Sunday, November 28, 2010

VS

masa sekolah rendah dulu
ada belajar pasal perkataan berlawan?
boleh kata, semua benda ada lawannya kan?

malam VS siang
lapar VS kenyang
tidur VS jaga
ada VS tiada
pendek VS tinggi

dalam islam pun, ada lawan bagi setiap perkataan

pahala VS dosa
halal VS haram
syurga VS neraka

tapi, pernah fikir, apa lawan bagi IBADAH?

kalau ikut apa yg sister usrah aku bagitahu

ibadah VS maksiat

apa maksudnya?

baik, sekarang fikir
kalau syurga VS neraka
maksudnya, kalau kita xmasuk syurga, kita akan masuk neraka, betul?

macam mana pulak dgn makanan?
kalau halal VS haram
maksudnya, kalau makanan yg kita makan tu bukan halal, automatik makanan tu haram, setuju?

jadi, bak kata sister, kalau benda yg kita buat tu bukanlah ibadah, secara logiknya, benda tu adalah maksiat
haaaaaahhhhh! =S

contoh : kita keluar rumah, tanpa niat beribadah kepada Allah. boleh jadi, perbuatan kita keluar rumah tu adalah satu perbuatan maksiat.

kalaulah betul maksiat adalah lawan kepada ibadah
cuba bayangkan, sepanjang berapa lama kita hidup kat bumi Allah ni
ntah dah berapa banyak maksiat yg kita buat
sedih x. sedih x?
aku down kot T.T

pernah dgr org cakap, segala2 yg kita buat, hendaklah kita niatkan kerana Allah
supaya benda yg kita buat tu, akan jadi ibadah
tp, manusia kan mudah lupa
selalu jek kita buat sesuatu, xniat kerana Allah

macam mana nak niat?
niat, dalam hati sudah
bukan ada lafaz2 yg perlu kita hafal, kan?
xsusah pun, betul x?

tapi, tapi
aku xcakap yg semua benda yg kita buat tp xniat sbb Allah tu maksiat
itu hanyalah perkongsian pendapat sister jek
sbb kalau nak difikirkan balik
ada jek benda yg ada banyak lawannya
hee *ayat cam org nepal da nih =.=*

contoh : walupun pahala VS dosa, tp ada jek benda yg kita buat, pahala kita xdapat, dosa pun kita xdapat.kan??

samalah macam benda yg kita buat tu
mungkin betul ibadah VS maksiat
tp, xkan semua benda yg kita LUPA nak niat kerana Allah tu akan jadik maksiat
kecuali, kalau benda tu betul2 boleh dikategorikan sbgi maksiat
tapi, mungkin jugak, pendapat sister ni boleh dijadikan panduan dan peringatan buat kita
agar semua benda yg kita buat lepas ni, kita xlupa nak niatkan kerana Allah :))

p/s : aku rasa entri kali ni, mesejnya pending sikit. sbb berapa kali aku edit pun, still nampak xjelas maksud yg cuba aku sampaikan.huuuu T.T

da lama xmenulis, aku da xreti :(


Monday, November 22, 2010

mulut ke mulut ~_~

kat kedai mak temah

manusia A : tensionnya.budak tu,malam2 selalu calling2.aku xdapat tido.

manusia B : dia call sapa?

manusia A : call kawan dia kot.hmmmm,,,

kat kelas

manusia B : eh,tau x,manusia A cakap,budak tu,malam2 selalu call kawan2 dia.dah la laki pulak tu.

manusia C : ye eh,manusia A cakap camtu?isk3~~

kat toilet before tido, berus gigi sama2

manusia C : eh,tau x,manusia B cakap,manusia A gitau dia,yg budak tu player.malam2,call kawan2 laki dia.

manusia D : huh?xsangka eh budak tu macam tu.muka jek baik.

kat kantin esok paginya

manusia D : eh,nak tau x,semalam manusia C gitau aku,yg manusia B gitau dia,manusia A cakap yg budak tu nak permainkan lelaki W tu.bukan suka betul2 pun.dia ada byk spare-part kot!

cerita tamat

kalau nak buat cerita,pikir byk kali dulu
dahla last2,manusia A yg mula2 niatnya nak mengadu tension tu yg kena
selalunya,cerita mulut ke mulut ni, banyak unsur tambahan
hiperbola jek lebih!

yg manusia B,C,D tu pun
gatal nak bawak mulut asal?
kalau semua org perangai macam kau orang
xsampai seminggu
satu malaysia dapat cerita lain2 versi
fitnah pun tersebar, TAHU?

*aku x kisah kau nak cakap aku apa, kalau aku betul2 salah,maaf.tp,kalau semua tu fitnah semata,silakan jawab dgn Allah nanti.jgn carik aku da!*

aku marah nih



Friday, November 19, 2010

tujuan hidup :)


kenapa kita pakai baju?
sebab kita nak tutup aurat kita, malu kalau jalan2 xpakai baju,kan?

kenapa kita pergi sekolah?
sebab mak kita hantar kita untuk belajar sampai pandai
supaya nanti besar2 boleh tolong mak

kenapa kita makan?
supaya kita xkebulur
boleh mati kalau xmakan

nampak
semua benda yg kita buat, ada tujuannya kan?
ada sebab kenapa kita buat benda tu

jadik,korang rasa,manusia ni,ye,kitala manusia,diciptakan oleh Allah,saja2 je ke?
kita ni diciptakan oleh Allah untuk buat semak bumi je ke?
kita ni diciptakan Allah untuk buat kerosakan je ke?
kita ni diciptakan Allah untuk hidup,dan kemudian mati macam tu je ke?

hey, kalau semua benda yg kecik2 yg kita buat pun ada tujuannya
xkanlah Allah cipta manusia saja2
 kannn?

tapi, tapi
ramai x yg tau apa tujuan kita diciptakan?

apa, xtau?

malu x? malu x?
bersalah kan T.T

dah la Allah cipta kita lawa2,hensem2
boleh kita xtau apa kegunaan kita?

bayang,korang cipta kerusi
bila dah siap, korang nak dudukla atas dia
dah mmg korang cipta kerusi tu utk korang duduk kan?
tapi, setiap kali korang nak duduk, kerusi tu lari
isssshhhh!
xmalu punya kerusi
dia xtau ke kita cipta dia untuk bagi kita duduk?
haaaaahh!
lama2 korang annoying, korang terus buang kerusi tu,buat kerusi lain senang

sekarang, bayang, Allah cipta kita ada tujuan tersendiri
tapi, kita sampai 19+- tahun hidup, xtahu apa tujuan kita diciptakan?
dah xtahu,comfirm2 kita xbuat tugas kita
kalau kita pencipta kerusi tu ada hak untuk buang kerusi yg xtahu malu & xbuat tugas dia tu
Allah, pencipta kita pun mesti ada hak untuk buang kita yg xtahu malu hidup saja2 kat bumi Dia ni kan?
kaannnnnn?jawab2!ishhhh.malu la tu =.=

tapi kan, tapi kan
Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang
Dia xpernah buang kita walaupun kita lupa tugas kita
walaupun kita xjalankan tanggungjawab kita
sebab apa?
sebab Allah sayaaaaaaaaanggg sangat sangat sangat kat kita
kita sayang Allah x?
ke sayang pakwe jek lebih??? *ni aku perli nih.la la la~~*


baiklah
walaupun kita xtahu apa tujuan kita diciptakan
xbermakna kita dah terlambat
jgn lepas baca post ni,malu sgt sampai pergi terjun bangunan pulak
xpasal2 jek aku kena saman kang
issssshhhh! =.=

tujuan kita diciptakan yg pasti bukan yg macam kita selalu pentingkan
belajar sampai kaya
kahwin sampai byk anak cucu
enjoy sampai mati
facebook sampai pagi
blogging sampai ..... (xnak cakap.la la la~~)

p/s : yg di potong tu masih penting ok :P


sekarang, bukakla al-Quran kita sama2
tengok ayat2 nih

2 : 30

&

51 : 56

yg 2 : 30 tu cakap yg penciptaan manusia adalah utk menjadi KHALIFAH di bumi
khalifah kot!
ingat calang2 ke?
kalau kita tengok pemimpin, ada ke masa nak buat benda2 enjoy ni
haih2

tapi kan erna
manusia ramai kot
macam mana semua nak jadik pemimpin?
kang negara serabut

hee
pemimpin xsemestinya pimpin negara jek sayang oii
diri sendiri pun kena pimpin gak
kan kan?
lagi, kawan2 pun kita kena pimpin gak
mana boleh kita jek yg masuk syurga


ayat 51 : 56 pulak cakap pasal IBADAH
camon!
ni semua org tahu kot
tapi, xsemua org buat, kan?
kenapa?
ntah.jawapan ada kat diri masing2 :)

sekarang da tau tujuan hidup
ada x Allah cakap Dia cipta kita untuk bina kelab malam untuk kayakan negara?
xde kan?
ada x Allah cakap Dia cipta kita untuk kita dating malam2, pergi jalan2 ngan pakwe/makwe masa weekend?
xde kan?
jadik,kenapa ramai manusia lebih pentingkan benda2 macam ni?

tapi, xbermakna belajar, kahwin,etc tu xperlu
bila Allah cakap Dia cipta kita untuk jadik KHALIFAH
bukan bermakna kita kena ketuk pintu ke pintu 24 jam
pastu, baca hadis

'sesungguhnya, Rasulullah bersabda...'

