Sunday, September 11, 2011

I Love You ALIEN.


sebelum ditarbiyah dulu
bila nampak org pakai baju besar2 aku rasa org tu pelik
bila nampak org pakai tudung labuh2 aku rasa org tu pelik
bila nampak org pegang al quran sepanjang masa aku rasa org tu pelik
bila nampak org pergi solat jemaah hari2 aku rasa org tu pelik

sebelum ditarbiyah dulu
bila aku sekali sekala masuk surau aku rasa dikecam,
seolah-olah semua org pandang aku mcm aku buang tebiat datang surau haritu
bila aku pakai baju besar sikit aku rasa macam semua org buat pandangan sinis dekat aku, sambil cakap dalam hati 'haa, ada pon baju besar minah ni'
bila aku jalan sambil pegang al quran aku rasa macam semua org nak datang dekat aku, dan tanya, 'nak bg siapa al quran ni?'

sebelum ditarbiyah dulu
aku benci dgn org pakai baju besar2, pakai tudung labuh2
aku benci nak datang surau sbb 'budak surau' seolah-olah tak suka aku datang
aku malu nak pegang al quran sbb nanti org kata aku dah dpt hidayah
aku malu nak join usrah sbb aku takut org kata aku ekstremis

sebelum ditarbiyah dulu
aku rasa mcm aku hidup dikelilingi alien yg jumud
tapi segalanya berubah setelah aku menerima tarbiyah

sejak menerima tarbiyah
aku kagum dgn org2 yg pakai baju besar2 dan tudung labuh2
dalam hati mesti cakap 'cekalnya diorang. satu hari nanti nak jadi macam tu'.
aku kagum dgn org yg istiqamah solat jemaah hari2
dalam hati akan terdetik, 'bila aku nak istiqamah mcm tu?'.

sejak menerima tarbiyah
aku rasa dihargai setiap kali aku masuk surau
walaupun tak dijemput macam puteri, tak ditreat macam bidadari,
sbb aku tau, nun di atas sana, Allah sdg mengalu-alukan kedatangan aku
aku rasa seronok setiap kali terima org baru dlm surau
tapi tak tercapai untuk luahkan sbb takut dikata memerli
padahal jauh di sudut hati, rasa mcm nak bentang karpet merah supaya org tu dtg lg

sejak menerima tarbiyah
aku tak kisah dikata ekstremis
walaupun hakikatnya org lain yg terlampau terbuka
aku lawak bila dapat label 'budak surau', atau 'budak usrah'
bukan kami melabel diri sendiri, tp ntah siapa yg baik hati label macam tu
setiap kali dapat panggilan baru, dlm hati mesti berdoa
'ya Allah, semoga panggilan kami di dunia ini akan diganti dgn panggilan PENGHUNI SYURGA di akhirat kelak'

sejak menerima tarbiyah
aku tak lg rasa aku hidup bersama alien yg jumud
semuanya kelihatan biasa pada aku
cuma kdg2 aku pulak yg dianggap alien

sejak menerima tarbiyah
aku terfikir satu teori

'biasalah tu, kalau org tu lain sikit dr kita, mulalah kita rasa dia pelik, kita rasa dia alien. tp kita terlupa, kita juga sebenarnya adalah alien bg org lain yg tak sefikrah dgn kita. so, alien planet mana pon, kalau kita hidup bersatu padu, aman damai, mesti takkan timbul gelaran2 tak elok atau pandangan2 kurang baik sesama kita.'

cubalah memahami alien2 disekeliling kita
alien planet mana pon kita dtg, kita jgn lupa
kita datang dr Tuhan yg sama
dan kembali kepada Tuhan yg sama
dan kita hanyalah seorang bakal jenazah.

'aku pernah lalui 2 fasa dlm hidup. dan fasa kedua (sejak menerima tarbiyah) lebih aku cintai.'




Saturday, September 10, 2011

Allah perlu kita ke kita yg perlu Allah? eh?


manusia insan paling special yg Allah cipta. tapi manusia insan yg paling suka 'buang' Allah

sepanjang usia kita, cuba ingat balik berapa banyak kali kita 'buang' Allah. apa? tak ingat? ohh. biasalah, manusia kan insan. insan tu sifatnya pelupa.

Allah bg kita tengok dunia, keluar dr perut mak kita dgn selamat. cuba kira, berapa kali jek kita pernah rasa bersyukur dgn benda ni? selalunya bila dapat benda besar2 baru kita tahu bersyukur.

