Friday, November 19, 2010

tujuan hidup :)


kenapa kita pakai baju?
sebab kita nak tutup aurat kita, malu kalau jalan2 xpakai baju,kan?

kenapa kita pergi sekolah?
sebab mak kita hantar kita untuk belajar sampai pandai
supaya nanti besar2 boleh tolong mak

kenapa kita makan?
supaya kita xkebulur
boleh mati kalau xmakan

nampak
semua benda yg kita buat, ada tujuannya kan?
ada sebab kenapa kita buat benda tu

jadik,korang rasa,manusia ni,ye,kitala manusia,diciptakan oleh Allah,saja2 je ke?
kita ni diciptakan oleh Allah untuk buat semak bumi je ke?
kita ni diciptakan Allah untuk buat kerosakan je ke?
kita ni diciptakan Allah untuk hidup,dan kemudian mati macam tu je ke?

hey, kalau semua benda yg kecik2 yg kita buat pun ada tujuannya
xkanlah Allah cipta manusia saja2
 kannn?

tapi, tapi
ramai x yg tau apa tujuan kita diciptakan?

apa, xtau?

malu x? malu x?
bersalah kan T.T

dah la Allah cipta kita lawa2,hensem2
boleh kita xtau apa kegunaan kita?

bayang,korang cipta kerusi
bila dah siap, korang nak dudukla atas dia
dah mmg korang cipta kerusi tu utk korang duduk kan?
tapi, setiap kali korang nak duduk, kerusi tu lari
isssshhhh!
xmalu punya kerusi
dia xtau ke kita cipta dia untuk bagi kita duduk?
haaaaahh!
lama2 korang annoying, korang terus buang kerusi tu,buat kerusi lain senang

sekarang, bayang, Allah cipta kita ada tujuan tersendiri
tapi, kita sampai 19+- tahun hidup, xtahu apa tujuan kita diciptakan?
dah xtahu,comfirm2 kita xbuat tugas kita
kalau kita pencipta kerusi tu ada hak untuk buang kerusi yg xtahu malu & xbuat tugas dia tu
Allah, pencipta kita pun mesti ada hak untuk buang kita yg xtahu malu hidup saja2 kat bumi Dia ni kan?
kaannnnnn?jawab2!ishhhh.malu la tu =.=

tapi kan, tapi kan
Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang
Dia xpernah buang kita walaupun kita lupa tugas kita
walaupun kita xjalankan tanggungjawab kita
sebab apa?
sebab Allah sayaaaaaaaaanggg sangat sangat sangat kat kita
kita sayang Allah x?
ke sayang pakwe jek lebih??? *ni aku perli nih.la la la~~*


baiklah
walaupun kita xtahu apa tujuan kita diciptakan
xbermakna kita dah terlambat
jgn lepas baca post ni,malu sgt sampai pergi terjun bangunan pulak
xpasal2 jek aku kena saman kang
issssshhhh! =.=

tujuan kita diciptakan yg pasti bukan yg macam kita selalu pentingkan
belajar sampai kaya
kahwin sampai byk anak cucu
enjoy sampai mati
facebook sampai pagi
blogging sampai ..... (xnak cakap.la la la~~)

p/s : yg di potong tu masih penting ok :P


sekarang, bukakla al-Quran kita sama2
tengok ayat2 nih

2 : 30

&

51 : 56

yg 2 : 30 tu cakap yg penciptaan manusia adalah utk menjadi KHALIFAH di bumi
khalifah kot!
ingat calang2 ke?
kalau kita tengok pemimpin, ada ke masa nak buat benda2 enjoy ni
haih2

tapi kan erna
manusia ramai kot
macam mana semua nak jadik pemimpin?
kang negara serabut

hee
pemimpin xsemestinya pimpin negara jek sayang oii
diri sendiri pun kena pimpin gak
kan kan?
lagi, kawan2 pun kita kena pimpin gak
mana boleh kita jek yg masuk syurga


ayat 51 : 56 pulak cakap pasal IBADAH
camon!
ni semua org tahu kot
tapi, xsemua org buat, kan?
kenapa?
ntah.jawapan ada kat diri masing2 :)

sekarang da tau tujuan hidup
ada x Allah cakap Dia cipta kita untuk bina kelab malam untuk kayakan negara?
xde kan?
ada x Allah cakap Dia cipta kita untuk kita dating malam2, pergi jalan2 ngan pakwe/makwe masa weekend?
xde kan?
jadik,kenapa ramai manusia lebih pentingkan benda2 macam ni?

tapi, xbermakna belajar, kahwin,etc tu xperlu
bila Allah cakap Dia cipta kita untuk jadik KHALIFAH
bukan bermakna kita kena ketuk pintu ke pintu 24 jam
pastu, baca hadis

'sesungguhnya, Rasulullah bersabda...'

mau org report kita gila =.=

bila Allah cakap Dia cipta kita untuk berIBADAH
bukan bermakana kita kena 24 jam bersujud, sampai makan apa semua xnak

x, ok
belajar,etc tu ALAT
alat untuk kita jalankan tanggungjawab kita
kalau kita xbelajar,macam mana kita nak tahu ilmu, macam mana kita nak berdakwah,kan?
kalau kita xmakan, macam mana kita nak larat beribadah pada Allah, kan?

tapi, secara terang2, banyak benda2 yg sebenarnya xboleh jadik alat
manusia buat
contoh, korang pikir sendiri
kang aku cakap, korang kata aku perli =.=

kahwin, alat kan?
kalau x macam mana nak capai tangga kedua dlm maratib amal
baitul muslim?

tapi, couple tu alat jugak ke?
ada2!
tangga kesatu setengah sebelum tiba tangga kedua baitul muslim tu
ceiiit =.=



*kau, kau cakap single pun boleh zina hati,betul tu.tapi,kau xboleh deny,bila couple,zina hati tetap terjadi malah mungkin lagi teruk.jadi,jgn jadikan 'ala,single pun boleh zina hati jugak' sbgi alasan!*

*kau,jgn pandai cakap belakang jek.berapi2.depan2,baik macam malaikat.camonlah.kita dah besar kot.maturedla skit =.=*