mau org report kita gila =.=

bila Allah cakap Dia cipta kita untuk berIBADAH
bukan bermakana kita kena 24 jam bersujud, sampai makan apa semua xnak

x, ok
belajar,etc tu ALAT
alat untuk kita jalankan tanggungjawab kita
kalau kita xbelajar,macam mana kita nak tahu ilmu, macam mana kita nak berdakwah,kan?
kalau kita xmakan, macam mana kita nak larat beribadah pada Allah, kan?

tapi, secara terang2, banyak benda2 yg sebenarnya xboleh jadik alat
manusia buat
contoh, korang pikir sendiri
kang aku cakap, korang kata aku perli =.=

kahwin, alat kan?
kalau x macam mana nak capai tangga kedua dlm maratib amal
baitul muslim?

tapi, couple tu alat jugak ke?
ada2!
tangga kesatu setengah sebelum tiba tangga kedua baitul muslim tu
ceiiit =.=



*kau, kau cakap single pun boleh zina hati,betul tu.tapi,kau xboleh deny,bila couple,zina hati tetap terjadi malah mungkin lagi teruk.jadi,jgn jadikan 'ala,single pun boleh zina hati jugak' sbgi alasan!*

*kau,jgn pandai cakap belakang jek.berapi2.depan2,baik macam malaikat.camonlah.kita dah besar kot.maturedla skit =.=*



Thursday, November 18, 2010

mesej ini sgt penting~!

amaran kepada manusia
sekarang, bumi telah melahirkan ramai makhluk bernama STALKER
jadi, pastikan maklumat2 penting korang terjaga rapi
kang,sia2 jek hidup =.=

*stalk orang pun agak2 arh.aku pun stalker gak,tp xla sampai nak gosip orang sesuka hati*

kalau x betul, boleh jadik fitnah tahu
baik kau bunuh jek orang yg kau gosip tu
dussssssssshhhhh!

*jgn menilai atau buat assumption berdasarkan apa yg kau nampak jek.kadang2,apa yg kau nampak,xsama dgn apa yg sebenarnya terbuku di hati*

xpasal2 nama baik orang yg kau stalk boleh tercemar
sbb assumption & penilaian mengarut kau tu

contoh : aku sembang dgn LELAKI A di cafe, maka aku couple ngan dia *mereng*

contoh 2 : aku like status LELAKI B di FB, aku suka LELAKI B.huh?apakah?? (-_-') *kalau aku like 10 status, maknanya aku suka 10 lelakila?bapak gatal aku*

jgn main2 ngan aku
aku garang kot =.=

*aku xkan kacau kau,kalau kau xkacau aku,ok*

tapi, kalau stalk orang, amik pengajaran cam ummu chaletmate kesayangan aku, dibenarkan :P


Monday, November 15, 2010

jagalah Allah =)

'sayang,jomlah jumpa selalu'
si gadis berambut curly cakap manja2 ngan pakwe dia yg macam muka Gu Jun Pyo

'ala,susahlah.abg kerja kat london,sayang kerja kat paris,jauh kot!'
si kembar Gu Jun Pyo membalas *dalam hati cuak.buang tebiat ape makwe aku ni nak suruh aku ulg alik london-paris.ingat aku kerja pres amerika ape?*

'habis?rindulah~~' *geli dowh.tolonglah =.=*

'xpe,sayang call lah abg bila rindu, terkenangmu sayang ku rasa sayu, eh, ternyanyi pulak.hehe'

'hehe.lawaklah abg nih' *dussshhh.kena penampar kat bahu.sakit kot.walaupun tgn kau kecik,ceit!*

'sayang call abg.sehari, 50 kali, ok?'

'ok,abg punya pasal.5 minit sekali pun sayang sanggup'

~tamat~

amboi2,sanggup kau call 5 minit sekali
hp tu gantung kat leher ke?isk3
SAYANG punya pasal kan

sebelum apa2, jom kita imbas kembali peristiwa yg i'Allah semua org tahu
peristiwa israk mikraj
turunnya perintah sembahyang dari Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w

tahu x mula2 Allah suruh kita solat berapa kali sehari?
50 kali tahu?
sama dgn bilangan kita nak call pakwe kita *ops,aku xde pakwe ok*

tapi, Nabi merayu kurangkan, sbb tahu kita xkan mampu
sayangnya Nabi kat kita kan?
kita sayang dia x?
malang sungguh jika x!

