Sunday, July 31, 2011

selepas bangsawan; sebelum ramadan.

semalam bangsawan
kalau tak tahu apa tu bangsawan
sila buat2 macam tahu

semangat datang kolej sehari sebelum
tolong apa yg patut
biasalah tu, diri ni kalau nak kerja untuk dunia cepat jek
gunung berapi lautan berombak ku redah juga
tak ke bengap namanya tu?

Alhamdulillah
mulut ni mmg tak pernah putus doa
supaya bangsawan berjalan lancar
tapi sepanjang yg aku ingat
mulut ni jarang doa
 supaya usrah berjalan lancar
hmmmm

sebelum start, doa macam ni

'ya Allah, kalau menang tu baik untuk kami, permudahkanlah jalan untuk kami menang. tp kalau menang tu hanya akan menjauhkan kami dariMu, tabahkan hati kami dgn segala keputusanMu'

dapat results, rasa downlah jugak
sbb menang banyak, tp tak menang overall
dekat mulut kata redha, dalam hati tak payah cakaplah dasyatnya rasa down tu
tapi sepanjang yg aku ingat
hati ni tak pernah rasa down macam tu setiap kali terlepas usrah or apa2 benda akhirat

masa dapat results, perangai ntah apa2 ntah
sorak tak hengat kau
diri ni terus lupa, malaikat ada kiri kanan
malaikat maut pon selalu tunggu masa nak tarik nyawa
Allah pulak tengok jek
agak2 Allah senyum ke tengok diri ni lompat dan menjerit macam tu?

bukan tak pernah muhasabah
tapi diri ni selalu lupa
lepas jek ada event dunia, mesti lupa
lepas tu, tulis kat blog kata menyesal
yg ni, ntah kali berapa muhasabah dan menyesal pon taktau
tapi lepas tu buat jugak
bak kata laila
'nama jek student, tapi stupid'

tapi, kali ni punya menyesal macam up sikit kot
sbbnya, lepas bangsawan dapat satu mesej



'saya tak down. saya cuma rasa takut, macam manalah kalau saya mati atas stage tu. banyaknya dosa bangsawan. entah diampunkan ke tak, dosa yg dibuat dgn sengaja.'

lebih kuranglah ayat dia

lepas baca, terus rasa bertambah tambah down

a'ah kan?
kalau mati masa sorak, masa tolong atas stage yg sempit tu, or even dalam perjalanan ke kolej pon
agak2 Allah redha ke?
dah lah esok ramadan
ruginya
mesti Allah lagi bagi perhatian kat hambaNya yg bersungguh2 kejar akhirat
bukan kejar dunia

lepas tu bukak FB jumpa satu notes
berganda ganda rasa sedih
terasa diri ni sangat tak malu dgn Allah
kebodohan yg nyata
:(

notes

ya Allah, ampun

AIM RAMADAN:

1. tafsir juzu' 30.
2. FB.
3. maza yakni.
4. kuih raya.

hati berdegup kencang. saya nak khitbah encik ramadan boleh? supaya dia dkt dgn saya. hee.


No comments: