Monday, March 5, 2012

Ini Peranan Kita (IPK) - Sebuah Refleksi Diri.

Alhamdulillah, weekend dihabiskan dengan aktiviti yang Allah suka. Pergi daurah di Bangi, IPK, kesinambungan dari ISK (Ini Sejarah Kita). Walaupun dah pergi berkali-kali, still rasa disentap-sentap. Hebat tarbiyah Allah, sentiasa berjaya buat hati bergetar. T___T

Ingat lagi, di KYUEM, masa buat A Level. Mula-mula pergi ISK, terus rasa berkobar-kobar nak sampaikan islam. Lagi-lagi bila dapat IPK dengan Shahadatul Haq (SH). Tapi tak lama. Lepas tu, mulalah bagi alasan untuk skip daurah. Betullah hati kita ni sering berbolak-balik. Dan sesungguhnya, bolak-baliknya hati tu lebih laju dari air yang mendidih. Roh islam dalam diri ni cepat sangat hilang dulu. Sampaikan naqibah usrah saya pernah menangis sebab saya punya taknak pergi daurah tu. -.-

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.''

Tapi tarbiyah Allah tu indah. Dulu, mungkin saya tak hargai ilmu Allah tu sebab saya duduk dalam kalangan muslim, so tak terasa nak jadi hebat. Tapi sejak dicampak ke HELP ni, duduk dalam kalangan orang yang majoritinya beragama lain, rasa nak usrah tu memang ada dalam hati. Rasa nak jadik muslim hebat tu kembali berkobar-kobar sebab tengok betapa ramainya lagi orang yang tak paham islam. Dan IPK kali ni, memang menyuntik semangat. Hati ni rasa macam dirobek-robek, rasa macam malunyaaaa dengan Allah, rasa macam kurangnya usaha dakwah diri ni berbanding dengan orang lain, rasa macam tak layaknya nak jadik penolong agama hebat ni. Allahu.




Wahyu pertama, IQRA'. Bacalah. Tuntutlah ilmu, sebab ilmu dapat buat umat islam hebat. Tapi rata-rata umat islam malas nak membaca. Kalau tengok dalam train dekat Malaysia, apa yang orang islam buat? Tidur, atau bersembang. Sister cakap, kalau dekat overseas, dalam train jek mesti tengok orang membaca. Di mana kedudukan kita sekarang?

Teringat kata-kata Moche Dayan. Tahu Moche Dayan ni siapa? Sila google, jangan malas nak membaca! Dia  pernah cakap tentang 3 kelemahan umat islam sekarang. Salah satunya adalah MALAS. Kita malas membaca, malas segala-galanya. Pernah jugak dia ditanya, "mengapakah strategi  perang Yahudi disiarkan di dalam akhbar akhbar di Israel?" Apa jawab Moche Dayan?

"Usah dibimbangkan, kerana kalau pun golongan Arab (Islam)  membacanya, mereka tak habiskan, kalau habis pun mereka tak ingat, kalau  ingat pun, mereka tak buat, kalau buat pun mereka tak bersungguh, kalau  bersungguh pun mereka tak bersatu!"

Malu tak? Saya rasa malu sangattttt. T___T Kalau anda tak malu, anda hebat. Tapi tindakan orang islam dengan kata-kata Moche Dayan ni? Kita tunduk! Kita iakan kata-katanya. Kita malas. Teruk kan kita?

Wahyu kedua, Surah al-muddastsir. Apa Allah cakap dalam surah itu?


"Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)."

Qum Faanzir! Bangunlah! Berilah peringatan. Apa Rasulullah buat lepas tu? Rasulullah terus memulakan seruannya. Tak berlengah. Manusia sudah lama lalai. Kata Rasulullah, 'sudah berlalu masa tidurku'. Kita? Apa kita buat? Kita masih enak dibuai dengan selimut dunia. Berkali-kali membaca ayat ini, kita masih tak sedar-sedar. Masih segan nak buang selimut kita dan beri peringatan. Ya ayyuhal muddastsir! Qum Faanzir!





Bagaimana umat islam dahulu yang asalnya jahiliyah dapat berkembang maju selepas turunnya al-quran? Pernah tak kita terfikir? Kenapa kita, umat islam sekarang sedikit terkebelakang berbanding agama lain sedangkan kita juga ada al-quran?

Al-quran itu Allah turunkan untuk membentuk hati-hati manusia. Bukan untuk otak. Dalam al-quran tiada terangkan kenapa differentiate X boleh jadi 1. Rasulullah diutuskan bukan untuk mengajar akademik. Al-quran diturunkan bukan untuk orang-orang genius sahaja kerana jika al-quran diturunkan hanya untuk golongan cerdik pandai, Rasulullah sendiri tak layak untuk menyampaikan isi al-quran kerana Rasulullah tak reti membaca! Tapi bagaimana umat islam dahulu boleh menjadi hebat selepas kedatangan wahyu? Sedangkan kebanyakan mereka yang terawal memeluk islam terdiri dari golongan hamba?