kurang, kurang, dan kurang
last2 tinggal 5 jek lagi
kalau kurangkan call ngan pakwe dari 50 ke 5 jek, kita sanggup?
mahu kita jadi sewel sebentar, pandang hp tu lama2 macamlah hp tu hensem sgt =.=

tapi, bila dah tinggal 5 ni
masih ramai yg lengah2kan, xkurang jugak yg tinggal terus
padahal, 5 waktu ni, Allah bagi peluang nak jumpa Dia
kita pulak yg jual mahal
malu x?
kita HAMBA jual mahal kat ALLAH tuan kita
kalau zaman2 P Ramlee, free2 jek kita 'kena jual'
isk3



kita nak call, nak jumpa pakwe 50 kali sehari sbb sayang
tp nak jumpa Allah, dahla xsampai 10 minit pun, susah sgt
banyak jek alasan
xsayang ke kita kat Allah?
padahal, antara Allah dan pakwe kita, mana lagi yg selalu bagi kita nikmat, kebahagiaan?
kalau ada yg jawab pakwe jugak, mmg nak kena kejar ngan aku =.=

Allah dah bagi 24 jam sehari
boleh kata, xsampai sejam pun kalau kita tambah masa kita solat 5 waktu tu
xsampai sejam, untuk akhirat?
23 jam untuk dunia
apakah????
itu pun susah lagi ke?
haih2

lagi, kalau kita betul2 paham
kalau kita betul2 rasa, kita solat, kita jumpa Allah
bukannya sbb takut kena rotan ngan ustaz
kita patut ada rasa malu dan gerun utk buat maksiat
tahu kenapa?

baik, sekarang bayang
siapa cikgu paling korang takut?
dan apa kesalahan yg paling cikgu tu xsuka student buat?

contoh : 

aku suka pakai t-shirt pergi kelas, Pn Rog xsuka student pakai t-shirt, jadik, secara logiknya, aku agak takut ngan Pn Rog. setiap kali aku pakai t-shirt pergi kelas, aku xkan lalu depan student services sbb xnak terserempak dgn Pn Rog.

tapi, kalau satu hari aku kantoi. Pn Rog pun denda aku, cakap setiap hari, selang 1 jam, aku kena pergi jumpa dia. mesti aku xkan pakai dah t-shirt dalam jarak masa setiap satu jam tu. sbb aku tahu, kalau dia tahu aku pakai t-shirt, aku akan kena marah.

sekarang pikir, Allah cakap jgn buat maksiat
setiap hari, kita jumpa Allah 5 kali
habis subuh, zohor kita jumpa
habis maghrib, japgi isyak jumpa balik

kalau kita betul2 takut dgn Allah, kita xkan buat maksiat antara jarak masa 5 solat ni
sbb kita tahu, kalau lepas subuh kita buat maksiat, nanti zohor kita kena jumpa Allah balik
ngeee, xtakut ke?
kalau kita ada perasaan camni, mesti pasni kita xbuat maksiat dah sepanjang hari, sepanjang tahun, dan mungkin sepanjang hidup
kannnn
dan, xrasa kita hipokrit ke?
masa solat, amboi bukan main kau
cakap baik2, doa mintak itu ini kat Allah
pastu, bila dah x dalam solat, kita buat maksiat
pastu, solat seterusnya, kita jadik baik balik
lepas solat, buat jahat lagi
ishhh!
malunya ~_~

kalau dgn manusia, kita cakap dia talam dua muka
kalau dgn allah, cakap apa?
talam lapan muka kot!
sehari 5 kali tukar 'baik-jahat-baik-jahat-baik-jahat'

tapi, tapi
ni bukan alasan untuk kita cakap
'camtu, kena perfectkan dulu diri, baru jumpa Allah.baru solat!'

oh, tidak, tidak
solat itu tiang agama tahu?
dan solat jugak dapat mencegah kita dr melakukan perkara2 mungkar
jadik, nak berubah jadik baik, nak tinggalkan maksiat, solat dapat membantu



kesimpulan
jom kita ramai2 sibukkan diri dgn 'date' bersama Allah
jom kita jaga solat kita sama2
mudah-mudahan, Allah bantu kita tinggalkan perkara2 maksiat
dan dekatkan diri kita denganNya :)




Sunday, November 14, 2010

sharing is caring ^_^

WARNING!
sebarang kesan sampingan yg berlaku lepas baca entri ni aku x bertangggungjawab ok
internet KY slow bukan sebab aku
la la la~~

budak2 KY xboleh log in
email, facebook, blog
ishhh!geram betul
tapi dah jumpa penyelesaian :P

mula2, bukak internet browser korang
aku bagi contoh chrome sbb chrome popular *padahal aku guna comet bird =.=*

lepas bukak, korang nampak gambar spanar kat tepi sekali sebelah tempat korang letak url
nampak2?
haa,tekan situ dan pilih OPTIONS


then, lepas klik OPTIONS, benda ni akan keluar


ada 3 tabs
pilih yg UNDER THE HOOD tu
lepastu  tekan CHANGE PROXY SETTINGS
dan akan keluar

jeng jeng jeng


haa, ada kan?
bagus2
lepas tu, tekan LAN SETINGS mcm gambar kat atas
dan akan keluar kotak paling kecik nih


masukkan no kat atas ni
dannnnn

berjaya ^_^

*log in skang gak!*

p/s : aku hanya membantu.kalau xberhasil, korang g jerit kuat2 kat housecapt korang =.=
(ayat lain bagi MINTA MAAF =P)

