Saturday, August 6, 2011

Reflection.

11 hb tarikh keramat utk budak2 A Level
results keluar!

makin dekat dgn 11 hb, macam2 karenah yg keluar
yg nak deactivate, yg nak menyepi, yg nak berhijrah
cuak punya pasal, macam2 perangai keluar. hee.

tengah2 dalam kecuakan tunggu results ni
tiba2 aku terfikir
kalau tak lepas ujian dunia, bolehlah nak menyorok
kalau tak lepas ujian akhirat, nak menyorok kat mana?

bayang, kalau result A Level tak elok
kita boleh deactivate FB, atau off handphone dan campak jauh2
dan boleh jugak duduk memerap bawah katil dan mogok lapar
utk yg sedikit berada mungkin boleh beli tiket kapal terbang dan pergi menyorok di Thailand atau Singapore


tapi, kalau nanti masa ramai2 berkumpul kat padang mahsyar
kalau timbangan kita tak elok dan hanya melayakkan kita ke neraka
kat mana kita nak meyorok?
kaunter tiket kapal terbang mmg komfem2 dah takde
sebab penjaga kaunter tu pon mungkin tengah cuak tunggu keputusan timbangan dia
nak menyepi dalam bilik?
nak meyorok dalam peti ais?
mmg takkan dapatlah *in your dream. heh

dan dan, apa motif menyorok, deactivate, lari dari kawan2 segala?
MALU? SEDIH?
bagus jika kita mempunyai perasaan tersebut
itu menandakan yg kita masih lagi manusia tulen yg ada perasaan
namun, bukankah lebih menarik kalau kita ada perasaan yg sama setiap kali kita gagal jalankan perintah Allah? *wink3

bayang, setiap kali kita terlepas solat sbb tertidur, adakah kita rasa macam nak meyorok, macam malu gilos dgn Allah?
atau, kita dgn selamber badaknya cakap dekat kawan sekelas
'weehhh, aku bangun lambat hari ni. subuh pon terlepas. hahaha'
adakah statement ini lawak?
heh. -.-

atau adakah hanya selepas results kita tak memberangsangkan
barulah kita nak ber'sosial' dgn Allah?
as in, putuskan segala benda yg boleh menghubungkan kita dgn kawan2
supaya kita boleh bertafakur dan bersujud pada Allah, menangis kesedihan dgn tenteram?
maknanya, jika results kita bagus, atau sebelum keluar results
hubungan sosial kita dgn Allah mmg sgt2 sikit berbanding hubungan sosial kita dgn kawan2 bukan?
jika begitu, masih tak malukah kita nak mengaku yg kita ni FULL TIME MUSLIM?
padahal sikap kita hanyalah seperti I'M MUSLIM WHEN I'M SAD. :(

terasa? makan dalam?
jangan risau
orang yg menulis ni yg paling terasa sekali
tp bukankah keindahan org muslim tu bila dia saling mengingatkan saudara2nya ^^

Allah. jadikan kami hambaMu yg bersyukur
:(


3 comments:

adilahadi said...

erna, jzkk! :)

a great reminder,indeed. :)

Afiqah Azlee said...

sekali lagi kau mengata aku terang-terangan kat blog kau. terima kasih.

Nina Mazlan said...

dila: ^^

mas: sumpah ohh. se'sarcastic' ena, mmg takleh lawan mas punya sarcastic. =.=