'sayang,jomlah jumpa selalu'
si gadis berambut curly cakap manja2 ngan pakwe dia yg macam muka Gu Jun Pyo
'ala,susahlah.abg kerja kat london,sayang kerja kat paris,jauh kot!'
si kembar Gu Jun Pyo membalas *dalam hati cuak.buang tebiat ape makwe aku ni nak suruh aku ulg alik london-paris.ingat aku kerja pres amerika ape?*
'habis?rindulah~~' *geli dowh.tolonglah =.=*
'xpe,sayang call lah abg bila rindu, terkenangmu sayang ku rasa sayu, eh, ternyanyi pulak.hehe'
'hehe.lawaklah abg nih' *dussshhh.kena penampar kat bahu.sakit kot.walaupun tgn kau kecik,ceit!*
'sayang call abg.sehari, 50 kali, ok?'
'ok,abg punya pasal.5 minit sekali pun sayang sanggup'
~tamat~
amboi2,sanggup kau call 5 minit sekali
hp tu gantung kat leher ke?isk3
SAYANG punya pasal kan
sebelum apa2, jom kita imbas kembali peristiwa yg i'Allah semua org tahu
peristiwa israk mikraj
turunnya perintah sembahyang dari Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w
tahu x mula2 Allah suruh kita solat berapa kali sehari?
50 kali tahu?
sama dgn bilangan kita nak call pakwe kita *ops,aku xde pakwe ok*
tapi, Nabi merayu kurangkan, sbb tahu kita xkan mampu
sayangnya Nabi kat kita kan?
kita sayang dia x?
malang sungguh jika x!
kurang, kurang, dan kurang
last2 tinggal 5 jek lagi
kalau kurangkan call ngan pakwe dari 50 ke 5 jek, kita sanggup?
mahu kita jadi sewel sebentar, pandang hp tu lama2 macamlah hp tu hensem sgt =.=
tapi, bila dah tinggal 5 ni
masih ramai yg lengah2kan, xkurang jugak yg tinggal terus
padahal, 5 waktu ni, Allah bagi peluang nak jumpa Dia
kita pulak yg jual mahal
malu x?
kita HAMBA jual mahal kat ALLAH tuan kita
kalau zaman2 P Ramlee, free2 jek kita 'kena jual'
isk3
kita nak call, nak jumpa pakwe 50 kali sehari sbb sayang
tp nak jumpa Allah, dahla xsampai 10 minit pun, susah sgt
banyak jek alasan
xsayang ke kita kat Allah?
padahal, antara Allah dan pakwe kita, mana lagi yg selalu bagi kita nikmat, kebahagiaan?
kalau ada yg jawab pakwe jugak, mmg nak kena kejar ngan aku =.=
Allah dah bagi 24 jam sehari
boleh kata, xsampai sejam pun kalau kita tambah masa kita solat 5 waktu tu
xsampai sejam, untuk akhirat?
23 jam untuk dunia
apakah????
itu pun susah lagi ke?
haih2
lagi, kalau kita betul2 paham
kalau kita betul2 rasa, kita solat, kita jumpa Allah
bukannya sbb takut kena rotan ngan ustaz
kita patut ada rasa malu dan gerun utk buat maksiat
tahu kenapa?
baik, sekarang bayang
siapa cikgu paling korang takut?
dan apa kesalahan yg paling cikgu tu xsuka student buat?
contoh :
aku suka pakai t-shirt pergi kelas, Pn Rog xsuka student pakai t-shirt, jadik, secara logiknya, aku agak takut ngan Pn Rog. setiap kali aku pakai t-shirt pergi kelas, aku xkan lalu depan student services sbb xnak terserempak dgn Pn Rog.
tapi, kalau satu hari aku kantoi. Pn Rog pun denda aku, cakap setiap hari, selang 1 jam, aku kena pergi jumpa dia. mesti aku xkan pakai dah t-shirt dalam jarak masa setiap satu jam tu. sbb aku tahu, kalau dia tahu aku pakai t-shirt, aku akan kena marah.
sekarang pikir, Allah cakap jgn buat maksiat
setiap hari, kita jumpa Allah 5 kali
habis subuh, zohor kita jumpa
habis maghrib, japgi isyak jumpa balik
kalau kita betul2 takut dgn Allah, kita xkan buat maksiat antara jarak masa 5 solat ni
sbb kita tahu, kalau lepas subuh kita buat maksiat, nanti zohor kita kena jumpa Allah balik
ngeee, xtakut ke?
kalau kita ada perasaan camni, mesti pasni kita xbuat maksiat dah sepanjang hari, sepanjang tahun, dan mungkin sepanjang hidup
kannnn
kannnn
dan, xrasa kita hipokrit ke?
masa solat, amboi bukan main kau
cakap baik2, doa mintak itu ini kat Allah
pastu, bila dah x dalam solat, kita buat maksiat
pastu, solat seterusnya, kita jadik baik balik
lepas solat, buat jahat lagi
ishhh!
malunya ~_~
kalau dgn manusia, kita cakap dia talam dua muka
kalau dgn allah, cakap apa?
talam lapan muka kot!
sehari 5 kali tukar 'baik-jahat-baik-jahat-baik-jahat'
tapi, tapi
ni bukan alasan untuk kita cakap
'camtu, kena perfectkan dulu diri, baru jumpa Allah.baru solat!'
oh, tidak, tidak
solat itu tiang agama tahu?
dan solat jugak dapat mencegah kita dr melakukan perkara2 mungkar
jadik, nak berubah jadik baik, nak tinggalkan maksiat, solat dapat membantu
kesimpulan
jom kita ramai2 sibukkan diri dgn 'date' bersama Allah
jom kita jaga solat kita sama2
mudah-mudahan, Allah bantu kita tinggalkan perkara2 maksiat
dan dekatkan diri kita denganNya :)
3 comments:
Assalamualaikum..terima kasih kak..
Smoga diredhai Allah .
penulisn yg amat-amat bgus dn baik..tabik sy.~
Assalamualaikum..terima kasih kak..
smoga diredhai Allah..
penulisn yg amat-amat baik dn bgus..tabik sy..:)
Wa'alaikumsalam.alhamdulillah,harap mesej sampai ^^ semoga diredhai Allah kembali :P
Post a Comment