Monday, April 25, 2011

scandal

sometimes, scandals do make you feel good inside
people around you tease you with 'someone'
and you hate to admit, you do like the attention you're getting
someone you never saw that way, has now become a significant figure in your life
as you start noticing traits about him/her that you never did before

but, more often than not, scandals can have a DOWNWARD EFFECT
a scandal could very well ruin your friendship with that person
such a comfortable friendship, stained by the presence of awkwardness
that person, invaded by discomfort, will then try to push you away

see, a scandal may also be an easy opportunity for syaitan
to incite us weak human beings to be distant from Allah
you may not have romantic feelings towards that person
but it should not be denied that yes, he/she does come across your mind once in a while
after all, we are but human
so, when you're busy thinking about that person
you tend to think of Allah less

what makes this worse is when the person you're associated with
actually believes, without any basis, that you have feelings for him/her
he/she will then try to reject you, in a subtle manner
and almost always, the 'silent treatment' method will be used
as all this is occurring, the people around you start questioning your principles; thinking the worst of you

right now, i really hate this scandal
because of this scandal, my friendship is on the brink of shattering
because of this scandal, someone i enjoy being friends with, has started to ignore me
because of this scandal, people have a bad perception towards me
because of this scandal, i feel awkward among the people around me
( but i don't care much about what others think of me;
only Allah's perception towards me matters)
O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful.
 ( 49:6)
O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah ; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.
 ( 49:12)

be patient erna!
Allah loves you

"Allah does not charge a soul except (with that within) its capacity"

bear with this for just 2 months more
after that, you'll start a new life

i hate this feeling



Saturday, April 23, 2011

Allah sgt fair, ok!

Allah jadikan perempuan dan lelaki tu lain2 cirinya
kalau sama dua2, baik Allah cipta satu jantina jek
disebabkan ciri lain2 tu lah, Allah bagi peraturan hidup yg berbeza utk lelaki dan utk perempuan
kalau Allah bagi lelaki auratnya sikit, Allah bagi perempuan auratnya banyak
kalau Allah bagi lelaki kawen banyak, Allah bagi perempuan boleh mengandung
and the list goes onnnnn

tapi, disebabkan peraturan hidup yg berbeza ni lah, ramai perempuan rasa Allah x fair
ye lah, Allah bagi yg susah2 utk perempuan
mengandung, dimadukan, tutup aurat banyak etc
lepas tu orang lelaki sedap2 kata perempuan kaum yg lemah
x fair kan?

disebabkan nak hak yg sama dengan lelaki, ramai perempuan berpakaian macam lelaki
auratnya didedah di sini sana
disebabkan nak hak yg sama dengan lelaki, ramai perempuan keluar malam lepak dgn kawan2
disebabkan nak dikatakan bukan kaum yg lemah, ramai perempuan berani bagi lelaki sentuh sana sini
'ye lah, kalau kau berani sangat, asal kau x bagi aku sentuh kau?' kata si lelaki

tapi kejap, betul ke Allah x fair?
bagi yg susah2 dekat perempuan, lepas tu kena 'cop' kaum yg lemah?
atau Allah buat macam tu sebab Allah muliakan kita kaum perempuan ni?

cuba fikir, kenapa Allah bagi perempuan yg mengandung?

bayang eh, Gu Jun Pyo yg hensem tu mengandung, ada orang nak kata dia hot lagi?
buruk adalah
tapi kalau perempuan yg mengandung, orang cakap makin cantik dipandang
ni orang cakap bukan aku

lepas tu, bayang pulak, lelaki yg macho tu muntah loya2 sebab mengandung
eeeiiii...hilang kemachoan
tapi kalau perempuan mengandung muntah2 loya
orang jaga bukan main lagi, cantik pon x hilang, suami pulak makin sayang

dan, bayang lelaki, lelaki yg besar gedabak tu kalau mengandung
makin besarlah jadiknya, kalau shrek tengok pon dia lari
sebab tu kena perempuan yg kecik molek ni yg mengandung, ye dak?

