Thursday, June 23, 2011

Pendosa Kelas Atasan


"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab Allah? Tidakkah kamu mengerti?"

(2:44)
"Wahai orang2 yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan"
(61:2-3)
mashaAllah
istigfar semuanya

sekurang2nya, mereka berbuat dosa atas sebab tidak paham
mereka tidak mengerti apa itu islam
mereka masih bertatih mahu memahami

tapi kita?
kita ke usrah setiap minggu
ke daurah selalu
kadang2 kita berjaulah, mentadabbur alam
al quran kita kata surat cinta kita
al quran kita kata petunjuk sepanjang jalan
tapi kenapa kita dan mereka tetap sama?

kalau mereka berbuat dosa kerana tidak paham
kita berbuat dosa atas alasan apa?

malah, kita sepatutnya digelar pendosa kelas atasan
kenapa?
kerana kita paham, kita tahu, tapi kita masih berani berbuat dosa spt orang2 yg kita nasihati
mana perasaan malu kita sudah hilang?
"Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yg satu diangkat nescaya terangkat pula yg satu lagi"
(H.R al-Baihaqi)

kenapa perasaan rebel ni kuat sangat? T___T


Saturday, June 18, 2011

LAST POST DI KY! :P

malam terakhir dkt KY. tak nak tidur. sbb kalau bgn esok, dah kena tinggal KY. T___T
esok awards day. malam ni nak tulis entri terakhir dkt KY. blog ni cukup umur 2 tahun. start masa aku mula2 masuk KY. nak sambung lg ke lepas ni? heh. akan dipertimbangkan.

2 tahun dekat KY, macam2 org jumpa. ada yg kenal2 macam tu jek. ada yg sgt2 rapat. macam mana pon, semua aku syg. so, kat sini, rasa teringin nak tulis wasiat terakhir utk org2 yg aku rasa patut dapat wasiat nih. heee.

MY BESTFRIENDS.

norain: 4 tahun kot dgn ain. sedih pulak nak pisah. dah la ain kat IRELAND, ena kat UK. T___T tak kira, ain kena jugak turun kent. btw, kirim slm dekat BAPA PENYAYANG. :P

intan: akan jumpa intan dkt KENT. so, tak nak cakap banyak. hee. btw, intan yg berotak kartun sgt2 byk tolong aku dlm pelajaran. thank you. i love you soooo much.

afwa: walaupun kau sarcastic, aku ttp syg kau. sebab kau aku jadik diri aku sekarang. nnt kat UK nak jalan sama tau! dan kawen jgn tak ajak aku. tp kalau dkt negeri yg jauh tu, kau kena sediakan transport tau. lalala~~

lala chan: walaupun ang pelik, aku ttp rasa ang lain dr yg lain. ang sweet, hadoi, malulah. *blushing* pesanan ikhlas dr aku, JGN OBSES DGN DIRI SENDIRI. ngaaa :D


mursyi: mursyi sgt cool. haha. akan rindu nak tgk mursyi makan. tak la sopan. tp cara makan tu ada seni *bak kata daddy aku*. thank you for everything.

ummu: dlm byk2, kau yg plg aku rindu. sumpah tak tipu. thank you jadik penasihat baju aku. thank you jadik pendengar bebelan aku. aku malas nak cakap, tp aku mmg syg kau. weee.

mas: heh. sampai sekarang, ena tak dpt beza bila mas sarcastic, bila mas serius. =.= akan rindu sifat ke'mama'an dlm diri mas. haha. kirim salam dekat mak mas, adik mas, dan Z.A :P




najwa: aku igt ayat najwa 'bodoh, bodoh' =.= jujur dan innocent jek an?cehh. waa, akan rindu najwa yg kiasu. nanti dpt jadik doktor, jgn innocent sgt!

tasya: hey pervert *lalala~~*, nt pos kat aku gambar biancaa tgkp tu. haha. tu kejayaan terbesar aku tu. bukan sng. btw, thank you cikgu bio. nt bg alamat sek, aku antar anak aku belajar bio dgn tasya.

dalila: tak de menda nak cakap. sbb dalila terlampau sopan. =.= btw, dalila BUSUUKKKK!

nabilah: waa. klu aku dpt fly, ko yg plg berjasa, tau!! thanx ajar aku. thanx selalu annoyed aku. =.= rindu nabilah yg suka bt echo.

maisarah: mai wangi yg comel, be positive always ok? i love you.

adin: thank you for everythings. good luck! ^^



 KY BEST SBB KORANG TAU?

