tangga teratas USTADZIYATUL 'ALAM = WORLD ORDER
siapa yg tak nak?
boleh kata semua bercita-cita nak jadikan islam sebagai world order
tapi, berapa ramai jek yg berusaha utk menuju ke arah itu
lagi ramai yg suka duduk goyang kaki tengok orang lain bersusah payah
lepas tu, bila dah berjaya dia paling kuat tepuk tangan dabik dada kata islam hebat. heh. tak malu.
agak2nya kan, macam manalah keadaannya bila tangga teratas dlm maratib amal ni berjaya dicapai?
PASAR
'Allah Akbar Allah Akbar'
azan berkumandang
*mode: pasar yg bising tiba2 senyap macam dalam gua*
semua orang sama ada peniaga, atau pembeli menamatkan urusan urus niaga mereka
semua mula bergerak ke arah yg sama
*pelik? ke mana mereka semua pergi? apa terjadi?*
rupa2nya, semua peniaga dan penjual tadi bergerak ke masjid utk berjemaah
*tapi..err...barang dagangan drg tak hilang ke tinggal macam tu jek?*
hah? tu tahun siti jadik pujaan, zaman facebook jadi gilaan, risaulah nak tinggal barang dagangan macam tu jek. sekarang, islam dah jadik sistem yg diamalkan oleh seluruh penduduk dunia. so, tak terjadi perkara2 yg merisaukan. selamat jek semua
*kagum (terkebil-kebil mata macam garfield)*
" Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu)''.
(62:9)
STESEN BAS
pengumuman bas akan delay selama sejam
*semua senyum. dalam hati kata 'peluang ni nak dapat ilmu'*
tiba2 ada seorang pak cik, berdiri tengah2 orang ramai dan bagi salam
semua orang seolah2 mengenali pak cik tersebut menjawab salam itu dan mula membuat bulatan
*eh, nak main apa drg ni?*
pak cik itu memulakan bicara dengan kalam Allah, dan perkongsian ilmu bermula
mashaAllah!
*nganga, teruja*
SUPERMARKET
kelihatan 3 orang pemuda sedang berjalan
salah seorang pemuda tiba2 mengeluh
'bosanlah. nak hiburan'
seorang pemuda yg lain jawab
'macam tu jomlah kita pergi dapatkan hiburan'
JOMMM ^^
*apa dalam fikiran anda sekarang? movie? snooker? bowling?*
'haa, nak main yg mana? yg ni al-quran challenge. kat sana ada hadith challenge.kalau nak berpeluh sikit kita main benda alah macam treasure hunt ni. best. macam2 kisah sahabat kita boleh tahu'
*senyum*
MASJID
'azan dilaungkan'
pemuda A:
eh dah azan. cepat2. nak dapat saf depan.
eh dah azan. cepat2. nak dapat saf depan.
5 minit kemudian, pemuda A dan B tiba di masjid.
pemuda B:
fuhh, ramainya orang. kalau zaman nenek moyang aku dulu, ramai orang dekat konsert jek. kat masjid jangan haraplah. lagi2 waktu subuh macam ni.
pemuda A:
tak sempat lagi nak duduk saf depan. :( kali terakhir aku duduk saf depan, 5 bulan lepas.
pemuda B:
hmm. kita kalau nak dapat saf depan, datang 5 minit sebelum azan pon belum tentu dapat. sebab ramai orang yg suka beriktikaf dekat masjid ni. yg datang qiam sini pon ramai.
pemuda A:
takpelah. esok kita datang awal.
*menangis*
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
DI MANA2 TEMPAT YG ADA MANUSIA
'assalamualaikum mak cik'
senyum
'assalamualaikum adik'
senyum
'assalamualaikum'
'assalamualaikum'
'assalamualaikum'
adik:
abang kenal ke semua orang yg abang tegur tadi?
abang:
tak. *senyum lagi*
adik juga tersenyum dan ikut memberi salam
RASULULLAH bersabda: "Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian."
:)
hebatkan bila dah dapat tangga teratas tu?
islam dipraktikkan di mana2
takde bual2 kosong, takde aktiviti2 lagha yg melalaikan hati2 manusia
seronok kan?
ni cuma gambaran saya
mungkin realtinya akan lebih hebat lagi
atau mungkin juga tidak
atau mungkin juga tidak
tapi, untungnya sesiapa yg dapat hidup dalam zaman itu kan?
lagi beruntung orang2 yg BERUSAHA untuk mendapatkan zaman itu
biar asing di dunia, jangan asing di akhirat
"Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa (dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa (dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan."
(HR. Muslim)
5 comments:
Salam. Brnarkah USTADZIYATUL 'ALAM sebegini? Nampak seperti begitu "syurga".. Dalam Alquran, Allah dah tunjukkan kewujudan kelompok manusia sepanjang zaman. Fasik, munafiq, munafiq, kafir semuanya ada.. Malah dari zaman Khulafah Arrasyidin hinggalah turki Uthmaniah pun,sentiasa berhadapan dengan masalah. Sebab itu janji Allah untuk tapis dan uji manusia..
Apepun, mungkin cerita ini untuk menaikkan semangat kita untuk berdakwah dan berusaha menaikkan Islam. Mungkin kita boleh bayangkan sedikit suasana ketika USTADZIYATUL 'ALAM seperti ini:
http://www.youtube.com/watch?v=Ylre8ooIRMk
Sayangnya, Al-Arqam sesat...
izuan: gambaran sebenar hanya Allah yg tahu. maaf kalau gambaran ni macam over. terima kasih sbb menegur. :)
dan mungkin, saya patut tambah scene2 yg mana orang munafik sebagai watak. bukan watak2 baik saja. hee.
^^
Riwayat Bukhari dari Khabbab bin A1-’Arat:
“Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah. Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk kita semua?”
Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata: “Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pernah di cakar dengan penyakar-penyakar besi hingga terpisah daging dari tulang-tulang mereka, tapi sedikit pun mereka tidak berganjak. Ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian merek. Allah akan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dan San’a ke Hadhramaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah.
sebenarnya nk mention ayat last tu, tp x syok lak quote hadis separuh jek ..
=)
best!!!!!!!
zetot: suka hadis tu. rasa mcm nak nangis jek tiap kali dengar. T___T
fifi: :)
Post a Comment