Itulah hebatnya al-quran. Di dalamnya tertulis kehebatan islam. Islam tak pernah membezakan umat manusia. Siapa yang beriman, itulah yang dipandang Allah. Bukan kebijakansanaan otak, atau pangkat dan keturunan. Kerana itu umat islam boleh jadi hebat kerana penyamaan taraf semua golongan. Golongan hamba tidak lagi merasa diri mereka milik tuan mereka. Selepas kedatangan islam, diri mereka milik Allah, dan mereka sedar mereka juga boleh berjaya. Sebab itu mereka berusaha menuntut ilmu sehingga menjadi hebat. Kita bagaimana? Tak pernahkah kita merasai hebatnya diri kita sebagai umat islam?




Bangunlah! Dan berilah peringatan. Jadilah kita salah seorang penolong agama Allah. Jadilah kita salah seorang yang berusaha menegakkan kembali islam di bumi Allah ini. Setiap orang ada kelebihannya. Setiap orang ada logamnya. Jika pandai berpidato, jadilah pidato yang menyeru kepada islam. Jika pandai menulis, jadilah penulis yang menyeru kepada islam. Jika pandai melukis, jadilah pelukis yang menyeru kepada islam. Jika pandai bersukan, jadilah ahli sukan yang menyeru kepada islam. Sekecil-kecil nyamuk hinggalah sebesar-besar matahari bertasbih memuji Tuhan kita, kenapa kita yang dikatakan makhluk terbaik diciptakan Allah sombong untuk menolong agama kita?

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." [47:7] 
Jika kita sama-sama berada di jalan ini, Allah akan satukan hati-hati kita. Bukankah Allah itu suka umatnya memegang tali agamanya?

Jika kamu masih belum berada di atas jalan ini, cubalah melangkah. Walaupun jalan ini pahit, manisnya tetap ada. 


Jika kamu sedang berada di atas jalan ini, thabatlah. Dan berjanjilah kamu tidak akan meninggalkan jalan ini, kerana hanya di atas jalan ini, kita dapat berjumpa. 


Jika kamu sudah meninggalkan jalan ini kerana lelah, kembalilah. Kerana sesungguhnya, kami yang masih bertatih ini memerlukanmu.

doktor. inject. tak suka. T__T


Tuesday, February 28, 2012

La Tahzan, Innallaha Ma'ana.

Setiap kali sedih, dengar video ni. Lepas tu, mesti cool balik. Betullah kata al-quran;

'ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'





Ramai orang
tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta
dengan faktor kekayaan
walau itu boleh menjadi penyumbang
tapi itu bukan segala galanya


betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar
tidur diatas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak
atau lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang kadang dia lebih lena daripada kita


ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang kadang
dengan satu dua mata lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya


Kata Hamka,


Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat


Semua orang sangka
Kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang


belum tentu!


Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh ditahan dengan apa apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun


Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah


Jika Allah mengatur untuk kita
apa yang orang sangka tewas
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan
yang mana jalan jalan manusia tak sangka,
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


Kita tengoklah dunia ini,
Kadang kadang,
Manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia
Kadang kadang macan dia hilang segala-galanya


Berapa banyak dalam hidup kita, telah kita melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!


Ketika kita didalam keperitan,
Kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita
Dan berada kita dalam keadaan baik


Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata “Habislah aku kali ini..”


Tetapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan
Dan menikmati kurniaan kehidupan ini


Ketika kita kata
“Ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah..”
Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu
Dan kita pun lupa kadang kadang untuk bersyukur
Diatas pelbagai ranjau hidup
Yang telah Allah keluarkan kita daripadanya


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini
Satu nikmat yang besar


Kata Hamka
“Yang ada ini sudah harapan kita”


Tetapi insan,
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
Tetapi jangan lupa yang telah ada


Sebab itu
Sebahagian dari para sarjana menyebut
Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
Tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur


“Ya Allah, apa sahaja yang aku alami,
daripada nikmatMu
daripada kurniaan
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan,
bagi Engkaulah pujian,
bagi Engkaulah kesyukuran”


Subhanallah


Insan ,
Jika dia hendak menghitung nikmat Allah
Dia tak terdaya.


Ketika orang orang yang kafir itu mengeluarkan dia,
Ketika dia salah seorang daripada dua,
Dia dan Abu Bakar (Yakni Nabi dan Abu Bakar)
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya


“Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!”


:')

tahniah. semoga istiqamah.


Friday, February 17, 2012

Kerana Dia adalah GURUku. :)


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

[2:286]

Dulu masa tunggu results A Level, secara jujurnya boleh kata 80% yakin dapat results lepas untuk fly. Yelah, sebab aku sangat yakin dan percaya yang aku tak mampu nak hadapi kenyataan tak lepas fly. So, sebab Allah dah janji takkan membebani hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu, aku tanpa was-wasnya yakin yang aku akan fly. Serius.

11/8, bila saat aku dapat results, aku tersangatlah tak percaya. Benda first yang aku fikir adalah, 'kenapa aku?' Aku tersangatlah down, sampaikan aku harap yang sebenarnya semua tu mimpi. Tapi berapa kali nafi pun, aku tahu itulah kenyataan yang takkan pernah dapat aku ubah.

Ingat lagi, masa trial, Further Maths aku dapat A kot. Dan masa exam sebenar pun, aku rasa semua paper aku dapat jawab dengan tenang dan aman. Dan, aku rasa aku dah tawakal, aku dah serahkan segala keputusan pada Allah. Sampailah hari keluar results, baru aku sedar, tawakal tu hanya ada di mulut, tapi bukan di hati aku.