NOTA KAKI : kalau xnampak apa yg ada dalam gambar, tekan 'ctrl +'

sekian, kelas komputer bersama dr ravi aku :P

credit to : nabilah karim ^_^ *amik kau bold teghuih*


maafkan aku Tuhan~

oh, tersedar
banyak entri dalam blog ni x patut di post
maafkan aku ya Allah
aku masih lemah dalam berdakwah T.T

terima kasih kerana menegur, kawan
pahitnya teguran, tapi itu harus dilakukan
teringat kisah Rasulullah ditegur oleh Allah kerana salah dalam berdakwah
dalam surah abasa
insyaAllah, itu jadi pemangkin semangat utk terus berjuang

aja! aja! fighting!



apa beza aku dan kau??

ada dua org mamat, seorang bajet hot, seorang bajet alim
dua2 jalan sama2 *pelik jek bunyi* kat sebuah supermarket yg besar dan penuh dgn makhluk2 bernama manusia
tiba2, masa dua2 tengah makan kat food court *jimat sikit*
mamat bajet hot tiba2 pukul bahu kawan dia yg bajet alim tu *tersedak kau!*

''wei2, tengok minah tu *sambil tunjuk kat seorang 'minah' hot lagi seksi pakai dress xde lengan takat lutut yg jalan macam model iklan syampu kat depan diorang*
sumpah hot gila dowh.kalau jadi awek aku,fuhh,bangga kau!''

mamat bajet alim pun angkat muka sekali imbas, pastu cakap dgn muka machonya

''eh, kau ni.berdosa tau x.zina mata.cuba jaga pandangan''

mamat bajet hot terus senyap *luar jela,dalam hati ada taman siapa tahu?*

lepas jalan2 window shopping
dua2 mamat tadi balik rumah

waktu malam
mamat bajet hot yg baru lepas solat isyak, turun bilik, tiba2 dipanggil oleh mamat bajet alim yg ada kat depan tv

''uish.aku suka gilalah cerita ni.lagi2 pelakon fav aku jennifer lopez berlakon.fuhh,dia ni,lawa gilalah.muka perfect"

dengan selamber mamat bajet hot balas

"apa beza tengok perempuan kat supermarket tadi dgn tengok jeniffer lopez yg pakai baju xsiap dalam tv nih?"

dusssshhhh!
agak pedas di situ
huhu T.T


Saturday, November 13, 2010

KENT dihatiku =)

gembira, bahagia
universiti yg ditunggu2 dah bagi offer
mula2 cuak sebab xdapat2 comfirmation letter dari KENT
yg dah dapat dari 4 uni lain

SOUTHAMPTON (2nd choice)
HERIOT WATT (dah dapat offer letter hari tu masa talk -_-')
LSE (errkkk =.=)
MANCHASTER

tiba2, KENT bagi offer terus!
Alhamdulillah =)

conditional ok :P

AAB?ngeee~~
oleh sebab di offer AAB
kenalah berusaha lebih sikit
(KENT tipu,ritu cakap ABB jek kalau amik further T.T)

bilikku yg semak?? =.=


disebabkan KENT da offer tinggi *untuk aku tinggi ok AAB tu T.T*
kenalah rajin belajar
dan disebabkan nak rajin
aku pun tampallah kertas2 buatan sendiri tuk motivated diri
heheh
(sebenarnya dah tampal kertas2 ni before dapat offer KENT lagi :P)

KENT
tunggu aku, tahu  depan aku sampai :D

kawan2, doakan kejayaan aku ye
korang pun semoga dapat uni yg korang nak ^_^



Monday, November 8, 2010

kali ni aku nak kisah!!! =.=


"mungkin kalau erna gunakan nada yang lebih lembut 
dan menenangkan dalam blog 
seperti yang saudari maryam selalu gunakan semasa berdakwah,
dakwah erna akan semakin berkesan.
entahlah erna,***** cuba untuk menyelami apa yang ada di dalam hati erna...
kalau erna bangga dengan islam yang erna ada,
erna takkan menggunakan nada seperti mendesak
 akan tapi menggunakan nada yang lemah lembut.
***** cakap kat sini sebab ***** xreti nak cakap depan2...
maybe sebab pikirkan nak jaga hati kawan n plus ***** ni pengecut...
simpan jelah apa yang ***** cakap ni 
sebagai teguran daripada seorang sahabat dan 
tak perlulah beritahu kepada sesiapa pun...
ini antara kite berdua sahaja...
andai ***** tersalah menegur,***** mohon maaf daripada erna...wassalam :)
 *xperlu publish komen ni ye erna*"

ni komen yg aku dapat hari ni
perasaan??

