Saturday, January 29, 2011

surat cinta dr Dia :)

pernah x masa korang tengah mencari2 jawapan kepada sesuatu soalan, pastu korang saja2 bukak la Quran,tiba2 mata korang terus terlihat satu ayat dalam al Quran ni yang menjawab soalan korang tu?

pernah x masa korang tengah down gila, sedih sangat, pastu korang bukak al Quran, korang randomly bukak surah mana pon, tiba2 terbukak satu surah yang ayat2 dia macam memujuk korang?

pernah x masa korang tengah resah gelisah, peluh dah melimpah ruah keluar dari dahi korang, pastu korang amik la Quran, korang baca, secara serta merta hati korang jadik tenang, tenang sangat sampai rasa macam nak nangis?

PERNAH X?


korang tahu kan, al Quran tu dari siapa? ayat2 Allah. yg diturunkan bukan jek sebagai manual rujukan kita tapi dalam sesetengah waktu, al Quran tu dah macam surat cinta Allah untuk kita

bayangkan, kadang2 masa tengah mencari2 jawapan utk satu2 soalan, kita bukak al Quran, tiba2 ada Allah jawab soalan kita dalam tu. tapi kita sedar x, al Quran tu Allah turunkan untuk Nabi Muhammad SAW (jawab salawat dulu) bila? dah beratus ribu tahun dulu tahu? sweet gila Allah kan?kita belum tanya lagi, Allah dah jawab siap2 dalam al Quran. kita tinggal nak carik jek lagi

mashaAllah, Allah tu mmg Maha Mengetahui isi hati kan? surat cinta dr manusia bernama 'kekasih' korang tu, ada yg dapat tandingi surat cinta Allah ni? tipu kalau ada. pastu, masa kita tengah sedih, kita bukak al Quran Allah seolah2 bercakap dgn kita, pujuk kita

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

(QS.Ali ‘Imran:139)

ni baru satu contoh, kalau kita rajin bukak al Quran, rajin baca surat cinta Allah untuk kita tu. banyak lagi ayat2 memujuk yang Allah bagi kat kita. sweet gila kan Allah? dah macam kekasih gelap pon ada Allah ni. senyap2 Dia pujuk kita, cuma kadang2 kita manusia ni xmau sedar ke'sweet'an Allah tu. malu x? malulahhhhhhh T.T

lagi kan, Allah tu setia gila. ingat senang nak carik kekasih hati yg setia zaman sekarang ni? yela, korang bayang, masa kita tengah senang, kita lupa Allah. tapi, masa kita susah, kita carik Allah balik. kalau kita buat macam tu dgn manusia, dah lama kena talak 10 kali.

tapi Allah x. masa kita senang, walaupun kita lupa kat Allah, Allah still tunggu kita. kadang2 Allah tambah lagi kesenangan kita tu, sbb Allah sayang sgt kat kita. then, bila kita susah, bila kita start carik Allah, Allah xmarah pon kita, Allah xtolak kita pon. Allah malah sgt gembira, Allah hiburkan hati kita supaya kita xbersedih dgn kesusahan kita tu. ya Allah, mana nak carik kekasih hati macam ni?. sweet kan? korang xrasa ke Alah tu sweet selama ni?haish~

selalu kita kalau mintak sesuatu dari pakwe/makwe kita, pakwe/makwe kita tu terus bagi kan? contoh, seorang perempuan mintak char koay teow dari pakwe dia, pakwe dia terus bagi, sbb xnak makwe kesayangan (weeekkkk) dia tu merajuk. konon2 sayang sgt, sbb tu sanggup bagi apa saja kat makwe dia tu xmau tangguh2 dah. tapi, benda tu cliche. sweet macam tu, semua orang ada.