Aku selalu cakap, aku bertawakal pada Allah. Tapi dalam masa yang sama, aku sentiasa rasa takut kalau tak dapat fly. Aku selalu rasa cuak, sampaikan kecuakan aku menghilangkan keyakinan aku pada qada dan qadar Allah. Aku lupa, segala perancangan milik Allah. Jika Allah kata ya, flylah aku. Jika Allah kata tidak, biar semua umat manusia dekat bumi ni berkumpul dekat depan bangunan MARA untuk merayu aku dapat fly pun, aku takkan dapat fly punya. Why? Because Allah said so.

tak ni buka demo depan MARA -.-

Results aku masa A Level sangat teruk. Lebih teruk dari apa yang dapat aku bayangkan. Kalau naik 2 gred lagi, aku dah dapat fly. Kalau naik 1 gred, aku still boleh buat twinning dan sambung course aktuari. Tapi, gred aku tak cukup lagi 2, membuatkan aku terpaksa tukar course. Aku sedar, ada hikmah di situ walaupun pada awalnya aku sangat sedih tak dapat buat course Sains Aktuari.

Mula-mula merayu pada MARA untuk buat Islamic Finance, tapi MARA dengan selambernya cakap,

'Islamic finance sapa-sapa pun boleh buat. Pilihlah course professional. Accounting ke, engineering ke.'

Nasib dia tak cakap medic, kalau tak memang aku  berguling dekat situ jugak. Grrr. -.- Dan akhirnya, aku buat jugaklah Accounting & Finance. Dan aku memang dapat rasakan, Allah sedang menunjukkan aku arah yang sepatutnya aku ambil. Mungkin aktuari memang bukan untuk aku sejak azali lagi. Tapi kalau macam tu, apa guna aku masuk KYUEM, habiskan 2 tahun dekat situ dan akhirnya still tercampak dekat Malaysia buat course Accounting? Walaupun ada yang mempertikaikan 'hikmah' di sebalik benda ni, bagi aku, menjadi sebahagian dari KYUEM bukanlah sesuatu yang merugikan, malah KYUEM adalah salah satu memori terindah aku. Di situ aku ditarbiyah, di situ aku mengenal Allah. Dan mungkin ada banyak lagi hikmah aku dimasukkan ke KYUEM, walaupun tidak berakhir sebagaimana yang aku angankan.

'Allah's no is not a rejection, but a redirection'

And His plan is the best!

11/8 sampailah penghujung Disember 2011 adalah satu tempoh yang amat serabut bagi aku. Terpaksa tukar course, dan akhirnya tercampak ke HELP University di tengah-tengah bandar Damansara ni, dikelilingi dengaN manusia-manusia berbangsa lain dari aku membuat aku takut. Kadang-kadang aku rasa sangat sedih, sampaikan aku pernah terfikir, 'sampai hati Allah buat aku macam ni.' T___T

Aku adalah seorang yang penakut. Aku tak suka dikelilingi dengan orang yang speaking english 24 jam, aku tak suka makan/jalan sorang-sorang, even dekat kolej dulu, aku takkan makan kalau takde orang teman. Hehs. Kawan-kawan yang rapat dengan aku tahu itu. Aku tak pernah naik LRT, aku tak pandai dan tak hafal pun nama tempat dekat KL ni. KTM pun aku pernah naik beberapa kali saja sebab berurusan dengan MARA masa buat rayuan untuk fly dulu. Kesimpulannya, dekat HELP ni, Allah memang betul-betul uji aku dengan benda yang aku tersangatlah lemah. Selama ni aku bergantung pada kawan-kawan jek.

Sebab tu kadang-kadang, aku takut. Aku takut aku tak mampu nak hadapi semua ni. Tapi aku sedar, di dalam ketakutan aku kali ni lah, aku belajar erti sebenar tawakal. Mula-mula masuk HELP, Allah bagi Shikin sebagai teman untuk aku bergantung. Tapi tak lama, Allah ambil kembali Shikin bila Shikin pindah dari residence. Seriously, aku tak pernah keseorangan. Dan kali ini aku benar-benar rasa teruji. Tapi pelik, di saat aku keseorangan itulah aku rasa pergantungan aku pada Allah sangat kuat. Aku rasa Allah dekat sangattttt.

Aku dapat room-mate melayu tetapi tak berapa paham melayu. -.- Dia lebih prefer english. So, terpaksalah aku terkedek-kedek cakap english dengan dia hari-hari. Tanpa aku sedar, Allah tengah tolong aku. Dia tahu aku lemah english, Dia jadi guru aku, Dia bagi aku keberanian untuk cakap english. Satu hari aku jumpa ex-cikgu aku dekat KYUEM, Mr Alderson namanya. Dan dia cakap dekat aku, 'erna, your english have improved a lot'. As in, speakinglah. Sebab dulu, sepatah dia tanya, setengah patah aku jawab sebab tak reti. Haha.