kena tegur, tu biasala
aku mmg bukan perfect pun sampai x pernah kena tegur langsung
dan aku sgt suka kena tegur sebenarnya
dgn teguran, aku boleh tahu kelemahan aku

tapi, aku sgtlah pelik bin ajaib
sebab setiap kali orang nak tegur aku
mesti suruh jadi macam SAUDARI MARIAM
masuk ni, da kali keberapa puluh ntah =.=

fine!
aku ngakula mariam sgt lemah lembut
cakap pun sopan
xmacam aku yg gila sarcastic ni
tp, mungkin xperlu nak suruh aku jadi cam dia???

tegur, tegur jela
xperlu nak suruh jadi cam mariam
kang aku jadik lembut cam mariam betul2 kang
xpasal2 orang cakap aku buang tebiat kang =.=
dah aku mmg lahiriahnya macam ni
kurang sopan, kurang lembut
abes, nak suruh aku buat camna?? +_+

tipula kalau ak cakap ak xhargai teguran2 korang tu
teguran tu sbb nak improve kan diri aku jugak kan?
tp, mungkin lepas ni xpayah nak suruh jadik cam mariam dah
dr korang suruh aku jadik cam mariam, baik korang suruh aku jadik cam saidatina khadijah ke
baru aku boleh berusaha keras sbb nak sampai ke tahap tu
cehhhh =.=

minta maafla kepada pemberi komen sbb dgn sesuka hatinya mem'publish' komen kau di sini
jgn risau, aku xdendam ngan orang
kalau aku dendam, aku jumpa kau aku tampar laju2
tp, ke'tidaksopan'an aku xsampai tahap tu lagi ok
walaupun mungkin aku xdapat nk senyum manis cam mariam kat kau
tp aku tau, senyuman aku tetap comel
la la la~~
lagipun, kau kan kawan aku :)

kepada yg selalu terasa ngan entri aku
maaf!
masa aku tulis, ayat aku walaupun nampak sarcastic
tp nada aku biasa jek sebenarnya
xtau pulak korang baca nada lain =.=

kepada mariam
haha
maaf sebab masuk nama mariam dlm entri erna
tu la mariam ni sopan sgt
ishhhh :P

*aku da tanya ramai gak org, diorang cakap diorang walaupun terasa, tp diorang cakap cara aku tulis macam terkesan kat hati diorang. kalau tgk, ustaz2 bg ceramah pun, byk jek sarcastic. setiap org ada taste lain2 kan? so, kalau xsuka baca blog aku, bacala blog org2 lain yg ayatnya lebih lembut. macam ceramah gak kan, kalau xsuka ustaz yg sarcastic, dengarlah ceramah dr ustaz yg cakap pelan2.bisik2, kan???!*



Sunday, November 7, 2010

indahnya islam bukan sekadar ungkapan~

bila suruh describe pasal islam
muslim selalu cakap
'oh, islam itu indah'
kalau tulis, siap ada smiley kat belakang
ISLAM ITU INDAH =)

kalau aku jadi non-muslim
aku mesti nak cakap camni :

apa yg indahnya?
tengok org islam, pakaian lebih kurang non muslim jek
cakap kena tutup aurat, tp tengok org islam pakaian lg hot & seksi dr non muslim
kadang2 keliru, xdapat beza yg mana satu muslim, yg mana satu x
non muslim nak tunjuk pusat pun malu

apa yg indahnya?
tengok org islam, suka suki jek pegang, peluk2 pakwe/makwe diorang dlm tren
duduk kalau boleh nak bagi lekat punggung
non muslim kalau ada pakwe/makwe pun x over macam diorang
*tahu la excited ada pakwe/makwe =.=*

apa yg indahnya?
tengok org islam
masa org azan maghrib
dia still lagi kat cafe
duk gelak2 ngan geng2 dia 
non muslim pun tahu senyap
kadang2, bila dah sampai nak masuk isyak x balik2 lagi
non muslim pun teringin nak tegur
'dey,xgi solat kah?xkan dgn yg laki2 sekali uzur kot'



mana keINDAHan islam tu?
kalau setakat cakap, islam tu indah
seribu kali pun xdapat bukak hati non muslim tuk rasa kagum dgn islam
cukup ke sekadar cakap, cakap, dan cakap jek?

contoh kan, Isaac Newton
kalau tiba2 jek org tua tu cakap kat perdana menteri pasal graviti
tp xde bukti yg graviti tu wujud
mesti dia xkan jadi popular cam sekarang
sebabkan dia tunjuk buktilah, yg org boleh percaya kat teori dia tu

jadi,korang rasa
kalau kita beria dok cakap islam tu indah byk2 kali
tp kita x tunjuk keindahan islam tu
ada ke org nak percaya?
hah?

