Wednesday, December 1, 2010

cintakah kita pada dunia?

Dunia ini LAHWUN WALA'IBUN

apa itu lahwun wala'ibun?
aku xpandai arab
tp aku tahu lah maksudnya

Dunia ini SENDA GURAU & PERMAINAN BELAKA
*kalau salah tolong betulkan*

ayat ni ada ditulis dalam al-Quran
Allah dah cakap, dunia ni, hanyalah tipu daya, perhiasan, terkutuk
tapi, kenapa ramai manusia yg sgt cintakan dunia?

"sebab dunia ini indah"

alasan yg sgt sgt sgt munasabah
kan?


fitrah manusia
suka pada keindahan, kenikmatan
tp, kadang2 keindahan & kenikmatan yg diberikan kepada manusia
buat manusia lalai, lupa

manusia benci ujian, benci kesusahan
selalu kita tengok manusia merungut sbb ditimpa ujian
selalu kita dengar manusia mengungkit ttg kesusahan yg dialami
tp, jarang kita tengok manusia memberontak sbb dpt nikmat byk sgt
padahal, ujian yg paling besar adalah ujian KENIKMATAN, bukan kesusahan

kenapa manusia cintakan dunia?
kita pulak macam mana?
cintakah kita pada dunia?

cuba kita kaji diri kita
kalau kita pergi kedai buku, POPULAR atau MPH contohnya
kita dgn senang hati jek beli buku harga RM50++ kan?
tp, kalau kita lalu kedai jual al Quran
tengok harga RM45 satu, bukan main kita sumpah tukang kedai tu

"bapak mahal dowh =.="

kita tengok pulak
dalam sehari, berapa lama jek kita duduk atas sejadah?
berbanding dgn masa kita duduk depan lap top
dalam sehari, berapa lama jek masa yg kita guna untuk belajar ilmu Allah
berbanding masa yg kita guna untuk jalan2, untuk call makwe/pakwe kita?

itu baru kira sehari punya aktiviti

sekarang, cuba kira
sepanjang kita hidup, berapa kali jek kita khatam al Quran?
malah, kalau nak ikutkan, sepanjang dekat 20 tahun kita hidup *approximate ok =.=*
sepatutnya kita dah hafal al Quran tu
tp, kita lagi senang nak hafal dialog2 cerita P Ramlee
kita lagi hafal lirik lagu Lady Gaga

tidak cintakah kita pada dunia?
sudah terkena penyakit wahankah kita?
cintakan dunia takutkan mati? :(


kita, kalau org suruh bayang kita mati esok
meremang bulu roma kita
xbersedia lagi T_T

padahal, org2 beriman kalau boleh nak tinggalkan dunia yg terkutuk ni
nak cepat2 jumpa kekasih hati pujaan jiwa raga, Allah
kita fikir kita dah betul2 beriman
tp, kita masih lalai

"belum tibakah waktunya bagi org2 yg beriman, utk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan  (kpd mereka ) dan janganlah mereka ( berlaku ) spt org2 yg telah menerima kitab sebelum itu, kemudia mereka melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras."
(57:16)

teringat tadabur ayat ni dgn sister dulu
jgn ingat, bila kita dah solat 5 waktu, kita puasa, kita dah beriman
Allah cakap dlm ayat ni, Allah tegur org2 yg beriman
kalau guna ayat mudah, Allah cakap macam ni jek

"Mana org beriman ni? Mengaku beriman. Tp masih lalai. Xkhusyuk ingat Aku. Tangguh2 pulak"

cuba tengok perkataan tangguh2 tu
dan tengok balik ayat atas

...mereka melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras."

apa maksud melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras?

kalau ikut apa yg aku belajar, maksudnya, manusia ni suka menangguh2 waktu untuk berubah sehingga melalui masa yg panjang
pernah dgr orang cakap macam ni?

"ala, aku muda lagi.nanti tua2 aku bertaubatlah" *gaya cakap macam dah tahu tarikh mati jek!*

bertangguh kan?
tunggu tua, tunggu dapat hidayah, tunggu seru
tapi drg xtahu, sbbkan 'tangguhan' tu lah, hati mereka menjadi keras
makin lama, makin malas nak berubah
makin lama makin susah
betul x?

jadik, apa perlu kita buat?
kita ni pemuda pemudi Islam
kalau kita xbangun,  macam mana nasib agama kita nanti?
jgn sebabkan dunia yg penuh tipu daya ni, kita lupakan akhirat
ingat tu!



 ya allah, jauhi kami dari penyakit wahan




No comments: