Wednesday, February 2, 2011

kekasih Allah :)

"If Rasulullah (PBUH) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? or HEARTLESS? we say we love him, but then, why do we astray from his way?"



siapa Rasulullah ni? utusan? nabi akhir zaman? pemimpin ummah? semua jawapan betul. tp yg paling penting, Rasulullah SAW ni, kekasih Allah. kekasih Allah tahu. bukan kekeasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, kekasih Allah. mashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? kita dgn baginda SAW, mcm langit dgn bumi.

tapi, tahu x, Rasulullah ni cinta siapa selain Allah? isteri? anak2? siapa yg baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? umatnya. siapa umatnya? KITA umatnya tu, tahu?
 

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah. 
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


ya Allah, sweet gila kan Rasulullah, depan sahabat2 yg mencintai baginda bagai nak rak, baginda mengaku kita ni saudara2nya. baginda cakap baginda rinduuuuu sgt dgn kita. padahal, sekalipun baginda xpernah jumpa kita.

ok, bayang. satu hari, tiba2 aku pergi kat korang, then aku cakap camni,

'aku rindu sgt dgn cucu kau'

apa perasaan korang? korang dahla belum kawen, anak pon xtentu lagi ada ke x, tiba2 aku cakap aku rindu dgn cucu korang.kalau aku, dah suruh org callkan doktor sakit jiwa dah.tiba2 jek org nak mengaku rindu kat cucu aku yg aku pon xtahu bila dia akan wujud kat bumi ni.

tp tu la Rasulullah.baginda xkenal kita, tp baginda mencintai kita melebihi para sahabat baginda yg sama2 berjuang menegakkan islam dulu. baginda cakap, berbahagialah kita 7 kali ganda dr sahabat2 baginda. ya Allah, 7 kali kot. sweet gila an?kalau kekasih Allah pon  sweet camni, cuba bayang Allah punya sweet macam mana pulak. haih. berdebar rasa bila pikir kan :P

tp kan, tp kan, ingat senang2 jek nak dirindui Rasulullah. ingat free? pergi toilet pon da naik 50 sen skang, tahu? so, kena bayar apa? duit? kena pos kat mana?

haa, materialistik semua tu. duniawi semata2. simpan je lah harta korang tu. Rasulullah xhingin pon dgn harta korang yg macam bukit tu. korang bayang eh, masa Rasulullah nak wafat, saat2 akhir hayat baginda, siapa yg baginda sebut? isteri? anak2? x ok. abes harta? lagi x.Rasulullah sebut nama kita, tahu? Rasulullah sempat lg berdoa tuk kita, sempat lg cakap baginda nak tanggung kesakitan sakaratul maut tu utk kita. ya Allah, baik hatinya Rasulullah, kan? kita nak salawat utk baginda pon,pandang kiri kanan dulu sbb seganla konon.

xpenting harta, xyah bayar dgn wang emas bagai. one word: BERIMAN dgn baginda sbgi Rasulullah. susah ke? mcm x.further maths lagi susah aku rasa. tahu apa khutbah terakhir Rasulullah?salah satu petikannya:


"Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"


Rasulullah wafat, tinggalkan sesuatu utk kita. sesuatu yg kalau kita ikut, kita xakan sesat selama2nya. iaitu sunnah baginda. sunnah baginda ada byk. tp yg org tahu, poligami jek. haish. dan sunnah baginda, mmg sesuai dgn fitrah manusia. xmembebankan pon.tu la hikmah para Rasul tu bukan dr kalangan malaikat, tp dr kalangan manusia.tp, xramai yg nak ikut kan?


"ala, tu nabi.zaman dahulu kala, zamn kuno.buat apa nak ikut apa yg dia buat?"

tp bila part nak kawen lagi..

"ala yang, bolehla abg kawen lagi satu.sedangkan Rasulullah pon....."

banyak lawaaaaa ang~

tahu x, ada byk bukti kecintaan Rasulullah kat kita.


“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.”(riwayat al-Darimi).
"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (riwayat Bukhari dan Muslim).

percayalah, Rasulullah ni mmg syg sgt kat kita. dlm al Quran pon ada sebut,


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.  (9:128)

haish. cintanya Rasulullah kat kita. tp kita?senang jek nak tunjukkan rasa cinta kepada baginda SAW sebenarnya, salawat banyak2. ikut sunnah baginda. tp cuba pikir, dlm sehari, berapa kali jek kita salawat?Rasulullah pernah bersabda:


"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku"

xnak ke kita? senang.selawat jek banyak2, kan? :)

i love this video a lot *wink




(Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.)


6 comments:

syakirah said...

again erna, such a great piece of writing :) alhamdulillah..sounds funny yet informative n like a trigger for those yg bru nak kenal n selawat for baginda SAW :)

Nina Mazlan said...

kira kira, Alhamdulillah, Allah bg ilham :) rindu kamu ^____~

anastasheeka said...

thanks for sharing :)

Nina Mazlan said...

thanks for reading :)

nazrinafifi said...

well written. how i wish i culd put on words as good as u... huhu~

Nina Mazlan said...

fifi: errr..tp blog fifi sedap jek baca :D