Thursday, September 30, 2010

manusia di mana2 =.='

kenapa manusia suka bercakap pasal manusia?
adakah itu mmg fikrah manusia?
ak pelik,agak2nya kan,kambing suka x cakap pasal kambing?
siput babi?
lembu?

oke,abaikan!

setelah 19 tahun lebih sikit (ehem3,xtua sgt kan? =.=') hidup kat bumi ciptaan Allah ni
baru2 ni baru ak sedar
yg sesiapa sahaja yg bernama manusia,mesti suka bercerita pasal menusia lain
kalau cerita yg baik2 xlah pelik sgt
tapi
-
-
-
-
-
kadang2,masa tengah duduk kat dalam bangunan ber'air-cond' yg dipanggil DH oleh budak2 kolej ak
selalu jek dengar dua,tiga,empat dan kadang2 ramai sgt manusia sampai boleh buat team bola jaring da bersembang2 dgn kuatnya macam dlm DH tu ada diorang jek
ingat bincang masalah ummah
rupa2nya

'weyh,tau x,head-girl kita yg hot tu,couple dgn head boy ***.bapak hensem dowh!'

bangun.tukar tempat!

'eee.sampai hati buat cikgu camtu.dia tu mmg jenis yg pemalas kan?xpatut betul!'

oke,pandang kiri

'haa,ko ni,lambat betulla,mmgla diorang da lama clash.isk3'

pandang kanan

'weyh,ak nak gitau something,tp jgn gitau org lain ye' (bapak cakap bukan main kuat.tp jgn bagitau org lain.sengal!)

oke,duduk senyap2,buat pekak dan makan cepat2 =.='

makan,makan jela.ntah apa2 ntah nak ngumpat.tumbuk baru taw!

 keluar dr bangunan ber'air-cond' tp hakikatnya panas berbahang sbb selalu jadik tempat manusia mengumpat tu
masuk pulak bangunan lain yg xperlu nak tahu namanya sbb xmasuk exam,oke!
dengar lagi manusia berbual

'pelik dowh ak ngan dia tu.mengumpat jek kerja.xtahu ke mengumpat ni,bla bla~~'
(oke,mgkin org yg cakap ni rasa dia tengah tidur kot,bukan mengumpat +_+)

at last,nak xnak,mmg akan dengar jugak bualan2 manusia pasal manusia lain
kecualilah kalau awak pergi duduk kat kandang kambing,xkeluar2 dah
kalau jumpa manusia,lari laju2 tau!
kalau xsempat lari,menyamarlah jadi pokok ke,xpun jadi kambing jek,ok x? >_<

manusia,mmg suka barcakap,dan mendengar,kan!

pelik kan
kenapa manusia kena bercakap pasal manusia lain ye?
korang manusia,korang jawablah sendiri!
sbbnya,ak pun xtahu kenapa
dan diri aku sendiri pun selalu buat benda yg sama
manusia!manusia!manusia!
kalau korang perasan jugak,sekarang ni pun ak tengah bercakap pasal manusia,kan?!=.='

tp,betul ke xley ubah?
tipu!
boleh kalau nak
apa kata,lepas ni,kita jumpa kawan2,kita cakap pasal buku ke,pasal kisah2 sahabat ke (manusia jugak,tp bermanfaat =|),pasal kerja sekolah further yg xsiap lagi tu ke
boleh x?
sebab kan,kalau nak bercerita pasal manusia yg xmendatangkan manfaat ni
sampai hari raya tahun depan pun xabes
kannnn! =)

shhhhhhhhh =.='



Tuesday, September 28, 2010

baik atau jahat?

Baik?

Jahat?

Di mana letaknya nilai seseorang?

la la la~~
Adakah seseorang tu dinilai atau di’label’ sebagai seorang yg baik atau seorang yg jahat berdasarkan apa yg dia bawa?
Apa yg dia pakai?
Ke mana dia pergi?

Contoh kan,kalau budak A ni bawak al-Quran. Wuuu,masa tu semua orang cakap dia baik,alim.
Padahal kita xtahu,kot2 dia nak g jual al-Quran ke,kot tu kerja dia.dia xpernah baca pon.haaaaaa!

