Sunday, July 31, 2011

selepas bangsawan; sebelum ramadan.

semalam bangsawan
kalau tak tahu apa tu bangsawan
sila buat2 macam tahu

semangat datang kolej sehari sebelum
tolong apa yg patut
biasalah tu, diri ni kalau nak kerja untuk dunia cepat jek
gunung berapi lautan berombak ku redah juga
tak ke bengap namanya tu?

Alhamdulillah
mulut ni mmg tak pernah putus doa
supaya bangsawan berjalan lancar
tapi sepanjang yg aku ingat
mulut ni jarang doa
 supaya usrah berjalan lancar
hmmmm

sebelum start, doa macam ni

'ya Allah, kalau menang tu baik untuk kami, permudahkanlah jalan untuk kami menang. tp kalau menang tu hanya akan menjauhkan kami dariMu, tabahkan hati kami dgn segala keputusanMu'

dapat results, rasa downlah jugak
sbb menang banyak, tp tak menang overall
dekat mulut kata redha, dalam hati tak payah cakaplah dasyatnya rasa down tu
tapi sepanjang yg aku ingat
hati ni tak pernah rasa down macam tu setiap kali terlepas usrah or apa2 benda akhirat

masa dapat results, perangai ntah apa2 ntah
sorak tak hengat kau
diri ni terus lupa, malaikat ada kiri kanan
malaikat maut pon selalu tunggu masa nak tarik nyawa
Allah pulak tengok jek
agak2 Allah senyum ke tengok diri ni lompat dan menjerit macam tu?

bukan tak pernah muhasabah
tapi diri ni selalu lupa
lepas jek ada event dunia, mesti lupa
lepas tu, tulis kat blog kata menyesal
yg ni, ntah kali berapa muhasabah dan menyesal pon taktau
tapi lepas tu buat jugak
bak kata laila
'nama jek student, tapi stupid'

tapi, kali ni punya menyesal macam up sikit kot
sbbnya, lepas bangsawan dapat satu mesej



'saya tak down. saya cuma rasa takut, macam manalah kalau saya mati atas stage tu. banyaknya dosa bangsawan. entah diampunkan ke tak, dosa yg dibuat dgn sengaja.'

lebih kuranglah ayat dia

lepas baca, terus rasa bertambah tambah down

a'ah kan?
kalau mati masa sorak, masa tolong atas stage yg sempit tu, or even dalam perjalanan ke kolej pon
agak2 Allah redha ke?
dah lah esok ramadan
ruginya
mesti Allah lagi bagi perhatian kat hambaNya yg bersungguh2 kejar akhirat
bukan kejar dunia

lepas tu bukak FB jumpa satu notes
berganda ganda rasa sedih
terasa diri ni sangat tak malu dgn Allah
kebodohan yg nyata
:(

notes

ya Allah, ampun

AIM RAMADAN:

1. tafsir juzu' 30.
2. FB.
3. maza yakni.
4. kuih raya.

hati berdegup kencang. saya nak khitbah encik ramadan boleh? supaya dia dkt dgn saya. hee.


Tuesday, July 26, 2011

MOC 2011

*sebelum apa2, minta maaf atas ke'typo'an yg melampau. panjang sgt, malas nak cek dan betulkan. heh.*

JUMAAT

hari first takde apa sangat. daftar pon lambat kan. start pukul 3 camtu orang dah datang. faci dan AJK datang awal sikit. check in, then briefing after asar. LDK punya group pon diberi masa ni.