lepas tu, kalau masa perempuan nak beranak nanti, suami boleh angkat naik kereta bawak gi hospital
bayang kalau lelaki yg mengandung, macam mana agaknya si isteri masa suami dia nak beranak tu?
mau sewel dibuatnya, nak angkat mana larat
tu x kira waktu meraung dekat hospital tu
bayang suara garau lelaki meraung2 sakit nak beranak
mau bergegar hospital dibuatnya
anak tu pon x jadik nak keluar sebab seram dengar suara ayah dia
ye dak?

mashaAllah, kira hebatnya perempuan ni sebenarnya kan?
sebab tu Allah muliakan kita dengan bagi tugas mengandung tu dekat kita, bukan dekat lelaki

dan, pasal dimadukan pulak
perempuan x puas hati, kenapa Allah benarkan lelaki kawen banyak
kenapa kita x boleh?

betul, madu tu hakikatnya pahit
tapi ganjarannya besar
kalau lelaki kawen banyak dapat nikmat dunia jek
tapi perempuan, Allah sediakan payung emas dekat kita kalau kita bermadu
tengok! kita dapat nikmat akhirat
nikmat dunia pon kita x hilang  *ehem
sweet sangat Allah kan?

dan tutup aurat
kenapa perempuan aurat banyak?
lelaki senang jek, solat pon boleh kalau x pakai baju

ok, sekarang pikir
kalau kita nak bagi hadiah dekat orang, lagi special kalau kita balut ke kalau kita x balut?
kalau kita balut lagi lawa kan?
lagi special kalau kita balut kemas2, atau kalau kita balut guna pembalut yg dah koyak rabak?
lagi lawa kalau balut kemas2 kan?

samalah macam perempuan
specialnya kita, sebab tu kita kena balut
dan nak lagi lawa, kenalah balut kemas2, bukannya guna pembalut yg tebukak sana, terbukak sini
ye dak?

tapi, still, ada yg pertikaikan, perempuan tutup aurat pon banyak jek kena rogol
so, bukan pakaian punca rogol, betul x?

betul ke?
ada kajian dekat luar negara
dekat sebuah universiti, satu hari tu, semua pelajar perempuan disuruh berhias selawa mungkin
lepas tu, dijalankan satu ujian bertulis untuk semua student lelaki dan perempuan
dan hasilnya, jawapan yg diberi oleh semua pelajar perempuan lebih rasional berbanding dengan pelajar lelaki
sebab apa?
sebab kajian itu membuktikan, yg orang lelaki ni otak dia x akan jadi normal bila tengok orang perempuan cantik2 ni
make sense x?
orang lelaki nak argue jangan argue dekat aku, argue dekat orang yg buat kajian tu

so, apa kaitannya dengan rogol tu?
haaa, tu lah, bila orang lelaki ni tengok orang perempuan seksi2 ni, otak diorang jadik x betul
so, diorang pon tanpa mengira perempuan tu tutup aurat ke x, terus rogol
bukan salah perempuan yg dirogol tu, tapi salah perempuan2 seksi yg lelaki tu jumpa sebelum tu

kesimpulannya wahai perempuan
kalau x sayang dekat diri sendiri pon
kesianlah dekat kawan2 perempuan yg lain
sebab kita yg pakai seksi ni, orang lain yg kena
lepas tu, xpasal2 Allah dikata x fair
padahal, Allah sangatlah memuliakan kaum perempuan
okies?

entri ni macam berterabur kan? ohhhh, penulisan semakin teruk!


Friday, April 22, 2011

jom kita jadik madu! :D

aku ada kekasih hati
macam mana rupa dia aku pun x tahulah sbb aku x pernah jumpa dia
walaupun aku x pernah jumpa dia, dia selalu kirim surat cinta dekat aku
sweet sangat kannnnn?

aku x pernah tengok dia, tapi untuk pengetahuan korang, dia sentiasa tengok aku
kadang2 rasa seramlah jugak sebab diperhatikan
nak buat jahat pon pikir banyak kali sebab nanti kalau dia tahu aku buat benda yg dia x suka, dia marah aku
tapi, lagi banyak kadang2, aku rasa selamat
yelah, dah kita tahu ada yg tengah tengok kita, jaga kita dari jauh
best jek perasaan dilindungi tu tahu x?