Pastu kan,kita tengok pulak budak B pergi kelab malam. Kita terus cakap dia jahat,xnak kawan ngan dia. Jijik!eeeeiiii!!!
Tapi kan,sebenarnya budak tu pergi kelab malam sebab nak ajak kawan dia ke arah kebenaran.isk3!

Jadi, di mana letaknya nilai diri seseorang?
Dan di mana letaknya nilai diri kita?

Kita tengok berita hari2, budak C buang bayi, budak D merompak rumah orang2 tua, budak E pulak pergi tampar anak perdana menteri.
Pernah x terdetik kat hati, ‘eyh,teruknya,jahatnya diorang ni!aku berganda2 baik dr diorang’.
Pernah x?

Baru2 ni, masa majlis fikir, ada satu perkongsian menarik dr sahabat kita.
Dia cakap, dia baca kat satu majalah, yg kita kan, sebagai manusia biasa, xboleh nak menilai dan meng’compare’ diri kita dgn orang lain.
Dia cakap, kalau kita terdetik kat hati yg kita lg baik dr orang lain, sebenarnya dosa kita lg besar dr dosa orang yg buat jahat tu.
Sebab kan,kita xboleh menilai orang lain.kita tengok yg zahir jek,tp kita xnampak yg batin.
Ciptalah cermin mata lazer yg boleh tembus bangunan klcc pon,kita xkan dapatnya nak nampak hati orang tu macam mana.
Xpercaya pergi try ^_^

(pasal yg perkongsian sahabat kita kat atas ni, kalau salah tolong betulkan aku oke.jgn mengumpat!dan jgn membebel sorang2 kat blog sendiri,bukan aku baca semua blog kat dunia ni...=.=’)

Ermmm..
Lagi kan, kalau korang nak tahu, pada zaman Bani Israil dulu kan, hidup dua orang lelaki yg mempunyai peribadi yg berbeza.
Sorang ni, suka sgt beribadat. Tp sorang lagi, mashaAllah, maksiat tu dah macam makanan dia!
Pastu kan, ada satu hari ni, laki yg rajin beribadah ni pun nasihat kawan dia. Dia suruh kawan dia tu berhenti buat dosa.
Wuuuu, baik x niat dia?baik kan =)
Tp kawan dia tu, jawab kasar2 @_@!

Dia cakap, ‘ jgn pedulikan aku.terserah pada Allah nak menilai perbuatanku.adakah kau diutus oleh Allah utk mengawasi apa yg aku lakukan?’. (tp dia cakap bahasa dia arh.la la la~~~)

Lelaki yg kuat beribadah tu pun jawab balik,’Demi Allah,dosamu xakan diampuni oleh Allah, atau kamu tidak akan dimasukkan dalam syurga-Nya’.

Oke,sekarang cuba kita pikir sama2,agak2nyalah kan,apa pengakhiran lelaki dua orang ni?
-
-
-
-
-
Bila diorang meninggal, diorang dihadapkan di depan Allah utk dihakimi.

Allah pun tanya lelaki yg rajin beribadah tu,’Adakah kamu lebih mengetahui daripadaKu?atau adakah kamu dapat mengetahui apa yg ada dalam kekuasaanKu?’

Pastu,Allah berfirman kat ahli maksiat tu,'masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmatKu’.

Sementara kepada ahli ibadah, Allah berfirman,’masukkkan orang ini ke dalam neraka’.

Sedih x?kalau kita jadi ahli ibadah tu,mesti kita down kan? T.T
Yela,seumur hidup beribadah,tp disebabkan kita sesuka hati nak judge orang lain,nak nilai diri orang lain,kita xdapat masuk syurga Allah =(

Kalau korang nak tahu,Allah tu sgt comel dan sweet.apa ingat makwe dan pakwe korang je ke sweet?
Allah berganda2 sweetnya.dalam al-Quran kan,ada satu ayat tu,aku lupa ayat apa +_+!
Tp Allah bezakan manusia kat dunia ni,dgn guna perkataan, ‘yg baik’ dan ‘yg lebih baik’.