tapi Allah, sweet Dia lain. kita doa mintak sesuatu dari Allah, Allah tangguh dulu nak bagi. kenapa?Allah xsayang kita keeeee?oh, tidak2. Allah tangguh sbb Allah nak dengar lagi suara kita minta, memohon dr Dia. sbb Dia tahu, bukan selalu hamba2Nya nak memohon merintih dr Dia. masa susah jek kita nak bermanja2 dgn Allah, sbb tu Allah tangguh lama sikit, sbb rindu nak dengar suara kita. mashaAllah, sweeeeeeeeeeeeetttttttttt sgt Allah tu, kalah Gu Jun Pyo -_-"



lagi, kalau korang duduk berdua2an dgn pakwe/makwe korang, ada rasa tenteram?ada rasa tenang? ke rasa resah gelisah?sbb takut2 mak or abah terjumpa, then serang dgn parang. ataupun, takut2 orang yg tangkap basah tu datang? isk3, xtenang langsung nak berdua2an kan? tapi, kalau kita berdua2an dgn Allah, ada kita rasa macm tu? malah, kita lagi suka kalau2 mak abah kita jumpa kita tengah berdua2an dgn Allah kan? kita xkisah pon kalau2 org yg tangkap basah tu lalu. specialnya Allah kan? kalau kita ingat Dia, hati kita akan tenang jek

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”

(QS Ar Ra’d:28)

xsweet lagi ke Allah tu untuk kita? xteringin ke kita nak baca surat cinta Allah tu? dahla rasa seronok bila baca surat cinta dr Allah, dapat pahala lagi. fuhhhhh. kalau kita baca surat cinta pakwe/makwe kita ada dapat pahala? ntah2 dapat dosa lagi, zina hati. mashaAllah, mintak jauh. so, sekarang, nak buat apa? haaaa, dah besar kan? pandai2lah pikir. ngeee~~

org lain dpt band tinggi ielts, cikgu xkata apa2 pon.aku dpt band tinggi sikit, cikgu cakap aku mandi air zam zam.stress T.T



Monday, January 10, 2011

KY KEMBALI

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

betulkan niat, betulkan niat, betulkan niat


KY KEMBALI

studying : the torture never stops T_T


Saturday, January 8, 2011

nak sumbang ke x?

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”

[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]


simplify pleaz

senang jek.xsusah macam further maths pon.
ada 5 fasa yg akan kita tempuh kat dunia ni

  1. MASA KENABIAN
  2. KHILAFAH YG MENGIKUT JEJAK KENABIAN
  3. KERAJAAN YG MENGGIGIT
  4. KERAJAAN YG MENYOMBONG
  5. KHILAFAH YG MENGIKUT JEJAK KENABIAN balik.

kalau ikut pemahaman aku yg xseberapa ni
dalam hadith ni mmg terang2 cakap, satu hari nanti (yg kita xtahu bila)
islam tu akan bangkit kembali
islam tu akan menang jugak sebelum datangnya hari kiamat

 
korang pernah tengok cita hindustan?
benda wajib yg perlu ada dlm cita hindustan:
hero, heroin, org jahat
pastu mmg akan adalah bapak mentua yg baik hati, yg busuk hati, pelawak2 jalanan etc.
tapi tu semua belakang kira
sekarang kita fokus kat ending cita jek
perasan, walau berapa susah pon dugaan kepada si hero, walau betapa kuat org jahat yg cuba nak bunuh hero, walau betapa kejam bapak heroin yg xsuka kat hero sbb hero miskin
at last, hero tetap akan menang
mmg da tipikal punya cita, happy ending
apa kes org jahat yg nak menang kan?

haa, samalah dgn islam
islam walau betapa teruk ditindas, walau betapa banyak dugaan melanda
Allah dah janji, happy ending, islam akan menang, FULL STOP!

persoalannya sekarang
siapa yg akan 'menyumbang' ke arah kemenangan islam tu nanti?
adakah kita kita ni akan jadik salah sorang penyumbang?


