"dalam hidup ni,akan sentiasa ada tapisan2 Allah.sbb Allah nk carik org yg betul2 sanggup & ikhlas berada di jalanNya"
terngiang-ngiang nasihat seorang kakak,berulang-ulang dia mengingatkan
"kalau adik-beradik nampak mcm dah menjauh dr jalan ni,tarik dia.pujuk,jgn biarkan dia.kita sikit,jadi ukhwah antara kita kena jaga betul2"
terngiang lagi
setiap saat,setiap ketika
xpernah luput dr ingatan kata-kata nasihat tu
sekarang,dah dekat setengah tahun berlalu
setengah tahun bukan waktu yg lama
sgt singkat sebenarnya
namun,masing2 sudah berubah
ada yg semakin bersemangat berada di jalan ni,ada yg mengundurkan diri
mungkin sibuk dgn kehidupan sehari-hari
dlm hati,sentiasa berdoa agar mereka akan kembali
dalam minda,sebab2 positif cuba dicari
aku sendiri,semakin lelah berada di jalan ni
teringat semasa mula2 ditarbiyah
seorang kakak,yg kasih sayangnya melebihi kandung sendiri
mula-mula cuba mendekati,cerita kisah-kisah yg menyentuh hati
diberi ayat-ayat al Quran sebagai peneman saban hari
setelah beberapa lama,bila nampak masing2 semakin bersedia
diberi pengisian yg makin berat
'beban' ini tak boleh ditanggung sorang2,katanya
setiap orang ada tanggungjawab
tanggungjawab untuk menyampaikan,untuk mengajak
diulang-ulang ayat 2:30 dan 51:56 sebagai peringatan
diberi tadabbur sebagai bekalan
diberi hadis sebagai panduan
puas usrah di dalam
cuba dibawa usrah keluar pula
dimulakan dgn ISK
disambung dgn IPK
seterusnya SH
dan daurah-daurah lain sebagai follow up
risau kami jemu
dibawa pula kami ke rehlah
gembiranya hati melihat kami tersenyum
"semoga kami terus berada di jalan ini" doamu
saban minggu,xjemu berjumpa kami
walaupun sibuk dgn kerja,sibuk dgn periksa
"xpa.insyaAllah,Allah hantar malaikat untuk memberkati kita",katamu sebagai penyedap hati
karenah kami sabar dilayani
kadang2 kami mengelat xnak hadirkan diri
sibuklah,meetinglah,testlah
tapi,kami xpernah dimarahi
alasan2 kami dibalas dgn senyuman2 yg menyejukkan hati
tapi,kini senyuman tu tiada lagi
kami masih di sini,sedangkan senyuman itu nun jauh di negeri orang
sebelum pergi,kami dinasihati
"sampai masa untuk kamu berada di tempat kami,pegang adik2,terus bawa islam ni"
awalnya,kami buat endah x endah jek dgn nasihat diberi
tp,kini,baru kami rasai
beratnya bebanan yg dulunya kakak2 tanggung
beratnya rasa membawa islam dgn keadaan sekeliling yg xmemahami
sedihnya rasa hati bila adik2 memberi alasan yg hanya mampu kami balas dgn senyuman
sedihnya rasa melihat adik-beradik sendiri mengundurkan diri dr jalan ini
beginikah perasaan kakak2 yg dulunya xpernah kami hargai?
beginikah perasaan kakak2 yg dulunya xpernah kami hargai?
jika kami tahu beginilah rasanya,pasti dulu kami gunakan sebetulnya masa2 kita berkumpul
pasti kami hargai sejujurnya masa kita berkongsi
duduk sama2.makan satu talam,sambil mendengar nasihat kakak2
pasti akan kami freekan waktu kami semata-mata untuk mendengar kata-kata kalian yg meruntun jiwa
pasti kami tenung sepuas-puasnya muka2 kalian sebagai pengubat rindu kami kelak
tapi,semua sudah terlambat
kamu di sana,kami di sini
kamu terus berada di jalan dakwahmu di sana
yg mungkin akan jadi lebih mencabar
tapi,kami di sini
xtentu lagi berapa lama dapat terus menahankan diri
bukan sekali aku fikir nak undur diri
bukan kerana xtahan dgn jalan ini
tapi kerana perasaan 'seronok' tu tiada lagi
baru aku sedar,selama ni aku sgt bergantung dgn murabbi
pergi usrah pun sbb kesian dgn murabbi
dari jauh berbatu-batu sanggup menghadirkan diri
bukan sekali aku fikir nak undur diri
sbb aku rasa 'semangat' dakwah tu sudah hilang
semua pengisisan xlagi menyentuh hati
tapi memikirkan adik-beradik makin kurang
aku gagahkan jugak diri
hidayah itu pernah datang
hidayah itu pernah menyentuh hati aku suatu masa dulu
tp makin lama,hidayah tu makin hilang
sbb xdijaga,xdipelihara dgn rapi
hidayah itu milik Allah
kita insani harus mencari
dan bila telah dapat,ada satu lagi yg payah dilaksanakan
iaitu menjaga hidayah yg diberi
dan aku gagal dalam perkara ini
aku gagal menjaga hati aku
aku gagal,aku gagal
banyak kali aku lari dr berjumpa dgn murabbi
banyak kali aku cipta alasan agar usrah xperlu aku hadiri
dan makin lama aku makin jauh
sehinggakan bangun malam tu sgt sgt susah utk aku laksanakan
sehinggakan ayat-ayat al Quran tu tak lagi dapat membuat aku menangis terharu
hari ni,aku bukak blog seorang kakak
kakak yg dulunya mengajak dgn penuh kasih
yg sentiasa memberi nasihat
dan aku tersentuh
terkesan dgn tulisannya mengisahkan dakwahnya di negeri orang
menceritakan semua yg perlu dia harungi untuk terus berada di jalan ini
betapa dia kuat,sedangkan aku sudah mahu mengalah
wajarkah aku menghancurkan harapan orang yg telah bertungkus lumus mengajarku erti hidup?