Allah bg kita kejayaan sejak kita belum lahir lg. bayang, berjuta-juta melon sperma yg berebut2 nak jumpa dgn ovum, kita yg berjaya. ye, kita hina, kita ni asalnya sperma jek, tapi kita sperma yg sombong. pernah kita rasa bersyukur sbb dapat kejayaan besar ni?

sejak sekolah rendah Allah bg kejayaan. tiba2 sampai sekolah menengah sangkut sikit dalam exam, tak lepas masuk universiti. apa kita buat? kita marah Allah. 'penat2 aku belajar, Allah bg failed pulak!' kata kita. kita terus tinggalkan solat segala, merajuk.

tu kalau tak lepas. cuba kalau lepas. kita cakap pulak 'Alhamdulillah, usaha saya banyak. mmg patut dapat pon'. kita mention nama Allah sekali jek, yg banyaknya kita mention nama kita. sekali lg kita 'buang' Allah. padahal sebelum dapat, beria-ria mintak kat Allah.

bila jalan2, musafir. cuba tanya diri sendiri, aku jaga tak solat aku? padahal rukhsah yg Allah bg kat musafir sgtlah byk. siap boleh qasar solat, jamak segala. tp still, tak ramai yg buat. byk yg tinggalkan. tak solat terus. 'takpe, kat rumah aku solat penuh', kata kita. baru dapat berjalan sikit, bergembira melancong, kita dah 'buang' Allah. haih.

okeh. sekarang, cuba tukar watak.
*jeng jeng jeng*

kita tinggal solat 5 waktu. kita cakap solat tu penat. Allah buat apa? ada Allah kata, 'penatlah jaga budak ni. tak payah jagalah'. tak, Allah still jaga kita, lindung kita dr bahaya.

kita marah Allah sbb tak bg apa yg kita nak. Allah buat apa? Allah senyum jek. tunggu kita dtg dekat Dia balik. cuba kalau kita yg tak bg apa yg Allah nak *tak solat, tak tutup aurat. pernah Allah marah? kalau Allah marah, dah lama dah kita mati, sbb Allah dah malas nak tahan langit dr jatuh dekat kita, Allah malas nak bg oksigen utk kita bernafas, Allah malas nak kawal perjalanan darah dlm badan kita. haa, pernah?

kita buat macam2 benda yg Allah larang, tp Allah tak pernah sesaat pon tinggalkan kita. padahal, Allah dah state dlm Al Quran, yg kalau Dia nak, bila2 masa jek Dia boleh hapuskan kita.

"wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah; dan Allah Dialah yg Maha Kaya, Maha Terpuji.jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. dan yg demikian itu tidaklah sulit bagiNya."

[35:15-17]

nak cipta kita sangatlah mudah bg Allah. dah lah kita ni complicated. cuba belajar biologi, bermacam2 istilah yg ada dalam badan kita ni. so, kita ingat nak hapuskan kita tu susah ke bg Allah? ekeleh, kacang jek wehhh.

tapi, Allah buat ke? kita abaikan perintah Allah, kalau Allah nak, Dia boleh hapsukan kita masa tu jugak. 'hah, malas aku nak jaga budak ni, suka langar perintah. aku nak gantikan dgn yg lebih baiklah'. tapi Allah tak buat.

kita buat salah, Allah senyum jek. Allah cakap, 'takpe, dia tengah belajar lagi tu'.
kita langgar perintah Allah, Allah sabar jek. Allah still tunggu kita datang dekat Dia.

nak ikutkan, dah berjuta-juta peluang yg kita dapat dr Allah. tapi, adakah kita sedar benda tu? tidakkah kita berfikir?

kitakah yg perlukan Allah, atau Allah yg perlukan kita? kalau ikutkan, takde efek kat Allah pon kita ni langgar larangan Dia ke tak. tapi, benda tu efek diri kita. bukan Allah yg tak sayang kita, tp kita yg tak sayang diri sendiri. lagi mau blame Allah. heh.

"wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah..."

sedarlah wahai insan. ohh manusia~




Friday, August 26, 2011

Tribute To noRAIN; i sure miss you a lot. :(


masa mula2 masuk taiping, fst orang yg ditegur adalah rain. ingat lagi muka blur rain. muka 'pehal minah ni excited sgt?'rain. muka retarded rain. haha.

masa fst & scnd sem kita sama2 nganga tgk org dapat award principal honor (3.5 above). masa third sem, rain bg semangat kat ena utk struggle supaya boleh naik pentas jugak. dan, result 3rd sem sgt mengembirakan. ena dpt 3.67, tp rain sgt teror sbb dapat pecut sampai 3.86. rain mmg pandai dan kiasu sejak dulu. :)

ingat lagi, mcm mana kita selalu gaduh dkt taiping ena bukan jenis yg suka pujuk orang. bila da cool, baru ena mintak maaf selalunya. tp rain, bagi surat cinta siap.

'dari jauh bau bunga, bila dekat bau taik'

haha. senget. tp ayat tu berjaya bt ena cop RAIN SWEET. lalala~

ingat lagi, masa nak dapat result interview. pukul 1.30 pagi camtu rain call. cakap dapat gi KYUEM yg masa tu ingat kat ceruk manalah kolej ni. pastu, rain volunteer nak cek ena punya result. dan, ditakdirkan, jodoh kita panjang.

dan, masa hari register, rain punya chalet sebelah jek dgn chalet ena. itu sgt bagus. heee~

masa dekat ky, taklah rapat gilos sbb subjek lain2. tapi, bila ena serabut ena suka carik rain sbb ena senang dgn rain. until now, rain lah pendengar terbaik ena. ena sgt harap dapat fly jugak mcm rain sbb rain ena tau komfem dapat. haha. lepas hari keluar result, sgt sedih dan serabut. tapi bila dapat tau rain, ummu, nabilah dapat result gempak. ena hepi sikit. yela, at least, nt boleh dapat souvenir dr uk & ireland. lalala~

dan makin dekat rain nak fly, ena makin sedih. sebab taktau bila dapat jumpa lg. nak hantar rain pegi KLIA? jgn haraplah. nanti kapal terbang semua tertunda sebab ena golek2 dekat balai pelepasan. heh.

ena taktau nak bagi apa dekat rain. cuma ena harap, rain tak lupa kat ena. nanti dah jadik doktor berjaya, tegur2lah ena tau. kalau rain sombong, ena bakar klinik rain. -.-

last speech, semoga rain dapat jadik doktor yg hebat yg dpt menyumbang kpd islam.
semoga rain dapat belajar tinggi2 dan sebar ilmu dekat seluruh dunia. *cam over jek.
semoga rain dapat kawin dgn Bapa Penyayang. lalala~
semoga rain kuat jadik anak perantau.
semoga rain dilindungi Allah selalu.
and the list goes onnnnn~

nah hasil laptop yg tak seberapa dr ena.

dan ini jugak. :P




Click to play this Smilebox greeting
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Create your own free greeting 


ini pon? -.-"


Click to play this Smilebox greeting
Create your own greeting - Powered by Smilebox
This digital ecard personalized with Smilebox


thanks norain for everything! all the best. *melambai-lambai tgn sambil menyapu air mata mcm cerita jepun.

ulang-alik MARA setiap mggu buat aku penat. tukar kos setiap kali turun KL buat aku serabut. urghhh!

*tapi nak belajar kena lah berkorban ye dak?
 


Tuesday, August 23, 2011

Kerana kita adalah HAMBA~

bila dah diuji
baru kita sedar nilai kita dekat mana

selama ni kita ingat kita dah beriman
kita rasa bila ada ujian kita boleh tak bersedih
sebab kita tahu Allah cakap orang beriman darjat dia paling tinggi

'Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman'

[3:139]

kita sangat yakin
kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita, kukuhkan kedudukan kita
kan dalam al Quran Allah sendiri yg janji?


'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'

[47:7]
  
kita yakin kita kuat
kita yakin kita dah betul2 berserah dekat Allah
 sampailah bila kita diuji
baru kita tahu, oh sebenarnya aku tak betul2 beriman lagi
sebab Allah baru bagi ujian sikit, kita dah tak kuat

kita tertanya-tanya, kenapa aku?
aku tolong agama Allah, kenapa Allah tak tolong aku?
Allah tak sayang aku ke?

kita mula pertikaikan cinta Allah
kita mula salahkan diri sendiri
kita mula jadi orang bisu, buta dan pekak
kita lupa ayat Allah dalam surah al-ankabut

'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)'