bayang, ada sebuah kampung, dan korang salah sorang penduduknya
mmg ceruk habislah, xdak masjid sebuah pon
satu masa ni, ada inisiatif dari org2 kampung nak bina sebuah masjid kat kampung tu
jadik, penghulu kampung pun mintak kalau sapa2 yg nak menyumbang ke arah pembinaan masjid
setelah dapat sumbangan dr org ramai, masjid pon berjaya didirikan
dan nama kampung tu pun meletup2 masuk paper sbb dah maju ada masjid
ramai org memuji penduduk kampung tersebut sbb berbesar hati menyumbang
dan sebab perdana menteri terharu ya amat, dia pon bagi kat semua penduduk kampung tu sorang RM1000
tapi kan tapi kan
korang xmenyumbang sesen pon, dan setitik peluh pon korang xbagi utk pembinaan masjid tu
jadik, korang xrasa malu ke amik pujian dan duit RM1000 tu?
eeeeiii.xmalu ke weyh?

islam akan menang
macam masa zaman mula2 islam tersebar di mekah
ada 313 umat islam yg berjaya naikkan islam
sampai islam bangkit dan semakin bangkit sehingga berjaya mengusai 2/3 dunia
dan Allah janji, islam akan bangkit balik
dan kita, adakah kita nak jadik salah sorang macam dalam golongan '313' yg berjaya naikkan islam tu?
atau, kita nak jadik golongan2 yg tengok jek, pastu bila islam menang, baru kita nak bangga?
baru nak terhegeh2 sayang islam?

sebenarnya kan, Allah xkisah pon kita nak tolong agama Dia ni ke x
bila2 masa jek Allah boleh ganti kita dgn orang lain
tapi, kenapa kita nak tolong jugak agama Allah ni?
first, sbb macam yg aku merepek kat atas
xkan kita xnak jadik penyumbang 'kemenangan agama islam?'
xmenyesal ke kita kalau nanti islam dah menang, kita xde apa2 sumbangan yg kita beri yg boleh kita banggakan?
second, kalau nak tahu, Allah janji macam2 kalau kita tolong agama Dia nih
 tengok, sweet x Allah, dahla Dia xperlukan pon bantuan kita sebenarnya, tapi kalau kita bantu, Dia nak bagi hadiah weyh!
potong jari skang, siapa berani angkat tangan cakap pakwe/makwe dia seromantik Allah?
haa, nak tahu apa janji2Nya?

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

(47:7)
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri"

(3:160)

lagi kan, Allah siap pujuk lagi kita kalau kita down dalam usaha kita menolong agama Allah ni

"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

(9:129)
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

(3:139)

nahhh!
Allah dah janji dah
takut apa lagi?
Allah weyh yg janji, ingat Allah senang2 nak mungkir janji?
NEVER ok!

 
bayang, cikgu economics korang cakap camni

"kalau awak teman anak saya makan ais krim, saya janji saya bagi awak A periksa sem kali ni"

apa reaksi korang?
mesti nak punya kan?
sbb korang tahu, cikgu economics korang berkuasa tetapkan gred periksa

sekarang, Allah, Pencipta Alam Semesta
yg paling berkuasa sekali kat dunia ni
janji kita akan menang, janji Dia akan tolong kita
jadik, macam sengal gila kita kalau kita tolak tawaran Dia kan?

kesimpulannya
dunia sekarang makin dasyat
yg muslim perangai dah xmacam muslim
agama islam ditindas
siapa lagi nak tolong kalau bukan kita?
xsayang ke kita pada agama sendiri?
xnak ke kita jadik penyumbang ke arah kebangkitan islam?
tepuk dada, tanya hati (xyah tepuk pon xpa, tanya je terus =_=')

"Jika kamu tidak menambah (menyumbang) apa-apa pada dunia, maka kamu adalah lebihan (yang tidak berguna) pada dunia."


