Tuesday, March 22, 2011

Kasih Sayang Allah :D

ada orang pernah cakap kat aku
'kalau masa kau buat satu benda tu kau rasa takut dan bersalah, maknanya apa yg kau buat tu salah'

mana ada orang yg rasa cuak atau bersalah bila buat benda baik kan?
contoh, ada ke masa kita tengah jalan pergi surau nak berjemaah,
tiba2 kita rasa takut sangat sampai rasa nak patah balik.ada?
atau masa kita nak pakai pakaian yg tutup aurat,
tiba2 kita berpeluh2 sebab rasa bersalah.ada?

kalau ada, tu bukan sebab takut atau bersalah, tapi rasa segan dan xnak dilabel alim oleh kawan2
pelik kan manusia, sbb xnak dilabel alim, segan nak buat kebaikan
bila buat jahat, xtakut pulak dilabel derhaka oleh Allah =.=

ok, berbalik kepada topik asal
kenapa eh, bila kita buat jahat, kita akan rasa bersalah?
atau, bila kita terbabas tidur sampai xsolat subuh, kita akan rasa bersalah
kenapa kita xbangga eh?

korang semua ada FB kan?
pernah baca status orang tulis macam ni

'arini aku rogol anak jiran aku weyh'

atau

'arini aku xsolat zohor.weee'

atau

'arini aku bunuh kucing aku sbb dia berak kat tempat tidur aku'

ada ke?
rasa macam xde.kecualilah kalau orang tu baru terlepas tg rambutan

tapi, kenapa eh?
kenapa sejahat2 orang tu, dia masih malu nak show off kejahatan dia dekat orang lain?
kenapa sejahat2 orang tu, ada certain masa, dia rasa bersalah dengan segala kejahatan dia?

satu jek jawapannya
wujud segala perasaan tu sbb adanya kasih sayang Allah pada diri kita semua
Allah masih sayang kat hambaNya walaupun hambaNya tu buat jahat
sbb tu Allah wujudkan perasaan malu, perasaan bersalah tu
supaya hambaNya sedar bahawa Allah sedang menanti hambaNya untuk kembali padaNya

teringat satu hadis

Suatu hari Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada sahabatnya,


"Bagaimana keadaan kamu, seandainya kamu berada di padang pasir membawa bekal dan unta, lalu kamu tertidur. Kemudian, apabila kamu terjaga, didapati bekal dan unta kamu hilang?


Para sahabat menjawab,


Tentu cemas sekali, ya Rasulullah.


Rasulullah menyambung,


Di saat kalian cemas, tiba-tiba kamu nampak, unta itu datang kepada kalian bersama bekal kamu. Apa perasaan kamu ketika itu?


Para sahabat menjawab,


Tentu bahagia sekali, ya Rasulullah.


Rasulullah s.a.w berkata:


Allah akan lebih bahagia apabila melihat hamba-hamba-Nya pulang kepada-Nya daripada kebahagiaan seorang yang kehilangan unta di padang pasir dan kemudian menjumpainya.

mashaAllah, tengok.hebatkan Allah?
betapa banyak dosa yg kita buat, Allah masih menanti kita untuk kembali padaNya
sebab tu Allah gerakkan jugak hati kita kepada kebaikan setiap kali kita buat jahat
Allah x pernah lupakan hambaNya, Allah x pernah biarkan kita hanyut dengan kejahatan yg kita buat
tapi, kita manusia selalu x sedar kasih sayang Allah ni

bila kita terdetik sikit rasa bersalah masa buat jahat, kita neutralkan perasaan kita dengan kata2 memujuk diri sendiri
kita tolak kasih sayang Allah kat kita
ya Allah, teruknya kita kan? T.T

bila kita dah banyak buat dosa, kita buruk sangka dengan Allah
kita cakap, 'mesti Allah xampunkan aku da sbb dosa aku teruk sangat'.
padahal dalam al Quran, Allah banyak sebut Dia Maha Penerima Taubat

dalam satu hadis ada cakap

Rasulullah bersabda: 'demi Allah, yg jiwaku berada dalam kekuasaanNya. andai kata kamu tidak berbuat dosa, nescaya Allah akan mengambil kamu, dan mendatangkan kaum yang berdosa, kemudian mereka minta ampun dan mereka diampuni'.
(H.R MUSLIM)

tengok, Allah memang suka kalau hambaNya xberbuat dosa
tapi Allah lebih suka hambaNya yg berbuat dosa tu bertaubat dan kambali padaNya

kita manusia biasa, kita x maksum macam Nabi
bila kita buat dosa, jangan rasa kita x akan diterima dah oleh Allah
Allah tu sangat sweet dan sangat cintakan kita
cuma kita yg suka berburuk sangka pada Allah

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak

kalau setiap kali kita berbuat dosa, kita rasa bersalah
bersyukurlah, sbb tu tanda Allah masih sayang dekat kita
tapi kalau kita buat dosa, lepas tu rasa relax dan bangga
check balik iman kita
sbb masa tu iman kita memang da sangat kritikal sbb dah xdapat rasa kasih sayang Allah tu

kasih sayang Allah tu luas dan x terbatas
sentiasalah berbaik sangka dengan Allah

"biaq besaq jiwa, jangan besaq kepala :D"



4 comments:

Unknown said...

Ya Allah ..
teruslah menjentik hati kami dgn perasaan bersalah itu ..
x terbayang kalau diberi ujian dgn berasa bangga terhadap kesalahan yg dilakukan ..
a big reminder Erna ..
jzkk .. =)

Nina Mazlan said...

zetot mmg suka jadik budak nganga eh? :P

btw, thanx kat seniors yg menjentik hati kami dulu :)

Unknown said...

http://www.youtube.com/watch?v=I9C9GiQG4EM&feature=related

hehe ... oh, x bole ea nganga slalu ?
=p

Nina Mazlan said...

bole2.hee.eh link apakah?jap nak tengok :P