakak-kakak usrah saya. Lama-kelamaan saya mula bagi alasan taknak pergi daurah.

Saya ingat lagi, setiap kali join mana-mana daurah atau usrah, mesti naqibah akan bagi 'opening speech' dengan ayat ni,

'Alhamdulillah, bersyukur pada Allah sebab kita TERPILIH untuk .....' *sila isi sendiri tempat kosong*





Pergilah mana-mana majlis ilmu, mesti perkataan TERPILIH tu wajib sebut. Tapi, taklah terkesan sangat mula-mula. Bagi saya, 'elehhh, biasalah tu ayat mesti kena bergaya habis.' -.- Tak pernah sekalipun dalam hati saya menyesal setiap kali saya skip daurah. Tak pernah pun terlintas rasa sedih dalam hati saya bila saya bukan antara yang terpilih oleh Allah untuk terima ilmu dia. Never.

Pernah satu kali saya buat kakak naqibah saya menangis sebab saya taknak pergi daurah. Pernah jugak saya buat adik-beradik saya menangis sebab saya tak hargai pengisian yang diorang kongsi dari daurah yang saya skip. Tipulah saya tak terkesan langsung bila diorang menangis, tapi saya cuma tak paham kenapa diorang sampai menangis. Padahal, tak pergi daurah je pun. Bukannya saya cakap saya nak free hair ke apa. -.-



Itu cerita dulu. Masa saya buat A Level. Mungkin saya kurang hargai sebab saya tak rasa susahnya mencari hidayah. Sebab hidayah diberi tanpa saya minta. Tapi, bila jek saya dapat keputusan yang saya tak dapat fly ke UK, dan dicampak ke kolej ala Hong Kong ni, saya mula rasa kosong. Saya rasa sedih sebab dah takde adik-beradik usrah yang nak nasihatkan saya bila datang perangai jahat saya, dah takde kakak naqibah yang nak pujuk saya pergi usrah dan daurah.

Hari-hari saya di HELP University terasa sangat kosong. Saya mula menyesal sebab dulu masa Allah bagi hidayah, saya tak jaga elok-elok. T__T

Satu hari, saya mesej kakak naqibah saya yang dulu, saya mintak dia carikan kakak naqibah yang baru untuk saya dekat HELP ni. Dan, Allah tu Maha Penyayang. Tak disangka-sangka, di tengah-tengah kesosialan pelajar HELP ni, rupanya ada satu group usrah. Dan, saya dengan muka tak malunya, mesej kakak yang handle usrah dekat HELP ni dan cakap yang saya nak join usrah dia. Heeee. Dan sejak hari tu, saya mula merasa kembali 'manisnya' hidayah Allah tu. Malah, perasaan kali ni lebih manis lagi macam melebih-lebih gulanya. Sebab kali ni hidayah Allah tu saya cari, bukan diberi macam mula-mula dulu. Saya rasa betapa susahnya nak dapat hidayah tu, sebab tu saya sangat sangat sangat 'jaga' bila dah dapat supaya tak hilang manisnya macam dulu.



Hidayah yang dicari tak sama macam hidayah yang diberi. Dulu, saya selalu skip usrah dan daurah. Tapi kali ni, bila tak dapat pergi daurah atau usrah, saya rasa macam nak menangis kuat-kuat sambil hentak-hentak kaki sebab sedih. Saya mula paham kenapa adik-beradik usrah saya menangis dulu bila saya taknak join daurah. Sebab diorang paham apa maksud 'terpilih' tu. Diorang sedar betapa sedihnya perasaan bila tak terpilih oleh Allah untuk terima ilmuNya. Apa dosa, apa kesalahan yang membuatkan Allah tak pilih?

Ukhwah saya dengan adik-beradik usrah saya jugak sangat kuat. Setiap hari, kitorang akan makan sama-sama. Bergelak sama-sama, bercerita sama-sama. Kalau sorang takde, rasa macam tak lengkap. Cewahhh. Macam couple youuu. :P Rasa happy setiap kali semua orang dapat kumpul ramai-ramai masa usrah. Rasa kecewa setiap kali ada antara kitorang yang tak dapat join daurah.

Mungkin orang boleh cakap, 'alaaaa, Allah tak bagi lagi hidayah.' Tapi alangkah bahagianya perasaan mendapat hidayah bila kita yang berusah mencari daripada tiba-tiba dapat hidayah masa kita tengah goyang kaki. Tak. Perasaannya tak sama. Berbeza. Macam perasaan dapat 100 markah untuk subjek Further Mathematics atas usaha sendiri dengan dapat 100 markah sebab meniru. Sama ke perasaannya? Tak kan?