Ice Breaking

Pukul 6 camtu, start first LDK. group LDK asing lelaki perempuan. so, masalah ikhtilat mmg tak timbul. dan rasa sangat selesa. rasanya, semua program kat Malaysia kena buat macam ni. lalala~

Ice breaking buat sejam jek. sebab semuanya dah saling mengenali kan. hee. tapi, bak kata loqman, ice breaking kali ni lain dari yg lain. so, new experience jugakla. kami diberi kertas yg kena isi nama, uni, etc. tpi yg best, kami kena jugak tulis, satu benda yg kami suka ttg diri kami, dan benda yg tidak disukai. lepas tu, kena pas dekat orang sebelah, dan masing2 bacakan details orang sebelah.

lepas tu, dapat satu kertas, yg tulis klu. then, kami kena teka klu tu merujuk kepada faci yg mana. almost semua group dapat full marks. wee~

ice dipecah dgn jayanya.

TOD 1

Thought Of The Day. buat between maghrib dgn isyak. TOD 1 kami bincang pasal kejayaan, redha, tawakal, etc. dengar macam topik biasa jek an? tp special kali ni sbb faci tak lah cakap basic tawakal or redha ke mcm yg selalu kita dengar. tapi kali ni, faci byk cerita pengalaman drg dekat UK. bestlah. bila dengar, rasa macam nak fly skang gak! hee.

PERASMIAN

errr..perasmian is perasmian lah. takdela persembahan GEE ke, MR TAXI ke. biasa2 jek. then, pukul 11 dah boleh masuk bilik.

SABTU

hari yg penuh pengisian bermakna. serius. tambah dgn makanan yg tip top, 6 kali sehari, yg buat sesiapa yg pergi boleh naik berat badan sehingga beberapa kg.

Weakest Link

ni aktiviti lepas subuh. dgn hampir smeua peserta tak mandi, dan ngantuk, kami bergerak ke dewan. aktiviti  macam ni mmg harus setiap kali lepas subuh untuk bg segar. haha. aktiviti ni ikut group LDK. bertandingla kira. macam beregu tu. ketua tengok apa tulis kat skrin, then kena buat gaya untuk bg ahli group teka.

tapi, bukan senang ok. orang yg berotak google spt sheikh juga tak dapat full marks.

ada 4 kategori.

1. interesting places in UK (tak logik tak logik. =.=)
2. current issues.
3. books.
4. people.

books & people ni aku tak ingat nama panjang dia. tapi books tu mcm buku tentang cinta ke, a leader who have no title ke. then orang pulak, mcm ustaz hasrizal ke. kiranya takdelah dia tanya ahli kumpulan gula-gula dan sewaktu dengannya.

lawakla time ni. paling bergaya adalah IMTIYAZ ok. dia nak cakap nama org ABDUL, dia tunjuk dinding jadik UP, then, dia tunjuk gaya makan dodol untuk jadik DUL. punyalah kreatif. -.-\

LDK

moc banyak LDK. tak ingat semua. so, tulis yg mana ingat jek. yg paling ingat, kami kena sambungkan cebisan peta dunia. then, kena warna dan labelkan bendera. haha. ada satu bendera negara mana ntah, group aku warnakan sapai jadik bendera pas. pastu yakin jek pegi angkat. -.-



Ceramah 1: Fiqh Luar Negara

yg ni sumpah best! ustaz hasrizal kot. so, korang mesti dapat imagine gaya cakap ustaz an? mmg pengisian pon mantopp. ustaz cerita banyak benda yg kami tak tahu.

mula2, ustaz cakap pasal 'futuristik thinking'. ustaz cakap, makin besar dan makin jauh kita punya matlamat hidup, makin kurang stress. tak paham bukan? -.- ok, cth, kalau aku punya matlamat hidup adalah untuk fly, so nanti results keluar, na'uzibillah, tak lepas. mesti aku akan stress sehingga memencilkan diri dan meng'deactivate' apa2 sumber yg boleh connect dgn orang.

tapi, kalau aku berfikiran jauh, matlamat hidup aku adalah syurga dan neraka, maka kalau tak lepas pon, aku akan move on. sbb benda2 dunia ni takdela efek sgt tempat di akhirat nanti. sudah paham?

