Thursday, January 6, 2011

bapak kita sama :))

sebelum ni dah pernah buat entri pasal tujuan hidup kan?
salah satunya, KHALIFAH!
bermaksud, dakwah jugak termasuk dlm tugas khalifah
tapi, ramai yg musykil, kenapa kita kena sibuk2 hal orang lain?
biarlah orang tu nak buat jahat pon, janji kita baik suda
betul ke?
ke aku ni saja jek buat2 cerita ni......???
 MACAM BIASA, dalam al Quran Allah ada jawab
(sweet gila Allah, kita belum tanya Dia da jawab.isk3)

"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: ""Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab apabila disoal di akhirat kelak) kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.

(7:164)

ulang balik
'sebagai pelepas tanggungjawab'

what the what?
nasihat org tu da jadi tanggungjawab kita?
lagi, Allah dah pesan dlm al Quran

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"

(66:6)

tengok, Allah cakap 'peliharalah diri kamu dan keluarga kamu'
Allah xcakap pon 'peliharalah diri kamu seorang dan yg lain tu boleh pergi mampus kat diorang nak buat apa'
Allah tu sweet kan?
Dia nak kita jaga diri kita, dan jaga diri org lain jugak
nak lagi sweet, kita tukar ayat
Allah tu suruh orang lain jaga diri diorang sendiri, dan jaga kita jugak
tapi, pernah kita kisah?
kenapa?

''ala, diorang tu siapa jek dgn kita?''

KELUARGA

''mana ada, keluarga aku, mak, ayah, adik, abang.yg lain tu bukan.eeeiii'

adik dan papa :P

betul eh?
tapi kan, Nabi ada cakap

Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangkan, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan sebahagian daripada kamu dan jadilah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.
 

Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya. 

(Riwayat Imam Muslim)

tengok, Nabi sendiri kata, yg semua orang islam adalah bersaudara
bukan aku yg cakap
maknanya, kita semua ni, bersaudara weyh *tacing skang!

we are families :))

tapi susahkan, tiba2 jek, kita ada banyak saudara
tu tanda indahnya islam
tapi still kita xdapat terima hakikat
ye lah, nama bapak lain2
mana boleh bersaudara?
dan mmg kalau xbersaudara, susahlah nak timbul perasaan 'menjaga' dlm diri masing2
fitrah kan?

contoh eh
ada seorang lelaki ni, dia ni mmg suka 'cuci mata'
suka tengok perempuan seksi *feeewwiiittt
tapi, bila adik dia sendiri pakai seksi2
dia automatik akan jadik marah dan halang adik dia pakai seksi2
kan kan?
tu lah fitrah
kita akan rasa lain dengan ahli keluarga, adik-beradik sendiri
dan, bagus x korang rasa, kalau kita ada 'perasaan' nii dekat semua orang
xkisahlah dia sapa pon

sekarang, bayang eh
nama aku ERNA FIRDZALINA BT MAZLAN
nama kawan aku pulak NUR MAISARAH BT ZULKEFLE
nama ayah lain2
secara logiknya, aku dan maisarah bukan adik beradik, kan?
 
sekarang kita tukar
aku dan maisarah dua2 muslim
sekarang nama kitorang
ERNA FIRDZALINA BT 'ISLAM'
NUR MAISARAH BT 'ISLAM'
nama ayah dah sama
so, kitorang adik beradik :))
dan automatik, akan timbul perasaan menjaga tu
bayangkan kalau semua orang islam tukar nama jadik camni
maknanya,kita semua adik beradik
dan kita semua harus ada perasaan 'menjaga' pada semua adik beradik kita
sanggup ke kita tengok adik beradik kita masuk neraka? T.T
xkan???? ^^


so, jom kita menjaga adik beradik kita
xyah segan2 da
nasihat jek, cegah jek maksiat tu
xyah takut2, ngan adik beradik jek pon
dan jadilah kakak/abang/adik yg bertanggungjawab
dan caring terhadap kehidupan adik beradik yg lain
 jangan jadik SELFISH *wink3

Rasulullah s.a.w bersabda :


"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."

(Riwayat Muslim) 


kenapa aku rasa entri kali ni susah nak paham? =.=


7 comments:

syakirah said...

like :D
bg kira, insyaAllah.,faham.
n insyaAllah, org lain yg bace fhm. simple n easy to understand. GOOD EFFORT erna. u always good in putting words nicely :)

Nina Mazlan said...

hee.ok thanx kira :))

Nur Siti ●̮̮̃• said...

assalamualaikum,
like :)
terima kasih.
artikel yg bgus.

Nina Mazlan said...

wslm :)) sama2.eh x.terima kasih ^^

Fatin Athirah Amani said...
This comment has been removed by the author.
Nur Siti ●̮̮̃• said...

Sama-sama juga .
betul..saya sgt suka bca artikel ni.:)) .. bgus kak ..^^

Nina Mazlan said...

fatin : thanx.hope mesej sampai ^^


siti : siti pun, keep up the good writings.ada jugak baca blog awak =P