Pernah jugak satu hari, aku terpaksa pergi jumpa pegawai MARA kesayangan aku, so aku terpaksa naik LRT sorang-sorang. First time. Bayangkan, dengan tak reti naik LRT nya, ditambah dengan tak biasa dengan jalan KL, aku gagahkan diri jugak. Berpandukan mesej dari Shikin, aku melangkah. Dan setiap langkah aku, memang aku baca, 'Rabbi yassir wala tu'assir'. Dan perjalanan aku smooth dan selamat. Fuhhh. Bayangkan, budak kampung yang jarang masuk KL berjaya teroka LRT segala sorang-sorang. Allah tolong kan? Sejak hari tu, aku tak kisah dah berjalan dan makan sorang-sorang. Aku heran apa. -.-

Tapi, aku dapat rasakan, di HELP, aku mula belajar erti kehidupan. Kalau dulu, dekat KYUEM, aku hanya belajar teori saja dalam usrah. Teori bertawakal, teori bergantung hanya pada Allah, teori menjaga amal. Tapi di HELP, aku terpaksa belajar praktiskan pulak. Dan aku tak pernah rasa takut lagi, kerana aku tahu, Allah sedang mengajar aku. Dia guru aku. ^^



'cuba bayang diri kita seorang cikgu. bila kita tahu anak murid kita lemah dlm tajuk integration cthnya, mesti kita bg dia byk ujian pasal tajuk tu. takkan nak bg ujian tajuk differentiation yg dia dah teror pulak kan? tp, kita bg ujian tu sbb kita nak dia gagal dan down ke, atau sbb kita sayang dia dan nak dia hebat dan berjaya? mesti sbb kita nak dia hebat dan berjaya kan? macam tu lah Allah. Allah bg kita ujian, dkt sesuatu yg kita lemah. bukan sbb Allah nak tgk kita sedih dan down, tp Allah uji kita part yg kita lemah supaya kita jadik kuat dan hebat. sbb Allah syg sgt dekat kita. kdg2, bila dah berjaya lepasi ujian tu, baru kita sedar yg sebenarnya kita boleh jek buat benda tu. sweet kan cara Allah tarbiyah hamba2Nya? ♥♥' *ambil dari FB, wall post dulu-dulu. Hihi*


Tonight, I miss Ky so much.


Monday, February 13, 2012

Belanja Fi Sabilillah JOM! ^^

'Islam tak pernah memusuhi cinta. Cinta itu fitrah. Sebab tu islam menganjurkan perkahwinan untuk merealisasikan cinta.'

'Cinta bukan berlaku pada 2 jenis manusia saja. Cinta bukan berlaku antara perempuan & lelaki saja. Cinta itu luas. Cinta dengan Allah, dengan Rasulullah, dengan ibubapa, dengan guru-guru, dengan kawan-kawan, dengan haiwan dan banyak lagi jenis makhluk yang boleh kita cintai.'

-Imam Muda Najdi & Mujahid'




Bila ditanya, 'pernah bercinta tak?' Mesti semua tersipu-sipu malu, taknak mengaku. Ingat comellah buat macam tu? Sebut jek cinta, mesti ingat cinta pada berlainan jantina. Haih. Tak berkembang otak. -.-

Baru-baru ni pergi join program anjuran JAKIM, sempena untuk mengingatkan para remaja untuk tidak menyambut Valentine. Aturan Allah, tiba-tiba ternampak poster program Raikan Cinta tu dekat FB. So, sajalah ajak budak-budak HELP ni pergi. Tak sangka, program tu sebenarnya besar jugak. Ingat macam forum kecik jek. Hihi.

Sejak tak dapat fly, dan tercampak pulak dekat kolej ala Hong Kong ni, risau jugak sebenarnya. Risau kalau tak dapat nak upgrade iman dengan hadir ke majlis ilmu. Risau kalau roh semakin tak bermaya sebab dipenuhi dengan aktiviti lagha. Risau sangattttttt. Yelah, dekat UK banyak program islam. Jeles sangat bila dengar sister cerita pasal program islam yang hebat-hebat dekat UK tu. Down bila tahu tak berpeluang nak join program dekat sana. Rasa macam direject oleh Allah sebab tak dapat belajar ilmuNya dekat sana. T___T

Tapi, kasih sayang Allah tu luas sangattttt. Walaupun tak dapat join program dekat UK, Allah ganti dengan lambakan program islam dekat Malaysia ni. Dahlah program-program tu semua sekitar KL jek. Memang senang nak pergilah kan. Tinggal nak, atau taknak jek lagi. Sweet kan Allah? Pelik jugak, dari start belajar dekat HELP tahun lepas, sampailah ke tahun ni, berderet program yang hebat-hebat dianjurkan. Sampai boleh kata, setiap bulan ada jek program. Allah.

Twins Of Faith
Program Raikan Cinta

Malu sebenarnya kalau tak pergi. Yelah, kalau shopping tu, berapa ratus ringgit habis pun tak peduli. Tapi bila sampai tang program ilmu macam ni, RM100 pun dah rasa macam sama nilai dengan emas, segan nak laburkan. Tak bolehlah macam tu ye dak?

Baru-baru ni, ada seorang kawan tanya, macam mana duit saya macam tak berkurang sedangkan saya makan agak hari-hari jugaklah. *mestilah makan hari-hari kan? -.- As in, duit saya alhamdulillah setakat ni tak pernah tak cukup. Setipa kali rasa susah, ada jek bantuan yang Allah hantar. Sedangkan elaun yang sponsor saya bagi hanya RM700, tolak duit sewa bilik RM550. So, tinggal RM150 jek untuk makan setiap bulan. Ikut logik mestilah tak cukup langsung kan? Jawapan saya, 'selalulah infak duit tu ke jalan yang Allah redha. InshaAllah, takkan rugi dan rezeki pun bertambah'. HOYEAHHH!