kekasih hati aku ni, sweetnya mengalahkan maduuuuuu
bayang, dia tahu jek apa yang aku rasa
kalau aku rasa sedih, dia pujuk aku dengan puisi2 indah dalam surat cinta dia
kalau aku rasa gembira pon, dia still bagi surat cinta dia kat aku
tapi selalunya, kalau aku gembira, jarang aku nak baca betul2 apa yg dia tulis dalam surat dia tu
kekasih yang teruk kan aku ni?

lepas tu, kekasih hati aku ni, dia dah janji macam2 dekat aku
dia kata, kalau aku ikut perintah dia, tinggalkan larangan dia, dia ajak aku jumpa suatu hari nanti
jumpa pon bukan kat tempat2 biasa
eleh, setakat jumpa kat taman bunga tu, LAME lahh
kekasih hati aku ni, janji nak jumpa dekat tempat yang paling indah yang x pernah kita pergi
kalau dalam surat2 dia, dia ada cakap, tempat yang dia nak ajak jumpa tu, ada sungai mengalir kat bawah dia
ada buah2an, ada pelayan yg ganteng2, ada macam2lah
bak kata dia, apa jek yang x dak kat situ?
haaa, best kan? romantik kot kekasih hati aku ni. issshhh, jangan jeleslah.

eh jap, lupa pulak
jangan ingat kekasih hati aku ni kuat mengongkong pulak sebab dia suruh aku ikut arahan dia dan tinggalkan larangan dia
memanglah dia suruh aku ikut arahan dia, tapi dia x sekali2 pon mengongkong
haaa, korang tahu x apa yang dia suruh buat tu?
kalau korang tahu, mesti korang pengsan sebab romantik sangat dia ni
aku nak bagitau pon malu *blushing*
dia kan, ehem, suruh aku jumpa dia selalu
waktu wajib jumpa lima kali sehari
lepas tu, dia suka kalau aku jumpa jugak dia waktu2 lain yang dia x wajibkan
dan, dia jugak suruh aku ulang2 baca surat cinta dia tu
kalau boleh, hafal teghuih
alahaiiiii, sweetnyaa~~

lagi kan, kekasih hati aku ni punyalah pemaaf
aku walaupun tahu dia sentiasa tengok aku, aku still buat benda2 yang dia x suka
tapi, dia x marah direct
dia diam jek, tunggu aku sedar sendiri
lepas aku sedar kesalahan aku, dia xdaknya nak merajuk2 ni
dia maafkan jek terus walau sebesar mana pon kesalahan aku tu
baik kan? kekasih korang ada yang macam tu? haaa, xdak!

lepas tu, kekasih hati aku ni, dia suka kalau aku cakap pasal dia dekat kawan2 aku
dia senyummmm jek, wahhh!
dan, dia ni kira macam penaja hidup aku jugaklah
dia sponsor segala benda
untuk pengetahuan, aku x pernahlah rasa susah sebab semua benda dia dah bagi

tapi, macam korang2 jugak, dah kekasih hati ni mestilah ada gaduh2 kan
tapi, gaduh kitorang sweet
dia cocok sikit aku dengan x bagi benda yang aku nak
menangis-nangis aku tahu setiap kali dia buat macam tu
lepas aku dah menangis2 tu, dia baru bagi benda yang aku nak tu
kalau x pon, dia bagi benda yang lebih bagus dari benda yang aku nak tu
cehh. dia memang, saja suka buat aku nangis
dia kata, dia suka kalau aku menangis sambil cakap2 dengan dia
dia kata aku comel masa tu. wekkkk. jangan jeles!

haa, ada lagi
nak tahu x, kekasih hati aku ni popular sangatttt
kat mana2 orang sebut pasal dia
uuuuu, bangga aku kekasih hati aku hot :P
dan, dia ni, ada banyak jugak kekasih hati yang lain
tapi aku x jeles, sebab dia x pernah abaikan aku
malah, kitorang 'madu2' ni, saling berkasih sayang lagi
hohoho, pelik bin ajaib!

hebat x kekasih hati aku?
sama ke dengan kekasih hati korang yang geli2 tu?
haa, kalau terasa nak kekasih hati macam aku, cepatlah
space ada banyak sangat lagi ni
jom jadik madu aku jom! ^_^

memori house trip bermain2 di minda.teringat pada seniors diamond yg sempoi!


