Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.
Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, 'Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.'
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri' [4:36]
Nabi SAW bersabda, 'Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.' [HR Bukhari dan Muslim]
Nabi SAW bersabda lg, 'Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).' [HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi]
Imam Nawawi pula berkata, 'ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya'
-artikel ini di kopi pasta dr sini.-
ujub. takutnya. cuba bayangkan kalau nanti kita bangun dkt akhirat, bila timbang amalan kita di dunia, tiba2 timbangan kita yg belah kanan (amalan kebaikan) hanya kosong. ZERO. padahal di dunia kita dah byk buat kebaikan. mana pergi amalan kita semua tu?
rupa2nya, sebab kita ujub, takjub dgn diri sendiri, amalan kita tak sampai dekat Allah. wahhh sedihnyaaa. T___T
oleh itu, marilah kita berusaha utk tidak merasa bangga dgn amalan yg kita lakukan. sembunyikan amalan dan dipandang hina oleh org lebih baik dr dipuji dan buat kita ujub.
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka menyembunyikan amalannya." [HR Muslim]
Oh ya Allah. protect me please.
7 comments:
siapalah kita, manusia biasa dimata Allah. T___T moga sentiasa diberikan kesempatan memperbaiki diri.
susah kan sebenarnya nak kawal perasaan ujub ni?
ye la, perasaan yg org x nmpak, susah nk control .. tambah2, syaitan2 yg direjam sibuk cucuk2 hati kita ..
huhu ..
salah satu cara yg sy rasa pernah terbaca, bila kita buat sesuatu kebaikan je, terus sandarkan pada Allah .. mcm mana? sebut2 lah nama Dia ..
"Alhamdulillah, siap satu soalan .. tp sikit je ilmu aku ni nk compare dgn ilmu Allah"
"Alhamdulillah, ada gak rezeki Allah kasik nk sedekah ni"
"Allahuakbar, stakat basuh pinggan yg ciput tu, apa lah sgt"
camtu ke? camtu kot ..
heheh ..
wallahualam ..
khumaera: kann? cuak jek kdg2. takut2 tak sedar diri ni ujub. T.T
zetot: wahhh. bila tok guru bersuara. =P thanks zetot. nt ena cuba bt camtu. mcm best jek. hee.
jazakillah ena! n izzati jgk utk tips tu. semoga Allah terima semua amalan kita ameeeen ^^
afwan dzatilllll. ^^
wahhh betulll ummu. sama2. kdg2 rasa mcm tanak bt apa2 dah sbb takut ujub. tp tu nt jadik riak pulak. haha. -.-"
sangat like..semoga dijauhkan..aminn
Post a Comment