Tuesday, August 23, 2011

Kerana kita adalah HAMBA~

bila dah diuji
baru kita sedar nilai kita dekat mana

selama ni kita ingat kita dah beriman
kita rasa bila ada ujian kita boleh tak bersedih
sebab kita tahu Allah cakap orang beriman darjat dia paling tinggi

'Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman'

[3:139]

kita sangat yakin
kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita, kukuhkan kedudukan kita
kan dalam al Quran Allah sendiri yg janji?


'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'

[47:7]
  
kita yakin kita kuat
kita yakin kita dah betul2 berserah dekat Allah
 sampailah bila kita diuji
baru kita tahu, oh sebenarnya aku tak betul2 beriman lagi
sebab Allah baru bagi ujian sikit, kita dah tak kuat

kita tertanya-tanya, kenapa aku?
aku tolong agama Allah, kenapa Allah tak tolong aku?
Allah tak sayang aku ke?

kita mula pertikaikan cinta Allah
kita mula salahkan diri sendiri
kita mula jadi orang bisu, buta dan pekak
kita lupa ayat Allah dalam surah al-ankabut

'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)'

[29:2]

ohh, rupa2nya kita salah selama ni
kita ingat bila dah tolong agama Allah, Allah takkan uji
masa tu, baru kita sedar
nilai iman kita sangat tipis lagi
baru diuji dengan badai yg kecik, iman dah mula goyah


kalau nak dibanding ujian kita dengan ujian para sahabat
ujian kita ni umpama tahi gigi diorang jek
diorang tak pandang dan tak kisah pon


sedang para sahabat yg teruk diuji, tika mengadu dgn Rasulullah
Rasulullah balas dgn pertanyaan 'apa sangat ujian kamu sekarang nak banding dgn orang sebelum kamu?'
kalau Rasulullah ada sekarang, Rasulullah gelak jek dengar kita mengadu ujian kecik2 ni
tu yg kita rasa kita dah betul2 beriman?


teringat diolog dalam Ayat-ayat Cinta

' Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. sabar dan ikhlas itulah islam' 

sebab tu kena ada ujian
sebab Allah nak ajar hambaNya benda baru
sabar dan ikhlas

sebab tu kena ada ujian
sebab Allah nak kita sedar nilai iman kita dekat mana?

sebab tu kena ada ujian
supaya Allah boleh pilih, hambaNya yg mana yg betul2 layak masuk syurga?
adakah cukup sekadar mengatakan 'aku beriman' dan masuk syurga?
kalau macam tu, semua orang nak meninggal takkan baca syahadah
cukup berkata 'aku beriman' dan meninggal sebagai penghuni syurga

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
 

“Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescayalah di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau mendedahkan buku catitan amalnya.”

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Kita sentiasa layak diuji
Kerana kita adalah HAMBA




1 comment:

latifah said...

dan hamba sentiasa sedar dirinya akn kembali kepadaNya. =)