Kedengaran poyo kan? Hehs. Tapi itulah yang saya rasa. Sorilah, saya sangat yakin dan percaya, bantuan Allah tu ada di mana-mana esp bagi orang yang Dia redha. Alhamdulillah. So, janganlah kedekut sangat untuk belanja ke majlis-majlis ilmu kannnnnn? *muka bersinar-sinar*

Beruntung sangat sesiapa yang menghadiri majlis ilmu ni. Sepertimana yang semua orang sedia maklum, sepanjang majlis ilmu berlangsung, malaikat akan tebarkan sayapnya dari timur ke barat kan? So, ustaz Don ada cakap, sebabkan malaikat ni tebarkan sayapnya, sesiapa yang ada dalam majlis ilmu tu akan rasa tenang sangatttt. Sampai rasa nak tertidur. Haha. Betul kan? Baru saya tahu. No wonder setiap kali ceramah ke senang sangat rasa ngantuk. Cuba pergi konsert ke, pergi stadium bola ke, susah nak rasa ngantuk kan? Sebab ketenangan itu tiada. Malaikat pun segan nak turun dekat tempat orang yang berkumpul kerana aktiviti-aktiviti lagha macam tu.

Kesimpulannya, saya bukan nak promote pasal majlis ilmu ni sebenarnya. Tapi, tulis punya tulis dah jadik panjang berjela pulak. Hehs. -.- So, dekat entri lain saya tulis benda yang sepatutnya saya tulis hari ni. Ok? *dah macam buat iklan aku ni. urghhh.


semakin susah nak susun ayat supaya tak berterabur. T___T



Saturday, February 11, 2012

Kerana Al-Quran Itu Letaknya Di Hati. :)

Sebelum scroll down, sila jalani test ini dulu ye. Peringatan, test ini tidak perlu menggunakan apa-apa alat bantuan. Hihi.

First Test

Tanpa menggunakan kalkulator, sila kira,

2

+

15

*

3

-

9

+

30

=

?

Second Test

Tanpa kertas dan pen, cuba bayangkan graf  Y=X

Dapat? hihi.

Third Test

Tanpa merujuk pada mana-mana tempat rujukan, sila baca surah al-fatihah. Sampai habis ye.

Sudah buat semua test? Bagus.

Sekarang, imbas kembali, semasa korang buat first test tadi, masa korang tengah kira-kira tadi, nombor-nombor tadi berlegar-legar di mana? Mesti macam berlegar-legar dekat otak korang kan? Malah, sesiapa yang lagi hebat, mesti dapat bayangkan nombor-nombor tu atas kepala korang kan, macam tengah tengok kalkulator jek. Hihi.

Second test pulak, bila suruh bayangkan graf Y=X tu, senang jek kan? Kacang jek tu. Hek eleh, lain kali bagilah graf susah-susah sikit erna ni kan? Isk3. -.- Tapi tapi, itu bukan pointnya. Pointnya adalah, di mana korang letak graf tu masa kena suruh bayangkan tu? Mesti di depan mata korang seolah-olah tiba-tiba ada white board kan untuk korang letak graf tu? Wahh. Hebat kan? Sedia white board siap!

Sekarang, berganjak ke third test. Semua orang baca tak? Alhamdulillah. Dapat pahala free. Hee. Haa, masa korang baca surah al-fatihah tadi, ada ke sesiapa yang bayangkan ayat-ayat surah tu dekat depan mata? Ada ke yang bayangkan ayat-ayat surah al-fatihah tu ada dekat white board macam masa korang lukis graf tadi? Ada ke sesiapa yang tiba-tiba terbayangkan muka surat pertama al-quran yang ada surah al-fatihah tu? Ada ke? Kalau ada, anda special. Tapi, kebanyakan orang, termasuk saya, tak terbayangkan ayat-ayat surah tu ada depan mata masa baca. Sebab apa?

Sebab pertama, sebab kita dah hafal, dan dah terbiasa baca surah tu.

Sebab kedua, sebab al-quran tu memang Allah letakkan di hati setiap manusia.

Even kalau baca surah lain pun, susah untuk kita terbayang ayat-ayat surah tu sebijik-sebijik ada depan mata. Sweet kan Allah? Allah letakkan al-quran tu dekat tempat yang paling penting dalam diri kita. Raja kepada setiap anggota kita. Ye, al-quran tu memang letaknya di HATI. Bukan di otak. Kalau kita menghafal benda pelajaran, kita memang akan senang terbayang di otak, tapi tidak al-quran.

Tapi, kenapa kita susah nak nangis bla baca al-quran? Kenapa kita susah nak hafal al-quran? Kenapa kita susah nak amalkan apa yang ada dalam al-quran? Padahal al-quran itu letaknya di hati?

Analogi;

Ada sehelai kertas yang putih bersih, setiap hari kita conteng dengan pensil, sehingga lama-kelamaan kertas putih tu semakin hitam dan tak nampak bahagian putihnya. Kalau nak nampak balik bahagian putih kertas tu, kita kena rajinkan diri padam bekas-bekas pensil tu. Walaupun susah, lama-lama akan hilang jugak.

