Thursday, September 22, 2011

saya berhijab, saya rasa saya...



dulu masa sekolah rendah pakai hijab 'pakai buang'
lower form pon sama
jgn terkejut, saya free hair lama

masuk taiping, baru ok sikit
start pakai sepanjang masa
dan Alhamdulillah kat ky hijab mula dijadikan sebagai pelindung aurat, bukan sekadar penutup rambut

tapi still, taklah rasa sangat efek hijab pada diri
sebab most of the students mmg pakai hijab
plus, hidup dikelilingi oleh kawan2 melayu

tapi, sejak masuk HELP
hidup dikelilingi oleh bangsa2 lain
nak tengok org melayu, macam rasa nak tengok pemain MU secara life. susah sangat. -_-"

dalam kelas, 98% cina, 2% bangsa lain
dan yg berhijab, aku seorang

apa yg specialnya jadik 'alien' berhijab ni?
dengar baik2 wahai muslimah. sbb saya takkan ulang ini sampai 10 kali.

bila saya seorang jek yg berhijab, saya ada satu perasaan lain dlm diri
*pause sekejap* bukan riak, bukan bangga, bukan perasan bagus
tapi, perasaan yg susah nak gambarkan

saya berhijab, saya rasa saya dihormati
kalau org nak tegur saya, mereka gunakan nada yg sopan
kalau org nak berkenalan dgn saya, mereka akan cakap sori bila saya geleng kepala cakap taknak shake hand. dan mereka tak marah pon walau saya menolak.


saya berhijab, saya rasa saya disayangi
bila saya nak lalu, mereka cepat2 bagi jalan dekat saya
masa saya nak naik bas, mereka takkan himpit saya macam mereka himpit org lain

saya berhijab, saya rasa saya special
sbb bila org lain tak dtg kelas, susah org nak perasan
tp bila saya terskip kelas, satu kelas tahu sbb tetiba takde perempuan berhijab dalam kelas hari tu

saya berhjab, saya rasa saya dijaga
setiap kali org hulurkan makanan, mereka akan cakap 'but i'm not sure whether this is halal'. atau, 'no worries. i bought this at the malay/mamak stall'.

saya berhijab, saya rasa org sgt caring pada saya
bila ada kelas tengahari sampai petang, saya terpaksa keluar sekejap untuk solat
bila balik kelas, akan ada org yg explain dekat saya apa yg saya dah tertinggal

saya berhijab, saya rasa saya difahami
kawan2 sekelas takkan ajak saya ke parti2 atau aktiviti2 yg tak sesuai saya pergi
so, tak perlu gusar lg nak tolak aktiviti2 macam tu

saya berhijab, saya rasa saya dicintai
bukan oleh rakan sekelas. tapi, oleh Allah yg Esa
sbb Dia campak saya kat planet lain pon, saya still jaga hak Dia

how special hijab woman is
i wish, women out there, can share this amazing feeling

perasaan yg susah nak digambarkan
hanya yg tertentu, yg dapat rasa
dan, semoga kamu adalah yg 'tertentu' itu

:)




10 comments:

yui said...

andailah muslimah2 di luar faham perasaan itu kan...

mohon link =p=p

Nina Mazlan said...

:))

semoga bermanfaat. ^^

Anonymous said...

so beautiful erna..

Afiqah A said...

Nice post. I'm in the same situation with u right now. Being in notts, rase dah mcm kat uk walaupun campus msia je. Mostly international. Msian ramai tp mostly chinese. Roomate sendiri dr Mauritian. She drinks, clubs and smokes. Tp...okay, nape aku beriye komen kat sini? Bkn best pun pos kau. Ceit :O

Nina Mazlan said...

ecah: Allah is the one who makes it sound beautiful. :)

afiqah A: wahhh da masuk nottssss? weee~

*ayat last mas tu takleh blah. -.-

Lala Chan said...

bestnya erna!

zareen_wsm said...

nice post n u r lucky coz those around u understands..

zareen_wsm said...

nice post n u r lucky coz those around u understands..

Lukluk Sofea said...

Subhanallah... terima kasih di atas perkongsian ^_^

Anonymous said...

AGREEE! Saya pun rasa bende y same bila belajar di tempat y lebih ramai non-muslim dr muslim