*sebelum apa2, minta maaf atas ke'typo'an yg melampau. panjang sgt, malas nak cek dan betulkan. heh.*
JUMAAT
hari first takde apa sangat. daftar pon lambat kan. start pukul 3 camtu orang dah datang. faci dan AJK datang awal sikit. check in, then briefing after asar. LDK punya group pon diberi masa ni.
Ice Breaking
Pukul 6 camtu, start first LDK. group LDK asing lelaki perempuan. so, masalah ikhtilat mmg tak timbul. dan rasa sangat selesa. rasanya, semua program kat Malaysia kena buat macam ni. lalala~
Ice breaking buat sejam jek. sebab semuanya dah saling mengenali kan. hee. tapi, bak kata loqman, ice breaking kali ni lain dari yg lain. so, new experience jugakla. kami diberi kertas yg kena isi nama, uni, etc. tpi yg best, kami kena jugak tulis, satu benda yg kami suka ttg diri kami, dan benda yg tidak disukai. lepas tu, kena pas dekat orang sebelah, dan masing2 bacakan details orang sebelah.
lepas tu, dapat satu kertas, yg tulis klu. then, kami kena teka klu tu merujuk kepada faci yg mana. almost semua group dapat full marks. wee~
ice dipecah dgn jayanya.
TOD 1
Thought Of The Day. buat between maghrib dgn isyak. TOD 1 kami bincang pasal kejayaan, redha, tawakal, etc. dengar macam topik biasa jek an? tp special kali ni sbb faci tak lah cakap basic tawakal or redha ke mcm yg selalu kita dengar. tapi kali ni, faci byk cerita pengalaman drg dekat UK. bestlah. bila dengar, rasa macam nak fly skang gak! hee.
PERASMIAN
errr..perasmian is perasmian lah. takdela persembahan GEE ke, MR TAXI ke. biasa2 jek. then, pukul 11 dah boleh masuk bilik.
SABTU
hari yg penuh pengisian bermakna. serius. tambah dgn makanan yg tip top, 6 kali sehari, yg buat sesiapa yg pergi boleh naik berat badan sehingga beberapa kg.
Weakest Link
ni aktiviti lepas subuh. dgn hampir smeua peserta tak mandi, dan ngantuk, kami bergerak ke dewan. aktiviti macam ni mmg harus setiap kali lepas subuh untuk bg segar. haha. aktiviti ni ikut group LDK. bertandingla kira. macam beregu tu. ketua tengok apa tulis kat skrin, then kena buat gaya untuk bg ahli group teka.
tapi, bukan senang ok. orang yg berotak google spt sheikh juga tak dapat full marks.
ada 4 kategori.
1. interesting places in UK (tak logik tak logik. =.=)
2. current issues.
3. books.
4. people.
books & people ni aku tak ingat nama panjang dia. tapi books tu mcm buku tentang cinta ke, a leader who have no title ke. then orang pulak, mcm ustaz hasrizal ke. kiranya takdelah dia tanya ahli kumpulan gula-gula dan sewaktu dengannya.
lawakla time ni. paling bergaya adalah IMTIYAZ ok. dia nak cakap nama org ABDUL, dia tunjuk dinding jadik UP, then, dia tunjuk gaya makan dodol untuk jadik DUL. punyalah kreatif. -.-\
LDK
moc banyak LDK. tak ingat semua. so, tulis yg mana ingat jek. yg paling ingat, kami kena sambungkan cebisan peta dunia. then, kena warna dan labelkan bendera. haha. ada satu bendera negara mana ntah, group aku warnakan sapai jadik bendera pas. pastu yakin jek pegi angkat. -.-
Ceramah 1: Fiqh Luar Negara
yg ni sumpah best! ustaz hasrizal kot. so, korang mesti dapat imagine gaya cakap ustaz an? mmg pengisian pon mantopp. ustaz cerita banyak benda yg kami tak tahu.
mula2, ustaz cakap pasal 'futuristik thinking'. ustaz cakap, makin besar dan makin jauh kita punya matlamat hidup, makin kurang stress. tak paham bukan? -.- ok, cth, kalau aku punya matlamat hidup adalah untuk fly, so nanti results keluar, na'uzibillah, tak lepas. mesti aku akan stress sehingga memencilkan diri dan meng'deactivate' apa2 sumber yg boleh connect dgn orang.
tapi, kalau aku berfikiran jauh, matlamat hidup aku adalah syurga dan neraka, maka kalau tak lepas pon, aku akan move on. sbb benda2 dunia ni takdela efek sgt tempat di akhirat nanti. sudah paham?
then ustaz kemukakan 3 soalan sebelum fly
1. kalau ada sedara rapat kawen, adakah anda tak kisah tak dpt balik m'sia? OK LAGI NI.