MUSCOM

thank you untuk semua MUSCOM 10/11. seronok kerja dgn korang.



husna & mai: mintak maaf klu terasa hati masa ena tolong usrah.

wan & ck: mintak maaf klu jadik vp yg tak effisien.heeee.

hamizan: serius aku respect dgn kerja kau!

assakir & sheikh: aku rasa muscom tu best sbb ada korang. haha. sempoi~

yana: terima kasih sgt2 sellau tolong amik benda2 alah masa nak tayang video tu. syg angggg.



dan untuk yg lain2, minta maaf kalau jadik garang, direct, annoying dan sewaktu dgnnya. hee.

DIAMONDERS

thank you diamonders. seniors, juniors! semua2lah. best cheer sama2 dgn korang. makan sama2. duduk sama2. mesti rindu sangat nanti kat diamonders. T___T

dya & shairah: dya ngan shairah kiasu selalu. segan nak tegur. hee. btw, seronok picnic sama2 aritu. ^^

pikang: heh. budak ganu nih. last sem susah betul nak nampak. =.= makan nasi selalu. nt kat UK tak jumpa baru tau. haih.

harinn & azman: heh. macam mana pon, korang ttp kawan yg baik. kalau takde korang, first & second sem aku mesti tak best. *hiperbola gila an? :P*



fez: aku tak rasa kau akan baca, tp nak cakap jugak. seronok jadik anak buah kau. seronok handle house trip dgn kau. thanx2!

saara: i love youuuuuuuuu darling. the best chaletmate. thank you kejut ena pg2, thank you selalu tolong ena. waa, mesti rindu suara saara nanti T___T 

sophie: sori salah silap. heee. sophie lawa pakai tudung color selain hitam. wee.

zunni: haaa. slmt menempuh alam baru. jemput tau!

lee: aku nak cakap satu jek. jgnlah random sgt. haha.

judo, assakir: haa, kali ni, aku rasa koranglah yg bg ceria diamond nih. aku igt masa dlm bas pegi perhentian, suara korang jek yg bergelak ketawa. huu. jumpa kat BTN.



zameeQ: ok. aku malas nak cakap, tp last an. haha. aku tak boleh kalau tak mengaku yg kau aset yg agak pentinglah utk diamond. so, baik kau bg diamond mng housecup tahun dpn. dan bangsawan, gelaklah elok2 sikit. -_- and last but not least, jgn sengal sgt!

fifi: aku tak sgka budak sengal mcm fifi best student integomb. :P btw, good luck sem depan. handle juniors molek2 deh. dan, aku rasa, spec sgt sesuai utk fifi. ^^

 zack & yaya & irsyad: haa. thank you utk percutian ke perhentian yg best. wlpn stranded an? =.= handle house baik2. buli jek juniors masa bangsawan. haha. ktrg seniors diamond semua rasa, dgn adanya ketua mcm anda bertiga, diamond boleh bersinar sem depan!



dan utk semua diamonders, gonna miss you all soooo much. juniors, jgn skip untuk bangsawan. tau tau. senior girls, kata nak buat reunion? :P

JUNIORS

anah: mula2 kenal, takut nak tegur. hee. tp bila dah kenal, rasa sedih nak tinggalkan. huu. jaga kolej elok2. apa2 yg dibuat, ikhlas hati kerana Allah. kagum dgn anah. :)

KD: jaga adik2 elok2. tak sempat jumpa KD. tp k.erna sure, mesti akan jumpa lg nanti. hee. tolong anah. btw, wida' aritu hebat!

syaza: sentiasa ceriakan diri. bak kata kakak aritu,' don't sweat on the small stuff' (eh betul eh eja nih? =.=). seronok kenal syaza. good luck bangsawan. wee.

hijjaz: suka dgn kepimpinan anda. teruskan berjuang! pilih pengganti elok2.

imran: SC juga. jaga elok2. haha. teruskan berfalsafah? :P

rose, wawa, zack: house sgt penting. indahkan aktiviti2 house dgn islam. ^^

nisa':  waaa. mesti sgt rindu dgn nisa'. siapa nak cakap kelantan dgn k.erna lg? T___T

adila, amirah syazana, amira, laila, hanis, adah, waida, syamilah, qistina, prem, bean, anne, ina, alia, dan banyak lg. fuhh. tak larat nak list semua. tp semua k.erna sayanggggggg. jadik seniors yg baik next sem.