Thursday, April 14, 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar



video ni sangat best
semalam MUSCOM tunjuk dekat surau
saya suka MUSCOM sbb diorang selalu tunjuk video best2 ^^

jom tengok!


Tuesday, April 12, 2011

manusia itu adalah roh, amalan tu macam najis, islam tu cara hidup.

'manusia itu adalah roh'

jasad tanpa roh xdapat hidup
kalau seorang manusia mati, kita akan dia dah tiada
'tiada' merujuk pada roh, bukan jasad
kalau 'tiada' tu merujuk pada jasad, xpayahla susah2 kita nak mandikan dan tanam jenazah orang mati

roh sangat perlu dijaga
manusia zaman sekarang lebih pentingkan kesihatan jasad
macam2 jamu dimakan, berkotak2 pil ditelan
tapi roh, diabai dan dianaktirikan
padahal, mana lebih penting? roh atau jasad?
jasad kalau sakit, kita bagi makan ubat
tapi kalau roh sakit, nak bagi apa?
kalau mintak ubat sakit roh dekat doktor, samaada doktor bagi ubat sakit jiwa atau bagi penumbuk
mana nak?

kalau nak sihat jasad, kena makan makanan yg menyihatkan
kalau nak bagi sihat roh, nak bagi makan apa?

ikut skema jawapan, al quran tu makanan roh
nak sihat bacalah al quran
kalau sakit pon bacalah al quran
tapi cukup ke sekadar baca?
contoh, kita sakit demam
pergi klinik, doktor bagi ubat
balik rumah, kita baca description ubat tu

'makan ubat 3 kali selepas makan'
'makan ubat 3 kali selepas makan'
'makan ubat 3 kali selepas makan'

kita baca banyak2 kali
pagi petang siang malam kita baca
tapi, kita x telan pon ubat tu
boleh sihat x?

samalah macam baca al quran
beria2 baca tapi kita x hadam pon apa yg al quran tu cakap
mau ke roh kita sihat macam tu?

jadik, jangan baca jek al quran tu
paham, rasa apa yg al quran tu cakap
lepas tu, amalkan apa yg Allah cakap dalam al quran
barulah boleh sihat roh kan?
 'amalan tu macam najis'

analogi yg sangat pelik
diguna oleh seseorang
tapi boleh diterima oleh logik akal

ok, ayat lepas ni mungkin kedengaran sangat kotor
tapi nak cakap jugak!
sebab aku rasa point dia bagus
kenapa amalan tu macam najis?
najis, bila kita buang, kita x akan pandang dah
kita xkan cerita dekat orang macam mana rupa dia, bila masa kita buang dia, kat mana kita buang dia, etc.
samalah macam amalan
bila kita buat satu2 amal, jangan heboh dekat orang
contoh, kau solat sunat dhuha hari ni
perlu ke kau nak buat announcement kat assembly cakap kau buat solat dhuha tu?

biarkan amalan tu jadik najis yg tidak diungkit2 pada orang lain
sebab amalan yg ikhlas tu datangnya dari hati
x berkurang apabila dikeji, x bertambah apabila dipuji
ye dak?

'islam tu cara hidup'

biasa kita dengar, tapi x biasa kita tengok orang buat benda tu
islam sebagai cara hidup?
betul ke kita buat?
mungkin kalau nak gambarkan manusia zaman sekarang
islam tu bukan dijadikan cara hidup, tapi cara mati

bila seseorang tu mati, kita cakap

'semoga dia termasuk dalam kalangan orang beriman bla bla bla'

tapi masa orang tu hidup apa kita buat?
ada kita nak tarik dia jadik orang beriman?
masa orang tu hidup kita buat x endah jek dengan life dia
dia nak rosak ke, apa ke, ada kita kesah?
tapi bila dia da mati, bukan main kita doa dia masuk syurgalah, jadik orang solehlah
so sekarang, kita tengah jadikan islam tu sebagai cara hidup ke cara mati?

tepuk dada tanya iman
(errr..xpayah tepuk pon xpe kot!)

patut pergi pulau perhentian ke x?