Friday, August 20, 2010

bila orang tanya,dia jawab,komen aku....

bila orang tanya

'bila nak tutup aurat?bila nak datang pergi solat tarawih?bila nak selalu baca al-Quran?'

dia jawab

'ala,muda lagi.nanti kalau dah berubah jadi baik,dah x boleh nak buat jahat.so,enjoy dulu,nanti dah tua bertaubatla.kan pintu taubat Allah tu sentiasa terbuka untuk hamba2-Nya'

komen aku

Alhamdulillah.betullah tu,pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba2-Nya.tapi,nak tumpang tanya sikit,awak tahu ke bila tarikh awak meninggal?awak pasti masa 'tua' tu akan berlaku dalam hidup awak?lagipun,apa yg awak maksudkan dgn tua tu?kadang2,org yg umur 40an pun still mengaku dia muda.sebabnya,ada yg lagi tua dr dia.macam tu,sampai kiamatla awak tu x tua2.kan?? :-0

bila orang tanya

'bila awak nak berubah jadi baik?yela,tunaikan solat,amalkan cara hidup Islam?'

dia jawab

'isk3.bukan saya x nak berubah,tp hidayah x sampai2'

komen aku

'apa awak ingat,hidayah tu boleh datang golek2 kat kaki awak?memangla hidayah tu milik Allah,tp kita sebagai hamba-Nya kena mencari.awak paham maksud mencari?maksudnya,bukan duduk diam,terus jalankan kehidupan yg serupa orang US tu tanpa berusaha belajar agama,dan berdoa pada Allah.kalau ada pun orang yg tiba2 dapat hidayah tanpa dia mencari,peratusnya sgt sikit.itu mmg sgt2 beruntung.awak pasti awak termasuk dalam kalangan org2 yg beruntung tu?'

'itu satu hal.lagi satu,dah dapat hidayah,awak kenala jaga.kalau awak nak tahu,kat sinila dugaan terbesarnya.nak istiqamah dgn perubahan tu.x tipu,mmg susah.sbb tu,kalau kita tengok,golongan mualaf kadang2 lg hebat dr umat Islam sendiri.sbbnya,diorang mmg sgt2 jaga hidayah yg Allah beri tu,sbb diorang tahu hidayah tu bukan boleh beli kat cafe'.

bila orang tanya

'kenapa awak couple?awak tahu x couple tu haram dan boleh bawa kepada zina?'

dia jawab

'ala,kitorang couple islamik kot.mana ade jumpa2,touch2,kiss2.kitorang mesej jek.itupun,mesej2 yg berunsurkan tazkirah,saling mengingatkan.xkan salah jugak!'

komen aku

'couple islamik hanya dalam khayalan.kalau awak nak main tazkirah2,awak boleh buat camtu ngan kawan pun kan.kenapa mesti couple? ;-)'
'tp,dalam bab ni,aku xnak cakap banyak.sbb dugaan couple tu x datang lagi kata aku.x boleh salahkan org yg couple,sbb perasaan berkasih sayang tu mmg lumrah manusia.anugerah Allah yg dikurniakan kepada kita.cuma,pandai2 jaga diri,dan selalu2 buat solat sunat istikharah supaya dapat petunjuk dr Allah =)'

bila orang tanya

'macam mana resuts awak?ok x?'

dia jawab

'yes!xsia2 aku kiasu selama ni.semua ni hasil usaha aku.aku mmg layak dapat resuts baik'

x pun jawab macam ni

'down dowh.results aku teruk.apa salah aku?kenapa Allah uji aku macam ni?aku selalu pergi surau,aku x pernah tinggal solat sunat,aku join usrah.apa dosa aku? T.T'

komen aku

'kalau results gempak,awak x pandai2 nak bersyukur ke?dan hargai org yg banyak tolong awak.bukan hasil usaha awak seorang jek'