CLASSMATES

jannah: thank you for everything. nanti ena singgah herriot watt eh. hee. i love you.

almaz: jumpa dkt kent. dah. tak nak tacing byk ngan kau. geli. =.=

shikin: eh classmate ke?heh. bolehla islamic. 4 tahun sekali, nt i'Allah sama lg 3 tahun. haih. ang nih tak bosan ka dok ikut aku ja? :P



afiq anuaQ: heh. walaupun kau org kelantan yg suka perasan utara, aku still rasa kau best. congratz dpt jadik best scholar. waa, hebat! nanti ajar anak aku maths. hee. btw, aku rasa slang utara kau lg sedap dr hazeerah hashim kot. :P

hannan: benda yg plg aku i8ngat ttg kau ialah status FB. heh. teruskan bermotivasi. nt boleh jadik pengacara semanis kurma pulak!



dan semua2 classmates applied, pure, econs, acc (dulu jek), islamic, malaysian, ict, ielts. mintak maaf salah silap. seronok belajar dgnn budak2 genius mcm korang.

3 MOST IMPORTANT PERSON IN MY LIFE


hazeerah, fiza, aina (ni wasiat utk anda bertiga)



-jaga amal, jaga iman, jaga segala2nya.
-kat mana2 pon kita duduk, ingat yg Allah tu sentiasa nampak apa kita buat. malaikat sentiasa mencatat apa kita buat. so, selalu buat amal tau. hee.
-mula2 nak pegang adik2 usrah, rasa cuak sbb dapat hazee, aina, fiza. sbb rasanya korang lg hebat kot dr k.erna. T___T
-next sem kalau boleh bawaklah adik2 sitting. kalau tak mampu, gabung tau. pastikan islam terus tersebar.
-ingat, al quran tu surat cinta Allah untuk kita. selalu tadabur al quran. jgn baca jek. paham dgn hati. rasa la quran tu.
-jgn pernah ras alelah ada kat jalan tarbiyah. sbb tanpa tarbiyah, kita akan lebih lelah. ingat Allah, hati akan tenteram.
-mintak maaf k.erna tak hebat macam org lain. sekadar berkongsi, sitting sikit2 bolehlah. tp k.erna harap, kalau tak banyak pon, amiklah pelajaran dr apa yg k.erna pernah pesan tau.
-sangat2 sedih nak tinggal korang. T__T hope dpt sitting lg nanti.
-k.erna sayangggggggggggg koranggggg!!






TAIPING

norain, hanisah, shikin, taemin, munir: haha. dari taiping ke ky dgn korang, akhirnya berpisah jugak. btw, teruskan berjuang. hidup taipingggg!!




RANDOM

nak list2 sorang2 tak larat. ni pun tulis 2 hari. haha. utk semua2, esp usrahmates, kira, mariam, afwa, adila hadi, nabilah, intan, ateeqah, yaya, pikang, sgt2 seronok sharing dgn korang. akan sgt rindu dgn korang.

siapa2 nama takde dlm ni, bukan ena tak sayang, tp otak tepu tak dapat pikir dah dan tak larat nak list. hee. terasa syukur dapat kenal dgn korang. selamat berjaya. ^^














JUMPA LAGI NANTI. KALAU BUKAN DI DUNIA, INSHAALLAH DI SYURGA.

hmm. walaupun KY best, aku still rasa best life aku dkt taiping.

kalaua d ajodoh, jumpalah balik. ye dak?



Wednesday, June 15, 2011

ada apa dengan budak overseas?