then ustaz kemukakan 3 soalan sebelum fly

1. kalau ada sedara rapat kawen, adakah anda tak kisah tak dpt balik m'sia? OK LAGI NI.
2. tak dapat balik masa raya, adakah anda tak kisah? MASIH MAMPU TERSENYUM.
3. kalau parents meninggal, dan tak sempat balik. balik2 jek nampak kubur. adakah anda tak kisah? ERRR..

nampak tak? betapa besar harga yg kita kena bayar untuk fly. tapi kalau kita ada matlamat yg kukuh, benda2 atas ni takkan membuat jiwa raga terkesan.

kemudian, ustaz sentuh pasal taqwa. kisah ubay bin kaab dan umar al khattab dibawa.

last but not least, persoalan taharah, solat jamak, kahwin, dan banyak lagi.

best, sebab baru sedar islam tu sangat mudah. byk rukhsah yg Allah bagi. solat jamak, selama ni taktau pon yg boleh dibuat bila2 masa dan tanpa sebab. as in, ingat dulu masa musafir jek boleh. penerangan tentang solat jamak tnapa musafir ni mungkin boleh dirujuk di sini, sbb aku rasa sini paling samalah dgn penerangan ustaz hasrizal.

tak pon tengok vid kat ni. pegila youtube lagi video pasal ni.



then, pasal penggunaan khuf. bayangkan di dalam kesejukan yg teramat di UK, mcm mana nak amik wuduk? dan kalau dah amik wuduk pastu terbatal sbb hadas kecil, mesti macam down kan? Allah takla kejam, malah Allah tu sangatlah sweet ok! kat MOC baru tau pasal penggunaan khuf. boleh rujuk sini.

lagi, ustaz terang pasal samak. kalau kena bulu anjing nak kena samak ek tak etc. rasanya benda ni better kalau terang face to face kot. :)

tu serba sikit pasal ceramah ustaz hasrizal.

SURPRISE

hari ni jugak birthday salah seorang faci, kak wan. so, adalah kek dan nyanyian. best kot. chocolate indulgence SR tahu? wee~



Ceramah 2: Pengurusan Kewangan

basically, pasal mcm mana nak uruskan wang dgn baiklah oleh k.azila. tak nak ulas banyak sbb rasanya benda ni macam common sense kot. tapi encik iman kata 'bukan common sense, percayalah.' so, cuak skang!

Riadah: Inverted Circle

riadah = mainlah kan. takdelah pulak pernah jumpa orang riadah dgn baca buku econs. ok, nabilah karim mungkin terkecuali dlm hal ni. ngaa.

asing jugak lelaki perempuan. so, tersangatlah tak behave ok. haha. mungkin boleh google kalau nak tau macam mana main inverted circle ni. tapi, yg bestnya, sbb kita kenal semua orang, so mcm tak payahlah nak jaga hati sangat mcm orang yg baru kenal. then, acara pembulian mmg berlakulah kan. ada ke patut faci pergi lipat tudung aku bagi jadik bulat, then tangkap gambar? haish. memang terseksalah kan sbb tangan tak boleh lepas, kalau tak kalah. tapi, kalau ada semua budak ky, mesti lg best. T___T

TOD 2

between maghrib dan isyak jugak. kali ni, ikut group LDK. cakap pasal hidup bermasyarakat. best. dengar pengalaman senior2 yg solat dekat tepi jalan, etc. manners orang UK ni tersangatlah bagus bak kata faci. dan bila diceritakan kpd daddy aku, daddy aku pon mengiyakan. so, sah sah la faci tak tipu kan. hehe. daddy cakap, masa dia kerja hotel dulu, mmg manners orang UK paling bagus. sbb drg sistem beraja jugak. so, kecuakan semakin kurang malah tak sabar nak berkenal2 dgn local residents kat sana kalau dapat fly nanti. i'Allah.

