waktu terasa semakin berlalu
tinggalkan cerita tentang kitaakan tiada lagi kini tawamutuk hapuskan semua sepi di hatiteringat di saat kita tertawa bersamaceritakan semua tentang kita
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa
Pelik kan ukhwah ni?
Baru kenal setahun, tapi rasa sayang tu,
dah macam adik-beradik sendiri.
Mana tak nya, pergi mana-mana pun sama-sama.
Lunch, dinner, supper, breakfast.Tu baru bab makan.
Tak kira lagi daurah, usrah, rehlah semua.
Ingat tak lagi, dulu-dulu nak pergi daurah,
beramai-ramai kita naik ktm.
Tak pun naik ERL.
Sedih jugak sebab duit banyak dilaburkan.
Tapi demi tarbiyah dan dakwah, semua kita sanggup.
Eh. Ke sebab kak faezah? Heeee. :P
Kalau naik kereta pulak,
tahan je telinga dengar makcik Shamira membebel.
Sambil Wani dekat sebelah pegang GPS.
Lin pulak mesti sibuk suruh pasang lagu Opick.
Haih. Rindu pulak terasa.
Pelik kan ukhwah ni?
Bila sorang takde, rasa kosong sangat.
Bila jauh pulak, rasa tertanya-tanya.
'Apalah yang adik beradik aku tengah buat sekarang ni?'
Kadang-kadang tu, bila dekat rumah,
berwhatsapp sama-sama.
Sampaikan famili tanya,
'mesej dengan boyfriend ke?'
Sebab selalu sangat senyum sorang-sorang,
sambil tengok handphone.
Kalaulah orang lain tahu perasaan manis tu.
Pelik kan ukhwah ni?
Kalau sorang tak dapat dihubungi,
rasa risau sangat.
Ingat lagi kes Ida hilang?
Sampai Aja nak report polis. How sweet.
Ingat jugak kes lupa beli nasi Moon.
Bersalah sangat rasa hati ni.
Pelik kan ukhwah ni?
Sampai berat badan K Erna boleh turun,
sebab terlampau susah hati,
fikir korang yang dah nak pergi.
:(
Semoga ukhwah kita akan sentiasa mekar.
Dan warnanya tak pudar.
Sebab kita berukhwah kerana Allah.
Dan sebab kita adalah adik-beradik, bukan kawan.
Ye adik-beradik,
yang lahir dari acuan dakwah usrah yang sama.
“Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya.”[Abu Dawud dan At-Tirmidzi]
P/S: I love you. :)
For whoever read this post, please please and please, pray for my usrah siblings.
'Ya Allah, bagilah Siti Hajar Amirah, Hazwani Zaim, Amalina Shafie, Siti Syahida semuanya dapat ke IMU. Dan Wan Fatin Munira & Farah Shaqirah pun dapat ke UK. Dan Shamira pulak dapat score distinction next exam. Ameen.'
Terima kasih doakan! :D
Adik-beradik, walupun kini tangan kita bakal dipimpin oleh orang lain, jangan pernah lupa janji kita untuk jumpa di syurga. Tau?
10 comments:
kakak..siyes saya nangisTT.TT
Smiley tu kelihatan seperti Aja. -.- Hahaha. Adik nak tisu?
Aamin Aamin Ya Rabb!
:)
How suwitt.. =')
Ohh. Biasalah kak. :P
Sweet :) apa tajuk lagu tu kak ? best ! ^^
Semua tentang kita. Peterpan. :)
terima kasih ^^
Post a Comment