Tuesday, April 12, 2011

manusia itu adalah roh, amalan tu macam najis, islam tu cara hidup.

'manusia itu adalah roh'

jasad tanpa roh xdapat hidup
kalau seorang manusia mati, kita akan dia dah tiada
'tiada' merujuk pada roh, bukan jasad
kalau 'tiada' tu merujuk pada jasad, xpayahla susah2 kita nak mandikan dan tanam jenazah orang mati

roh sangat perlu dijaga
manusia zaman sekarang lebih pentingkan kesihatan jasad
macam2 jamu dimakan, berkotak2 pil ditelan
tapi roh, diabai dan dianaktirikan
padahal, mana lebih penting? roh atau jasad?
jasad kalau sakit, kita bagi makan ubat
tapi kalau roh sakit, nak bagi apa?
kalau mintak ubat sakit roh dekat doktor, samaada doktor bagi ubat sakit jiwa atau bagi penumbuk
mana nak?

kalau nak sihat jasad, kena makan makanan yg menyihatkan
kalau nak bagi sihat roh, nak bagi makan apa?

ikut skema jawapan, al quran tu makanan roh
nak sihat bacalah al quran
kalau sakit pon bacalah al quran
tapi cukup ke sekadar baca?
contoh, kita sakit demam
pergi klinik, doktor bagi ubat
balik rumah, kita baca description ubat tu

'makan ubat 3 kali selepas makan'
'makan ubat 3 kali selepas makan'
'makan ubat 3 kali selepas makan'

kita baca banyak2 kali
pagi petang siang malam kita baca
tapi, kita x telan pon ubat tu
boleh sihat x?

samalah macam baca al quran
beria2 baca tapi kita x hadam pon apa yg al quran tu cakap
mau ke roh kita sihat macam tu?

jadik, jangan baca jek al quran tu
paham, rasa apa yg al quran tu cakap
lepas tu, amalkan apa yg Allah cakap dalam al quran
barulah boleh sihat roh kan?
 'amalan tu macam najis'

analogi yg sangat pelik
diguna oleh seseorang
tapi boleh diterima oleh logik akal

ok, ayat lepas ni mungkin kedengaran sangat kotor
tapi nak cakap jugak!
sebab aku rasa point dia bagus
kenapa amalan tu macam najis?
najis, bila kita buang, kita x akan pandang dah
kita xkan cerita dekat orang macam mana rupa dia, bila masa kita buang dia, kat mana kita buang dia, etc.
samalah macam amalan
bila kita buat satu2 amal, jangan heboh dekat orang
contoh, kau solat sunat dhuha hari ni
perlu ke kau nak buat announcement kat assembly cakap kau buat solat dhuha tu?

biarkan amalan tu jadik najis yg tidak diungkit2 pada orang lain
sebab amalan yg ikhlas tu datangnya dari hati
x berkurang apabila dikeji, x bertambah apabila dipuji
ye dak?

'islam tu cara hidup'

biasa kita dengar, tapi x biasa kita tengok orang buat benda tu
islam sebagai cara hidup?
betul ke kita buat?
mungkin kalau nak gambarkan manusia zaman sekarang
islam tu bukan dijadikan cara hidup, tapi cara mati

bila seseorang tu mati, kita cakap

'semoga dia termasuk dalam kalangan orang beriman bla bla bla'

tapi masa orang tu hidup apa kita buat?
ada kita nak tarik dia jadik orang beriman?
masa orang tu hidup kita buat x endah jek dengan life dia
dia nak rosak ke, apa ke, ada kita kesah?
tapi bila dia da mati, bukan main kita doa dia masuk syurgalah, jadik orang solehlah
so sekarang, kita tengah jadikan islam tu sebagai cara hidup ke cara mati?

tepuk dada tanya iman
(errr..xpayah tepuk pon xpe kot!)

patut pergi pulau perhentian ke x?


1 comment:

Hazmi Al-Wafi said...

"amalan itu macam najis"

Suka dengan analogi tersebut..