Friday, April 22, 2011

jom kita jadik madu! :D

aku ada kekasih hati
macam mana rupa dia aku pun x tahulah sbb aku x pernah jumpa dia
walaupun aku x pernah jumpa dia, dia selalu kirim surat cinta dekat aku
sweet sangat kannnnn?

aku x pernah tengok dia, tapi untuk pengetahuan korang, dia sentiasa tengok aku
kadang2 rasa seramlah jugak sebab diperhatikan
nak buat jahat pon pikir banyak kali sebab nanti kalau dia tahu aku buat benda yg dia x suka, dia marah aku
tapi, lagi banyak kadang2, aku rasa selamat
yelah, dah kita tahu ada yg tengah tengok kita, jaga kita dari jauh
best jek perasaan dilindungi tu tahu x?

kekasih hati aku ni, sweetnya mengalahkan maduuuuuu
bayang, dia tahu jek apa yang aku rasa
kalau aku rasa sedih, dia pujuk aku dengan puisi2 indah dalam surat cinta dia
kalau aku rasa gembira pon, dia still bagi surat cinta dia kat aku
tapi selalunya, kalau aku gembira, jarang aku nak baca betul2 apa yg dia tulis dalam surat dia tu
kekasih yang teruk kan aku ni?

lepas tu, kekasih hati aku ni, dia dah janji macam2 dekat aku
dia kata, kalau aku ikut perintah dia, tinggalkan larangan dia, dia ajak aku jumpa suatu hari nanti
jumpa pon bukan kat tempat2 biasa
eleh, setakat jumpa kat taman bunga tu, LAME lahh
kekasih hati aku ni, janji nak jumpa dekat tempat yang paling indah yang x pernah kita pergi
kalau dalam surat2 dia, dia ada cakap, tempat yang dia nak ajak jumpa tu, ada sungai mengalir kat bawah dia
ada buah2an, ada pelayan yg ganteng2, ada macam2lah
bak kata dia, apa jek yang x dak kat situ?
haaa, best kan? romantik kot kekasih hati aku ni. issshhh, jangan jeleslah.

eh jap, lupa pulak
jangan ingat kekasih hati aku ni kuat mengongkong pulak sebab dia suruh aku ikut arahan dia dan tinggalkan larangan dia
memanglah dia suruh aku ikut arahan dia, tapi dia x sekali2 pon mengongkong
haaa, korang tahu x apa yang dia suruh buat tu?
kalau korang tahu, mesti korang pengsan sebab romantik sangat dia ni
aku nak bagitau pon malu *blushing*
dia kan, ehem, suruh aku jumpa dia selalu
waktu wajib jumpa lima kali sehari
lepas tu, dia suka kalau aku jumpa jugak dia waktu2 lain yang dia x wajibkan
dan, dia jugak suruh aku ulang2 baca surat cinta dia tu
kalau boleh, hafal teghuih
alahaiiiii, sweetnyaa~~

lagi kan, kekasih hati aku ni punyalah pemaaf
aku walaupun tahu dia sentiasa tengok aku, aku still buat benda2 yang dia x suka
tapi, dia x marah direct
dia diam jek, tunggu aku sedar sendiri
lepas aku sedar kesalahan aku, dia xdaknya nak merajuk2 ni
dia maafkan jek terus walau sebesar mana pon kesalahan aku tu
baik kan? kekasih korang ada yang macam tu? haaa, xdak!

lepas tu, kekasih hati aku ni, dia suka kalau aku cakap pasal dia dekat kawan2 aku
dia senyummmm jek, wahhh!
dan, dia ni kira macam penaja hidup aku jugaklah
dia sponsor segala benda
untuk pengetahuan, aku x pernahlah rasa susah sebab semua benda dia dah bagi

tapi, macam korang2 jugak, dah kekasih hati ni mestilah ada gaduh2 kan
tapi, gaduh kitorang sweet
dia cocok sikit aku dengan x bagi benda yang aku nak
menangis-nangis aku tahu setiap kali dia buat macam tu
lepas aku dah menangis2 tu, dia baru bagi benda yang aku nak tu
kalau x pon, dia bagi benda yang lebih bagus dari benda yang aku nak tu
cehh. dia memang, saja suka buat aku nangis
dia kata, dia suka kalau aku menangis sambil cakap2 dengan dia
dia kata aku comel masa tu. wekkkk. jangan jeles!

haa, ada lagi
nak tahu x, kekasih hati aku ni popular sangatttt
kat mana2 orang sebut pasal dia
uuuuu, bangga aku kekasih hati aku hot :P
dan, dia ni, ada banyak jugak kekasih hati yang lain
tapi aku x jeles, sebab dia x pernah abaikan aku
malah, kitorang 'madu2' ni, saling berkasih sayang lagi
hohoho, pelik bin ajaib!

hebat x kekasih hati aku?
sama ke dengan kekasih hati korang yang geli2 tu?
haa, kalau terasa nak kekasih hati macam aku, cepatlah
space ada banyak sangat lagi ni
jom jadik madu aku jom! ^_^

memori house trip bermain2 di minda.teringat pada seniors diamond yg sempoi!


4 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

JOM jadi MADU:-)

Nina Mazlan said...

jommmmmmmmmm ^^

hazee.hashim said...

entri kali ni heybatt. B)

Nina Mazlan said...

hazee 8P ~huduh betul smiley ni -.-