kadang2, semangat baca al-Quran
suara sedap bukan main
kalah mawi
pastu, kalau tiba2 non muslim tanya apa maksud bacaan kita tu?
kita nganga =O
mesti non muslim tu pergi sambil cakap
'ala,setakat baca,aku pun boleh kalau belajar.suara aku lagi sedap,macam ziana zain!'
hafallah satu al-Quran pun
tp kalau kita baca tajwid tunggang langgang
pastu, mmg xpaham ntah apa ntah yg kita baca
macam mana nak tunjukkan keindahan alunan suci al-Quran tu?

kalau kita berkawan
satu hari, kawan terpatahkan ubat pensil kita
kita terus marah2, pastu putus kawan skang gak!
mmg ukhwah xkuat langsung
macam mana nak tunjukkan keindahan ukhwah tu kat kawan2 non muslim yg lain?

aku pelik kot
kadang2, tengok budak2 perempuan solat *bukan kat ky jek oke*
xkisah pun pakai telekung terbalik
bila tegur, dia jawab : 'ala,semayang jek pun'
haa, cuba try sekali pakai baju terbalik pergi jumpa bakal mak mentua
pastu bila bakal suami tanya, sila jawab : 'ala,jumpa mak mentua jek pun'
xpasal2 mak mentua reject
'xsenonoh punya menantu'
dusssshhhh!
terasa pedas di situ
agak2nya, Allah jawab apa pulak ye nanti?


kawan2
islam tu indah tau
tp bukan indah pada ucapan, pada tulisan
islam tu indah pada segala2nya
dan keindahan itu mestilah ditunjukkan
macam lukisan, kalau kita lukis cantik, mesti kita x segan nak tunjuk kat orang kan?
tp kalau lukisan kita buruk, kita simpan dalam peti ais jek, malu nak tunjuk
jadi, kalau islam tu indah, kenapa nak sorok keindahannya?
kannnnn :)



Thursday, November 4, 2010

kematian itu tazkirah terbaik =')

 suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dgn anak2 muridnya

Lalu Imam Al Ghazali bertanya :
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". 
Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)
 oke, sah2 hari ni aku nak cerita pasal mati
xkan tajuk 'kematian itu tazkirah terbaik', aku nak cerita pasal lagu kekanda adinda pulak kan =.=

hmmmm
sebenarnya, mode sekarang : sedih
tapi, aku xpandai nak tunjukkan kesedihan aku melalui tulisan
mungkin kadang2, kesedihan tu xperlu ditunjuk sgt
berdoa senyap2,semoga doa kita diterima Allah
kawan2
aku nak cerita sesuatu
sepanjang aku hidup, aku dah terima 4 berita kematian kawan2 satu batch dgn aku
~ form 1 :  seorang kawan lelaki, yg sgt suka menyakat kawan baik aku, nonoi. kadang2, aku pun join dia menyakat nonoi ni.dan aku suka jugak kacau diorang berdua.heheh *kecik2 da xsenonoh aku nih :P*
tiba2, aku & nonoi dapat berita, dia masuk hospital. mula2, ingat sebab demam denggi. tapi, dua minggu lepas tu, kami kehilangan dia, sebab barah otak x silap. semoga Allah memberi rahmat ke atas rohmu, mohd sauki =(

~ form 4 : seorang budak yg nakal.ngan aku,mmg xkamcing arh.suka dating.aku xsuka org dating,oke.xbermakna aku benci terus,tp aku xsuka perbuatan dia tu.jadi,masa aku form 3,kekerekan aku mmg sgt2 terserlah arh.jumpa jek orang dating,aku akan perli sehabis boleh.haha.sumpah aku kejam =.=
sampai budak2 dating ni,jumpa aku jek aku rasa,mesti diorang nak tembak aku guna machine gun :P
tapi masa form 4, ramai budak2 nakal ni pindah sekolah.dan masa tu lah, tiba2 dapat berita, kematian budak ni. punca, rokok!dengar x?rokok,tahu?aku agak terkilan sbb aku xsempat nak berbaik dgn dia.haih2.mmg ingat sampai sekarang.maafkan aku loqman T.T

~ sem ni, baru ni : liya nordin.mesti ramai kenal kan?budak MRSM Taiping yg sgt2 friendly.aku igt lagi masa sama2 ARTURE (ART & cultURE) ngan dia dulu.huhu.dapat tawaran study kat KMS. tiba2, aku & budak2 Taiping yg lain dpt berita, liya dah pergi. oh, Tuhan. cepat sungguh Kau ambil nyawanya ='(