'kalau result teruk,kenapa awak nak pertikaikan apa yg Allah beri?bukan itu yg terbaik?awak kata awak selalu buat solat sunat,awak selalu pergi usrah,awak pasti awak buat semua tu kerana Allah.sbb,kalau org yg paham,dia xkan pertikaikan apa yg Allah takdirkan untuk dia.dia akan terima segalanya dgn redha,dan dalam masa yg sama,cuba mencari apa yg kurang dlm diri dia,dan perbaiki.dia x kan  ungkit apa yg dah dia buat kat Allah.paham ke?? '

bila orang tanya

'kenapa awak x tegur dia?kan awak tu badan dakwah?'

dia jawab
'ala,seganla.biarlah dia.kita cegah dgn hati suda'

komen aku
'cegah dgn hati?awak tahu x itu selemah2 iman?awak ada kuasa,awak xnak cegah dengan tangan.apa guna org pilih awak jadi badan dakwah camtu?lagipun,awak ingat kalau awak terjaga dari maksiat,awak jaga ibadah awak,awak comform masuk syurga?'
'awak tahu x ada satu kisah dalam al-Quran,di mana Allah perintahkan malaikat supaya hancurkan sebuah negeri,dan apabila malaikat turun,malaikat nampak ada dua orang sedang beribadah,malaikat naik kembali.tanya malaikat kepada Allah,betul ke nak hancurkan,sedangkan masih ada lagi yg beribadah kepada Allah?dan Allah tetap suruh negeri itu dihancurkan,kerana dua orang tu,hanya beribadah sendiri jek,tapi x mengajak orang lain'

'awak nak jadi camtu?'

bila orang tanya

'kenapa awak suka buat dosa?awak x takut dengan Allah?'

dia jawab

'apa kau kisah?kubur lain2'

komen aku

'baik,kalau camtu,nanti awak meninggal,awak tanam diri awak sendiri,k.la la la~~'




6 comments:

Hur said...

hi erna..nk tmbah sikit boleh

selalu sngt dngar orng yang ditegur kalau pasal xpakai tudung or bju tutup aurat..jawapn diorng:

"ala bukan semua yang xpakai tudung tu jahat n bukan semua yang pakai tudung tu baik."

heh..geram je dengar..itu bukan point die,point dier pakai tudung cover rambut,it's an obligation..Allah punyer hukum

oh sorry terlepas geram dekat blog erna :)

btw sedap lgu dekat blog..tjuk pe erna?

nina mazlan said...

hur : haha.agak arh.sebabnya,org yg buat salah ni,sentiasa cuba tuk menghalalkan yg haram.hmmm,,,

btw,lagu taubatku.penyanyi eren =))

Anonymous said...

biasala. mulut manusia mmg mcm tu. xleh nak tutup. kalo kita buat baik salah, buat jahat pon salah. susah nak puaskan hati manusia ni :)

Nina Mazlan said...

anony : confuse.asal komen ni cam lebih sesuai di entri atas? ^_^!

Unknown said...

ahaha .. suka2 .. sgt semat ..
nk tmbah sket ?? ...sebuk jek =p...

pasal result gempak .. x smestinya 2 mcm 1 anugerah or kelebihan utk awak .. mgkin 2 ujian dri Allah , nk tengok hamba Dia nh , smakin brsyukur atau semakin jauh dariNya ?? =s

pasal cegah dgn hati .. WAHAI WARGA2 KY SEKALIAN !! khususnya MUSCOM sekalian .. sila lah jadikan MUSCOM as a platform utk melaksanakan amar makruf nahi mungkar dgn sebenar-benarnya .. sbb kalo x berlatih dri skrg , akn sgt2 rugi .. sbb kat ky 2 rasenye masih sgt ok lg .. bila da slalu jln2 kl nh , bru sedar dunia nh sgt lahh indah khabar dari rupa .. 2 yg ternampak ?? yg x ternampak ?? adoiii .. termerepek lak .. tp , camtu lah .. paham ke ?? =p

Nina Mazlan said...

tot : haha.paham kot :P