[29:2]

ohh, rupa2nya kita salah selama ni
kita ingat bila dah tolong agama Allah, Allah takkan uji
masa tu, baru kita sedar
nilai iman kita sangat tipis lagi
baru diuji dengan badai yg kecik, iman dah mula goyah


kalau nak dibanding ujian kita dengan ujian para sahabat
ujian kita ni umpama tahi gigi diorang jek
diorang tak pandang dan tak kisah pon


sedang para sahabat yg teruk diuji, tika mengadu dgn Rasulullah
Rasulullah balas dgn pertanyaan 'apa sangat ujian kamu sekarang nak banding dgn orang sebelum kamu?'
kalau Rasulullah ada sekarang, Rasulullah gelak jek dengar kita mengadu ujian kecik2 ni
tu yg kita rasa kita dah betul2 beriman?


teringat diolog dalam Ayat-ayat Cinta

' Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas. sabar dan ikhlas itulah islam' 

sebab tu kena ada ujian
sebab Allah nak ajar hambaNya benda baru
sabar dan ikhlas

sebab tu kena ada ujian
sebab Allah nak kita sedar nilai iman kita dekat mana?

sebab tu kena ada ujian
supaya Allah boleh pilih, hambaNya yg mana yg betul2 layak masuk syurga?
adakah cukup sekadar mengatakan 'aku beriman' dan masuk syurga?
kalau macam tu, semua orang nak meninggal takkan baca syahadah
cukup berkata 'aku beriman' dan meninggal sebagai penghuni syurga

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
 

“Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescayalah di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau mendedahkan buku catitan amalnya.”

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Kita sentiasa layak diuji
Kerana kita adalah HAMBA




Wednesday, August 17, 2011

2:216

Allah bagi mata untuk melihat
bagi telinga untuk mendengar
bagi mulut untuk berzikir
bagi akal untuk berfikir
bagi hati untuk memahami
bagi ilmu untuk beramal
bagi kejayaan untuk bersyukur
bagi kegagalan untuk redha

semua yg Allah bagi, untuk kebaikan hambaNya

'jadi, nikmat Tuhan yg manakah yg kamu dustakan?' [ar-rahman]

Allah bagi ujian untuk kuat
bagi nikmat takut lalai

Allah bagi ujian supaya kita ingat
bagi nikmat takut kita lupa

Allah bagi ujian untuk mendidik
bagi nikmat takut kita bangga diri

Allah bagi ujian supaya kita berusaha
bagi nikmat takut kita sambil lewa

'sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yg mengubah apa yg pada diri mereka.' [13:11]

jadi, lepak suda.

dunia belum kiamat [bahasa kasar]

ada hikmahnya kat mana2 tu [bahasa lembut]

'boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.' [2:216]

daddy cakap, 'kalau kakak nak sambung cita2 kakak dulu, amik syariah, daddy ngan mama bagi'.

Allah.

stress tahap maksima. tahap nak hentuk kepala ke dinding dah ni. tp karang jadik senget pulak. tak sempat kawin. -.-


Thursday, August 11, 2011

11/8, bila hidupku mula berubah.

masa UPSR, ingat lagi macam mana aku pengsan *tapi takla totally unconscious* lepas dapat result, aku dapat 4A1B kottt. T___T
masa tu, macam apa jek. macam 'ohh berakhirlah sudah hidupku'. hehs.
sebabnya, dari tahun 1 asyik jadik best student, ketua pelajar pulak tu.
so, expectation sgtlah tinggi ok.
esp masa tu, taklah tau sgt pasal ujian Allah segala ni.
so, macam rasa nak bunuh diri pon ada masa tu.
jangan gelaklah. sbb ni serius. ada nampak muka aku macam buat lawak ke? *kartun skype tayang penumbuk*

lepas tu, dapat masuk sek asrama.
sek yg sgt agak terkenal dgn muziknya. pancaragam, orkestra.
kelas aku pulak, specialise dalam muzik+arab=neutral. haha.
kelas lain ada ambil cina, tp aku taknak sbb nanti equation jadik negative. heee.

disebabkan sek muzik, so paham2lah. hiburan tu biasa dah.

masa nak PMR, aku sangatlah cuak.
aku nak sangat dapat 8A, dan berambus ke MRSM.
cuak punya pasal, banyaklah amalan2 pelik yg aku lakukan.

antaranya:

1. setiap hari aku baca yasin dekat alat tulis aku. pensil, pemadam, pembaris, malah ic aku pon termasuk sekali rasanya sbb ada dlm plastik jernih nak masuk exam tu. -_-"

2. sebelum pergi masuk dewan exam, aku basuh muka dgn air yasin dulu. haha.