"alaa, kita budak local jek.bukan mcm awak, hebat, budak overseas"

"tak naklah, seganlah nak keluar dgn kau. kau budak overseas kot"

"hebatnya kamu dapat pergi overseas. anak mak cik belajar dalam negara jek"

senario2 yg selalu saya alami
dan saya tak suka
ada apa dengan budak overseas?

pandai?
alaaa, budak local pon score jugak exam.budak overseas pon ada jugak yg failed!

hebat?
tengok orang2 yg dah berjaya, bukan semua pernah belajar overseas. ada yg sekolah pondok pon.

bangga?
pergi overseas, balik pakaian seksi kalah org omputeh. perlu ke nak bangga dgn tu?

so, apa ada dengan budak overseas sampai org nak menaiktarafkan budak2 macam ni?

nanti kat akhirat, semua orang sama
yang belajar overseas ke, yang belajar local ke, yang tak sekolah langsung ke
sama jek semua, berkumpul kat satu tempat
takdaknya Allah nak asing
ok, budak ky duduk bawah bulan, budak taylor duduk dekat dengan pelangi, haa, awak budak local kena duduk bawah matahari
ada ke Allah buat macam tu? takkan?
so, ada apa dengan budak overseas?
kenapa perlu berbangga jadik budak overseas kalau kat akhirat nanti kita semua sama?
kenapa nak rendah diri jadik budak local kalau kat ahirat nanti kita semua sama?

Allah tu sangatlah sweet. Dia tak pandang langsung pasal benda2 tu semua.
dekat dunia jek, orang dok bangga2kan sangat dengan taraf pendidikan, tempat belajar
tapi Allah, tak kisahlah orang tu merempat tepi jalan pon, kalau hati dia hanya untuk Allah, Allah akan pandang dia lebih dari pandang budak2 overseas ke, local ke yang belajar tinggi2 ni

overseas ke, local ke, kita semua sama
tak payahlah bangga sangat jadik budak overseas
dan tak payahlah nak malu sangat belajar local
dari dok bangga benda2 macam ni, baik kita pikir cara macam mana nak tarik perhatian Allah masa berkumpul ramai2 kat akhirat nanti
bayang, manusia nanti kat padang mahsyar, sangatlah ramai
lagi ramai dari kat stadium bola
lagi ramai dari kat mekah
sedihnya kalau Allah tak nampak kita kan?
penat jek belajar overseas. last2 kat akhirat Allah tak perasan kita pon.heh.

tak penting pandangan manusia, pandangan Allah yang utama
janganlah bersedih andai dipandang rendah di dunia, asalkan kita dipandang tinggi di akhirat
jangan berduka andai dibenci seluruh manusia di bumi, asalkan Allah mencintai kita

kesimpulannya, jangan pandang kedudukan taraf semua tu
dan jangan rendah diri kalau tak sehebat orang lain pon
sebab benda2 tu dunia jek
wallahualam


Monday, June 13, 2011

berkongsi dosa

'aku tak couple, aku tak sosial, aku jaga ikhtilat'

baguslah

'aku pakai tudung labuh, pakai menutup aurat, etc'

hebatnya awak!

'aku tak pernah tangkap gambar dengan lelaki'


isk3.boleh buat menantu ni. 

eh cop!

awak ada facebook

'so, apa masalah kalau ada FB?bukan dosa.'

tak salah ada FB.tp jom kita cek, apa yg awak buat dekat FB.

peah is now in a relationship with mamat
you like this

eh? macam sokong jek.

you and 100 your friends like minah's profile picture 
(gambar minah tangkap gambar peluk dgn pakwe sambil buat muka bajet comel cam garfield)

ermm.suka tu macam menggalakkan jek.

you upload 5 new photos
(gambar kawan2 yang kurang menutup aurat)

errrr..no komen.

Rasulullah SAW bersabda: Manusia itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat kelak).

(HR BUKHARI & MUSLIM)

ye betul.awak tak couple, awak jaga ikhtilat etc.tp awak tak rasa ke bila awak like kawan awak tukar relationship, awak seolah2 bagitau dia 'untungnya awak couple.bagusnya.bestnya'.kalau awak tak couple sebab awak tau couple tu macam tak bagus, kenapa awak nak galakkan kawan awak couple?awak tak sayang kawan awak ke?

ye baguslah awak tak pernah tangkap gambar pelik2 dengan lelaki, tp awak tak rasa ke bila awak like gambar kawan awak berpeluk dgn kawab dia, awak seolah2 merelakan diri awak berkongsi dosa yg dia buat tu?walaupun awak tak buat benda tu, tp indirectly awak menggalakan kawan2 awak buat benda tu.