Ceramah 3: Soalan Lazim Di UK

haa, kali ni ustaz Erfino yg bagi. bergaya kan namanya? spt orangnya jugak. paling best, reaksi muka ustaz, yg mmg serius sarcastic. hee. best. banyak situasi yg ustaz suruh kami group LDK fikir dan atasi. cthnya, mcm attend Christmas Party, dipelawa minum arak dan mcm2 lagi. banyakla jawapan sengal tapi logik yg keluar. hee.

AHAD

hari yg memenatkan. tapi dpt diatasi dgn makanan yg sedap. makanan lagi? *Err.. ada satay ok!!!

Musang Berjanggut

macam pernah dengar kan? haa, aktiviti untuk menghilangkan mengantuk lepas subuh. bukan setakat ngantuk subuh hari ni, subuh esok sekali. cehh.

ingat cerita P Ramlee, masa dia nak cari isteri, dia suruh mana2 perempuan asingkan bahan2 masakan yg dicampur sekali? haa, yg tu lah yg drg suruh kami buat. ada 16 barang yg dr suruh kami asingkan. ada cabai kering, serai, 2 jenis beras, bijan, bawang, bunga cengkih, bunga lawang etc. lepas tu, kami kena, label dlm bm & bi. masa ni mmg terujila kewibawaan sbgi seorang perempuan. kamonn, kalau tak kenal rempah ratus, mcm mana nak masak?

Treasure Hunt

yg ni, aktiviti paling kontroversi group aku. hee. ada 7 check point. dekat setiap check point, banyaklah aktiviti yg kena buat. then, dapat kad label A smpi H tak silap. tapi, semua group akan dapat 4 yg sama. cth, group aku dapat D, D, D, D, E, F, G, H. kitorang takde A, B, C. so, tugas seterusnya, kitorang kena negotiate dgn group lain untuk dpt A, B, C. dekat setiap check poin, akmi dapat duit jugak. so, bolehlah beli kad tu atau kalau dua2 pihak bersetuju, hanya gunakan sistem barter.

yg bestnya, group aku tak cukup lagi satu yakni kad berlabel C yg dimiliki pada group lagi satu. then, drg menawarkan harga yg kami rasa sangat tinggi. so, kami yg kedekut pon tak nak beli, dan mogok lapar. heh. punyalah senget. -.- sbb group yg tak siap takleh makan. lagipun kami harap group lg satu yg beralah sbb drg lelaki, so drg takkan tahan lapar. :P

tapi, akhirnya, yorke selaku ketua apa ntah, menyelesaikan masalah dgn tidak memberi markah negotiate kat dua2 group. hah, padan muka. nasib tak kena disqualified. tapi dasyatlah, sbb masa mogok lapar dan bertekak mulut, semua orang berkerumun. terasa mcm artis. lalala~~

Ceramah 4: Erti Kejayaan.

diberi oleh anah arwah DR LO' LO' GHAZALI. anaknya hebat seperti ibunya.

SSG

rasanya ni slot paling puas hati kot. sbb semua wakil uni datang. mcm aku, shikin, almaz, intan, kitorang didatangi oleh mando dan idzni yg mmg sponsor MARA jugak. so, mmg segala benda start dari before fly sampailah benda2 kat UK kami tanya. mmg puas hatilah. semangat nak fly semakin membara. ^^

Ceramah 5: Tujuan Hidup Muslim.

sepatutnya diberi oleh ustaz Ridha, tapi nak buat mcm mana, Allah tidak mengizinan. so diganti oleh Ustaz Mior Isfandi yg tak kurang hebatnya.

Lakonan

yg ni best. 3 group muslimin diberi situasi yg perlu drg lakonkan. mmg mantop2 lah lakonan drg. humour sgt banyak. kamonn. budak ky kot. klu tak sengal tak sah. haha. group muslimah pulak kena jadik pengkritik, dan bagi markah. situasi pulak berdasarkan apa yg ada dlm ceramah. so, makin jelaslah nampak.