Tengok!Allah yg cipta kita pun xbezakan kita dgn perkataan ‘yg baik’ dan ‘yg jahat’.kita jek lebih2 nak cakap orang ni baik,orang ni jahat.kan lebih manis kita guna perkataan yg sopan utk men’describe’ orang.kan budi bahasa budaya kita (tiba2 masuk tema MCB =.=’)

Jadi kan, di mana letaknya nilai diri seseorang?
Korang jawablah sendiri.yes3 =DD




Saturday, September 18, 2010

ya Allah aku jatuh cinta...

ya Allah,aku jatuh cinta ^^


ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yg hidup matinya hanya utkMu ya Allah,
cinta utamanya adalah cintaMu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah keranaMu ya Allah
meletakkanMu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia

cinta Allah kekal abadi =)

ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa utk menyumbang di jalan dakwah

bantu aku menuju jalanMu

ya Allah.
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang menjaga pergaulannya,
berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya

hanya untukMu ya Allah

ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati
dicintai kerana agama yg ada padanya
bukan kerana kecantikan atau harta yg utama

inshaAllah =)

ya Allah,
berilah aku kekuatan,
untuk berubah ke arah itu

masih belum terlambat kan? =)


Friday, September 17, 2010

shit sandwich =.='

dulu2,masa pergi Muslim Leadership Camp
ada satu perkongsian menarik yg ak rasa agak sengal sebenarnya
pasal cara yg betul nak menegur orang
perumpamaan diberi,adalah seperti : 

SHIT SANDWICH =.='

oleh sebab ak suka jugak makan sandwich
selama beberapa hari jugakla ak nak temuntah bila teringat perkataan bangang ni +_+!
ak pikir,nasib akak tu bagi perumpamaan bahasa inggeris
kalaulah dia bagi dalam bahasa melayu
-
-
-
cukup erna,nanti sepuluh hari sepuluh malam kau xley makan apa2 pon!

oke,apa yg diumpamakan (ayat cam skem tol!) dgn SHIT SANDWICH ni?

errrrrkkkkkkkkk =.='

macam yg korang nampak dlm gambar di atas
sandwich,ada 3 lapisan kan,kan?
kalau korang nampak ada 4 tu,baik korang gi cek mata cepat2!

ok,first lapisan,roti baik punya (xtaw ayat sapa.la la la~~~)
second,ada sesuatu yg berwarna coklat2 kekuningan dan .... (paham2la sendiri,cesssss!)
last,ada lapisan roti yg best sekali lg =P

maksud?

ok,nak tegur orang
mulakan dgn bismillah perkataan yg baik2 dulu
pastu,baru cakap benda2 yg xelok
dan diakhiri dgn alhamdulillah perkataan yg baik2 jugak =)
paham ke???

CONTOH

mawar nak tegur teratai yg suka pakai baju ketat2
jadi,mawar pon mulakan perbualan

mawar : ermmm,,,teratai2,awak nak tahu x,dlm byk2 kawan saya kan,awaklah yg paling cantik dan comel sekali =D

teratai : (kembang2 kuncup) eyh,mana ada mawar.melati lg cun kot (ayat biasa bila da blushing =.=')

mawar : huhuhu.samala korang dua org.ermmmm,,tp kan,tp kan,,,,

teratai : tapi apa mawar? (xpuas hati ada tapi @_@!)

mawar : saya kurang berkenanlah tgk teratai pakai baju adik teratai ni.kalau teratai pakai baju loose sikit,mesti lg comel =P

teratai : eyh,ye eah.heeeeee~~ (malu suda=P)

mawar : betul.buat pa saya nak tipu.kan kan ^^ lagipun,cam xbest jek bila org laki ley tengok bentuk badan kita yg cantik ni.nnt bila da kahwin,suami kita mesti jeles.wuuuuu~~

teratai : ermmm,,,agakla mawar.ok2,saya paham =)

CONTOH LAGI



ahmad kawan baik abu.tp,ada satu perangai abu yg ahmad xsuka.abu,seorang yg playboy.jadi,ahmad bertekad nak tegur kawannya itu.

ahmad : wallaweiiii abu.cun dowh awek baru ko yg ke 119 ni =.='

abu : tengok kaki arh bro... (sampai skang ak xpaham asal budak laki suka ckp tgk kaki +_+!)

