Tuesday, October 22, 2013

Pemenang Kehidupan

Siapa pemenang kehidupan?

Okay pernah tak alami situasi seperti berikut;

Kau tengah jalan. Then tetiba kau terserempak dengan seorang makcik ni. Kau pun automatik senyum tanda sapaan lah. Tapi makcik tu buat dek je. Siap jeling lagi. Dan sepanjang hari mood kau terus swing. Pfftt.

ATAU

Kau tengah reunion dengan kawan-kawan kau dekat satu kedai makan ni. Masa kau pegi kaunter nak order, kakak kaunter tu layan kau macam perempuan baru lepas cerai dengan laki je. Dah lah tak senyum, nada tengking, main hentak-hentak lagi. Kau pun apa lagi, automatik mood ceria kau berubah jadi mood emo semacam.

Pernah kan kan kan?


Baru-baru ni, dalam sesi tazkirah, adik usrah saya share satu cerita ni. Pasal pemenang kehidupan. Cerita dia bermula begini. *masuk mood story telling*

Ada 2 orang lelaki pergi ke kedai. Masa nak order, budak kaunter tu punya layanan macam nak minta pelempang je. Lelaki pertama automatik moody. Tetapi tidak lelaki kedua. Lelaki kedua tetap tersenyum dan melayan budak kaunter tu dengan baik sekali.
Lelaki pertama berasa hairan lalu bertanya; 'Kau ni, tak marah ke budak kaunter tu layan kita macam tu? Siap boleh senyum lagi?'
Lelaki kedua menjawab, 'Lah, kenapa aku nak kena moody sekali dengan dia? Kenapa aku nak kena biarkan dia atur hidup aku? Dia nak moody itu dia punya pasal. Tapi dia tiada hak untuk menghalang aku untuk terus berlaku baik pada orang lain.'

To smile or not to smile; To be happy or not to be happy; It all depends on us, not someone else. Orang lain tak layak nak atur dan tentukan hidup kita. Mereka tiada hak!



Nak dijadikan cerita lagi, baru-baru ni juga, anak usrah saya mengadu cakap budak office perli-perli dia cakap dah jadi ustazah sekarang sejak pakai socks tudung labuh segala ni. Ustazah boleh terima lagi. Tak boleh tahan ada yang cakap dia dah masuk al-arqam.

Seriouly, kennot brain.

Pffttt.

Teringat ayat 2 surah al-ankabut;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Rasulullah dulu, digelar orang gila, tukang sihir dan macam-macam lagi. Sedih memang sedih. Berat memang berat. Tapi kalau bukan kesabaran yang Allah turunkan pada baginda dan para sahabat, kalau bukan rasa cinta baginda dan para sahabat yang mendalam terhadap islam dan umat, islam tu takkan sampai pada kita hari ni. Ye dak?

So what do you expect?

Memang itu sunnatullah nya. Siapa yang memegang panji agama islam, WAJIB diuji. Bukan sunat lagi dah. WAJIB okay WAJIB. Kemonn. AF yang merepek tu pun ada tapisan. Apatah lagi syurga Allah.

Macam KL Tarbiyah MrTheAllShared. Sebab video parady bebudak ni ada unsur islamik, maka SKOP Production terus claim copyright. Padahal takde menda pun.

Tapi sunnatullah kan. Ujian akan datang ada mereka yang claim 'aku beriman'.


Bezanya, bagaimana kita menangani ujian tu. Dengan cara baik ke dengan cara kasar? Dengan cara seorang pemenang kehidupan ke dengan cara seorang yang rela membiarkan hidup dia diatur oleh orang lain?

Contohnya, bila orang sekeliling perli-perli cakap kita khemah bergerak, sambil senyum kita cakaplah,

'Aah. Nanti ada sedara ke nak kahwin nak tempah khemah please give me a call okayyy'

*sambil letak tangan kat telinga gaya cam henpon*

KASI SENTAPPPPP!

Dalam perut belum lahir, gua sudah mimpi Ustaziyatul Alam (Dunia Tanpa Fitnah) tau! -MTAS

dakwah dakwah mana lu punya tarbiyah?! T__T



1 comment:

Unknown said...

perkongsian yg sangt menarik