Monday, August 8, 2011

HATI, cepatlah ikhlas. T___T

saya suka blogwalking
 
macam2 blog saya pergi
 
blog yg macam diari, macam status FB, macam karangan BM

semua saya pergi

sepanjang bulan 3 sampai sekarang, lepas entri ini

saya jumpa banyak blog2 dan notes FB yg copy paste entri tersebut

dan tulis seolah-olah mereka yg cipta artikel tersebut

sejak tu, saya sedar

oh Allah, sebenarnya saya tak ikhlas lagi

:(

buktinya, saya geram bila orang ambil artikel saya dan buat macam diorang punya

padahal, sepatutnya saya gembira

sebab islam tu tersebar

sebab artikel tu berjaya sentuh hati orang lain

bukankah itu yg sepatutnya?

sentuh hati orang dgn ke'sweet'an islam, bukan dgn kehebatan diri sendiri

sejak bulan 3 saya usaha buang rasa geram, saya cuba ikhlas hati setiap kali menulis

makin lama, makin ok

hari ni saya jumpa lagi entri tu di blog orang lain

dan tipulah, kalau saya tak sentapp

tapi, saya cepat2 sedar, yg Allah tengah uji saya

nak tengok saya ikhlas ke tak

saya tahu, rugi jek kalau saya tulis tapi tak ikhlas

kalau orang berubah dan tersentuh sebab entri saya yg tak ikhlas tu

saya tak dapat bonus dari Allah

ruginyaaaa

:(

jadi, tolong doa hati saya ikhlas

saya nak rahmat dari Allah

bukan penghormatan manusia

T___T


ilmu islam tak patut ada copyright. tipu! tipu!

*hati yg comel, tak baik tau tak ikhlas, masa menulis, masa dakwah awak kena sgt ikhlas supaya nanti kita sama2 dapat reward dari Allah. ok?*

:)


4 comments:

Dzatil Awanis said...

erna! nak cakap..
kita macam ade telepati lah! baru je tadi saya bangkitkan isu ikhlas ni dalam usrah online ^_^

tapi betul sangat2 untuk ikhlas sangat susah, nak buat something purely for the sake of Allah memang susah. selalu perbaharui niat pun niat akan selalu di'perbaharui' kembali.
satu tips, banyakkan istighfar, sebab kita manusia takkan terlepas daripada dosa yang kita tak nampak, especially yang berkaitan dengan hati.

T_T

Nina Mazlan said...

wah dzatil, kita sgt sweet. :P

betul dzatil, kita igt kita dah okhlas, tp bila kena uji sikit, baru sedar sebenarnya ikhlas tu masih jauh. T___T

thanks utk tips tu. mesti hasil usrah online kan? hehe.


istigfar.

نور عزتي said...

ikhlas tu milik Allah ..

kalau nk tunggu dia dtg sndiri, erk, xtaw la pulak kita hidup berapa lama ..

kadang2, ikhlas tu perlu dipaksa ...

=)

p/s : gud luck Erna! Dzatil juga ..

=)

Nina Mazlan said...

zatot, thank you. sgt rindulah kat enti. :P

ohh kakak usrahku, bila nak ketemu. :)

dan, i'Allah, akan dipaksa.