ahmad : hahaha.ak ngaku arh,ko mmg mamat romeo.huhu.tp kan abu,mcm xbaik jek ko permainkan perempuan2 tu.skang mmgla org tengok ko hebat,tp nanti bila ko nak kahwin,ak takut xde perempuan terima ko sebab takut ko tinggalkan dia.ermmm,,,

abu : ermmm,,betul eah?
ahmad : betul abu.lagipun ak tengok ko ni,hensem,anak dato',kalau ko setia dgn sorang awek jek,mesti saham ko makin tinggi ^^

abu : sebenarnya,ak pikir jugak benda ni (dan dan jek =.=').ermmm,,okla,ak cuba terima nasihat ko tu =)

jadi kan,jadi kan
cara begini lebih berhasil kot
dr tiba2 kita gi depan kawan kita
dok maki hamun cam orang kena sawan
buang tebiat jek
baik guna cara yg simple tp berhasil
kan :)




Wednesday, September 15, 2010

kalau berubah semudah ABC...

ingat senang ke nak berubah jadi baik?
ingat senang ke nak tinggalkan benda2 yg dah sebati dgn diri kita?

kita tengok orang2 yg pakai tudung labuh
kita tengok muka diorang tenang jek
tp dalam hati ada taman siapa tahu?
ingat diorang semua tu lahir2 pakai tudung labuh ke?
kita tengok pulak orang yg menjaga pandangan
kita tengok diorang macam xde perasaan jek
tp hati diorang?
kita xtahu betapa susahnya diorang nak jaga pandangan tu
sebab bukan dr dalam perut diorang diajar utk menjaga pandangan
tp sebab niat nak berubah
yg pahit pon ditelan jugak

berubah xsenang,tp kalau hati nak,semua jadi mudah =)

apa beza kita dengan zaman jahiliyah?
hari ni kita dengar berita orang buang bayi
esok pulak kita dengar berita pembunuhan kejam
lusa,tulat kita dengar orang ni kena tangkap khalwat,orang tu kena rogol
jadi,apa beza kita dgn zaman jahiliyah?

semua orang belajar agama Islam
inshaAllah,bila dah belajar tu,mestilah paham jugak kan
lainlah kalau kau masuk kelas setiap hari,kau sumbat telinga kau dgn mp3,pastu buat muka xmalu berdengkur masa ustaz mengajar =.='
benda2 basic mesti kau paham
xpayah nak bukak tafsir fi-zilal utk terangkan benda2 macam larangan2 Allah,atau suruhan2 Allah
Islam kata kena solat,Islam kata xley berzina
cakap sekali kau boleh paham
tp kenapa ramai yg masih buat?

dalam al-Quran Allah berfirman

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak...."

(57 : 20)

dunia memang best
sebab nikmat dunia kita nampak
ramai sgt yg celik dunia,tp buta akhirat
nikmat akhirat yg berganda2 lebih bagus tu kita buat bangang jek
sebab tu,ramai yg takut nak ikut ajaran Islam yg sebenar2nya
ramai yg buat xpaham dgn ajaran Islam
sebab xnak tinggalkan kesenangan dunia

sedih x,bila kita tahu yg Islam tu mmg benar
tp kita xnak ikut sebab kita takut xley enjoy dah
jadi,apa beza kita dgn Abu Jahal?
Abu Jahal paham Islam,tahu Islam tu betul
sampaikan dia boleh 'ralit' bila dengar Rasulullah mengalunkan ayat suci Al-Quiran
tp sebab apa dia menentang ajaran Islam?
sebab dia tahu,kalau dia ikut,dia kena tinggalkan zina,judi,arak semua2 tu
tanya lg,apa beza kita dgn orang2 zaman jahiliyah?

sedih x?tolonglah sedih T.T

perasan x,sekarang pon,bila kita tengok orang2 yg berdakwah
bila kita tengok orang tu bawa usrah
ramai jek yg dok perli2
banyak jek komen2 sumbang seolah2 nak menjatuhkan semangat orang tu
sebab apa?
sebab orang2 camni takut
takut kalau2 dia terpengaruh
terpaksa tinggalkan life dia yg 'best-la-sangat' tu
samalah macam Abu Jahal
jadi,apa beza kita dgn orang2 zaman jahiliyah?