(amalan2 ni aku adaptasi dari senior2 aku. sila senyap. masa ni, tarbiyah pon aku taktau menda)

dan kerana jahilnya aku masa tu
aku buat satu benda yg bila pikir sekarang aku rasa macam nak gelak golek golek

3. setiap kali lepas solat subuh, aku buat solat sunat hajat. sbb aku tak reti bangun malam. *kamonn. f3 kot*

walaupun amalan2 ni tak patut dalam islam kan
tapi, aku buat dgn hati yg NAK sangat
masa tu aku rasa aku sgt ikhlas
masa tu aku rasa sgt dekat dgn Allah

dan akhirnya aku dapat 8A dan dapat MRSM TAIPING teghuih

dan dekat MRSM Taiping baru aku tahu
yg tak boleh baca yasin macam tu
dan takleh solat sunat lepas subuh *kartun skype muka annoying*

tapi, aku yakin
masa tu, Allah senyum jek tengok kebangangan aku
dan Dia kabulkan doa aku sbb masa tu aku mmg istiqamah buat benda2 tu
hati aku mmg sgt sgt NAK dan IKHLAS

lepas masuk kolej
aku kenal tarbiyah
aku berusrah, berISK, berIPK, berSH, ber apa lagi nak? haa. semua ada. hee.

dan sebab tarbiyah aku kuat
ujian menimpa bak badai macam mana pon
aku masih boleh senyum

dan hari ni, ujian itu datang lagi

aku cuba senyum

aku buat2 aku ok depan kawan2

sebab bukankah itu sepatutnya sikap org yg ditarbiyah?

kalau orang lain boleh terima dgn redha, kita yg ditarbiyah harus lebih hebat lagi redhanya

aku senyum depan lap top

aku gelak depan famili

tapi, bila aku sorang2, aku tak dapat tipu diri sendiri

aku cuba muhasabah

mungkin aku kurang tahajud

mungkin aku tak ikhlas masa berdakwah

mungkin aku banyak sakitkan hati orang

aku cuba reflect

tapi, aku hanya manusia biasa, yg ada perasaan

dalam tak sedar, soalan 'kenapa aku diuji macam ni?' tu keluar jugak :(

tiba2, aku terbaca satu komen di FB

'sbb org mukmin tu tau bila dia ditimpa musibah maknanya Allah syg dia. sbb makin byk ujian, maknanya Allah syg. ujian yg diberi kepada org yg betul2 beriman lebih hebat :)'


dan

air mata itu gugur jugak

T____T




Wednesday, August 10, 2011

11/8

esok 11hb

"Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity."

(2:286)

"O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet."

(47:7)

 Allah SWT is the best listener. You don't need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart. ♥♥
  
do you think the Rabb who is going to give you your AKHIRAH won't give you your DUNYA? :)

kthxbai. -_-" 


Monday, August 8, 2011

HATI, cepatlah ikhlas. T___T

saya suka blogwalking
 
macam2 blog saya pergi
 
blog yg macam diari, macam status FB, macam karangan BM

semua saya pergi

sepanjang bulan 3 sampai sekarang, lepas entri ini

saya jumpa banyak blog2 dan notes FB yg copy paste entri tersebut

dan tulis seolah-olah mereka yg cipta artikel tersebut

sejak tu, saya sedar

oh Allah, sebenarnya saya tak ikhlas lagi

:(

buktinya, saya geram bila orang ambil artikel saya dan buat macam diorang punya

padahal, sepatutnya saya gembira

sebab islam tu tersebar

sebab artikel tu berjaya sentuh hati orang lain

bukankah itu yg sepatutnya?

sentuh hati orang dgn ke'sweet'an islam, bukan dgn kehebatan diri sendiri

sejak bulan 3 saya usaha buang rasa geram, saya cuba ikhlas hati setiap kali menulis

makin lama, makin ok

hari ni saya jumpa lagi entri tu di blog orang lain

dan tipulah, kalau saya tak sentapp

tapi, saya cepat2 sedar, yg Allah tengah uji saya

nak tengok saya ikhlas ke tak

saya tahu, rugi jek kalau saya tulis tapi tak ikhlas

kalau orang berubah dan tersentuh sebab entri saya yg tak ikhlas tu

saya tak dapat bonus dari Allah

ruginyaaaa

:(

jadi, tolong doa hati saya ikhlas

saya nak rahmat dari Allah

bukan penghormatan manusia

T___T


ilmu islam tak patut ada copyright. tipu! tipu!