AHAD

Amali Ibadah

pengalaman paling terkesan. kami berpecah ikut group, then pergi cari tempat untuk buat amali khuf dan solat dhuha di mana2. untuk pertama kalinya, aku solat tepi jalan atas rumput. lepas solat tu serius rasa nak nangis bila nampak betapa indahnya islam. :')



itu jek yg mampu tulis. sesiapa yg pergi, kalau salah tolong betulkan. sesiapa yg membaca, mohon ampun penerangan tak sehebat perasaan pergi tu.

semoga Allah rahmati semuanya.




Thursday, July 21, 2011

jam digital *sepasang* ke?

jam digital ckp: ni aku. cantik tak? klu tak, salah pak cik google. grrr..

aku sepasang jam digital
seperti jam2 yg lain, aku diberi tugas yg sama
bezanya, aku dicipta lebih cantik berbanding kawan2ku yg lain
dan itu membuatkan diriku sering menjadi perhatian
kawan2ku juga sering jeles dgn kecantikanku


 satu hari, aku dan rakan2ku dihantar ke sebuah kedai menjual jam
kami sgt gembira kerana kami bakal mendapat tuan baru
aku dan rakan2ku mempunyai impian yg sama
kami ingin dipakai oleh seorang princess
dan aku sangat yakin, peluangku lebih cerah kerana aku cantik


apabila kami tiba di kedai menjual jam
penciptaku ingin memasukkan kami ke dalam sebuah bekas tertutup
semua rakan2ku sudi masuk ke dalam bekas tersebut
namun aku rebel. aku tidak mahu masuk ke dalam bekas
bagiku, mereka yg berada di dalam bekas tertutup adalah mereka yg penakut
lagipun, aku cantik. buat apa nak duduk dalam bekas?
biarlah aku duduk di luar, supaya orang ramai boleh menyaksikan kecantikanku


jam digital ckp: ni kawan2 aku yg 'senget' pergi duduk dlm bekas. haha.


seperti yg aku jangka, memang setiap orang yg melalui kedai di mana aku ditempatkan akan tertarik dgnku
aku selalu dipuji dan itu membuatkanku sgt bangga
padan muka kawan2ku yg tertutup di dalam bekas
kadang kala, tiada sesiapa pon yg perasan dgn kewujudan mereka. heh.


aku sering dicuba2 oleh sesiapa yg melihatku
tapi, imipanku masih sama dan tak pernah berubah
aku menanti seorang princess untuk membeliku
dgn kecantikan yg aku miliki, aku bertambah yakin impianku akan tercapai


hari yg dinantikan akhirnya tiba
seorang princess yg cantik bergaya datang ke kedai untuk membeli jam
aku berusaha menayang2kan diriku, namun pelik, princess itu sedikit pon tidak memandangku
dan yg membuatkanku lebih pelik adalah apabila princess itu lebih tertarik dgn kawan2ku ygberada di dalam bekas

mahu saja aku menjerit

"HELLO. YG DALAM BEKAS TU BUKAN CANTIK, YG CANTIK DI SINIIIII!!"

namun apakan daya, aku hanyalah sepasang jam digital yg tidak mempunyai suara. -.-

tiba2, aku terdengar princess itu berkata dgn suara merdunya
seolah2 mendengar jeritanku yg tak terluah tadi


"YG TAK CANTIK TAPI TERTUTUP DAN TERJAGA LEBIH BAGUS DRPD YG CANTIK TAPI BOLEH DILIHAT DAN DICUBA SEMUA ORANG"

aku tersentap
OUCH, IT HURTS!


jam digital ckp: ok, ni bukan spesies aku. ni kasut kedai depan yg aku usha. -.-

dan pergilah princess dgn salah seorang kawanku yg berada di dalam bekas
impianku musnah. aku menyesal.

semakin hari hargaku semakin murah
orang yg lalu lalang tidak lagi ingin memuji kecantikanku
aku sedih

penciptaku yg mungkin ada sixth sense seolah2 memahami kesedihanku
dia lantas membawaku kembali ke kilang untuk dicantikkan kembali
aku gembira. aku nampak impianku terbina kembali
kali ni aku bertekad, aku mahu duduk dalam bekas
aku tidak mahu pengalaman lalu berulang kembali
:)


morals of the story:
  • macam yg princess tu cakap.
  • pencipta kita sgt sweet. peluang untuk berubah sentiasa terbuka.
  • tambahlah apa2 yg patut. haha.

saya sgt suka blogging. namun saya merasakan penulisan yg teruk hanya akan merosakkan minda masyarakat. jadi, saya berfikir untuk berhenti. patut ke tapi? hmm.



