Saturday, November 26, 2011

Allah, love my parents please?

bukan semua org bernasib baik dapat lahir dalam keluarga yg kaya raya kan?
bukan jugak semua org boleh pilih nak lahir dalam keluarga yg macam mana
sebab tu ada dalam kalangan kawan2 kita yg mak bapaknya datin dato'
tapi ada jugak yg mak bapaknya cleaner jek
ada dalam kalangan kawan2 kita yg mak bapaknya genius
tapi ada jugak yg mak bapaknya tak sekolah langsung

dulu2, masa kecik2, selalu mengeluh

'alaa, kenapa mama daddy bukan kaya? nak pakai cantik2 jugak'

bila dah besar sikit, belajar tinggi2, mengeluh lagi
 
'kenapalah mama daddy bukan profesor ke, senang aku belajar, genetik genius dah ada'
 
 mengeluh2 tu, sekejap jek tapi
kalau Allah bagi tukar mak ayah, mati hidup balik aku taknak tukar
 
walaupun mama daddy berniaga jek dan bukan cikgu atau engineer macam org lain
walaupun mama daddy tak sekolah tinggi2 dan genetik genius tu takde dalam diri
walaupun mama daddy hidup tak senang macam org lain yg boleh beli rumah besar2
walaupun mama daddy rock dan bukan stail2 ustaz ustazah semanis kurma
walaupun mama daddy tak perfect macam org lain yg hebat2
mama daddy tetap sumber inspirasi aku
mama daddy tetap pengarang jantung aku
mama daddy tetap mak ayah terbaik untuk aku

tak kiralah org sekeliling nak kata apa pasal mama daddy
cinta dan sayang aku pada mama daddy tak akan pernah berubah
sebab bukankah kasih ibu membawa ke syurga
kasih ayah berkorban nyawa?

dan islam menyuruh seorang anak itu taat pada mak ayahnya, selagi mak ayahnya tak menyuruh si anak melakukan perkara yg dilarang dalam agama kan?

dan bukankah jugak ada kisah, di mana seorang lelaki dimasukkan ke dalam syurga kerana tetap berbakti kepada ibubapanya walaupun pada ketika itu ibubapanya telah berubah menjadi seekor khinzir kerana berbuat dosa kepada Allah?

tak mahukan aku menjadi seperti anak yg taat itu?

Allah. guide me please.
 
deppresion


3 comments:

qilaraf said...

ustazah semanis kurma? ~.~

Norain Ishak said...

pahal dowh nak depress?

erm. mcm ain kan, ayah ain bawak keta buatan malaysia je eventho ain suka keta honda crv.

tapi ain rindu keta iswara tu but bukan kereta honda crv org lain.

sekian. eh related ke ni. duhaii.

SMILE!

shknhssn. said...

ada mak ayah pun dah dikira antara nikmatttt yang terbesarrr sangat. :))