Thursday, July 21, 2011

jam digital *sepasang* ke?

jam digital ckp: ni aku. cantik tak? klu tak, salah pak cik google. grrr..

aku sepasang jam digital
seperti jam2 yg lain, aku diberi tugas yg sama
bezanya, aku dicipta lebih cantik berbanding kawan2ku yg lain
dan itu membuatkan diriku sering menjadi perhatian
kawan2ku juga sering jeles dgn kecantikanku


 satu hari, aku dan rakan2ku dihantar ke sebuah kedai menjual jam
kami sgt gembira kerana kami bakal mendapat tuan baru
aku dan rakan2ku mempunyai impian yg sama
kami ingin dipakai oleh seorang princess
dan aku sangat yakin, peluangku lebih cerah kerana aku cantik


apabila kami tiba di kedai menjual jam
penciptaku ingin memasukkan kami ke dalam sebuah bekas tertutup
semua rakan2ku sudi masuk ke dalam bekas tersebut
namun aku rebel. aku tidak mahu masuk ke dalam bekas
bagiku, mereka yg berada di dalam bekas tertutup adalah mereka yg penakut
lagipun, aku cantik. buat apa nak duduk dalam bekas?
biarlah aku duduk di luar, supaya orang ramai boleh menyaksikan kecantikanku


jam digital ckp: ni kawan2 aku yg 'senget' pergi duduk dlm bekas. haha.


seperti yg aku jangka, memang setiap orang yg melalui kedai di mana aku ditempatkan akan tertarik dgnku
aku selalu dipuji dan itu membuatkanku sgt bangga
padan muka kawan2ku yg tertutup di dalam bekas
kadang kala, tiada sesiapa pon yg perasan dgn kewujudan mereka. heh.


aku sering dicuba2 oleh sesiapa yg melihatku
tapi, imipanku masih sama dan tak pernah berubah
aku menanti seorang princess untuk membeliku
dgn kecantikan yg aku miliki, aku bertambah yakin impianku akan tercapai


hari yg dinantikan akhirnya tiba
seorang princess yg cantik bergaya datang ke kedai untuk membeli jam
aku berusaha menayang2kan diriku, namun pelik, princess itu sedikit pon tidak memandangku
dan yg membuatkanku lebih pelik adalah apabila princess itu lebih tertarik dgn kawan2ku ygberada di dalam bekas

mahu saja aku menjerit

"HELLO. YG DALAM BEKAS TU BUKAN CANTIK, YG CANTIK DI SINIIIII!!"

namun apakan daya, aku hanyalah sepasang jam digital yg tidak mempunyai suara. -.-

tiba2, aku terdengar princess itu berkata dgn suara merdunya
seolah2 mendengar jeritanku yg tak terluah tadi


"YG TAK CANTIK TAPI TERTUTUP DAN TERJAGA LEBIH BAGUS DRPD YG CANTIK TAPI BOLEH DILIHAT DAN DICUBA SEMUA ORANG"

aku tersentap
OUCH, IT HURTS!


jam digital ckp: ok, ni bukan spesies aku. ni kasut kedai depan yg aku usha. -.-

dan pergilah princess dgn salah seorang kawanku yg berada di dalam bekas
impianku musnah. aku menyesal.

semakin hari hargaku semakin murah
orang yg lalu lalang tidak lagi ingin memuji kecantikanku
aku sedih

penciptaku yg mungkin ada sixth sense seolah2 memahami kesedihanku
dia lantas membawaku kembali ke kilang untuk dicantikkan kembali
aku gembira. aku nampak impianku terbina kembali
kali ni aku bertekad, aku mahu duduk dalam bekas
aku tidak mahu pengalaman lalu berulang kembali
:)


morals of the story:
  • macam yg princess tu cakap.
  • pencipta kita sgt sweet. peluang untuk berubah sentiasa terbuka.
  • tambahlah apa2 yg patut. haha.

saya sgt suka blogging. namun saya merasakan penulisan yg teruk hanya akan merosakkan minda masyarakat. jadi, saya berfikir untuk berhenti. patut ke tapi? hmm.



10 comments:

Afiqah A. said...

Bkn seutas jam? Ke salah? :/

Nina Mazlan said...

haha. ena rasa seutas jam sound better. -.-

saerah_sober said...

kenapa ayat last yg kecik tuh mcm xde kaitan.... btw, cara penyampaian cerita ni mcm xlogik sket. apsal princess tu nk ckp mm tuh?

A's said...

ermm..mendalam nih maksudnya..nampak macam cerita riwayat seutas jam tangan tapi ade mesej tersirat tuu..aww :) selamat berblogging..hihi

Nina Mazlan said...

eh saerah, suka ati akula nak tulis ape pon. :P btw, tu kan princess rekaan aku. so apa yg nak dia cakap aku yg control. lalala~~

Nina Mazlan said...

ummu: tampo nak? =.=

Nina Mazlan said...

newbie: thanks :)

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

nice post ^^ janganlah stop.. =)
menulis utkNya dan jangan berhenti menyebarkan kata2 kerana kita xpernah sedar bila kita akan mengusik seseorang dengan penulisan kita =)

Nina Mazlan said...

kak ada: gi jom ke? da lama tak jumpa ^^

ummu: tampo kang -.-

Anonymous said...

salam...nice blog. i'm new to blog. plz follow me at thegreencrimson.blogspot.com. tq =) ukhwahfillah.