Monday, July 18, 2011

beriman dgn BLOGGER?

wahyu pertama IQRA' = BACALAH
sbb tu berlambak2 blog, website yg dah wujud sekarang ni
untuk dibaca oleh org2 yg suka membaca

tapi kejap, betul ke kena baca jek?

ok, katakanlah, *aku ckp KATAKAN ok*
korang ni mmg minat gilos kat blog aku
hmm. hmm. haa, sapa nak muntah pegi cepat! -.-

ok, da muntah? sambung baca.

korang minat gilos kat blog aku
apa yg aku tulis korang setuju
haha. obses kot korang ni. haish. *malu*

setuju jek. tak kaji pon betul ke salah.
contoh, aku cakap solat asar 3 rakaat
korang pon percaya sbb dah minat sgt kat blog aku katakan

bila ada entri2 pasal pendapat, cth aku cakap BTN tu best nak mati
atau BERSIH tu mmg patut dibuat
korang pon setuju dgn aku
kira apa2 yg aku cakap mmg betullah pada pandangan korang
mmg tak payah baca blogger lain punya pendapat dah

ditakdirkan aku tipu, atau baik sikit, aku salah informasi
korang pon pergila buat apa yg aku tulis jadik isi usrah ke, isi debat ke
haaa. sapa susah? tu la sapa suruh baca jek tp tak kaji?

so kesimpulannya
walaupun ayat2 yg digunakan oleh blogger2 sekarang nampak macam best
follower2 blogger2 tersebut berduyun2
tak semestinya segala benda yg dia cakap tu betul
senget apa solat asar 3 rakaat?

baca dan kaji. rujuk balik al quran. hadith. jgn baca jek dan setuju.
pastu yakin jek pergi debat dgn orang lain.

ingat balik, kita hanya baca utk menambah ilmu
bukan beriman dgn blogger sampai segala benda nak kena percaya
ada paham?


*first time dengar istilah ni dkt BTN. kira ok la kan? :P*


Saturday, July 16, 2011

Biro Tata Negara bkn Biro Tata Politik


macam mana perasaan nak pergi BTN, macam tu jugaklah perasaan aku nak tinggalkan BTN
BTN pro-kerajaan? itu harus.
BTN menghasut supaya sokong kerajaan? heh. whatever.
bg aku, BTN cuma pupuk smgt cintakan negara, bukan cintakan kerajaan.
kena brainwash dah? errr..mungkin kot.

kalau nak ulas pasal BTN, macam baik tak payah.
taip jek BTN kat pak cik google, berlambak2 post pasal BTN org dah buat
cuma nak cakap, aku suka ahli group aku

tipah: haha. tipah best. :P
huda: suka bila huda gelak.
nina: nt try masuk bahas tau.
dayah: semoga dpt jadi doktor akhirnya.
fatihah: hidup taiping!!!err..
joey: u'r soooo cuteeee ^^
michele: mcm pretty zinta?hee.
hatim: anda cool.
syamim: jgn blur sgt. -.-
li en: bestla kenal li en.wee~

ok, tu ahli2 group do re mi yg best yg dpt faci Pak Long yg lawak.

ok ulasan BTN habis.