a circle is round and has no end, that is how I want U to be my bestfriend


Thursday, January 6, 2011

bapak kita sama :))

sebelum ni dah pernah buat entri pasal tujuan hidup kan?
salah satunya, KHALIFAH!
bermaksud, dakwah jugak termasuk dlm tugas khalifah
tapi, ramai yg musykil, kenapa kita kena sibuk2 hal orang lain?
biarlah orang tu nak buat jahat pon, janji kita baik suda
betul ke?
ke aku ni saja jek buat2 cerita ni......???
 MACAM BIASA, dalam al Quran Allah ada jawab
(sweet gila Allah, kita belum tanya Dia da jawab.isk3)

"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: ""Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab apabila disoal di akhirat kelak) kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.

(7:164)

ulang balik
'sebagai pelepas tanggungjawab'

what the what?
nasihat org tu da jadi tanggungjawab kita?
lagi, Allah dah pesan dlm al Quran

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"

(66:6)

tengok, Allah cakap 'peliharalah diri kamu dan keluarga kamu'
Allah xcakap pon 'peliharalah diri kamu seorang dan yg lain tu boleh pergi mampus kat diorang nak buat apa'
Allah tu sweet kan?
Dia nak kita jaga diri kita, dan jaga diri org lain jugak
nak lagi sweet, kita tukar ayat
Allah tu suruh orang lain jaga diri diorang sendiri, dan jaga kita jugak
tapi, pernah kita kisah?
kenapa?

''ala, diorang tu siapa jek dgn kita?''

KELUARGA

''mana ada, keluarga aku, mak, ayah, adik, abang.yg lain tu bukan.eeeiii'

adik dan papa :P

betul eh?
tapi kan, Nabi ada cakap

Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangkan, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan sebahagian daripada kamu dan jadilah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.
 

Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya. 

(Riwayat Imam Muslim)

tengok, Nabi sendiri kata, yg semua orang islam adalah bersaudara
bukan aku yg cakap
maknanya, kita semua ni, bersaudara weyh *tacing skang!

we are families :))

tapi susahkan, tiba2 jek, kita ada banyak saudara
tu tanda indahnya islam
tapi still kita xdapat terima hakikat
ye lah, nama bapak lain2
mana boleh bersaudara?
dan mmg kalau xbersaudara, susahlah nak timbul perasaan 'menjaga' dlm diri masing2
fitrah kan?

contoh eh
ada seorang lelaki ni, dia ni mmg suka 'cuci mata'
suka tengok perempuan seksi *feeewwiiittt
tapi, bila adik dia sendiri pakai seksi2
dia automatik akan jadik marah dan halang adik dia pakai seksi2
kan kan?
tu lah fitrah
kita akan rasa lain dengan ahli keluarga, adik-beradik sendiri
dan, bagus x korang rasa, kalau kita ada 'perasaan' nii dekat semua orang
xkisahlah dia sapa pon

sekarang, bayang eh
nama aku ERNA FIRDZALINA BT MAZLAN
nama kawan aku pulak NUR MAISARAH BT ZULKEFLE
nama ayah lain2
secara logiknya, aku dan maisarah bukan adik beradik, kan?
 
sekarang kita tukar
aku dan maisarah dua2 muslim
sekarang nama kitorang
ERNA FIRDZALINA BT 'ISLAM'
NUR MAISARAH BT 'ISLAM'
nama ayah dah sama
so, kitorang adik beradik :))
dan automatik, akan timbul perasaan menjaga tu
bayangkan kalau semua orang islam tukar nama jadik camni
maknanya,kita semua adik beradik
dan kita semua harus ada perasaan 'menjaga' pada semua adik beradik kita
sanggup ke kita tengok adik beradik kita masuk neraka? T.T
xkan???? ^^


so, jom kita menjaga adik beradik kita
xyah segan2 da
nasihat jek, cegah jek maksiat tu
xyah takut2, ngan adik beradik jek pon
dan jadilah kakak/abang/adik yg bertanggungjawab
dan caring terhadap kehidupan adik beradik yg lain
 jangan jadik SELFISH *wink3

Rasulullah s.a.w bersabda :


"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."