Sebab tu orang selalu pesan, hidayah tu tak datang bergolek. Kena usaha cari. Ada hikmahnya di situ. Supaya kemanisannya berpanjangan. Hidayah tu hak milik Allah. Benda yang baik. Benda yang infinity. Kalau Allah bagi dekat seluruh makhluk dekat bumi ni pun comfirm cukup dan tak kurang. Tapi, ada sebab kenapa Allah bagi pada orang tertentu jek.



Paling penting hidayah itu diberi tak mengira warna kulit, tak kira orang tu cantik ke tak, tak kira orang kaya ke orang miskin, tak kira orang tu dapat fly ke tak, siapa nak orang tu yang dapat. Allah tak rugi apa-apa pun kalau kita taknak. Tapi padanlah muka kita kalau nanti semua orang masuk syurga kita terjerit-jerit suruh orang selamatkan kita dari neraka.

'Hidayah ibarat cahaya; ia tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya' -Faisal Tehrani-



Di saat saya paham apa itu ukhwah, adik-beradik saya yang dulu sudah pun jauh di mata. Kalaulah saya diberi peluang, saya nak kumpul dengan diorang walaupun hanya sekali dan merasa manisnya hidayah yang dicari. :(



17 comments:

Unknown said...

hmm teringin jugak nak join usrah. tapi tak tahu macam mana nak mula. takde siapa pun ajak. and dekat UM ni macam tak berapa nak tahu pun kalau ada geng2 usrah. hmmm. macam mana ye?

Nina Mazlan said...

tak semestinya hidayah dicari dengan usrah. tapi still, usrah penting sebab dari situ kita ditarbiyah. UM kan? saya ada kenal seorang sister yang bawak usrah dekat UM. saya bagi no phone kakak tu dekat FB awak eh? :)

btw, banyakkan doa pada Allah. kalau kita mintak, Allah akan bagi. ^^

Anonymous said...

uhibbuki fillah abadan abada <3
kasih ini, ukhwah ini, hati ini, dipegang oleh Allah. doakan kita sama2 dpt memasuki syurga Firdaus-Nya yuk! tak sabar nak balik n dpt tazkirah dari erna! :)
-adikberadikygjauhdekatdihati

syakirah said...

Erna T.T simpan kemas2 ae kenangan tu sume.,insyaAllah nnt kte jumpa,lg manis dr dulu. Mmg sikap manusia,bila dah hilang dpn mata,bru nak hargai..jaga elok2 hati..doakan sama2 kami di merata benua ni,struggling nak mmbesar dan jd matang. Huhu..sayang erna <3<3<3

Anonymous said...

woa , sedeh . sedeh . :)

Nina Mazlan said...

ehhh, tak sabar nak tunggu org uk balik dan dapat tazkirah dr koranglah. :P

Nina Mazlan said...

sayang kira jugakkkkk. :) insyaAllah, korang sentiasa dalam doa ena. doakan ena jugak. ^^

Nina Mazlan said...

:)

Eyzan Encha said...

silent reader a.k.a. stalker was here. hehe

Nina Mazlan said...

^^

Nina Mazlan said...

anatiiiiiiiiii <3<3

Ana_Solehah said...

assalamualaikum wbt. daurah tu apa ye? memang sedih sangat baca luahan cerita erna ni. ingatlah hati kita ni Allah yang pegang. nk beramal itu memang senang, tapi nk menjaga amalan kita dan istiqamah tu, Allahurabbi payah sangat2. :(

Nina Mazlan said...

:)

daurah tu maksudnya program. as in, usrah yang dibuat di luar kolej ke. hehe.

kannn? sebab tu doa tu penting. ^^

a i m z said...

love this entri..
sy pon teringin jugak nak join usrah..tapi segan.
masalah kan dengan org segan nih. hehe.
insyaAllah, kalo ada rezeki, dpt u..sy akn usaha jgk2 join usrah,.

Nina Mazlan said...

insyaAllah, doa pada Tuhan. Sesiap yang doa sesuatu yang membawa kebaikan kepada dirinya, insyaAllah Allah tak akan tolak. :)

Anonymous said...

Hai...saya penganut Kristian....dah lama sy brminat utk mndalami agama Islam..scara jujurnya dah lama sy ingin msuk agama Islam...sbb sy bgitu trtarik dgn ajarannya ...mslhnya skrg sy takut utk beritahu parents sy ttg hal ini.. tlg beri apa2 pndapat dan cdgn..apa yg sy prlu lakukan? :-(

Nina Mazlan said...

hai. :)

kalau niat betul-betul nak mendalami islam, insyaAllah boleh tolong sekadar yang mampu. boleh email saya tak?

ernafird91@gmail.com

may God bless you. :)