Monday, January 3, 2011

followers!

suka baca blog orang lain
selalunya, blog yang suka letak gambar diri sendiri paling banyak follower
kadang2 sampai 10000
lebih lebih lagi, kalau penulis blog tu cantik
lagi seronok orang tengok
dan penulis2 blog yang banyak follower ni
makin asyik nak tayang gambar
tambah follower
kalau boleh dia nak satu dunia baca dan tengok gambar dia

apa apa pun
itu hak masing2
mungkin itu cara dia nak appreciated diri dia
appreciated anugerah kecantikan yang Allah bagi dekat dia

tapi bagi aku
semakin banyak follower blog 'mujahadah itu pahit...' ni
semakin bertambah beban aku
tanggungjawab aku akan jadik makin berat
kalau orang lain, suka kalau follower ada ramai
menandakan blog dia hot
tapi aku x
aku rasa, kalau follower makin ramai, pembaca makin ramai
bermakna, setiap patah perkataan yang aku tulis
akan memberi kesan pada diri setiap pembaca blog aku
macam mana kalau ilmu yang aku sampaikan salah?
macam mana kalau apa yang aku tulis, buat orang yang baca lagi bencikan islam?
macam mana kalau sikap aku dalam blog, tidak menggambarkan seorang muslim yang baik?
macam mana kalau tanpa sedar aku tulis benda2 yang xsepatutnya?
mashaAllah, risau

berbalik pada blog2 yang followernya ramai
blog2 yang suka tayang gambar cantik2 posing macam model
aku sangat respek sebenarnya
sebab diorang sangat berani
kalau aku jadik diorang
aku akan risau, bukan gembira
sebab?
semakin bertambah follower, semakin bertambah dosa
dalam 10000 follower tu, bukan semua orang baik
mungkin ada yang 'mempunyai perasaan jahat' terhadap pemilik blog
mungkin ada yang teringat2 dekat pemilik blog yang cantik tu sampai mendatangkan zina hati
mungkin ada yang leka dengan kecantikan pemilik2 blog sehingga sanggup membuat apa sahaja yang bertentangan dengan agama
mungkin...
ah, xsanggup nak fikir lagi

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(24 : 31)


bukan semua follower blog kita terdiri daripada golongan di atas kan? :)

ya Allah, mohon perlindunganMu


8 comments:

Ummu Safiyah said...

oo.. yeah.. go kak erna teruskan usaha anda berdakwah. ehe. btw, jadi balik ahad ke x? bapa sy kata on je. hehe

Anonymous said...

erm. sy juz nak kasi opinion je ek.
sy rasa kalau nak appreciate anugerah kecantikan yg Allah bg kat dia, bukan dgn cara menayang2 tp dgn cara mnutupnya dgn sempurna supaya tak kan mndatangkn fitnah, dosa pd mata org yg mmandang dan juga pd empunya diri.

nway, post yg bgus. juz ayat tu je.

Nina Mazlan said...

ummu : wee.yes3!hee.haa,aku xnak balik sebenarnya.tp tula.haih2.tengok dulu.sian pulak ko nk kemas chalet sorang2 :P

Nina Mazlan said...

anon : waa,pendapat yg bagus.saya pon setuju dgn cara menutup aurat dgn sempurna bg menghargai kecantikan yg Allah bg.tp saya xnak bersangka buruk dkt org2 yg mcm tu.sbb tu saya cakap 'mungkin' :P

n thanx :))

zameer.zaihan said...

errr. bjet hot! :P

Nina Mazlan said...

huh?asal lak?aku mmg hot lah.xya bajet2 :P

Amanina said...

blog aku banyak gambar tak? hahaha. aku dah cuba sedaya upaya dah ni tak letak gambar sangat

Nina Mazlan said...

amanina : haha,i mean,gambar diri sendiri,sorang2 posing menggoda.hee :P