Begitulah hati. Hati itu hakikatnya suci bersih. Tapi kerana banyak sangat karat-karat jahiliyah yang segan kita nak buang, hati yang suci tu menjadi hitam. Hati yang hitam & penuh karat ni bak kata orang, kebal, susah nak tembus. Sebab tu al-quran tu susah kita nak rasa kehebatannya. So, untuk mensucikan kembali hati, haruslah kita bermujahdah membuang segala karat-karat jahiliah yang menghitamkan hati tu. Baca al-quran setiap hari pun mampu untuk membersihkan hati. Nanti, bila hati dah bersih, mesti ayat al-quran tu kita akan rasa rohnya bila baca.

Hebat kan Allah? Allah sayang sangat dekat kita, sebab tu Allah bagi kita simpan surat cinta Dia dekat kita di hati kita. Se'sweet' cerita Vanila Coklat pun, takkan mampu untuk lawan sweetnya Allah ni. Kan? *kenyit mata*

lagu Opick sedap-sedap <3



Tuesday, January 31, 2012

A, B, C atau D - Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Makin hari makin sibuk dengan kerja dunia. Tu lah manusia, bila kerja dunia cepat jek nak siapkan. Bila kerja akhirat tu bertangguh bukan main lama. T__T Nak tulis pun tak sempat. Nak pergi approach orang face to face apatah lagi, takde masa langsung. KONON! Orang lain ada 24 jam jugak! Kenapa orang lain sempat nak siapkan semua kerja dunia, dan sempat jugak nak berdakwah ke sana sini? Dah berapa lama tak pergi ky jumpa adik2. Ohh sgt sori ye budak bertiga. :(

Nak jadik hebat! Nak jadik hebat! Nak jadik macam sister2 yang banyak2 tu. Yang boleh drive jauh2 untuk bagi usrah dekat adik2. Nak jadik macam adik2 yang hebat2 tu. Yang boleh konsisten datang usrah setiap minggu. Haih2.

Cakap jek buat apa kan kalau tak buat? Tu lah lagi satu perangai buruk manusia. -.- Dahlah. Sila share something yang bermanfaat sikit. Ayuh membaca!

 Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D.

1. A = AWAM

Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Paham istilah 'i' (kecil) dan  'I' (besar)? Baiklah, mari kita lihat contoh seperti di bawah.

Seorang budak berkata ‘saya Jahat’. Kita lihat pada J (besar) yang mana maksudnya nama budak tersebut ‘Jahat’ tetapi tidak bermakna sikap atau perbuatan budak tersebut jahat. Seperti mana yang kita belajar dalam pelajaran Bahasa Melayu, kata nama perlu dimulakan dengan huruf besar bukan? Baiklah, sekarang seorang budak yang lain pula berkata ‘saya jahat'. Sekali lagi kita lihat pada j (kecil) yang mana maksudnya budak tersebut memang jahat sama ada dari segi perbuatan atau sikap. Tetapi nama budak tersebut tidak semestinya Jahat. Mungkin Abu, Ali, Seman dan sebagainya.

Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama. Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.

Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongan majoriti. Tamat penuh.

2. B = BIASA


Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik.  Mereka buat ibadah-ibadah wajib. Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.

Analoginya, mereka mempunyai Sim Card. Sama ada Celcom atau Maxis atau Digi. Tetapi mereka tidak mempunyai kredit. Bagi mereka, cukup ada yang basic sahaja. Ada Sim Card sudahlah. Tak perlu topup kredit.

Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai.

Golongan B ini kurang  sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.

3. C = COMMITED

Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam & biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran. Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. .Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut.

Sambungan analogi, mereka bukan sahaja mempunyai Sim Card, tetapi mereka mempunyai kredit juga. Mereka sentiasa suka topup kredit mereka. Tetapi malangnya mereka malas untuk call atau mesej orang lain. Atau bahasa manjanya, mereka ini kedekut. Mereka amat takut kredit mereka habis kalau call atau mesej org lain. Penyelesaiannya, kredit mereka ditopup sekadar untuk memuaskan hati mereka, tapi tak pernah digunakan.

Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up 'sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar. Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh. Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas.

Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE

Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain. Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan. Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?''. Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]

Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, ‘dan beruntunglah orang-orang yang asing’.

Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?

Pilihan di tangan anda.

Dan aku hanya menyampaikan.

"sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat"

this is actually a re-post. haih. re-post jela yang mampu. sekali lg failed. T___T



Tuesday, January 24, 2012

Daughter For Now, Wife For Future.

