Friday, June 10, 2011

amaran: entri ni sarcastic. *sila bertenang*

perempuan suka lelaki, itu fitrah
samalah macam lelaki suka perempuan
perempuan kalau duduk dgn geng2 dia, mesti terkeluar jugak cerita pasal lelaki
tak kisahlah lelaki mana
kawan sekelas ke, cikgu maths ke, hero cerita korea yg dia baru tengok ke
paling koman pon, dia cerita pasal bapak dia *erkkks
lelaki pon RASANYA macam tu *entah.tak pernah jadik lelakila pulak.

sealim2 mana pon orang tu, susah untuk dia melarikan diri dari fitrah ni
nak tak nak, akan terkeluar jugak nama lelaki/perempuan dari mulut dia
tapi, ada faedah ke kita cakap pasal makhluk lain jenis dari kita ni?

ok, tipulah kalau saya cakap, saya tak pernah langsung nak cakap pasal lelaki
dulu masa belum ditarbiyah, lelaki tu tolong bukak pintu sikit, dah dapat label gentleman
lelaki tu senyum sikit, dah dapat label sweet
tengok cerita korea, hero hensem sikit, dah macam kena histeria
hero hensem tu mati, dah bengkak2 mata menangis
dan saya rasa, lepas ditarbiyah pon ada jek lg benda2 ni
cuma bila dah ter'over' tu, pandai2lah istigfar sendiri kan

lepas tu, hati ni, rasa susah sangat nak elak diri dari tertarik dengan lelaki
sebab tu lah, Allah suruh tundukkan pandangan
bila pandangan tu tak melilau, tak lah pandang yg bukan2 kan?

lagi, bila dah baik dengan mana2 lelaki ni, macam dah lupa batas2 yg patut dijaga
maksud saya, bukan batas yg obvious
batas2 yg kita tak sedar
contoh: ikhtilat
tak guna tunduk pandangan, tak guna memelihara aurat
tapi chat dengan lelaki tanpa ada hal2 penting
chat pulak sampai dua tiga pagi
mesej pon merepek jek banyak
hati ni makin susah nak dijaga tahu?

tak kisahlah lelaki tu alim mana pon
bukannya nafsu dia kurang kalau dia alim
tak kisahlah kita rasa kita boleh kontrol hati kita ni
nanti lama2 terefek jugak
saya tahulah saya rasa benda tu
kan fitrah?heh.

kadang2, sebabkan diri ni ditarbiyah, konon pahamlah benda2 ikhtilat ni
so, bila ada mesej sikit dengan lelaki, sedapkan hati sendiri
tak pon, setiap hari mesej, cuba selitkan sikit nasihat2 islam
supaya tak lah nampak lagha sangat
kalau fikir balik, apa beza kita dengan orang yg couple tu?
kita beria cakap orang couple tu zina hati lah, itulah, inilah
tapi kita pon sebenarnya buat benda2 yg orang couple tu buat
bezanya, kita cakap kita kawan jek, tak couple
bila discover balik, rupa2nya kita tak paham lagi islam tu
yg salah bukan sebab orang tu couple
yg salah tingkah laku yg dibuat masa couple tu
so, dah kita buat benda yg sama, kita pon salahlah sebenarnya

hati ni memang sgt susah nak jaga
kalau boleh, hari2 nak kena ingatkan
ulang balik segala nasihat
hati ni sepatutnya untuk Allah jek
kalau selalu sangat luang masa bermesej, berchat, bercerita pasal budak lelaki
bila hati ni nak ingat Allah?
benda susah2 kita tak boleh buat
benda senang2 macam ni lah kita kena buat dulu

bila fikir balik apa yg saya dah buat selama ni
saya rasa malu
bukan malu yg takat blushing muka tu
ni malu tahap maksima sampai rasa nak menyorok dalam tong sampah kitar semula yg hazee suka tu tahu?
trust me, perasaan2 yg ada kaitan dgn lelaki ni enak sekejap jek
nanti bila kita dah makin besar, jumpa lagi ramai orang
ditarbiyah lagi lama
kita akan menyesal dengan apa yg kita dah buat sebelum tu

sekarang ni, bila saya rasa saya nak buat benda2 kat atas tu
saya akan fikir
eh, kalau aku dah kawen nanti, suami aku tahu aku pernah mesej dengan budak ni, pernah chat pukul dua pagi dengan budak ni, pernah bercerita pasal budak ni, mesti dia jeles an?
*at least aku fikir macam ni, aku akan dapat elak diri dari buat benda2 tu*
lalalala

 tapi taubat yg sebenar2nya, bila kita tinggal dosa2 tu sebab Allah kan?
so, apa lagi?

*sebenarnya entri ni dibuat supaya saya ingat benda2 atas ni dan supaya saya tak buat dah.dan sebab saya tengah geram dekat diri sendiri.tp, kalau ada yg terasa, baguslah.heh.*

tahu entri ni ayat macam kambing.arh, tak heranlah.esok ada econs. -_-"


5 comments:

Einstein junior said...

ada ker ayat yang kata "menundukkan pandagn" atau sebenarnya "menahan pandangan?" surah an-nur 30-31..

Couple haram??kenapa haram??sebab nama dia couple?? teringat kt pompuan zina hati??betul ke zina hati tu macam tu??

tak boleh pandang perempuan??so macam semua tubuh badan wanita termasuk muka dan tapak tangan la kiranya aurat??

tak boleh becakap dgn wanita hal2 xberfaedah??cakap dengan lki boleh ker bnda2 xbrfaedah?? isunya wanita ker atau percakapan,iktilat ker atau pun cakap2 kosong tu??

jatuh cnta salah??dah jath nak buat cmner??kan ada sahabat yg dah jatuh cnta sbelum kwin??eh??apa tu cnta??kire nak kawin esok men redah jer ker??

"ramai jer yang kawin sebelum tu tak kenal mahupun tak berjumpa,bahagia jer.."

Klu ramai xbermaknanya betul??kan??ada juga yang brcnta sblum kawin bhgia??habi cmna nie?? konfius2..hehehe...sila carikn yer mklumat untuk saya.. :)

khaz untuk makcik erna..

shknhssn. said...

Proses menjaga hati paling susah sekali nak buat. :(

Nina Mazlan said...

imran: heh.apa kata kalau imran yg tolong clarifykan?nampak cara cakap macam ada byk benda nak argue tu.hee.tak perlu provok, entri ni sekadar untuk ingatkan diri sendiri supaya jaga hati.kalau imran rasa semua2 benda yg ditulis ni tak kacau hati imran, then, just do it.nak tolong betulkan pon bagus jugak. :)


shikin: mujahadah tu pahit kot. :P

Einstein junior said...

hahaha..sesaje nak men"cucuk" jer..hehe..jangan marah.. :)

tapi kalau ada orang tanya macam ni nak jawab ape eh(mencucuk)?? hm...

Nina Mazlan said...

fuhh.nak jawab, panjang tu.kena gabung semua entri2 orang lain, segala bukti2 nyata yg dapat puaskan hati semua pihak.haha.so, suruh jek dia pergi dengar majlis ilmu selalu.byk jek dibahaskan dalam majlis ilmu.tak larat nak ulang dah.heh. :P