dan sangat bagus awak menjaga aurat awak.awak pakai sopan etc.tp awak tak rasa bersalah ke bila awak dengan selambernya mengupload gambar kawan2 awak yg tak tutup aurat tu?ooo, awak pandai tapis gambar awak, tp gambar kawan2 awak, awak tak kisah pon. cuba bayang eh, ditakdirkan nanti kawan awak dgn awak terpisah. pastu, tiba2 dia dapat pulak hidayah nak tutup aurat dgn sempurna. dia delete segala gambar yg dia upload sendiri, tp gambar yg awak upload macam mana? sbb masa tu awak berdua dah terpisah. kesiannyaaaa kan?bila awak upload gambar kawan awak tu, awak seolah2 sebarkan dosa dia dekat semua orang. kawan jenis apa awak ni?

baca balik hadis dekat atas

Manusia itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat kelak).

awak like segala macam aktiviti yg dilarang dalam agama. awak tak takut ke nanti kat akhirat, awak kena teman kawan awak masuk neraka? serius  tak takut?
bukan setakat like. komen pon sama.
kawan awak upload gambar yg seksi sikit, awak pergi komen
'awwwww..hotnyaaaa'
lagi sukalah mak cik tu. tak rasa ke?
esok awak tengok berlambak2 gambar seksi lagi yg dia upload.haish.

bukan apa. takut dekat akhirat nanti, bila Allah tanya kawan awak tu kenapa upload gambar yg tak senonoh, dia pergi jawab, sebab si polan si polan ni like, so, dia ingat benda tu bagus. baru cuak awak masa tu. apa awak nak jawab?

kesimpulannya, nak like ke, komen ke, tak pe jek.
tapi, cuba cek balik, patut ke kita like dan komen benda2 yg macam ni?
yg boleh menyebabkan dosa2 terus berlaku?
allahualam

wrong time lah pulak -_-"


Friday, June 10, 2011

dah habis :)

A Level akhirnya habis
lama KOT tunggu
heee

perancangan2 nak buat lepas A level sampai fly *insyaAllah.doa!

-maza ya'ni fathi yakan-
-tafsir fil zilal  juzu' 30-
-juzu' 30 dalam otak & dalam hati-
-habis baca segala buku yg berlambak dibeli tu-

ingat nak aim habiskan al muntalaq & the sealed nectar tu
tapi hari tu mr zaidi datang, promote pulak tazkiyyatun nafs
macam best lah pulak
so, tengoklah nak baca yang mana
saya baca lambat, so nak baca semua memang tak sempat

tu baru buku
lepas tu, dah ada dah senarai cerita2 yg nak ditengok
haih. lagha lagi.

tapi, seminggu ada dekat ky ni
kena tunaikan impian dulu
benda2 yang nak dibuat dekat ky

-tolong junior buat bangsawan. senior diamond semangat kot balik awal sebab nak tolong. heh. junior, tacing skang! :P-
-picnic dekat gazebo-
-main air siram rumput dekat padang tu *apa ntah nama dia-
-ikut aktiviti2 budak diamond yang dah di list kan banyak2 tu. heh-
-panjat segala benda yang boleh panjat. oh sangat suka. hari tu dah pernah panjat chalet lala punya toilet, ikut tingkap toilet yang kecik tu.heeee-
-main net ball. waa, sejak terseliuh kaki tu, saya tak pernah dah main T___T-
-guling2 atas padang *ok, saya tau ini memang mustahil =.=-
dan banyak lagiiiiiiii

so, kalau sekarang ni orang dok menghabiskan movie
saya nak buat benda2 lain yang saya boleh buat dekat ky jek
hohoho
yela, nanti rindu pulak dekat ky tercinta ni *muntah hijau*

dan impian yg berjaya dicapai, boleh rujuk sini

ok, tu jek, adios

obses dgn quan?heh.


amaran: entri ni sarcastic. *sila bertenang*

perempuan suka lelaki, itu fitrah
samalah macam lelaki suka perempuan
perempuan kalau duduk dgn geng2 dia, mesti terkeluar jugak cerita pasal lelaki
tak kisahlah lelaki mana
kawan sekelas ke, cikgu maths ke, hero cerita korea yg dia baru tengok ke
paling koman pon, dia cerita pasal bapak dia *erkkks
lelaki pon RASANYA macam tu *entah.tak pernah jadik lelakila pulak.