"If you want a good wife, marry someone who has been a good daughter."
[Boona Muhammed]
Ramai muslimah (termasuk diri sendiri) berangan-angan untuk mendapat suami soleh. Dan untuk mendapat suami soleh, syaratnya mestilah solehah dulu. Kan selalu orang cakap, 'Jangan cari yang soleh jek, usahalah jadi yang solehah dulu, inshaAllah nanti yang soleh jadik milikmu'. Ohh mungkin ayat aku kedengaran pelik tapi lebih kuranglah tu maksudnya. -.-
Sejak dari sekolah dulu, selalulah saling sakat satu sama lain, konon-konon nak tengok siapa dapat suami soleh nanti bila dah kahwin. Heh. Kecik-kecik dah pasang cita-cita camtu. Pastu, sejak aku masuk kolej, selalu jugak makan ramai-ramai dalam satu talam, atau panggilan manjanya 'makan talam'. Setiap kali makan talam, mesti akan keluar perkataan 'habiskan nasik dalam talam tu, nanti dapat suami soleh'. Walaupun aku tak paham apa kaitannya, tapi mestilah itu salah satu cara supaya semua orang berusaha untuk tidak meninggalkan walau sebutir nasik dalam talam. Dan selalunya berjayalah kan. Haha.
gambar ni credit pada beliau
Perempuan terutamanya, memang suka benda-benda yang sweet macam ni. Kalau dalam doa pun memang takkan terkecualilah doa untuk dapat suami soleh tu. Dan sebab nak dapat suami soleh ni, berusahalah untuk jadik sesolehah mungkin.
Ohh bercakap soal solehah, macam mana ye kita define solehah tu? Adakah solehah tu bila dia pemalu, nak bercakap pun kena tunggu bulan mengambang baru boleh dengar suaranya? Atau solehah tu bila dia jalan tunduk, sopan santun dan berbudi pekerti, serta susah untuk nampak kelibat dia di mana-mana melainkan hanya di rumah? Atau solehah tu bila dia berniqab?
Tak kisahlah macam mana pun kita define solehah tu yang pasti jadik solehah tu memang awesome. Tapi, adakah seorang perempuan itu perlu menjadi solehah hanya untuk mendapat lelaki yang soleh? Dan kenapa beria sangat perempuan ni nak jadik solehah untuk bakal suami? Sebab,
'syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami'
jeng jeng jeng
Ye betul, syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami. Woahhhh *bunga api*. Semakin berkobar-kobar semangat untuk menyiapkan diri sesolehah mungkin kan? Bagus-bagus. TAPI, syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami dengan BERSYARAT;
dan syaratnya adalah KITA DAH BERKAHWIN. Kalau belum kahwin macam mana syurga kita nak terletak bawah kaki suami kan?
So, sebelum kita kahwin, syurga kita tak syak lagi terletak di bawah kaki MAK kita. Haa. Pernah kita sedar tu? Pernah kita berusaha untuk jadik solehah untuk mak kita? Pernah kita berusaha untuk jadik anak yang baik untuk mak kita? Pernah kita berlumba siapa dapat jadik anak solehah bila dah besar nanti masa kecik-kecik dulu? Tak pernah. T__T
Aku selalu main-main dengan mama. Selalu tanya dia, 'mama, kenapa perut mama macam ni?' Sambil tunjuk perut mama yang ada bekas regangan. Mama dengan selamber akan cakap, 'kakaklah dulu sebok duduk dalam perut mama.' Haha. Aku jugak yang kena. -.- Tapi itulah kenyataannya, dulu kita semua ni pernah duduk dalam perut mak kita selama 9 bulan tahu tak? Pernah kita ucap terima kasih kat mak kita? Dahlah tak ucap terima kasih, keluar-keluar jek perut menangis pulak. TskTskTsk.
*meh nak tambah perisa.* 
Lepas tu bila dah besar, sebok nak jadik solehah untuk lelaki yang tak pernah kita jumpa. Tak pernah pun berazam nak jadik anak yang baik untuk mak ayah. Ingat! Ingat! Ingat! Sekarang ni syurga kita terletak bawah kaki mak kita lagi wahai muslimah. Dan untuk lelaki, selama-lamanya syurga anda terletak bawah kaki mak anda. Tahu?
Tak salah nak mempersiapkan diri untuk jadik isteri yang solehah, tapi apa kata kita berusaha jadik anak yang solehah dulu. Sebab bak kata Brother Boona kepada para lelaki, nak dapat isteri yang baik, carilah seorang anak yang baik kepada ibubapanya. Begitulah seharusnya seorang perempuan. Nak jadik isteri yang baik, jadilah anak yang baik kepada mak ayah kita dulu. Ok?
pegi Langkawi dgn mama & daddy <3 


Monday, January 9, 2012

HATI ibarat CAWAN

cawan yg kotor, tak bererti tidak dapat dibersihkan. hanya isi dengan air bersih sedikit demi sedikit, lama-lama ledak kotoran yang mengotorkan cawan akan keluar, dan cawan akan kembali bersih.

samalah seperti hati. hanya perlu isi hati dengan perkara-perkara akhirat sedikit demi sedikit, lama-lama ledak kotoran dunia yang mengotorkan hati akan keluar, dan hati dapat kembali bersih.

'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!'

[imam Ghazali]

kalau cawan kotor tu dah lama dibiarkan tak berbasuh, kena tonyoh pakai sabun. so, hati yg dah lama dibiarkan tak berbasuh pon, kena tonyoh jugak tau.

tonyoh bahasa betulnya apa eh?



Thursday, January 5, 2012

Say Alhamdulillah!

semakin hari umur manusia semakin bertambah. bila umur bertambah, tahap kematangan juga seharusnya semakin tinggi, serta ilmu juga semakin banyak. bila ilmu dah banyak, dan diri semakin matang, maka segala perkara2 tak matang dan kurang berilmu yg dilakukan di masa lampau sememangnya membawa perasaan malu tahap maksima bila diingat kembali.

orang selalu cakap, 'tu lah, masa buat dulu taknak fikir. sekarang, menyesal pon dah tak berguna.'

betul ke? kalau dulu kita jahat, maknanya selama-lamanya kita jahat ke? di pandangan manusia, mungkin betul. tp tidak di pandangan Allah. Allah Tuhan yg Maha Pengasih, Maha Penyayang. nak kata betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya, even kalau dikumpulkan semua kasih sayang manusia yg wujud kat muka bumi ni pon, tak boleh lawan kasih sayang Allah. mashaAllah, best kan? :')