BERUBAH

satu perkataan jek
tp bawak erti yg sgt2lah besar
susah sgt ke?
susahhhhhhhhhhhhh...
kalau xsusah,xla ramai orang 'rebel' bila ada kawan ajak berubah

tp satu kita kena ingat
sedangkan kekasih hati kita,Rasulullah semasa ajalnya dtg menjemput
xlekang dr mulut Baginda nama kita

'umatku,umatku,umatku'

padahal,Baginda xpernah tengok kita pon
xpernah pandang wajah kita pon
tp betapa kasihnya Baginda terhadap kita
tp kita?
kenapa kita xsayang diri kita sendiri?
kenapa kita xsanggup berkorban,berubah untuk pengakhiran yg baik?
untuk diri kita jugak,mak cik cafe xde effect pon kalau kita still xnak berubah
kan :)

berubahhhhhhhhhhhh =.='



Tuesday, September 14, 2010

bagaimana menyentuh hati : lesson 5 (^_^)

UKHWAH

ukhwah ni penting
tp bukan alasan utk kita xbuat kerja
ritu,masa Muslim Leadership Camp
diorang cakap,kerja susah nak dilaksanakan klu xde ukhwah
tp sebenarnya,dgn bekerja bersama2,ukhwah dpt diwujudkan
yela,klu kita kerja sama2,mestila kita selalu duduk berbincang
masa tu,org2 yg kita xpernah cakap pon,kita cakap
secara automatiknya,ukhwah akan terjalin
so,jgn ngada2 bg alasan
sbb ukhwah ko ngan dia xkuat
jadik,kerja xley siap
apa ko ingat,ukhwah tu boleh beli kat Giang Taiping? =.='
klu teringin nak kena kejar ngan akak cashier tu,try arh g mintak ukhwah kat dia

dgn ukhwah jugak
kita senang nak tegur orang
kadang2 orang cakap
'nak tegur orang yg rapat dgn kia lagi susah sebenarnya'
yup!setuju!
sebab apa?
kita takut dia terasa,kita nak jaga hati dia
so,bila kita nak tegur dia,kita akan tegur lembut2
tp kalau org tu kita xberapa nak kenal
kita mesti xfikir sgt sal hati dan perasaan dia
so,kita pon dgn selamber badaknya gi tegur dia kasar2

jadi kan,
ukhwah tu penting supaya kita xsalah cara approach orang
kan erna =))

tp kan,
ukhwah bukan senang2 nak dapat
bukan ada tergolek2 kat tengah jalan
kalau ada,mesti Malaysia ni da jadi cam cerita Hindustan
semua orang golek2 atas jalan,sbb nak kejar ukhwah
*lame+_+!*

dan ukhwah jugak xkan terjalin
kalau kita depan2 senyum kat orang
tp belakang2 bukan main kutok kau
haaaa!macam apa jek
xpuas hati kat seseorang,g cakap kat tianglah,kat bangunanlah
sampai perdana menteri tukar baru xselesai masalah camtu

ukhwah jugak xkan ada
kalau bila depan2 orang tu
bukan main kau sopan
pijak semut pon x mati
cakap pon tunduk2
xberani langsung
tp bila kat belakang
kaulah hero pling mantap sekali
cakap berapi beb
kaulah heroin pling sweet sekali
cakap tacing habesss!
masalah?
teeeeeeet!
xselesai pon +_+"
ukhwah akan terjalin
bila kita ikhlaskan hati kawan dgn semua orang
tegur kawan2 kat jalan.tegur cikgu2 kat cafe,tegur mak cik2 cleaner kat surau
kat mana2 jelah
kat tandas pon boleh taw ^_^
lagi kan,ukhwah jugak boleh wujud bila kita saling menziarahi
gi jek chalet kawan2 kita
tp jgn selalu pulak
kang xpasal2 dia buat kunci mangga besar punya =.='
bila kawan2 kita sakit
selalu2lah jenguk
jangan menjauhkan diri plak sebab takot berjangkit
isk3,xbaik tuuuu
dan sentiasalah menggembirakan hati kawan2 kita
tp jgn tiba2 gi wat lawak bangang lak masa dia tengah betul2 sedih
cessss!

