Wednesday, August 17, 2011

2:216

Allah bagi mata untuk melihat
bagi telinga untuk mendengar
bagi mulut untuk berzikir
bagi akal untuk berfikir
bagi hati untuk memahami
bagi ilmu untuk beramal
bagi kejayaan untuk bersyukur
bagi kegagalan untuk redha

semua yg Allah bagi, untuk kebaikan hambaNya

'jadi, nikmat Tuhan yg manakah yg kamu dustakan?' [ar-rahman]

Allah bagi ujian untuk kuat
bagi nikmat takut lalai

Allah bagi ujian supaya kita ingat
bagi nikmat takut kita lupa

Allah bagi ujian untuk mendidik
bagi nikmat takut kita bangga diri

Allah bagi ujian supaya kita berusaha
bagi nikmat takut kita sambil lewa

'sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yg mengubah apa yg pada diri mereka.' [13:11]

jadi, lepak suda.

dunia belum kiamat [bahasa kasar]

ada hikmahnya kat mana2 tu [bahasa lembut]

'boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.' [2:216]

daddy cakap, 'kalau kakak nak sambung cita2 kakak dulu, amik syariah, daddy ngan mama bagi'.

Allah.

stress tahap maksima. tahap nak hentuk kepala ke dinding dah ni. tp karang jadik senget pulak. tak sempat kawin. -.-


6 comments:

Norain Ishak said...

terpulanglah erna. kalau erna rasa nak ambik syariah, okey apa. [nanti boleh lah masuk rancangan tanyalah ustazah]

ain sentiasa support!!

Saya Piya said...

cikgu sek mak aku ada anak die g jordan amaek syariah law.. jordan tak mahal sgt. die minx bhgian zakat negeri sponsor.

Nina Mazlan said...

ummu & ain: tengoklah camna. tga blur ni. hari2 bukak website carik kos. haha.

btw, i know you love me. lalala~ :P

zareen_wsm said...

motivates me:)
`be strong..!!'

Anonymous said...

dunia belum kiamat? Haha

Nina Mazlan said...

sakkir? -_-