Monday, October 21, 2013

TAK SALAH BERGAYA, TAPI...

Semalam adik serumah ni tanya, 'K Erna, pernah tak rasa inferior?' Random apa entah. Agaknya sebab selama ni saya over-confident sangat kot. HAHA.

Hello. Confident itu perlu okay! Saya selalu cakap saya cantik saya cantik dekat bebudak satu rumah ni. And respon diorang macam 'Errr, seriously?' sambil buat muka ambil hati. Eh korang jangan salah sangka. Saya memang cantik pun. Diorang ni semua jeles lettew.


Okay. Berbalik pada sudut dakwah dan tarbiyah. Tadi tu iklan. Sila jangan emo sampai nak terjun KLCC sebab tak dapat terima hakikat. -.-

Dulu, dalam satu daurah ni, kakak penyampai tu tanya lah semua orang apa perubahan pertama yang kami semua buat once dah dapat hidayah Allah tu. Banyaklah cerita-cerita amazing yang keuar. Tapi saya tertarik dengan kata-kata seorang ukhti ni.

'Tak rasa ke, dulu masa zaman jahiliyah tengah pekat, setiap kali nak keluar rumah pun ambil masa berejam nak pilih baju. Sekarang, lepas ditarbiyah, amik je jubah dengan tudung labuh instant tu pakai. Siap.'

Dan respons semua orang macam,



Heh. Setuju atau tidak, itulah hakikatnya. Sedar atau tidak, jahiliyah sememangnya menyusahkan kita. Sangat sangat menyusahkan! Dulu saya pun terfikir jugak, kenapa eh, orang selalu cakap islam ni memudahkan kita? Nampak macam susah je. Nak kena tutup aurat segala. Solat 5 waktu, puasa lagi.

Dulu ye dulu.

Sekarang, lepas ditarbiyah, baru dapat rasa yang islam sememangnya memudahkan kita. Dan mendisiplinkan kita juga. Tak susah pun sebenarnya nak ikut perintah Allah ni. Langgar perintah Allah jauh lebih susah lagi. Tak percaya?

Tak puasa - Nak kena cari port baik untuk makan sembunyi-sembunyi.

Tak solat - Sanggup duduk dalam bilik kunci pintu tak berbunyi buat-buat macam tengah solat sebab nak tipu mak ayah. Pffttt.

Tak tutup aurat - Time-time peak hour kat Midv, ruang solat penuh dengan manusia. Telekung yang disediakan semua dah habis. So terpaksalah kena tunggu setengah jam untuk tunggu telekung. Ishh ishh.

Seee. Masih tak rasa jahiliyah tu menyusahkan kita?

Credit

Kaitan dengan soalan inferior ke tak mula-mula tadi, dulu masa zaman sebelum ditarbiyah, saya SANGAT inferior bila tengok perempuan cantik-cantik bergaya hot meletup kau memang de bom ni. Tahap keyakinan saya automatik akan jadi zero bila tengok diorang. Jangan tanya kenapa. Saya pun tak tahu sebabnya. Cuma itulah, saya memang rasa orang sekeliling saya akan 'judge the book by its cover'. So bila saya pakai selekeh je tak bergaya saya rasa tak yakin.

Buruk laku sungguh kan. -.-

Tapi, bila manisnya hidayah tu dah saya rasai, saya tak pernah rasa inferior dengan perempuan-perempuan hot setappp macam tu. Saya lagi jeles tengok perempuan-perempuan bertudung labuh cantik menawan dan solehah. Eceh.



Serious. Saya tak pernah rasa tutup aurat tu mudah sampailah bila saya ditarbiyah. Sebab Allah cuma bagitau suruh tutup aurat dari bahagian mana ke mana, jangan jarang etc. Allah tak cakap pun wajib pakai baju or tudung jenis macam mana. Tu semua pilihan kita. Nak bergaya atau tidak, suka hati. Allah cuma pesan jangan sampai berlebihan dan menarik perhatian.

Tapi kena ingat, bila kita tambah 'jahiliyah' sikit dalam kehidupan kita, ia mula jadi 'susah' sikit. *deep* Eh paham ke? Kalau tak paham, sila cuba lagi. :p 

Teringat status naqibah pertama kesayangan saya,

TAK SALAH BERGAYA, TAPI TAK BERGAYA SALAH KE?

of shawl, bawal, and tudung labuh instant 




8 comments:

Unknown said...

Kannnn!!!!
xp

p/s: i feel loved! haha

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

assalamualaikum.love this entry soo much. =')

Nina Mazlan said...

Eh ngada. :p

Nina Mazlan said...

Waalaikumussalam.

Jazakillahu khair. :)

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Menguatkan semangat saya untuk terus berusaha untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan diredhai ALLAH. :)


10 TIPS Merangsang Kehamilan

Unknown said...

subhanallah perkongsian yg hebat.. sy juga sudah mula ke arah itu.. sy dpt rase melihat wanita bertudung labuh tu jauh lebih dhormati dr berfesyen ala2 artis dgn ton color yg menarik..makeup tebal..contact lens..tp berjubah bagai..saya naik rimas..biar nmpk simple..tp look cool..apepun kite yg perlu erubahnye..bkn org lain..Allah bg kite sesenang2 pilihan..just tutup ape yg patut..Allah x suruh kite pilih color ape n material yg mahal2..just mngikut syarak yg ditetapkn..

Nina Mazlan said...

Kannn? :)

Unknown said...

salam eh lame tak update blog mane mnghilang yee