*hati yg comel, tak baik tau tak ikhlas, masa menulis, masa dakwah awak kena sgt ikhlas supaya nanti kita sama2 dapat reward dari Allah. ok?*

:)


'aku mahu jadi jiran kalian di syurga'

kes 1

"eh awak. lama tak jumpa. rindunyaaaaaa"

''a'ahlaaahhh. sejak keluar kolej, mana pernah jumpa ohh. Alhamdulillah, jumpa dekat tempat ni"

"eh korang ni ex-KY kannn? igt saya tak? alaaa, house of diamond jugak dulu"

"ingatttttt sgt! rindu rindu!"

kalau jumpa kawan lama dekat mana2, teruja sampai rasa macam nak guling2 atas lantai

jumpa dekat alam maya sekalipun, keterujaan jejak kasih tu melambung-lambung

kes 2

"kakak, jom makan. dah siap masak ni"

"kakak dah makan tadi dgn opah. takpelah, kakak teman mama & daddy makan"

:)

hari-hari boleh tengok mama & daddy makan, sambil sembang2

perasaan yg sangat sangat akan dirindui bila berjauhan nanti

 gaya makan, riak muka, senyuman, gelak tawa

semuanya membuat hati kecil seorang anak ini tenteram

kes 3

'acu, tangkap gambar cepattttt! dah posing ni. hehe'

'mana aci, aku ja yg tangkap. aku nak masuk jugak!'

'ok2, kita suruh mat saleh tu lah tangkap. macam hensem jek *apa kaitan?'

'ok, 1 2 3, say cheese. say keju. say whatever you want to say'

posing posing posing

habit yg tak dapat nak tinggal

dengan kawan ke, dengan famili ke

perasaan gelak bersama sambil buat gaya bajet kiut tu sangat seronok

hehe *gelak comel

kes 4

'dah lama tak jumpa. jom usrah minggu ni adik2'

'jom. tapi akak kena belanja ais krim. heee'

'haha. apa2 je lah untuk awak'

'hari ni kita tadabur surah ke 81. catat ye, nanti senang nak rujuk'

setiap kali sharing

hati berdegup kencang

rasa cuak kalau2 kalam Allah tak dapat disampaikan dgn baik

tapi, bila tengok muka adik2 yg fokus dan comel, heh, rasa semangat berkobar-kobar

dan bila usrah itu tiada lagi, hati rasa sangat sunyi

bagai ada sesuatu yg hilang

:(


rasa rindu, sayang, cinta
susah nak hilang
kalau boleh, selama2nya nak kekalkan keadaan yg gembira ni

*selak al quran*

kemudian apabila tiba qiamat yg gegak gempita
pada hari itu, setiap org lari dari saudaranya
dari ibu bapanya
dari isteri dan anak2nya
pada hari itu, setiap org sibuk dgn diri masing2

(80:33-37)

gelak tawa kebahagian ketenteraman yg dikecapi sama2 kat dunia

takkan dingati langsung masa tiba hari akhirat

masa tu, mama & daddy yg selalu ditemani waktu makannya tidak dihirau lagi

masa tu, famili yg selalu sama2 buat aktiviti tidak dipeduli lagi

masa tu, kawan2, adik2 usrah pon takkan dapat kita ingat lagi

:(

*selak al quran*

sesungguhnya org2 yg taat itu ditempatkan dalam syurga yg penuh nikmat
dan sesungguhnya org2 yg menderhaka itu ditempatkan di dlm neraka yg bernyala-nyala
mereka akan memasukinya pada hari balasan
dan mereka tidak akan dapat keluar darinya
tahukan engkau pakah hari balasan itu?
sekali lagi tahukan engkau apakah hari balasan itu?
pada hari itu, TIADA SEORANG pon yg berkuasa memberi sesuatu pertolongan kepada org lain. segala urusan terserah kepada Allah.