sealim2 mana pon orang tu, susah untuk dia melarikan diri dari fitrah ni
nak tak nak, akan terkeluar jugak nama lelaki/perempuan dari mulut dia
tapi, ada faedah ke kita cakap pasal makhluk lain jenis dari kita ni?

ok, tipulah kalau saya cakap, saya tak pernah langsung nak cakap pasal lelaki
dulu masa belum ditarbiyah, lelaki tu tolong bukak pintu sikit, dah dapat label gentleman
lelaki tu senyum sikit, dah dapat label sweet
tengok cerita korea, hero hensem sikit, dah macam kena histeria
hero hensem tu mati, dah bengkak2 mata menangis
dan saya rasa, lepas ditarbiyah pon ada jek lg benda2 ni
cuma bila dah ter'over' tu, pandai2lah istigfar sendiri kan

lepas tu, hati ni, rasa susah sangat nak elak diri dari tertarik dengan lelaki
sebab tu lah, Allah suruh tundukkan pandangan
bila pandangan tu tak melilau, tak lah pandang yg bukan2 kan?

lagi, bila dah baik dengan mana2 lelaki ni, macam dah lupa batas2 yg patut dijaga
maksud saya, bukan batas yg obvious
batas2 yg kita tak sedar
contoh: ikhtilat
tak guna tunduk pandangan, tak guna memelihara aurat
tapi chat dengan lelaki tanpa ada hal2 penting
chat pulak sampai dua tiga pagi
mesej pon merepek jek banyak
hati ni makin susah nak dijaga tahu?

tak kisahlah lelaki tu alim mana pon
bukannya nafsu dia kurang kalau dia alim
tak kisahlah kita rasa kita boleh kontrol hati kita ni
nanti lama2 terefek jugak
saya tahulah saya rasa benda tu
kan fitrah?heh.

kadang2, sebabkan diri ni ditarbiyah, konon pahamlah benda2 ikhtilat ni
so, bila ada mesej sikit dengan lelaki, sedapkan hati sendiri
tak pon, setiap hari mesej, cuba selitkan sikit nasihat2 islam
supaya tak lah nampak lagha sangat
kalau fikir balik, apa beza kita dengan orang yg couple tu?
kita beria cakap orang couple tu zina hati lah, itulah, inilah
tapi kita pon sebenarnya buat benda2 yg orang couple tu buat
bezanya, kita cakap kita kawan jek, tak couple
bila discover balik, rupa2nya kita tak paham lagi islam tu
yg salah bukan sebab orang tu couple
yg salah tingkah laku yg dibuat masa couple tu
so, dah kita buat benda yg sama, kita pon salahlah sebenarnya

hati ni memang sgt susah nak jaga
kalau boleh, hari2 nak kena ingatkan
ulang balik segala nasihat
hati ni sepatutnya untuk Allah jek
kalau selalu sangat luang masa bermesej, berchat, bercerita pasal budak lelaki
bila hati ni nak ingat Allah?
benda susah2 kita tak boleh buat
benda senang2 macam ni lah kita kena buat dulu

bila fikir balik apa yg saya dah buat selama ni
saya rasa malu
bukan malu yg takat blushing muka tu
ni malu tahap maksima sampai rasa nak menyorok dalam tong sampah kitar semula yg hazee suka tu tahu?
trust me, perasaan2 yg ada kaitan dgn lelaki ni enak sekejap jek
nanti bila kita dah makin besar, jumpa lagi ramai orang
ditarbiyah lagi lama
kita akan menyesal dengan apa yg kita dah buat sebelum tu

sekarang ni, bila saya rasa saya nak buat benda2 kat atas tu
saya akan fikir
eh, kalau aku dah kawen nanti, suami aku tahu aku pernah mesej dengan budak ni, pernah chat pukul dua pagi dengan budak ni, pernah bercerita pasal budak ni, mesti dia jeles an?
*at least aku fikir macam ni, aku akan dapat elak diri dari buat benda2 tu*
lalalala

 tapi taubat yg sebenar2nya, bila kita tinggal dosa2 tu sebab Allah kan?
so, apa lagi?

*sebenarnya entri ni dibuat supaya saya ingat benda2 atas ni dan supaya saya tak buat dah.dan sebab saya tengah geram dekat diri sendiri.tp, kalau ada yg terasa, baguslah.heh.*

tahu entri ni ayat macam kambing.arh, tak heranlah.esok ada econs. -_-"