(Riwayat Muslim) 


kenapa aku rasa entri kali ni susah nak paham? =.=


Wednesday, January 5, 2011

OBSES~~

entri kali ni, aku xdak idea nak merepek apa
tapi aku saja buat sbb aku dapat tau ada seorang makhluk yg obses dgn aku
bukti?nahhh!!

formspring chaletmate kesayangan

haha, aku xtau nak terharu ke nak seram =.=
tapi lepas aku tanya dia kenapa, dia terus tukar
jadik camni

erkkkss -_-!

hehs, SENGALLAH UMMU! =P

deactivated FB balik, tengok sampai bila bertahan =.=


Tuesday, January 4, 2011

4 JAN 2011

4 januari 2011
tarikh x cantekk
tapi umur cantekk
19 tahun 12 bulan (ngaaa :D) *tiru trademark ieda =.=
belasan tahun lg kau
lalala~~

malas nak tulis entri panjang2
sbb dah mula buang tebiat nak jadik nerd
budak nerd kawan dia buku

pertama2nya *da macam permulaan ucapan KP dulu2
nak ucap thanks kat semua yg wish, yg kias2 nak wish tapi bajet control, yg wish dalam hati
semualah!!!!
semoga segala ucapan dan doa korang, kembali pada korang

dan SPECIAL THANKS dekat mama daddy ^^
tanpa mama daddy, aku xkan dapat bernafas atas muka bumi Allah nih

dan thanks untuk hadiahnya

secret recipe masa 3hb :P

secret recipe, waaa, sekali sekala tahanlah
kalau hari2, tunggu kau kawen dgn anak kerabat dulu eh
heeeee~~

dan...

kecik gila kek.comei jek cam aku :D

mama daddy bagi awal, pukul 11 sebab xtahan nak tertido
haha, comel jek mama daddy ^_^!

lagi, entri special dari  chaletmate kesayangan aku (geli skang :P)
thanx woyhhhhh :))

semoga umur diberkati, dan amalan bertambah, dan senyuman makin manis *wekkk
hehe, babai

satu lg, like the video, kawan! *wink ;)


Monday, January 3, 2011

followers!

suka baca blog orang lain
selalunya, blog yang suka letak gambar diri sendiri paling banyak follower
kadang2 sampai 10000
lebih lebih lagi, kalau penulis blog tu cantik
lagi seronok orang tengok
dan penulis2 blog yang banyak follower ni
makin asyik nak tayang gambar
tambah follower
kalau boleh dia nak satu dunia baca dan tengok gambar dia

apa apa pun
itu hak masing2
mungkin itu cara dia nak appreciated diri dia
appreciated anugerah kecantikan yang Allah bagi dekat dia

tapi bagi aku
semakin banyak follower blog 'mujahadah itu pahit...' ni
semakin bertambah beban aku
tanggungjawab aku akan jadik makin berat
kalau orang lain, suka kalau follower ada ramai
menandakan blog dia hot
tapi aku x
aku rasa, kalau follower makin ramai, pembaca makin ramai
bermakna, setiap patah perkataan yang aku tulis
akan memberi kesan pada diri setiap pembaca blog aku
macam mana kalau ilmu yang aku sampaikan salah?
macam mana kalau apa yang aku tulis, buat orang yang baca lagi bencikan islam?
macam mana kalau sikap aku dalam blog, tidak menggambarkan seorang muslim yang baik?
macam mana kalau tanpa sedar aku tulis benda2 yang xsepatutnya?
mashaAllah, risau