(82:13-19)

sentappp!

sebaik-baik mana pon kita dgn seseorang, serapat-rapat mana pon dan sesayang-sayang mana pon kita dgn orang tu

still, tak dapat bantu dia atau lebih sedih lagi, dia takkan dapat bantu kita di akhirat nanti

ungkapan 'biarlah. kubur lain2' dari manusia2 yg apabila diberi nasihat sangatlah benar sebenar-benarnya

hanya amalan, bekalan kita di dunia yg dapat membantu ketika di akhirat nanti

kakak usrah tidak akan dapat selamatkan adik2 usrahnya

seorang kekasih tidak akan dapat selamatkan kekasihnya

seorang anak tidak akan dapat selamatkan ibubapa yg dicintainya

segala2nya bergantung pada Allah

Allah

Allah

kuasa besar yg sering kita abaikan

:(

mama, daddy, famili, sahabat, semuanya
tinta ini kutitipkan
kerana rasa kasih dan cinta yg mendalam terhadap kalian

semalam aku bermimpi
kita sama2 di syurga
alangkah indah jika ia menjadi realiti

seorang sister pernah berkata
'dekat syurga nanti, semuanya ada. dalam al quran dah cakap apa yg ada kan? selain tu, kita jugak boleh mintak dan dapat apa2 saja yg kita nak sangat di dunia. nak game? nak terjun sungai? nak main? semua ada. sebab tu dekat dunia, kita jangan kejar sgt benda2 macam tu. banyakkan amalan, tebus di syurga'

Allah

kalaulah aku diberi pilihan
hanya satu yg aku minta

'aku mahu jadi jiran kalian di syurga'

T___T


Saturday, August 6, 2011

Reflection.

11 hb tarikh keramat utk budak2 A Level
results keluar!

makin dekat dgn 11 hb, macam2 karenah yg keluar
yg nak deactivate, yg nak menyepi, yg nak berhijrah
cuak punya pasal, macam2 perangai keluar. hee.

tengah2 dalam kecuakan tunggu results ni
tiba2 aku terfikir
kalau tak lepas ujian dunia, bolehlah nak menyorok
kalau tak lepas ujian akhirat, nak menyorok kat mana?

bayang, kalau result A Level tak elok
kita boleh deactivate FB, atau off handphone dan campak jauh2
dan boleh jugak duduk memerap bawah katil dan mogok lapar
utk yg sedikit berada mungkin boleh beli tiket kapal terbang dan pergi menyorok di Thailand atau Singapore


tapi, kalau nanti masa ramai2 berkumpul kat padang mahsyar
kalau timbangan kita tak elok dan hanya melayakkan kita ke neraka
kat mana kita nak meyorok?
kaunter tiket kapal terbang mmg komfem2 dah takde
sebab penjaga kaunter tu pon mungkin tengah cuak tunggu keputusan timbangan dia
nak menyepi dalam bilik?
nak meyorok dalam peti ais?
mmg takkan dapatlah *in your dream. heh

dan dan, apa motif menyorok, deactivate, lari dari kawan2 segala?
MALU? SEDIH?
bagus jika kita mempunyai perasaan tersebut
itu menandakan yg kita masih lagi manusia tulen yg ada perasaan
namun, bukankah lebih menarik kalau kita ada perasaan yg sama setiap kali kita gagal jalankan perintah Allah? *wink3

bayang, setiap kali kita terlepas solat sbb tertidur, adakah kita rasa macam nak meyorok, macam malu gilos dgn Allah?
atau, kita dgn selamber badaknya cakap dekat kawan sekelas
'weehhh, aku bangun lambat hari ni. subuh pon terlepas. hahaha'
adakah statement ini lawak?
heh. -.-

atau adakah hanya selepas results kita tak memberangsangkan
barulah kita nak ber'sosial' dgn Allah?
as in, putuskan segala benda yg boleh menghubungkan kita dgn kawan2
supaya kita boleh bertafakur dan bersujud pada Allah, menangis kesedihan dgn tenteram?
maknanya, jika results kita bagus, atau sebelum keluar results
hubungan sosial kita dgn Allah mmg sgt2 sikit berbanding hubungan sosial kita dgn kawan2 bukan?
jika begitu, masih tak malukah kita nak mengaku yg kita ni FULL TIME MUSLIM?
padahal sikap kita hanyalah seperti I'M MUSLIM WHEN I'M SAD. :(

terasa? makan dalam?
jangan risau
orang yg menulis ni yg paling terasa sekali
tp bukankah keindahan org muslim tu bila dia saling mengingatkan saudara2nya ^^

Allah. jadikan kami hambaMu yg bersyukur
:(