macam ayat aku kat atas tadi, aku cakap, perasaan nak tinggalkan BTN sama dgn perasaan nak pergi BTN
maknanya apa?
rasa agak sedih nak tinggalkan BTN sbb dah macam baik dgn budak2 kolej lain, faci2, dan dah rasa seronok belajar pasal Malaysia ni.
betullah org cakap kan, tak kenal maka tak cinta.

tapi, sekali pon dalam hidup aku, tak pernah ada rasa perasaan sedih, reluctant macam mana yg aku rasa masa nak tinggalkan BTN bila aku dgn Allah
setiap kali lepas solat, tak rasa sedih pon sampai rasa nak duduk lama lagi dekat sejadah tu
bila buat kerja, takde pon teringat2 dkt Allah macam mana aku teringat dkt BTN bila aku balik rumah ni
hmm. maksudnya apa?
aku tak kenal Allah lagi ke?

aku pandai cakap, tp aku sendiri tak rasa kehadiran cinta Allah tu.
kalau betullah aku dah kenal Allah, dah jatuh sayang dkt Allah
mesti sama perasaan aku bila nak tinggalkan sejadah dgn perasaan aku masa nak tinggalkan BTN
mesti sama perasaan aku bila nak tinggalkan sejadah dgn perasaan aku bila nak habis kolej hari tu
hmm. adil ke macam tu? padahal Allah yg lagi banyak bersama aku.
budak kolej 2 tahun jek. BTN 1 minggu jek.
tp kenapa macam susah nak rasa macam tu dgn Allah?

T____T



Sunday, July 10, 2011

scene 1 2 3 & 4 + 5

scene 1

"wehh, cepatla. dah 5 jam kita jalan2 kat mid ni, da nak masuk maghrib ni"

"ala, lepakla bro. kita solat qada' pon boleh. jomla tengok transformer. 3D tuuu"

"banyakla kau punya qada'.dibuatnya aku mati terkejut dlm wayang tu, kau nak jawabkan utk aku kat dalam kubur nanti?"

"errr...."

 scene 2

"gegirl sekalian, cuba tgk baju I. yg mana yg patut I pakai? yg takde lengan ni ke, yg kaler putih ni?"

gegirl 1:
"ala, you ni, pakai jela yg mana2 pon. kita dah lambat ni."

gegirl 2:
"a'ahla. you cantik, pakai apa pon cantik~ *muntah darah*"

"eh korang ni kan, mana boleh tau. I nak jumpa abg hensem pujaan hati I. kenala pakai lawa2 depan dia. ishhh you all ni, apa pon tak boleh."

scene 3

"woi, cepat giloss kau solat. aku baru jek nak takbir kau dah tahiyat?"

"alaa, sama jek solat cepat lambat pon. lgpn buat apa lama2, janji solat jek. 4 rakaat jugak."

"mmgla 4 rakaat. tp kau solat tu kau igt jumpa sape bro? jumpa Allah tau. duduk dkt mid boleh pulak berejam. takkan solat 4 rakaat kau buat 1 minit jek? agak2la bro."

"grrrrr.."

scene 4

"eh you, telekung you terbalikla. dah la kotor sikit tu. pegila tukar"

"eeuuww. buat ape I nak tukar? alaa, biarla. sekejap jek pon. lgpn semua org solat mana ada org perasan. kecohla."

"amboi, bila nak jumpa abg hensem, bukan main you bersiap. abes satu almari tu you selongkar. ni nak jumpa Allah, pakai telekung terbalik pon takpe? dah la telekung tu tak pernah berbasuh smpi setahun. heh."

"hee. senyapla. org dengar ni"

"malu dgn org jek tau. dgn Allah tu tak tahu malu? haa, jawab2!!"

*satu surau senyap*

+ scene 5

*di sebuah kedai pakaian*

"kau ni, cuba jgn singsing lengan baju tu. ishh."

"biarla. panaslah. bisingla kau ni"

"dr kau singsing lengan baju tu, baik kau pakai baju lengan pendek terus. sama jek dosanya"

"errr..makcik, handsock ada tak? -.-"

kthxbai