aku harus bangkit
aku perlu rasa islam,rasa dgn hati
supaya aku xlagi ingin lari
betapa selama ini aku tersilap
aku menasihati orang agar tutup aurat,menasihati orang agar solat etc
tapi aku lupa,aku lupa ingatkan mereka agar merasai islam
dan aku lupa juga mendidik hati aku agar merasai islam
kerana apabila seseorang merasai islam
segala-gala peraturan Allah akan jadi mudah untuk dia lakukan
"islam tu perlu dirasai dgn hati,dan akhirnya akan dizahirkan dgn perbuatan"
terngiang-ngiang lagi kata2 itu
seperti dia ada di hadapanku
rindu itu datang lagi! :(
"Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!"
Pasti ramai yang menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!"
11 comments:
touching jugak kau ni erna.
habis pres,ko igt hati aku keras sgt mcm batu ke? =.=
ehhh, cena ntah, tetibe terasa kat certain part
thx btw, peringatan yg mantappp
safuan : welcome ^_^
sayangku erna, assalamualaikum.
sihat ke awk.. awk buat akak menangis dgn tulisan tgn awk yg sgt2 tulus dari hati..
pandainya awak menyentuh hati org bila awk rasa satu2 perasaan kan?
mcm tu jugaklah kita di jalan ni. kalau kita tak bentangkan hati kita utk kita ambil semua rasa, maka, rugilah kita. dan rasa itu dari hati. dan Allah banyak je cerita kalau hati yg memahami ayat2 Allah, bagaimana ciri2nya.
sungguh, iman itu ada naik dan turunnya. terkadang iman kita kurang kuat, berada di lane no 3. terkadang datangnya himmah tu, masuk lane speed forward no 1. ttp kita masih di atas jalan yg sama.
akak rindu awak erna.. sayangnye kami semua pada adik2 kami.
jangan nakal2 okay?
dgr ckp murabbi awk. murabbi awk tu sgt2 hebat. dptkanla sebanyak2 rasa dr dia okies dear?
love awk fillah
Azna dari bumi Leeds.
kak erna dah x seronok ke tarbiah adik2 batch saya?
kak azna : Alhamdulillah sihat.cuma kdg2 rasa terbawa dgn emosi.hee :P
ya Allah,rindu jugak kat kakak2 suma.betul.dah jauh ni,baru rasa nk hargai suma benda.dulu masa ada depan mata,buat xendah jek.hmmm :(
ingat nasihat kak azna tu.i'A,cuba ikut wlpn kdg2 rasa nk rebel jek.esp bila sibuk study,exam apa suma.haih2.
kak azna pon jaga diri kat sana.doa2kan kami,untung2 dpt jumpa lagi kat uk plak :P
salam sayang,ukhwah fillah abadan abada :)
fifi : eh,xcakap pon camtu.seronoklah.kawan2 batch fifi mantop mantoya semuanya.segan kitorang senior2 nak tarbiyah bdk2 yg sepatutnya tarbiyah kitorang :)
cuma,perasaan xseronok tu dtg dan pergi.bila sibuk,rasa mcm malas jek nak join apa semua.hmmm :(
kitorang pon da xlama.rasa mcm nak bagi apa yg kami belajar semua kata adik2.tp,bila pikir balik,ilmu kami pon xbyk.dan kami xkuat mcm kakak2 kami dulu.serius,klu fifi jumpa senior2 kitorang tahun lepas,mmg mantop gila ^^.sbb tu bila drg xde,rasa terasa sgt.
semoga batch korang akan jadi batch yg megah jugak bawak islam ni.i'a :)
as-salam kak erna. hmm luahan kak erna ni sgt mendalam dan terkesan. terima kasih banyak2 kak erna sebab selama ni akak & akak2 yg lain buat banyak benda, usrah smua tuh semata-mata nak bagi kami rasa indahnya Islam tuh sebenarnya.. Bersyukur sgt2 sebab dapat senior macam nih! (:
Saya percaya & yakin sudah bnyk hati yg tersentuh dgn kerja dakwah yg akak2 da buat...Teruskan perjuangan ye k.erna! ^^
aur.tebing : hmm.wawa eh?hehe.i'Allah,adik2 pon byk bagi smgt kat kami sebenarnya.klu xkerana adik2 yg berusaha jugak dengar ape kitorg merepek,mesti kitorg da give up da.
syukur jugak sbb dapat adik2 mcm wawa & lain2 :)
semoga perjuangan ni disambung oleh adik2 nanti ^^
ha'ah (:
Post a Comment