2. tak dapat balik masa raya, adakah anda tak kisah? MASIH MAMPU TERSENYUM.
3. kalau parents meninggal, dan tak sempat balik. balik2 jek nampak kubur. adakah anda tak kisah? ERRR..
nampak tak? betapa besar harga yg kita kena bayar untuk fly. tapi kalau kita ada matlamat yg kukuh, benda2 atas ni takkan membuat jiwa raga terkesan.
kemudian, ustaz sentuh pasal taqwa. kisah ubay bin kaab dan umar al khattab dibawa.
last but not least, persoalan taharah, solat jamak, kahwin, dan banyak lagi.
best, sebab baru sedar islam tu sangat mudah. byk rukhsah yg Allah bagi. solat jamak, selama ni taktau pon yg boleh dibuat bila2 masa dan tanpa sebab. as in, ingat dulu masa musafir jek boleh. penerangan tentang solat jamak tnapa musafir ni mungkin boleh dirujuk di sini, sbb aku rasa sini paling samalah dgn penerangan ustaz hasrizal.
tak pon tengok vid kat ni. pegila youtube lagi video pasal ni.
then, pasal penggunaan khuf. bayangkan di dalam kesejukan yg teramat di UK, mcm mana nak amik wuduk? dan kalau dah amik wuduk pastu terbatal sbb hadas kecil, mesti macam down kan? Allah takla kejam, malah Allah tu sangatlah sweet ok! kat MOC baru tau pasal penggunaan khuf. boleh rujuk sini.
lagi, ustaz terang pasal samak. kalau kena bulu anjing nak kena samak ek tak etc. rasanya benda ni better kalau terang face to face kot. :)
tu serba sikit pasal ceramah ustaz hasrizal.
SURPRISE
hari ni jugak birthday salah seorang faci, kak wan. so, adalah kek dan nyanyian. best kot. chocolate indulgence SR tahu? wee~
Ceramah 2: Pengurusan Kewangan
basically, pasal mcm mana nak uruskan wang dgn baiklah oleh k.azila. tak nak ulas banyak sbb rasanya benda ni macam common sense kot. tapi encik iman kata 'bukan common sense, percayalah.' so, cuak skang!
Riadah: Inverted Circle
riadah = mainlah kan. takdelah pulak pernah jumpa orang riadah dgn baca buku econs. ok, nabilah karim mungkin terkecuali dlm hal ni. ngaa.
asing jugak lelaki perempuan. so, tersangatlah tak behave ok. haha. mungkin boleh google kalau nak tau macam mana main inverted circle ni. tapi, yg bestnya, sbb kita kenal semua orang, so mcm tak payahlah nak jaga hati sangat mcm orang yg baru kenal. then, acara pembulian mmg berlakulah kan. ada ke patut faci pergi lipat tudung aku bagi jadik bulat, then tangkap gambar? haish. memang terseksalah kan sbb tangan tak boleh lepas, kalau tak kalah. tapi, kalau ada semua budak ky, mesti lg best. T___T
TOD 2
between maghrib dan isyak jugak. kali ni, ikut group LDK. cakap pasal hidup bermasyarakat. best. dengar pengalaman senior2 yg solat dekat tepi jalan, etc. manners orang UK ni tersangatlah bagus bak kata faci. dan bila diceritakan kpd daddy aku, daddy aku pon mengiyakan. so, sah sah la faci tak tipu kan. hehe. daddy cakap, masa dia kerja hotel dulu, mmg manners orang UK paling bagus. sbb drg sistem beraja jugak. so, kecuakan semakin kurang malah tak sabar nak berkenal2 dgn local residents kat sana kalau dapat fly nanti. i'Allah.
Ceramah 3: Soalan Lazim Di UK
haa, kali ni ustaz Erfino yg bagi. bergaya kan namanya? spt orangnya jugak. paling best, reaksi muka ustaz, yg mmg serius sarcastic. hee. best. banyak situasi yg ustaz suruh kami group LDK fikir dan atasi. cthnya, mcm attend Christmas Party, dipelawa minum arak dan mcm2 lagi. banyakla jawapan sengal tapi logik yg keluar. hee.
AHAD
hari yg memenatkan. tapi dpt diatasi dgn makanan yg sedap. makanan lagi? *Err.. ada satay ok!!!
Musang Berjanggut
macam pernah dengar kan? haa, aktiviti untuk menghilangkan mengantuk lepas subuh. bukan setakat ngantuk subuh hari ni, subuh esok sekali. cehh.
ingat cerita P Ramlee, masa dia nak cari isteri, dia suruh mana2 perempuan asingkan bahan2 masakan yg dicampur sekali? haa, yg tu lah yg drg suruh kami buat. ada 16 barang yg dr suruh kami asingkan. ada cabai kering, serai, 2 jenis beras, bijan, bawang, bunga cengkih, bunga lawang etc. lepas tu, kami kena, label dlm bm & bi. masa ni mmg terujila kewibawaan sbgi seorang perempuan. kamonn, kalau tak kenal rempah ratus, mcm mana nak masak?
Treasure Hunt
yg ni, aktiviti paling kontroversi group aku. hee. ada 7 check point. dekat setiap check point, banyaklah aktiviti yg kena buat. then, dapat kad label A smpi H tak silap. tapi, semua group akan dapat 4 yg sama. cth, group aku dapat D, D, D, D, E, F, G, H. kitorang takde A, B, C. so, tugas seterusnya, kitorang kena negotiate dgn group lain untuk dpt A, B, C. dekat setiap check poin, akmi dapat duit jugak. so, bolehlah beli kad tu atau kalau dua2 pihak bersetuju, hanya gunakan sistem barter.
yg bestnya, group aku tak cukup lagi satu yakni kad berlabel C yg dimiliki pada group lagi satu. then, drg menawarkan harga yg kami rasa sangat tinggi. so, kami yg kedekut pon tak nak beli, dan mogok lapar. heh. punyalah senget. -.- sbb group yg tak siap takleh makan. lagipun kami harap group lg satu yg beralah sbb drg lelaki, so drg takkan tahan lapar. :P
tapi, akhirnya, yorke selaku ketua apa ntah, menyelesaikan masalah dgn tidak memberi markah negotiate kat dua2 group. hah, padan muka. nasib tak kena disqualified. tapi dasyatlah, sbb masa mogok lapar dan bertekak mulut, semua orang berkerumun. terasa mcm artis. lalala~~
Ceramah 4: Erti Kejayaan.
diberi oleh anah arwah DR LO' LO' GHAZALI. anaknya hebat seperti ibunya.
SSG
rasanya ni slot paling puas hati kot. sbb semua wakil uni datang. mcm aku, shikin, almaz, intan, kitorang didatangi oleh mando dan idzni yg mmg sponsor MARA jugak. so, mmg segala benda start dari before fly sampailah benda2 kat UK kami tanya. mmg puas hatilah. semangat nak fly semakin membara. ^^
Ceramah 5: Tujuan Hidup Muslim.
sepatutnya diberi oleh ustaz Ridha, tapi nak buat mcm mana, Allah tidak mengizinan. so diganti oleh Ustaz Mior Isfandi yg tak kurang hebatnya.
Lakonan
yg ni best. 3 group muslimin diberi situasi yg perlu drg lakonkan. mmg mantop2 lah lakonan drg. humour sgt banyak. kamonn. budak ky kot. klu tak sengal tak sah. haha. group muslimah pulak kena jadik pengkritik, dan bagi markah. situasi pulak berdasarkan apa yg ada dlm ceramah. so, makin jelaslah nampak.
AHAD
Amali Ibadah
pengalaman paling terkesan. kami berpecah ikut group, then pergi cari tempat untuk buat amali khuf dan solat dhuha di mana2. untuk pertama kalinya, aku solat tepi jalan atas rumput. lepas solat tu serius rasa nak nangis bila nampak betapa indahnya islam. :')
itu jek yg mampu tulis. sesiapa yg pergi, kalau salah tolong betulkan. sesiapa yg membaca, mohon ampun penerangan tak sehebat perasaan pergi tu.
semoga Allah rahmati semuanya.
3 comments:
ngaa tengs
bestnya ernas... story kat aku balik in details satu2.. waaaaa..... btw.. gambar sms tu curik dari aimanazlan ek?
munir: boleh2. hee. a'ah. eh tak letak credit eh? aku igt aku da letak. :P
Post a Comment