~ hari ni, 4hb nov, bersamaan dgn birthday daddy aku. pukul 4.45++ camtu, dapat tahu seorang budak batch aku yg dah agak lama koma, sudah dijemput menghadap Ilahi. nampaknya, kasih sayang kami, xdapat menandingi cinta Allah padamu, syazwan asyraf  =(



kematian demi kematian
sepatutnya menjadi pengajaran dan peringatan buat kita
bukannya hari ni dapat berita kematian kawan kita
malam ni baca yassin, menangis sikit
esok dah mcm xde apa2 berlaku
gelak hu-ha-hu-ha balik
terkinja2 smpi pukul 12 xreti2 nak balik
menjerit maghrib2 sampai pontianak pon lari

kematian, sepatutnya buat kita semakin dekat denganNya
kalau korang still boleh berani cakap camni : 'ala,muda lagi.nanti tua2 taubatla'
mmg sumpah aku respek gila kat korang
dan kalau kematian kawan2 yg sama umur dgn kita, yg masih muda lagi, still x dapat bukak mata kita
still x dapat buat hati kita bergegar pikir bila pulak masa kita

sah, kita mmg dah sgt2 kritikal
dan aku harap, xde antara kita yg dah sampai ke tahap K.R.I.T.I.K.A.L ni

kepada yg masih hidup, teruskan berjuang
be strong, open your heart, open your mind
be closed to Him
& biarpun kawan kita sudah tiada di depan mata
memori bersamanya pastikan kekal di hati
dan semoga doa2 kita, sampai kepadanya
al-fatihah~




Tuesday, November 2, 2010

perlu ke berjiwang? =.=

'Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu'

'jika kau hidup sehingga 100 tahun, aku hanya ingin hidup sampai 99 tahun, kerana aku x sanggup hidup tanpa kau'

oke,cukup.
geli geleman aku.

soalan : perlu ke berjiwang dgn bukan isteri/bukan suami?

macam ayat kat atas, contoh2 ayat jiwang yg aku curik dari abg google.
aku nak buat sendiri?huh.sem depan baru siap entri ni.
xpun,ayat jiwang yg keluar akan jadik camni :

'kau,aku suka kau.tp aku pun xtau kenapa sbb kalau nak kata kau hensem,xla pun.kucing aku lagi comel.tp aku suka jugak kau'

sweet x? =.=
ishhhhh!

aku pelik,pelik,dan pelik *haa,amik kau! =.=*
kat mana2, mesti ada jek org2 yg berjiwang sesama sendiri.
tahulah bercinta,fine,aku xjeles pun oke.
tapi,mungkin xperlu sampai nak show off kat semua org?

bukak facebook
news feed aku penuh dgn korang punya wall-to-wall

'abg,sayang windu lerrrr.abg windu sayang x? :D'

'mestilah abg windu.sayang abg ni,manjanya die.hikhik'

eeeei.geli.
xperlu kot nak public sgt.
macam nk gitau kat semua kawan2 kau, 'eh,pakwe aku rindu aku'
tu pun nasib baik pakwe kau xkejam,jawab manja2 gak.
kalau dapat pakwe senget, maunya dia pangkah balik, 'eh,xrindu langsung =.='.
dussshhhhh!
*mesti kau deactivated FB skang gak*

tu cerita FB
ada jugak blog yg mmg dicipta khas bagi membuktikan rasa kasih dan cinta dia kat pasangan dia
tapi, tu xley buat apalah.sbb kalau aku xsuka,mmg aku xkan baca awal2 lagi.
mcm blog aku,kalau korang xsuka,xyalah baca.
ada aku kesah? :P

tp kemusykilan aku terhadap blogger macam ni mmg adalah
yela,aku tersangatlah xpaham kenapa korang sgt suka cerita pasal kehidupan harian korang dgn pakwe/makwe korang tu
kalau sikit2,contoh tulis pasal suprise yg pasangan korang buat,xpela jugak *saja,nak bagi kawan2 komen : 'oh,pakwe kau sgt romantik.sgt jeles'*
tp ni,dari mesej pakwe kau kejut bangun subuh,sampailah ke mesej pakwe kau ucap good  nite,semua kau nak cerita.
xsegan ke?semua org tau korang gaduh ke,korang mkn sekali ke.haih2.
yg lagi pelik,jarang lak aku tengok,org buat blog khas untuk ibu ayah yg dah jaga kita sampai cun melecun macam ni
erkkkkk =.=
adehhhh.macam ni rupanya org bercinta ek?
xdapat menangkap apa motif di sebalik semua kejiwangan itu.

hmmmm...
aku xpernah dan xingin nak bercinta sekarang ni
*aku nak kawen jek.wekkkkk*
jadi,aku xla salahkan sgt korang2 yg berjiwang ni
sebab kot2la,nanti aku bercinta pun,blog aku ni penuh dgn rutin harian aku dan kekasih hati aku jek.ngaaaa :D
so,no komenlah sbb dugaan bercinta tu xdatang lg kat aku
buat masa sekarang,kekasih hati aku hanyalah buku further maths =.=
dan korang2 yg rasa korang jiwang,pandai2lah pikir.
korang da besar kot
kalau kecik lagi,xla pandai nak jadik sweet talker nih.isk3 =)