Monday, August 8, 2011

'aku mahu jadi jiran kalian di syurga'

kes 1

"eh awak. lama tak jumpa. rindunyaaaaaa"

''a'ahlaaahhh. sejak keluar kolej, mana pernah jumpa ohh. Alhamdulillah, jumpa dekat tempat ni"

"eh korang ni ex-KY kannn? igt saya tak? alaaa, house of diamond jugak dulu"

"ingatttttt sgt! rindu rindu!"

kalau jumpa kawan lama dekat mana2, teruja sampai rasa macam nak guling2 atas lantai

jumpa dekat alam maya sekalipun, keterujaan jejak kasih tu melambung-lambung

kes 2

"kakak, jom makan. dah siap masak ni"

"kakak dah makan tadi dgn opah. takpelah, kakak teman mama & daddy makan"

:)

hari-hari boleh tengok mama & daddy makan, sambil sembang2

perasaan yg sangat sangat akan dirindui bila berjauhan nanti

 gaya makan, riak muka, senyuman, gelak tawa

semuanya membuat hati kecil seorang anak ini tenteram

kes 3

'acu, tangkap gambar cepattttt! dah posing ni. hehe'

'mana aci, aku ja yg tangkap. aku nak masuk jugak!'

'ok2, kita suruh mat saleh tu lah tangkap. macam hensem jek *apa kaitan?'

'ok, 1 2 3, say cheese. say keju. say whatever you want to say'

posing posing posing

habit yg tak dapat nak tinggal

dengan kawan ke, dengan famili ke

perasaan gelak bersama sambil buat gaya bajet kiut tu sangat seronok

hehe *gelak comel

kes 4

'dah lama tak jumpa. jom usrah minggu ni adik2'

'jom. tapi akak kena belanja ais krim. heee'

'haha. apa2 je lah untuk awak'

'hari ni kita tadabur surah ke 81. catat ye, nanti senang nak rujuk'

setiap kali sharing

hati berdegup kencang

rasa cuak kalau2 kalam Allah tak dapat disampaikan dgn baik

tapi, bila tengok muka adik2 yg fokus dan comel, heh, rasa semangat berkobar-kobar

dan bila usrah itu tiada lagi, hati rasa sangat sunyi

bagai ada sesuatu yg hilang

:(


rasa rindu, sayang, cinta
susah nak hilang
kalau boleh, selama2nya nak kekalkan keadaan yg gembira ni

*selak al quran*

kemudian apabila tiba qiamat yg gegak gempita
pada hari itu, setiap org lari dari saudaranya
dari ibu bapanya
dari isteri dan anak2nya
pada hari itu, setiap org sibuk dgn diri masing2

(80:33-37)

gelak tawa kebahagian ketenteraman yg dikecapi sama2 kat dunia

takkan dingati langsung masa tiba hari akhirat

masa tu, mama & daddy yg selalu ditemani waktu makannya tidak dihirau lagi

masa tu, famili yg selalu sama2 buat aktiviti tidak dipeduli lagi

masa tu, kawan2, adik2 usrah pon takkan dapat kita ingat lagi

:(

*selak al quran*

sesungguhnya org2 yg taat itu ditempatkan dalam syurga yg penuh nikmat
dan sesungguhnya org2 yg menderhaka itu ditempatkan di dlm neraka yg bernyala-nyala
mereka akan memasukinya pada hari balasan
dan mereka tidak akan dapat keluar darinya
tahukan engkau pakah hari balasan itu?
sekali lagi tahukan engkau apakah hari balasan itu?
pada hari itu, TIADA SEORANG pon yg berkuasa memberi sesuatu pertolongan kepada org lain. segala urusan terserah kepada Allah.

(82:13-19)

sentappp!

sebaik-baik mana pon kita dgn seseorang, serapat-rapat mana pon dan sesayang-sayang mana pon kita dgn orang tu

still, tak dapat bantu dia atau lebih sedih lagi, dia takkan dapat bantu kita di akhirat nanti

ungkapan 'biarlah. kubur lain2' dari manusia2 yg apabila diberi nasihat sangatlah benar sebenar-benarnya

hanya amalan, bekalan kita di dunia yg dapat membantu ketika di akhirat nanti

kakak usrah tidak akan dapat selamatkan adik2 usrahnya

seorang kekasih tidak akan dapat selamatkan kekasihnya

seorang anak tidak akan dapat selamatkan ibubapa yg dicintainya

segala2nya bergantung pada Allah

Allah

Allah

kuasa besar yg sering kita abaikan

:(

mama, daddy, famili, sahabat, semuanya
tinta ini kutitipkan
kerana rasa kasih dan cinta yg mendalam terhadap kalian

semalam aku bermimpi
kita sama2 di syurga
alangkah indah jika ia menjadi realiti

seorang sister pernah berkata
'dekat syurga nanti, semuanya ada. dalam al quran dah cakap apa yg ada kan? selain tu, kita jugak boleh mintak dan dapat apa2 saja yg kita nak sangat di dunia. nak game? nak terjun sungai? nak main? semua ada. sebab tu dekat dunia, kita jangan kejar sgt benda2 macam tu. banyakkan amalan, tebus di syurga'

Allah

kalaulah aku diberi pilihan
hanya satu yg aku minta

'aku mahu jadi jiran kalian di syurga'

T___T


8 comments:

Norain Ishak said...

nice one kak ernaa!

insyaAllah,, ain nak jadi neighbour erna jugakk,, tapi banyak benda kena betulkan pasal diri sendiri skang ni,, :(

Dzatil Awanis said...

T__T takut takut takut
semoga semua amalan kita diterima-Nya ameeen.

nice sharing erna! :)
*first time comment gagaga~*

Nina Mazlan said...

norain: errr..ye adik. -.- eh klu jadik jiran mesti lg byk mutual fren. haha. :P

jom berusaha rain!


dzatil: wah, maju! komen2! :D

i'Allah, ameen.

terima kasih. (:

Anonymous said...

Harap harap lah kalau ada syurga dan neraka. Konsep 'allah' dalam islam zahirnya nampak menyakinkan tapi apabila mendalami, konsep tersebut seolah olah menyamakanNya dgn sesuatu. Penyataan2 dan perkataan2 yang berasal dari cerita beratus ratus generasi dahulu..semestinya bukan fakta apabila disampaikan dari satu generasi ke seterusnya. Inilah hasil agama2 yg wujud..menyemai rasa takut dalam diri seseorang semata mata utk kepentingan sendiri/organisasi. Ketakutan itu sangat ganas dan kuat. Psikologi membuktikan bahawa dgn ketakutan seseorang itu mudah dipengaruhi..gunakan akal, kerana itulah anugerah yang tidak ternilai harganya, akal wujud dgn sebab (:

Nina Mazlan said...

...dan Allah yg beri akal tersebut.

:)

Anonymous said...

...dan konsep "allah" itu diperkenalkan oleh manusia (;

Nina Mazlan said...

saya suka awak. sbb awak komen dgn tenang.terima kasih.

:)

tapi, saya masih dgn pegangan saya.

Allah is everything for me.

but still, nice to meet you.

(:

Nina Mazlan said...

oh btw, islam teach us not to fear Allah, but to love Him.


:)