Monday, June 13, 2011

berkongsi dosa

'aku tak couple, aku tak sosial, aku jaga ikhtilat'

baguslah

'aku pakai tudung labuh, pakai menutup aurat, etc'

hebatnya awak!

'aku tak pernah tangkap gambar dengan lelaki'


isk3.boleh buat menantu ni. 

eh cop!

awak ada facebook

'so, apa masalah kalau ada FB?bukan dosa.'

tak salah ada FB.tp jom kita cek, apa yg awak buat dekat FB.

peah is now in a relationship with mamat
you like this

eh? macam sokong jek.

you and 100 your friends like minah's profile picture 
(gambar minah tangkap gambar peluk dgn pakwe sambil buat muka bajet comel cam garfield)

ermm.suka tu macam menggalakkan jek.

you upload 5 new photos
(gambar kawan2 yang kurang menutup aurat)

errrr..no komen.

Rasulullah SAW bersabda: Manusia itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat kelak).

(HR BUKHARI & MUSLIM)

ye betul.awak tak couple, awak jaga ikhtilat etc.tp awak tak rasa ke bila awak like kawan awak tukar relationship, awak seolah2 bagitau dia 'untungnya awak couple.bagusnya.bestnya'.kalau awak tak couple sebab awak tau couple tu macam tak bagus, kenapa awak nak galakkan kawan awak couple?awak tak sayang kawan awak ke?

ye baguslah awak tak pernah tangkap gambar pelik2 dengan lelaki, tp awak tak rasa ke bila awak like gambar kawan awak berpeluk dgn kawab dia, awak seolah2 merelakan diri awak berkongsi dosa yg dia buat tu?walaupun awak tak buat benda tu, tp indirectly awak menggalakan kawan2 awak buat benda tu.

dan sangat bagus awak menjaga aurat awak.awak pakai sopan etc.tp awak tak rasa bersalah ke bila awak dengan selambernya mengupload gambar kawan2 awak yg tak tutup aurat tu?ooo, awak pandai tapis gambar awak, tp gambar kawan2 awak, awak tak kisah pon. cuba bayang eh, ditakdirkan nanti kawan awak dgn awak terpisah. pastu, tiba2 dia dapat pulak hidayah nak tutup aurat dgn sempurna. dia delete segala gambar yg dia upload sendiri, tp gambar yg awak upload macam mana? sbb masa tu awak berdua dah terpisah. kesiannyaaaa kan?bila awak upload gambar kawan awak tu, awak seolah2 sebarkan dosa dia dekat semua orang. kawan jenis apa awak ni?

baca balik hadis dekat atas

Manusia itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat kelak).

awak like segala macam aktiviti yg dilarang dalam agama. awak tak takut ke nanti kat akhirat, awak kena teman kawan awak masuk neraka? serius  tak takut?
bukan setakat like. komen pon sama.
kawan awak upload gambar yg seksi sikit, awak pergi komen
'awwwww..hotnyaaaa'
lagi sukalah mak cik tu. tak rasa ke?
esok awak tengok berlambak2 gambar seksi lagi yg dia upload.haish.

bukan apa. takut dekat akhirat nanti, bila Allah tanya kawan awak tu kenapa upload gambar yg tak senonoh, dia pergi jawab, sebab si polan si polan ni like, so, dia ingat benda tu bagus. baru cuak awak masa tu. apa awak nak jawab?

kesimpulannya, nak like ke, komen ke, tak pe jek.
tapi, cuba cek balik, patut ke kita like dan komen benda2 yg macam ni?
yg boleh menyebabkan dosa2 terus berlaku?
allahualam

wrong time lah pulak -_-"


8 comments:

yui92 said...

terkena batang hidung...selalu komen puji2 kat seorang cikgu yg slalu snap gambar xtutup aurat...huhu

tp dy cikgu aku..dan aku pun xpandai nak handle..cmna nak handle situasi ni? cikgu aku...taktutup aurat...slalu uplod gambar kat fb...ramai org like..aku tak like tp aku komen bnda baik2 la kat dy...

honestly aku xpandai handle benda2 ni =p=p

any thoghts?

Nina Mazlan said...

oh.hee.susah tu sbb cikgu.tak kan nak pegi cakap direct terus, suro cikgu tutp aurat an?hee.

sng jek.ambil cara mudah, tak paya komen langsung.sng camtu.tak pon, kalau nak komen jugak, komenlah benda2 yg takde kaitan dgn gambar.contoh, cantiknya pemandangan dekat belakang tu cikgu, kat mana tu?hehe.at least, awak da tukar topik, dan org lain pon akan turut berenti puji2 gambar dia sampai dia rasa seronok bukak aurat tu.silap hari bulan, dia akan tukar taste dia, dr tangkap gambar yg seksi2, kepada gambar2 pemandangan jek.heh. :P

Anonymous said...

bestie: bagus2 ada kesedaran ^^

Nina Mazlan said...

uih, cepatnya anda baca. :O

yui92 said...

huhu okies...akan disuahakan...nnti aku try buat cenggitu =p

Ateey said...

ouch.

hahaha.

Anonymous said...

Nice..

Lala Chan said...

your post are getting better.kipidap!