kesimpulannya,sbgi orang Islam
kita kena sayang saudara2 kita
macam hadis nabi

'tidak sempurna iman seorang Muslim,selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri'

jadi kan,
sayangilah diri anda,juga sayangilah diri saudara anda
*peace*



Thursday, September 9, 2010

bagaimana menyentuh hati : lesson 4 (^_^)

MELETAKKAN DIRI DI TEMPAT ORANG LAIN

setiap orang lahir dan membesar dalam suasana yg berbeza
itulah yg menjadikan kita unik
dan semua org jugak didik oleh org2 yg berlainan,serta cara yg berbeza
itulah pentingnya kita berkongsi
berkongsi apa yg kita tahu
sbb xsemua org dapat apa yg kita dapat semasa dididik
dan kita jugak xdapat apa yg semua orang dapat semasa dididik

kita pelik tengok orang lain yg xsefahaman dgn kita
kita cakap diorang ROSAK
kita cakap mak ayah diorang XAJAR
kita cakap KESIAN kat diorang sbb xjadi macam kita
tp,kita tahu x?
sebenarnya kan,diorang pon cakap benda yg sama kat kita
betullllll
buat apa ak nak tipu
kurang pahala puasa
isk3 =.='

haaaaaa,nak contoh x?
oke2
kita bayangkan kita budak2 sekolah agama
pakai baju longgar,tudung labuh,handsocks lagi,stoking lagi
fuhhh,payah betul
tp sebab kita dah biasa,kita xkisah
bila pergi masuk kolej,kita jumpa ramai sgt orang dari sekolah lain2
bila kita tengok budak2 lain yg pakai baju ketat2,pakai tudung singkat2,stoking xpakai,handsocks apatah lagi
kita pelik sgt
kita xnak kawan ngan diorang sbb kita cakap nanti kita terpengaruh

sekarang,bayang pulak kita budak sekolah2 biasa
yg xpaham sgt agama2 ni
yg dah biasa pakai baju kecik2 sbb rasa diri hot
yg dah biasa pakai tudung jarang
sbb apa?
sbb rugi dowh rambut lawa xley tunjuk!
isk3 =.='
bila masuk kolej,jumpa orang2 yg pakai tudung labuh,selalu baca Quran kat mana2 saja
mesti kita pelik
"apehalla minah2 tu,ingat negara Arab ke apa?"

kan?
kita pelik tengok diorang
tp kita xtahu
diorang pon pelik tengok kita
sbb life diorang xsama cam kita

sama jugak cam budak2 sekolah laki
first time satu sekolah dgn perempuan
mesti pelik ngan perangai perempuan
"ohh,camtu ke perempuan?sweet,wangi,garanggg~~"

yg sekolah semua perempuan
first time sekolah ngan budak laki2 pon mesti pelik jugak
"camni rupanya laki.bising,kuat makan,la la la~~"

haaaaaaa!
jadi kan,jadi kan,
kita kena sentiasa masukkan diri kita dalam diri orang lain
paham dulu pemikiran diorang macam mana
baru senang kita nak approach
nak nasihat budak2 yg dah paham agama ni lain
nak nasihat budak2 yg kurang didikan agama ni pon lain
kalau kita tiba2 gi kat budak2 yg kurang didkan agama ni,cakap

"tahu x,sesungguhnya,Allah telah berfirman,bahawasanya...."

balik rumah,comform budak tu gelak guling2 punya +_+!
paham ke???