berbalik pada blog2 yang followernya ramai
blog2 yang suka tayang gambar cantik2 posing macam model
aku sangat respek sebenarnya
sebab diorang sangat berani
kalau aku jadik diorang
aku akan risau, bukan gembira
sebab?
semakin bertambah follower, semakin bertambah dosa
dalam 10000 follower tu, bukan semua orang baik
mungkin ada yang 'mempunyai perasaan jahat' terhadap pemilik blog
mungkin ada yang teringat2 dekat pemilik blog yang cantik tu sampai mendatangkan zina hati
mungkin ada yang leka dengan kecantikan pemilik2 blog sehingga sanggup membuat apa sahaja yang bertentangan dengan agama
mungkin...
ah, xsanggup nak fikir lagi

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(24 : 31)


bukan semua follower blog kita terdiri daripada golongan di atas kan? :)

ya Allah, mohon perlindunganMu


malam pertama di alam kubur

"hari ni aku pergi shopping sbb dapat bonus.hullamakk, syok gila.borong habissss"

"ehem.esok aku kawen.xsabar rasa.berdebar2 jek.hee"

"waa,aku sangat bangga dgn diri aku.aku muda lagi,baru umur 25 tahun,tp aku da ada kereta,rumah,etc"

"aku dapat tawaran pergi UK.sumpah seronok gila dowh"

"haih,seronoknya kamu dapat menantu kerabat diraja"

dalam dunia, banyak benda atau lebih sesuai dipanggil 'nikmat' yg Allah bagi untuk buat kita bahagia

rupa
harta
kekayaan
kesihatan
keseronokan
kejayaan

kalau nak listkan, mmg sampai kiamat x habis
betapa banyaknya nikmat yg Allah bagi kat kita kan?

"maka nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu dustakan?"
(ar rahman)

tp, ada satu soalan yg boleh lenyapkan rasa bahagia kita terhadap nikmat2 tu

"kamu tahu, macam mana malam pertama kamu di kubur nanti?"

KUBUR

kita bayang, satu hari nanti, bila masa kita sudah sampai untuk 'berpindah'
dari rumah yg tersergam mewah, kepada satu lubang dalam tanah
dari tinggal beramai2, kepada tinggal seorang diri
bayang, dalam tanah, ada apa jek
ada tv nk tengok bola?
ada peti ais nak simpan makanan?
ada internet nak main FB?

dalam tanah, ada sapa2 sudi teman?
cuba tanya 'kapel2' korang sekarang (klu ada arh)
sudi ke teman korang dlm kubur nanti?
kalau dia cakap sudi, bajet jek tu
kerat jari, xde sapa sudi
sorang2 dalam kubur
gelap, xde lampu
xde orang
jiran2 pon buat hal masing2
yg ada, binatang2 yg suka menggigit jek
xtakut ke?

harta2, nikmat2 kita sekarang semua kita xboleh bawak pergi masuk dalam kubur tu
blackberry?ipod touch?
huh, jgn harap
3310 pon xlepas nak bawak masuk
suami kaya raya, anak dato', pon xboleh bawak
Gu Jun Pyo pon direject weyh
ijazah dr UK?
simpan jela

xberguna kan nikmat2 yg kita bangga2kan sgt tu?
dalam kubur nanti, satu pon xkan teman kita da

tapi, ada 3 benda jek yg setia nak teman kita nanti dalam kubur
yg boleh kita bawak

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali 3 perkara (yg akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat, dan anak yg soleh yg berdoa untuknya"

(hadis sahih - riwayat Imam Ahmad)

benda yg disebut sahaja
tapi, comfirm ke kita dah ada semua benda tu?
kira kalau kita dijemput 'berpindah' hari ni, kita da bersedia ke belum?
agak2nya, malam pertama kita di alam kubur nanti dimulakan dgn sesuatu yg indah ke
atau ia akan menjadi satu mimpi ngeri yg berpanjangan?

tepuk dada, tanya iman, tanya hati, buka minda, renung2kan

serius aku xdak mood nak balik kolej