Rasulullah SAW pernah bersabda, 'setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah.'
[H..R al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

kita selalu dengar pepatah inggeris mengatakan 'men can forgive but not forget'. disebabkan benda ni, kita selalu mengutamakan keredhaan manusia dr keredhaan Allah. padahal, keredhaan manusia tu takkan sekali-kali dapat menyelamatkan kita dr azab api neraka. Ust. Azhar Idrus tulis dalam statusnya,
'jika kamu mencari keredhaan semua manusia, kamu akan menjadi tua dalam pencarianmu itu.'
so, buat apa susahkan diri nak puaskan hati semua orang bukan?
sebenarnya, yg kat atas ni bukan pointnya. point yg sebenar yg nak aku cakap ialah, kadang2 bila tengah tunggu bas ke, sebelum tidur ke, masa tengah gosok gigi ke, mesti tiba2 terlintas balik dalam fikiran ni dosa2 lama yg dah aku buat. dan bila ingat tu tahulah kan, dengan malunya, sampai rasa macam nak cekik diri sendiri pon ada. malu dgn orang lain, malu dgn diri sendiri, dan yg paling dasyat, malu dgn Allah. T___T
kehidupan yg sosial suatu masa dulu, sikap yg tak tahu malu, perasaan kerek yg ada dalam diri, bila diingat balik memang rasa macam, 'errr. teruknya aku ni.' sampaikan, kalaulah boleh undur masa, pusing jarum jam tu jadik anti-clockwise, nak jek aku buat dan bersikap lebih sopan. takpon, kalaulah diberi peluang untuk travel masa guna mesin masa dalam almari nobita tu, nak jek aku pergi ke masa lampau dan pergi nasihat diri sendiri supaya jgn buat benda mengarut. tp, semua tu hanyalah angan2 yg merepek.
disebabkan tak boleh ubah benda2 tersebut, aku rasa takut. takut kalau dosa2 aku tak diampunkan. takut kalau disebabkan dosa2 dahulu, pintu syurga ditutup untuk aku. T___T tapi, patutkah seorang mukmin mempunyai perasaan sedemikian?
hakikatnya, org mukmin itu berada di antara 2 perasaan; takut dan harap. takut dgn dosa yg dilakukannya pada Allah yg Maha Perkasa, Maha Gagah. namun sekiranya takut itu berlebihan, ia akan menyebabkan seseorang itu berputus asa dari rahmat Allah sedangkan berputus asa dr rahmat Allah itu bukanlah sikap org2 mukmin. oleh sebab itu, wujudlah sikap yg kedua iaitu mengharap kasih serta pengampunan dr Allah yg Maha Pengampun, Maha Lembut terhadap hamba2Nya.
so, perasaan takut tu tak salah. tp janganlah berlebih-lebihan sampaikan memang comfirm dan yakin yg Allah tu taknak ampunkan. terbaca dalam satu artikel iluvislam,
'Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita? '
ya Allah, Allah tu sangatlah baik. asalkan kita bertaubat, dgn sebenar-benar taubat, Allah sudi terima kita balik. apa lagi yg kita nak kalau Allah dah sayang kita? biarlah betapa buruk tanggapan manusia terhadap kita, selagi Allah tu sayang dekat kita, itu sudah terlebih dr cukup. more than enough. setiap kali aku ingat ke'sweet'an Allah ni, perasaan malu terhadap dosa2 lama beransur-ansur hilang dan rasa nak cekik diri sendiri pon dah takde. malah aku sgt bersyukur. sebab apa? sebab Allah sudi mengizinkan aku untuk merasa hidayahnya. sebab Allah sudi tunggu aku berubah.
ALHAMDULILLAH :')
 

'tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau, dan tiada insan berdosa yg tidak mempunyai masa depan' 
ya Allah, janganlah Kau jadikan penantianku ini sia2. hanya padamu aku bertawakal.


Monday, January 2, 2012

Jahiliyah seorang dai’e.

Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq ini.

Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat, dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang dai’e yang baru mulai sedar, bahawa dia seorang dai’e!

Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu folder nya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.

Dai’e itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang dai’e!

Ada masa, dia seorang dai’e yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan – twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi. Dia lah dai’e yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah-majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.

Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. Dia dai’e yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.

Dia juga merupakan dai’e yang masih ringan menjaga ikhtilat – masih ber’sms’ dan becakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang dai’e yang sudah faham.

Ada waktu pula, dia adalah dai’e yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat ‘bergembira’ seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang dai’e, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.

Sounds familiar? Itulah hakikat seorang dai’e, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya, dai’e yang  masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya – yaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.

Wahai dai’e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?


“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(al-jatsiyah ayat 23)


Wahai dai’e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.

Masih ingatkah kamu wahai dai’e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?

  1. Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Qur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
  3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 
  6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Sedarkah kamu wahai dai’e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai dai’e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai dai’e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.


“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”
(albaqarah:42)


Wahai dai’e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggera nya.

Ayuh dai’e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu, benar-benar berjihad!


“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(attaubah:39)


Ayuh wahai dai’e, kita maju ke hadapan!

Penulis asal : Eushahida Farizza Raffar
Blog : http://eushahidaraffar.com/

tulisan yg menghentam ke lubuk hati T___T