Wednesday, September 8, 2010

bagaimana menyentuh hati : lesson 3 (^_^)

OPTIMIS @ BERSANGKA BAIK

haa,yg ni penting
sebab,sebagai seorang yg bijak pandai,pemikiran kita jgn dipengaruhi dgn emosi
kalau kita nak orang terima kita
kita mesti sentiasa bersangka baik dgn diorang

contoh
bila kita tengok perempuan pakai baju ketat2,nampak shape,nampak segala macam yg xpatut dinampak
 atau,bila kita tengok lelaki sesuka hati pegang2 tangan perempuan
jangan tiba2 kita pergi jerit kat dia

"kenapa?kenapa?kau x malu ke pakai macam ni.huh.perempuan x sedar diri.mak ayah x ajar ke haaaa!!!"

ak rasa,kalau korang buat macam ni
hari esok korang bangun
kalau korang xde kat wad kecemasan,korang mesti ada kat hospital sakit jiwa
xpercaya pergi arr try buat kat sapa2

lagipun kan
xbaik tau korang cakap mak ayah dia xajar
kot2,mak ayah dia tu,ustaz atau ustazah korang
haaaaa!
fitnah dahhhhh +_+!

kita nak nasihat orang
perkara pertama yg kita kena buat ialah bersihkan hati dan fikiran dr sebarang buruk sangka
kita xboleh harap,semua org paham Islam dgn paham yg sebenar2nya
kita xley harap,semua org join usrah
lain tau sayang2ku
kadang2,diorang bukan xnak berubah
tp,keadaan sekeliling memaksa diorang jadi camtu
mana kita tau
kot2 mak dia ke,ayah dia ke,atau mungkin kucing dia ke yg xley menerima kalau dia tiba2 berubah

jadi,jadi,jadi
kita kena paham diorang dulu
then,barulah kita nasihat diorang dgn perkataan2 yg baik
yg boleh buat diorang tersentuh

kalau diorang xberubah after kita nasihat pon
silalah jgn salahkan diorang

"huh!buang masa jek ak nasihat kau.bukan kau nak berubah pon.baik ak makan ais krim"

tengok tu
kita tahu ke hati diorang cakap apa?
xkan!
jadi,jgnla buat tuduhan melulu
mana tahu,diorang perlukan masa tuk berfikir apa yg kita nasihat
nanti,bila dia dengar kita cakap camtu
elok2 dia nak berubah terus xjadi

"ahhh..lantak kaula.dah kau anggap aku camni,macam nila aku jadi"

isk3 =.='


bagaimana menyentuh hati : lesson 2 (^_^)

SENYUM

org cakap senyum tu sedekah
tengok,Allah bg banyak sgt cara tuk kita bersedekah kan?
igt org kaya je ke yg mampu bersedekah?
kita pun mampu tau

xkisahla,senyuman kita manis macam gula ke,masam macam cuka ke,pahit macam hempedu ke
janji kita senyum
dan,tau x,apa yg best bila kita senyum?
haaaaa!

jawapan dia c =.='

bila kita senyum,org mudah nak terima apa yg kita cakap
eyh,betul ke?

mestilah sayang oiii
lumrah manusia,kita lebih suka org cakap baik2,lembut2 ngan kita
daripada dtg kat kita,maki hamun,serang tanpa sekelumit senyuman pun
cessss!cessss!
mesti lagi kita annoyed kan?
"kau apahal,muka cam org hilang laki,nak nasihat2 aku pulak"
tapi,kalau kita sambil tegur,sambil senyum
mesti org yg ditegur tu xsampai hati nak marah kita
kalau dia annoyed pun,dia still dengar jek apa yg kita nak cakap
kecualilah kalau orang tu hati kering
xde perasaan
isk3 -.-"
lagi satu
dengan senyuman
hati yg keras macam batu pun boleh cair
serius,xtipu
xpercaya,g la senyum selalu kat mak cik cafe
bila mood dia baik nanti,mesti dia belanja
tp,jgn senyum sbb nak makan free jek
lain da tu niat ^_^!

dan,senyuman jugak dapat memikat hati org lain
ehem333!
maksud ak,pikat hati mak mentua ye
ngaa :DD

tp kan,tp kan
senyum tau,bukan sengih oke =.='




Tuesday, September 7, 2010

bagaimana menyentuh hati : first lesson (^_^)

BERSEDIA TERIMA TEGURAN

kita tegur orang
mestilah kita harap org terima teguran kta kan?
abessss
kalau org tegur kita
apa yg diorang harap?
mestilah diorang harapkan benda yg sama kan?
xkanla diorang tegur,dgn harapan kita emo2 dan pegi penampar diorang kan
sewel ke apa?

so,first lesson hari ni,sila besedia menerima teguran ye
dan jangan takot buat silap
sebab kalau kita buat silap
itu tanda kita buat kerja!

kalau kita x pernah buat silap
itu maknanya,kita mmg betul2 perfect
atau sebenarnya,kita x pernah buat kerja pon
dok senyap,xsampaikan ilmu,buat hal sendiri
camna kita nak tahu kesalahan kita
kan? :)



Wednesday, September 1, 2010

lelaki vs perempuan


hari ni ak nak buat post pasal...
erm...
pasal apa eah? +_+!
haaaa!
pasal mentaliti manusia
wahh2,topik ni mesti 'pak cik hannan' ni suka
heeee~

oke,ak x suka nak buat ayat fakta
sbb kang masa tulis,dgn ak2 sekali tidur depan lap top ni haa
adoyai~~

so,tanpa membuang masa,jom kita selidik dan korek peristiwa2 yg berlaku kat sekeliling kita
yg kadang2 kita x perasan pon
hmmmm,,,

'lelaki'

sebelum ak tulis entri ni,ak nak cakap,ak bukan seorang yg anti-laki oke!
tp ada sesetengah sikap lelaki ni ak x berapa nak berkenan
contohnya,pasal bab yg korang pon da biasa dgr kan
'touch'
xkisahla,berlapik ke,x berlapik ke,sama jek
ala,kau cakap berlapik tu pun,dgn baju dia jek
konon2 bolehla nak pukul2,nak tarik2 baju dia
derrrr,,,,alasan
biasala,sesetengah manusia sentiasa nak cari alasan utk manghalalkan apa yg haram
itu x lawak oke!
tp,bg sesiapa yg mmg xkisah,yg merelakan dirinya disentuh oleh tangan2 yg sebenarnya cuba menarik ke api neraka tu,lantak korangla
ak cakap byk2 pun,kalau korang xsedar sendiri,xjadinya
tp yg menjadi permasalahan sekarang
budak2 laki yg xkisah soal halal haram ni
suka suki jek nak buat semua perempuan kat dunia ni,sama dgn perempuan2 yg rela dirinya dipegang
kadang2,perempuan yg pakaian mmg tutup pun,yg tudung labuh pun,diorang selamber je pegang
bangang ke apa korang ni?
huh?
hello!hello!
pleazla,jgn samakan semua perempuan kat dunia ni dgn kawan2 kau yg 'sporting-la-sangat' tu oke
wa are different
bukan apa,takut satu hari nanti,ada yg kena backhand kang
isk3 -.-"

'perempuan'

oke,ak perempuan
dan obviously,ak xanti perempuan jugak
sengal ^_^!
tp ak pelik dgn sikap perempuan ni
termasukla diri ak sendiri
korang bayangkan,ak pon pelik dgn perangai ak?
wooowooo
korang ingat mudah ke menjadi seorang perempuan ni?
isk3 =.='
oke,ap yg menjadi kemusykilan ak
perempuan ni,susah sgt nak jaga rahsia
esp dgn budak laki
ak ingat lagi,masa zaman2 'ummu n ain' muda dulu
(ak sampai sekarang still muda oke :P)
budak perempuan,kalau malam ni meeting
esok paginya,dah heboh da apa yg kitorang bincangkan kat dalam meeting tu
pagi2,bdk laki siap ada yg dok keneng2,nak tahu kesahihan berita tersebut
xke bongek namanya tu?
tp kalau budak laki ni,rahsia setiap org dr diorang,mmg jaga betulla
nak tahu apa yg diorang cakap dalam meeting?jangan harap oke!
mimpi jela
kenapa ea?
hmmmm,,,
mungkin perempuan ni dia ada sikap mempercayai org lain
termasukla org2 yg tidak dikenali
sampaikan dia berani nak cerita apa sahaja kat budak laki dgn harapan
'ko jgn bagitau sapa2 ye'
beria jek
esoknya,heboh.cessssss!
mentaliti budak perempuan
tp sebab mentaliti macam ni,budak perempuan nampak comel
la la la~~
(ak pun xtau ap kaitannya ^_^!)